{"id":26138,"date":"2019-07-22T08:56:26","date_gmt":"2019-07-22T08:56:26","guid":{"rendered":"http:\/\/www.ikim.gov.my\/new-wp\/?p=26138"},"modified":"2019-07-22T08:56:26","modified_gmt":"2019-07-22T08:56:26","slug":"pengguna-perlu-lebih-pintar-daripada-gajet-pintar","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/pengguna-perlu-lebih-pintar-daripada-gajet-pintar\/","title":{"rendered":"Pengguna Perlu Lebih Pintar Daripada \u201cGajet\u201d Pintar"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cAdakah\nkita sebenarnya bekerja \u2018untuk\u2019 mesin pintar, atau kita memiliki orang yang\npintar untuk bekerja mengendalikan mesin-mesin?\u201d Itulah persoalan yang pernah\nditanyakan kepada Shoshana Zuboff, pengarang buku <em>The Age of Surveillance\nCapitalism: The Fight for A Human Nature at the New Frontier of Power<\/em>.\nPersoalan tersebut sewajarnya ditanyakan juga kepada kita adakah kita hari ini\nbekerja \u201cuntuk<em>\u201d<\/em> segala peralatan dan teknologi canggih dan pintar itu,\natau&nbsp; sepatutnya kita yang pintar ini\nmenggunakan teknologi-teknologi tersebut untuk manfaat kehidupan duniawi dan\nukhrawi kita dengan sebijaknya?<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Melihat\nkepada pelbagai isu dan masalah yang timbul dalam masyarakat hari ini, seolah-olah\nia menunjukkan kita pada hakikatnya tidak pintar dalam menggunakan \u201cteknologi\npintar\u201d yang ada di sekeliling kita sehingga disebabkan ketidakpintaran kita\nitu, teknologi yang kononnya pintar itu telah menjadikan kita ini \u201cbodoh\u201d dan\nhilang sifat manusia berakal. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Apabila\nTim Berners-Lee mereka cipta <em>World Wide Web<\/em> (WWW) sekitar 1989, dan\nseterusnya diikuti dengan ledakan maklumat melalui pembangunan laman sesawang (<em>web<\/em>)\ndi seluruh dunia yang boleh dicapai dengan mudah hanya melalui ketukan hujung\njari, manusia merasakan mereka akan dengan mudahnya memperoleh ilmu pengetahuan\ndan manusia akan menjadi semakin pintar dan cerdik serta berpengetahuan.\nTetapi, realitinya tidak begitu kerana laman sesawang tidak digunakan untuk\nhal-hal bermanfaat sahaja, tetapi segala macam kejahatan juga dengan mudah\ndiperoleh melalui laman sesawang daripada pornografi, penyebaran ideologi ganas\n(terrorisme), perjudian dalam talian, penipuan (<em>scammers<\/em>), permainan (<em>games<\/em>)\ndalam talian yang melalaikan dan ganas, dan bermacam-macam lagi. Begitu juga\ndengan kemunculan telefon pintar beberapa tahun selepas itu sekitar 1992 buat\npertama kalinya dan dengan perkembangan pembangunan yang pesat terhadap telefon\npintar bermula daripada sekadar boleh menghantar gambar melalui pesanan ringkas\n(SMS) kepada pesanan multimedia (MMS), kepada merakam gambar dan video dan\nbermacam-macam lagi. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Teknologi\nterus berkembang hingga kemunculan pelbagai sesawang dan aplikasi seperti\nFaceMash kemudian diubah kepada Facebook sekitar 2003\/2004 oleh Mark\nZuckerberg, diikuti pula oleh Jawed Karim, Steve Chen dan Char Hurley yang memperkenalkan\nkepada dunia produk Youtube sekitar tahun 2005 buat pertama kalinya dan selepas\ndaripada itu banyak lagi aplikasi pintar media sosial lain dibangunkan, dan ada\nyang berjaya mendapat tempat dalam kalangan masyarakat dan ada juga yang tidak\nbertahan lama dan terus tenggelam tidak digunakan. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Penulis\ntidak bermaksud mengajak berbicara tentang perkembangan teknologi cuma mengajak\npembaca merenung seketika benarkah \u201cgajet\u201d pintar itu membantu kita, atau\nsebenarnya kita telah menjadi hamba kepada teknologi khususnya&nbsp; \u201cgajet\u201d pintar sehingga tanpa kita sedari kita\nmenjadi semakin kurang pintar atau dalam bahasa kasarnya \u201cbodoh\u201d dan hilang\nsifat kemanusiaan disebabkan oleh \u201cgajet\u201d pintar itu tadi. