{"id":26143,"date":"2019-07-23T01:43:52","date_gmt":"2019-07-23T01:43:52","guid":{"rendered":"http:\/\/www.ikim.gov.my\/new-wp\/?p=26143"},"modified":"2019-07-23T01:43:52","modified_gmt":"2019-07-23T01:43:52","slug":"kemakmuran-bersama-satu-imperatif","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/kemakmuran-bersama-satu-imperatif\/","title":{"rendered":"Kemakmuran Bersama Satu Imperatif"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dalam Islam, pada asalnya insan tiada\nmemiliki apa-apa. Allah-lah yang menjadikannya memiliki sumber kekayaan\u2014dengan\npenciptaan pelbagai benda yang boleh mendatangkan manfaat buat umat manusia. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Harta-benda\nhanyalah amanah dari Tuhan, seperti firman-Nya, \u201cBerimanlah kamu kepada Allah\ndan Rasul-Nya dan belanjakanlah pada jalan kebajikan masyarakat sebahagian dari\nharta benda yang Dia telah menjadikan kamu menguasainya sebagai wakil, pemegang\namanah\u201d (<em>al-Hadid<\/em>, 57:7). Manusia hanya diberikan hak untuk mengambil\nmanfaat darinya (atau <em>usufruct<\/em>), sementara hak milik \u201ckepunyaan\nAllah-lah segala apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi\u201d (<em>al-Baqarah<\/em>,\n2:284).<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sangat penting\nuntuk difahami bahawa manusia hanya memiliki hak sementara untuk menggunakan\nharta-benda tanpa merosakkannya, sedangkan hak pemilikan akhirnya ialah kepunyaan\nAllah. Terma dan syarat penggunaan, iaitu sumber harta-benda tersebut tidak dirosakkan,\nmenjamin kelestarian untuk generasi seterusnya. &nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sekiranya segala\npemilikan dipegang manusia sebagai amanah, tadbir-urus haruslah terpimpin oleh\npanduan Tuhan, tentang ke mana perbelanjaan perlu (atau tidak perlu)\ndisalurkan. Sesungguhnya, syariah dan undang-undang-Nya diwahyukan untuk\nmemperjelaskan perkara tersebut, supaya manusia berbelanja berdasarkan\nkeyakinan basirah penilaian Tuhan, Yang menjadikannya sebagai pemegang amanah.\nJika seseorang menghabiskan perbelanjaan dalam perkara yang bertentangan dengan\nperintah Tuhan, maka orang itu perlulah menanggung kos yang telah dibazirkannya\ndaripada hak-milik Tuhan. &nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Taburan kekayaan yang adil dipertegaskan dalam al-Qur\u2019an: \u201cjanganlah harta itu hanya beredar di antara orang-orang kaya sahaja di kalangan kamu\u201d (<em>al-Hashr<\/em>, 59:7). Allah mengangkat martabat umat manusia ke arah keadilan, dan secara berterusan mencela ekonomi yang tidak seimbang, kerana ketaksamaan ekonomi amat sukar digentas di tengah-tengah perpecahan masyarakat. Kecurangan ekonomi merosakkan perpaduan dan penyebab utama kefasadan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sungguhpun mereka\nyang berada meraih kekayaannya dengan cara yang betul, mereka tidak harus\nberbelanja mengikut nafsu semata-mata. Bukan semua kekayaan yang diraih oleh\nseseorang hak mereka sepenuhnya; golongan fakir, miskin dan yang menderita\nkekurangan ada hak dalam sebahagian harta mereka yang kaya. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Allah mencela\nperbuatan menghimpun kekayaan tanpa belas ihsan kebaktian. Al-Qur\u2019an membidas\ntajam \u201corang-orang yang menimbun emas dan perak dan tidak membelanjakannya pada\njalan Allah [ke arah kebaikan]\u201d (<em>al-Tawbah<\/em>, 9:34). <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Mereka yang hanya\nmementingkan diri turut diberikan amaran keras. Walaupun mereka terlibat dalam\nupacara agama, mereka gagal dalam menghulurkan bantuan kejiranan, termasuklah\nperbuatan mudah seperti tindakan santun dan berbaik-baik dalam kehidupan\nseharian, dan membantu tetangga yang harganya mungkin tidak banyak tetapi\nbenar-benar memberi makna yang besar buat yang sedang memerlukan. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Allah mengecam\nkepura-puraan ini dalam al-Qur\u2019an: \u201cTahukah kamu (orang) yang mendustakan\nagama, pengadilan akhirat? Itulah orang yang mengherdik anak yatim, dan tidak\nmenganjurkan memberi makanan yang berhak diterima oleh orang miskin. Maka kecelakaanlah\nbagi orang-orang yang shalat [tetapi mempunyai sifat seperti itu], (iaitu)\norang-orang yang lalai daripada menyempurnakan shalatnya, orang-orang yang menunjuk-nunjukkan\namalannya kepada orang lain [untuk mendapatkan kedudukan dan pujian], dan\nenggan (menolong dengan) barang keperluan (kepada orang yang berhak\nmendapatnya)\u201d (<em>al-Ma\u2018un<\/em>, 107:1-7).