{"id":26171,"date":"2019-07-25T01:07:53","date_gmt":"2019-07-25T01:07:53","guid":{"rendered":"http:\/\/www.ikim.gov.my\/new-wp\/?p=26171"},"modified":"2019-07-25T01:07:53","modified_gmt":"2019-07-25T01:07:53","slug":"nasib-umat-islam-sentiasa-bertelagah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/nasib-umat-islam-sentiasa-bertelagah\/","title":{"rendered":"Nasib Umat Islam Sentiasa Bertelagah"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Terdapat banyak berita sejak akhir-akhir ini yang memperkatakan mengenai\nketegangan antara hubungan China dan Amerika. Kita mungkin tertanya-tanya punca\nutama ketegangan dua kuasa dunia utama ini. Jadi, sebelum memperjelaskan\nperkara ini elok kita imbas kembali sejarah dunia atau kita tinjau kembali kejatuhan\nempayar-empayar dunia.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sejarah menceritakan kepada kita bahawa empayar terdahulu\nseperti kerajaan Namrud (hidup sekitar 2275SM-1943SM) adalah empayar yang hebat\ndan mempunyai seorang raja yang dikenali sebagai Namrud yang memerintah\nMesopotamia purba (kini dikenali sebagai Iraq). Namrud telah memulakan era pada\nmasa manusia memandang rendah kepada Tuhan. Rakyatnya tidak digalakkan untuk\nmelakukan kebaikan demi tuhan (bukan Allah) kerana baginya tuhan yang ghaib\nadalah lemah. Banyak peristiwa mengenai Namrud dan nabi Ibrahim a.s. ini telah\ndirakamkan di dalam al-Quran antaranya&nbsp;\npada ketika nabi Ibrahim a.s. berdebat dengan Namrud (2:258) dan peristiwa\nnabi Ibrahim a.s. dilempar ke dalam api oleh Namrud (Rujuk Surah 21:68, 29:24 dan\n37:97) dan peristiwa api menyelamatkan nabi Ibrahim a.s. (Rujuk Surah 21:69,\n21:70, 29:24 dan 37:98). Namun, akhirnya Allah SWT telah menurunkan bala\nmelalui beribu-ribu nyamuk dan serangga halus untuk membunuh Namrud dan bala\ntenteranya maka berkuburlah kerajaan Namrud. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Setelah berkubur kerajaan Namrud maka muncul pula\nkerajaan Firaun dan nabi Musa a.s. &nbsp;sebagaiman yang dirakamkan di dalam al-Quran.\nSaat perjumpaan nabi Musa a.s dengan Firaun dirakamkan dalam al-Quran. (Rujuk Surah\n20:58, 20:59, 20:64, 20:65, 20:66, 26:38, 26:39, 26:40, 26:43 dan 26:44). Kerajaan\nFiraun terkenal dengan Piramid dan kehebatannya iaitu dari tempoh Dinasti Awal\nsebelum 3000 SM hingga ke penghujung Dinasti Ptolemaik iaitu apabila Mesir\nmenjadi jajahan Empayar Rom di bawah pemerintahan Augustus Caeser pada 30 SM. Namun,\ndisebabkan keangkuhan dan kesombangan Firaun, Allah SWT telah menurunkan bala\nsebagaimana yang dirakamkan di dalam al-Quran iaitu kehancuran Firaun dan\npasukannya. (Rujukan di dalam Surah 2:50, 3:11, 7:136, 7:137, 8:52, 8:54, 10:88,\n10:90, 10:92, 17:103, 20:78, 20:79, 23:48, 25:36, 26:64, 26:66, 28:40, 29:40,\n40:45, 43:55, 43:56, 44:24, 44:25, 44:26, 44:27, 44:28, 44:29, 51:40, 54:42,\n68:10, 73:16, 79:25, 85:17, 85:18 dan 89:13).<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Setelah kerajaan Firaun musnah maka kerajaan Rom pula\nmenguasai dunia. Empayar Rom menguasai permukaan tanah sebanyak lebih kurang\n5,900,000 kilometer persegi dan menjadikan empayar terbesar semasa Zaman Purba\nKlasik. Namun, akhirnya atas sebab-sebab tertentu Empayar Rom telah jatuh.\nEmpayar Rom ini ditakluk oleh Empayar Islam Turki Uthmaniyyah pada 29 Mei 1452\ntetapi pengaruh budaya, undang-undang, bahasa, agama, kerajaan, tentera dan\nseni bina Rom terhadap tamadun Barat masih dapat dikesan pada hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Secara ringkas, kekuasaan Empayar Islam Uthamiyyah\nboleh dikategorikan kepada dua zaman. Zaman pertama boleh dikatakan semasa\nberlakunya penaklukan dan perkembangan kuasa iaitu bermula daripada penawanan\nConstantinapole pada tahun 1453 sehinggalah kemangkatan Sultan Sulaiman al-Qanuni\npada tahun 1566. Zaman kedua pula, iaitu semasa struktur pentadbiran mula\nmenunjukkan kelemahannya akibat daripada perebutan kuasa dan rasuah iaitu dari\ntahun 1566 sehinggalah kegagalan serangan ke atas Vienna pada tahun 1683. Empayar\nIslam Turki Uthmaniyyah yang hebat itu tamat pemerintahan pada tahun 1924. Ia merupakan\nempayar\nterakhir Islam yang pernah menguasai sebahagian besar benua Asia, Eropah dan\nAfrika Utara.