{"id":26179,"date":"2019-07-31T04:02:26","date_gmt":"2019-07-31T04:02:26","guid":{"rendered":"http:\/\/www.ikim.gov.my\/new-wp\/?p=26179"},"modified":"2019-07-31T04:02:26","modified_gmt":"2019-07-31T04:02:26","slug":"ikhlas-bezakan-amal-sempurna-cacat","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/ikhlas-bezakan-amal-sempurna-cacat\/","title":{"rendered":"Ikhlas Bezakan Amal Sempurna, Cacat"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Imam al-Ghazali (w.505\/1111M) menyebut dalam\nkitabnya <em>Ayyuhal Walad<\/em> ketika menasihati muridnya dengan berkata: \u201c<em>dan\nengkau bertanyakan kepadaku tentang ikhlas, maka ikhlas itu bahawa engkau\nmenjadikan segala amalanmu hanya untuk Allah Ta\u2019ala dan hati engkau tidak\nmerasa senang dengan pujian manusia dan engkau tidak peduli dengan kecaman\nmereka.<\/em>\u201d<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ikhlas ialah ungkapan yang sering\nkeluar daripada mulut kita. Namun hakikat sebenarnya hanya Allah SWT sahaja\nyang Maha Mengetahui adakah pertuturan dilidah itu selari dengan apa yang\ntersemat di dalam hati? Hal ini kerana ikhlas itu bukan perbuatan zahir yang\nnampak dilihat tetapi ikhlas itu tersembunyi dalam hati-hati manusia yang hanya\npemilik hati dan Allah SWT mengetahuinya.&nbsp;\nIkhlas berasal daripada kalimah \u201ckha-lam-sad\u201d yang membawa maksud\n\u201ckosong, bersih, bebas, tidak bercampur, jernih.\u201d<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menariknya apabila kita merenung\nayat al-Qur\u2019an, kalimah \u201c<em>khalasa<\/em>\u201d ini digunakan bersama kalimah susu\nuntuk menggambarkan kualiti susu yang bukan sahaja diketahui bersih tetapi ia\njuga asli tidak bercampur atau tercemar padahal kedudukan susu tersebut dalam\nperut haiwan di antara [tempat] najis yang kotor (<em>farth<\/em>) dengan darah (<em>damm<\/em>).\nFirman Allah SWT dalam surah <em>al-Nahl<\/em>\nayat 66 yang mafhumnya berbunyi: \u201c<em>kami memberimu&nbsp; minum daripada apa yang ada dalam perutnya iaitu\nsusu bersih (labanan khalisan) di antara kotoran najis dengan darah<\/em>\u201d <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dalam penciptaan\nhaiwan ternak \u201c<em>al-an\u2019am<\/em>\u201d (merujuk haiwan seperti lembu, biri-biri dan\nunta) itu terdapat banyak \u2018<em>ibrah<\/em> atau pengajaran yang boleh dikutip\nsepertimana yang disebutkan oleh Allah SWT di awal ayat 66 Surah <em>al-Nahl<\/em>, iaitu salah satunya ialah bagaimana\nkejadian susu haiwan yang terletak di antara dua bahagian kotor dengan najis,\nnamun mampu menghasilkan susu yang suci bersih dan enak diminum tanpa kotor dan\ntidak juga berbau yang tidak enak?<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Di sinilah\npara ulama\u2019 menyebut bandingan \u201csusu yang suci bersih\u201d (<em>labanan khalisan<\/em>)\nitu juga boleh disamakan dengan keadaan kualiti ikhlas seseorang itu. Imam\nShaqiq al-Balkhi apabila ditanya tentang ikhlas, beliau menjawab, \u201cikhlas itu\nmembezakan antara amalan sempurna [diterima] daripada kecacatan [disebabkan <em>riya\u2019<\/em>\ndll]&nbsp; sepertimana susu yang suci bersih itu\nwujud di antara darah dengan kekotoran.\u201d <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kedudukan susu\ndalam kantung susu haiwan dalam&nbsp; tertutup\ndan terlindung daripada najis dan darah itu juga perlambangan kepada amalan\nkita yang sepatutnya kita tutup dan sembunyikan daripada pengetahuan manusia.