<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Turut menyalahgunakan\nharta ialah mereka yang memiliki kekayaan melalui perolehan haram,\nmengeksploitasi golongan yang lemah. Pemerasan dilaksanakan menerusi pelbagai\ntipu-helah amalan dagang dan kewangan. Allah mempertentang perbelanjaan di\njalan-Nya untuk keperluan golongan yang memerlukan dengan pelaburan wang dalam\nriba yang menghisap darah golongan miskin: \u201cHarta yang kamu laburkan dalam riba\nagar dia bertambah banyak atas derita harta manusia lain, maka riba itu tidak\nmenambah banyak pada sisi Allah. Dan sebaliknya apa yang kamu sedekah belanjakan\nberupa untuk kebajikan masyarakat yang kamu niatkan untuk mencapai keridhaan\nAllah, maka yang demikian itu berganda-ganda kebajikannya\u201d (<em>al-Rum<\/em>,\n30:39).<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Perbelanjaan demi kebajikan awam amatlah luas. Keperluan masyarakat dan negara dijelaskan dalam <em>surah al-Tawbah<\/em> (9:60): pertama, untuk orang-orang fakir; kedua, orang-orang miskin; ketiga, para pengurus perkhidmatan awam; keempat, mereka yang hatinya perlu dimenangi untuk Islam atau perbelanjaan diplomasi; kelima, untuk memerdekakan manusia dari sebarang bentuk perhambaan; keenam, untuk meringankan beban mereka yang berhutang secara jujur tetapi tidak mampu melunasinya; ketujuh, untuk perbelanjaan pada jalan Allah, merangkumi segala jenis perjuangan untuk kesejahteraan rakyat seperti pendidikan, kesihatan, pertahanan dan komunikasi; dan kelapan, untuk kemudahan mereka yang kehabisan dan menderita kekurangan sedang dalam perjalanan. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Apabila para\nSahabat bertanyakan kepada Rasulullah berapa banyak yang harus mereka belanjakan\nuntuk kesejahteraan awam, Rasulullah diperintahkan untuk menjawab: \u201cYang lebih\ndari keperluan\u201d (2:219). Adapun mereka yang berderma tetapi menyimpan harta\nterbaik yang mereka miliki dan hanya menyumbangkan barang-barang yang usang\natau tidak boleh digunakan, mereka ditegur seperti berikut: \u201cKamu sekali-kali\ntidak sampai kepada kebajikan, sebelum kamu mendermakan sebahagian harta yang kamu\ncintai\u201d(<em>Ali \u2018Imran<\/em>, 3:92).<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Keimanan kepada Tuhan tidaklah sempurna kecuali ia menyedarkan seseorang tentang keperluan hidup ahli masyarakatnya. Syarat sahnya keimanan ialah seseorang itu \u201cmemberikan harta yang dicintainya kepada yang memerlukan dari kerabatnya, anak-anak yatim (tak berdaya), orang-orang miskin, musafir (yang kehabisan dan menderita kekurangan) dan orang-orang yang meminta-minta [dan berhak untuk dibantu]; dan memerdekakan insan dari sebarang perhambaan\u201d (<em>al-Baqarah<\/em>, 2:177).<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dalam kita menebarkan keadilan, kita tidak bermaksud untuk negara memanjakan mereka yang malas dan mengambil mudah. Persis pengamatan Shibli Nu\u2019mani tentang Khalifah \u2018Umar selaku negarawan adil, kemurahan hati baginda tidak sesekali menghasilkan bangsa pengemis yang culas yang tidak mahu memperoleh sara hidup secara berdikari, dan hidup bergantung kepada belas kasihan orang lain. Merujuk kepada kaedah pemerintahan \u2018Umar, al-Mawardi merakamkan dalam <em>al-Ahkam al-Sultaniyyah<\/em>: \u201cPara pegawai awam wajib menolak mereka yang memohon bantuan kebajikan walaupun berkemampuan menyara hidup sendiri.\u201d Saidina \u2018Umar sendiri selalu memperingatkan: \u201cPekerjaan, walaupun taraf bawahan, tetap lebih mulia berbanding meminta belas kasihan orang.\u201d<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Dalam Islam, pada asalnya insan tiada memiliki apa-apa. Allah-lah yang menjadikannya memiliki sumber kekayaan\u2014dengan penciptaan pelbagai benda yang boleh mendatangkan manfaat buat umat manusia. Harta-benda hanyalah amanah dari Tuhan, seperti firman-Nya, \u201cBerimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya dan belanjakanlah pada &#8230;<\/p>\n","protected":false},"author":3,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_analytify_skip_tracking":false,"_wpzoom_pinterest_image_url":"","_wpzoom_pinterest_hidden_image":"0","_wpzoom_pinterest_description":"","footnotes":""},"categories":[225],"tags":[],"class_list":["post-26143","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-article","category-225","description-off"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/26143","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/3"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=26143"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/26143\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=26143"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=26143"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=26143"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}