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sebahagian\nbesar wilayah takluk Empayar Islam Uthmaniyyah yang bertapak di Turki itu\nterletak di Asia Barat termasuklah Palestin, Israel, Kuwait, Iraq, Lebanon,\nJordan, Syria dan Iran. Empayar Islam Uthmaniyyah juga pernah menjajah beberapa\nnegara Eropah dan Afrika Utara termasuklah Greece, Hungary, Albania, Armenia,\nBosnia-Herzegovina, Bulgaria, Serbia, Kosovo, Arzebaijan, Croatia, Tunisia,\nLibya, Mesir, Algeria serta beberapa negara lain.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kemudian muncul pula kuasa-kuasa Eropah pada abad ke-16\nseperti kuasa Portugis, Belanda dan Inggeris. Pada kurun ke-16 ini, kuasa dunia\nadalah di tangan Portugal dan pencabarnya adalah Sepanyol. Perang dunia berlaku\nsekitar tahun 1494-1516 dan Portugal pada ketika itu berpakat dengan Belanda.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kini, muncul pula negara Amerika dan Britain yang\nmenjadi antara kuasa dunia. Sedar atau tidak kita kini berada pada zaman\ntransisi iaitu satu kuasa baharu akan muncul iaitu China. Persoalan yang timbul\ndi sini ialah status umat Islam untuk menempatkan diri mereka. Adakah mereka\nakan bersama perubahan dunia atau tenggelam dengan peperangan sesama sendiri\ndan menggunakan alam siber untuk menyebarkan fitnah di media sosial bagi menjatuhkan\nsatu sama lain kerana perebutan kuasa?<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Huawei sebuah syarikat gergasi dari China yang giat\nmenjalankan penyelidikan dan pembangunan (R&amp;D) kini meneraju teknologi\nkomunikasi global yang kita kenali sebagai 5G iaitu yang paling laju dan syarikat\nyang paling banyak menghasilkan paten. Perlu diingat bahawa teknologi adalah\nintrumen yang paling penting untuk merubah landskap ekonomi dunia yang kita\nkenali sebagai Revolusi Industri 4.0. Pada masa akan datang kita betul-betul\nakan merasai apa yang dikatakan sebagai kereta terbang, <em>drone <\/em>yang\nmenghantar barang dan bukan lagi pos atau <em>courier<\/em>. Kita juga akan\nmerasai kereta-kereta yang tanpa pemandu atau <em>driverless car<\/em> sekiranya\nkita ada <em>connectivity<\/em> atau kelajuan seperti 5G.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Amerika merupakan negara yang paling resah kerana\nChina sedang berusaha untuk mengatasainya sebagai peneraju teknologi dan\nmenguasai dunia. Setakat ini, kita melihat syarikat-syarikat Amerika Syarikat yang\nsama taraf dengan Huawei dari segi teknologi 5G tidak ada. Pemerhati-pemerhati\ngeopolitik melihat reaksi untuk menyekat Huawei daripada memasuki pasaran\nekonomi Barat adalah jalan terakhir mereka iaitu jalan kekerasan untuk\nmengekalkan hagemoni Barat dalam menguasai dunia.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Teknologi 5G ini secara tidak langsung akan menentukan\nnegara manakah yang akan menguasai ekonomi dunia. China bakal menerajui ekonomi\ndunia pada tahun 2025 dengan menguasai teknologi robot. Jadi, ketika itu semua kilang\ndi dunia boleh memiliki robot-robot dari China berbanding dari Korea, Jepun, Jerman,\nPeranchis dan Amerika. Ini adalah perkara yang amat membimbangkan\nAmerika Syarikat serta negara-negara Barat akan berakhirnya kekuasaan Barat\natau kejatuhan Empayar Barat. Persoalan yang perlu difikirkan ialah apakah\nnasib umat Islam di dunia ketika itu, yang kini berperang sesama sendiri kerana\nberebut kuasa?<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Terdapat banyak berita sejak akhir-akhir ini yang memperkatakan mengenai ketegangan antara hubungan China dan Amerika. Kita mungkin tertanya-tanya punca utama ketegangan dua kuasa dunia utama ini. Jadi, sebelum memperjelaskan perkara ini elok kita imbas kembali sejarah dunia atau kita tinjau kembali kejatuhan &#8230;<\/p>\n","protected":false},"author":8,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_analytify_skip_tracking":false,"_wpzoom_pinterest_image_url":"","_wpzoom_pinterest_hidden_image":"0","_wpzoom_pinterest_description":"","footnotes":""},"categories":[225],"tags":[],"class_list":["post-26171","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-article","category-225","description-off"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/26171","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/8"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=26171"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/26171\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=26171"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=26171"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=26171"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}