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sekadar\nmengambil satu kes bagaimana perkembangan teknologi boleh menjadikan masyarakat\nkita hilang kewarasan dan pertimbangan akal yang jelas sepertimana penyebaran\nvideo lucah yang kononnya melibatkan pemimpin negara yang heboh diperkatakan di\nnegara kita pada masa kini. Dalam hal begini khususnya dengan perkembangan\nteknologi sekarang yang menyebabkan maklumat disebarkan dengan pantas, kita\nsepatutnya mengambil sikap seperti berikut:<\/p>\n\n\n\n<ul class=\"wp-block-list\"><li>Setiap maklumat yang diterima hendaklah dikategorikan\nsebagai \u201cbahan mentah\u201d terlebih dahulu yang perlu diproses, disaring, dinilai\ndan diteliti dari segi kebenaran, keaslian, ketulenan dan kesahihannya maklumat\natau beritanya;<\/li><li>Kita sama sekali tidak dibolehkan terus menganggap maklumat\nyang diterima sebagai suatu kebenaran lalu terus dicap sebagai \u201cfakta\u201d kerana\ntelah banyak berlaku apa yang kita jangkakan kebenaran pada awalnya itu sebenarnya\nadalah fitnah, khabar palsu dan pembohongan semata-mata;<\/li><li>Islam menganjurkan setiap berita yang diterima\nhendaklah disiasat terlebih dahulu (<em>tabayyun<\/em>) sepertimana perintah dalam\nal-Qur\u2019an melalui Surah al-Hujurat ayat 6, mafhumnya:&nbsp; \u201cHai orang-orang beriman, jika datang\nkepadamu orang fasiq membawa satu berita maka periksalah dengan teliti agar\nkamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui\nkeadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.\u201d<\/li><\/ul>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dalam\nera ledakan maklumat hari ini, dan perkembangan pelbagai teknologi dan aplikasi\npintar, masyarakat perlu turut menjadi pintar seperti mana gajet pintar. Mereka\nperlu menyedari perbezaan antara \u201cfakta\u201d dan \u201cmaklumat\u201d. Sementara \u201cfakta\u201d itu\ndari segi maksudnya sebenar seperti mana yang dirakamkan dalam kamus merujuk\nkepada \u201csesuatu yang benar-benar berlaku atau\u201d, tetapi maklumat tidak begitu.\nMaklumat lebih bersifat \u201cketerangan atau butiran-butiran merujuk kepada sesuatu\nperkara \/ kejadian\u201d yang masih belum dapat dipastikan kesahihannya. Maklumat\nmasih perlu diproses dan disiasat, dan kita jangan menjadi golongan yang\nmenerima bulat-bulat setiap maklumat yang diterima daripada pelbagai \u201cgajet\u201d\npintar atau laman sesawang.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kita\nhendaklah menjadi pengguna teknologi yang bijaksana dan bukan menjadi hamba.\nHari ini kita dapati teknologi telah mampu menguasai cara manusia berfikir dan\nmerubah persepsi manusia. Rata-rata masyarakat kita hari ini mudah dipengaruhi\noleh media dan persepsi yang ditimbulkan. &nbsp;Kempen-kempen pilihanraya dan pelbagai lagi\npromosi dilancarkan menggunakan media sehingga yang palsu ternampak seolah-olah\nbenar manakala yang benar ternampak seolah-olah palsu. Kita menyaksikan\nbagaimana banyak negara luar persepsi rakyatnya boleh diubah dengan mudah\nmenggunakan kemudahan teknologi.&nbsp; <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Perkara\nyang paling penting sekali dalam mengendalikan teknologi pintar ialah kita sebagai\npengguna hendaklah lebih pintar daripada \u201cgajet\u201d yang digunakan khususnya\napabila melibatkan penerimaan maklumat-maklumat untuk mengambil sikap meneliti,\nmenyemak, memeriksa kesahihan sesuatu maklumat tersebut sebelum mempercayai dan\nmenyebarkannya. Selagi ia \u201cmaklumat yang belum diproses\u201d atau disaring, maka\nselama itu ia termasuk dalam kategori \u201cberita yang belum pasti\u201d yang terdedah\nkepada penipuan, pembohongan dan fitnah. <\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>\u201cAdakah kita sebenarnya bekerja \u2018untuk\u2019 mesin pintar, atau kita memiliki orang yang pintar untuk bekerja mengendalikan mesin-mesin?\u201d Itulah persoalan yang pernah ditanyakan kepada Shoshana Zuboff, pengarang buku The Age of Surveillance Capitalism: The Fight for A Human Nature at the New Frontier of &#8230;<\/p>\n","protected":false},"author":31,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_analytify_skip_tracking":false,"_wpzoom_pinterest_image_url":"","_wpzoom_pinterest_hidden_image":"0","_wpzoom_pinterest_description":"","footnotes":""},"categories":[225],"tags":[],"class_list":["post-26138","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-article","category-225","description-off"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/26138","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/31"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=26138"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/26138\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=26138"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=26138"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=26138"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}