\nOleh yang demikian, dengan cara itulah amalan tersebut menjadi suci bersih,\nmurni dan tidak tercemar seperti susu itu tadi yang tidak kotor oleh darah\nmahupun najis di sekeliling. Amalan jika didedahkan akan mudah tercemar dengan\nriya\u2019 sepertimana susu dalam perut haiwan itu jika terdedah nescaya akan kotor\nbercampur najis dengan darah dan tidak boleh diminum lagi.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Allah SWT\nmenuntut hamba-Nya ikhlas beribadat kepada-Nya dan tidak mensyirikkan-Nya.\nSyirik atau mempersekutukan Allah SWT ada dua makna, pertama syirik dalam\nakidah dalam erti kata menyembah selain Allah SWT, seperti menyembah patung-patung\nberhala yang dilakukan oleh penganut agama-agama lain iaitu yang menyembah\n\u201ctuhan\u201d selain Allah. Syirik ini panggil Syirik Jali atau Syirik Terang\n(Nyata). <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kedua, syirik yang\nmerujuk melakukan amalan ibadat tetapi bukan kerana mencari keredhaan Allah SWT\ntetapi matlamat-matlamat lain selain Allah SWT. Syirik ini dipanggil Syirik\nKhafi atau Syirik Tersembunyi, disebut juga Syirik Kecil. Antara yang biasa\ndilakukan manusia ialah melakukan amalan kebaikan untuk dilihat oleh orang lain\ndan menunjuk-nunjuk (<em>riya\u2019<\/em>); atau suka dipuji oleh manusia dan suka mendengar\npujian manusia (<em>sum\u2019ah<\/em>); atau melakukan amalan ibadat dan merasakan\nbangga dan kagum dengan diri sendiri seolah kita lebih baik daripada orang lain\n(<em>ta\u2019ajub<\/em>).<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ulama turut\nmembahaskan situasi jika niat seseorang itu bercampur (<em>niyyat mushtarakah<\/em>) seperti niat\nasalnya kerana Allah SWT, tetapi kemudian berubah kepada duniawi adakah\namalannya diterima Allah SWT? &nbsp;Kebanyakan\npendapat mengatakan amalan tersebut ditolak (<em>mardud<\/em>) dan tidak dikira\nikhlas. Oleh itu, kita dianjurkan untuk sentiasa menjaga niat dari awal lagi\nhingga akhir supaya sentiasa ikhlas mencari keredhaan Allah SWT. Ada ketikanya\nseseorang itu ikhlas pada peringkat awal, tetapi lama-kelamaan godaan iblis dan\nnafsu menyelinap masuk ke dalam hatinya, menimbulkan was-was dan mengaburi\nniatnya hingga merosakkan &nbsp;niat asalnya\nlalu bertukar kepada niat berkehendakkan duniawi.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Imam\nal-Ghazali dalam kitab <em>Ayyuhal Walad<\/em> turut menjelaskan punca seseorang\nitu timbul dalam hatinya perasaan riya\u2019 kerana mereka mengagungkan manusia\nberlebihan sehingga meletakkan manusia itu mampu untuk memberi manfaat\nsedangkan dalam akidah kita Ahlul Sunnah wal Jamaah hanya Allah SWT sahaja yang\nmampu memberi manfaat dan mudarat. Disebabkan pengagungan itu, mereka ingin\nmencari kemuliaan di sisi manusia dengan mengenepikan kemuliaan yang sepatutnya\nmereka raih daripada Allah SWT.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Oleh hal yang\ndemikian, untuk menghilangkan perasan riya\u2019, Imam al-Ghazali menyarankan agar\nkita tanamkan dalam hati bahawa manusia di sekeliling kita itu tidak agung dan\nmereka hanyalah seperti makhluk-makhluk yang tidak bernyawa (<em>jam\u0101d\u0101t<\/em>)\nseperti batu-batu, atau pokok-pokok yang tidak mampu memberi apa-apa manfaat\ndan kemuliaan kepada kita, nescaya dengan perasaan itu kita akan mampu untuk\ncuba menjadi ikhlas hanya kepada Allah SWT.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pernah diriwayatkan\nseorang lelaki yang suka menunjuk-nunjuk amalannya pada suatu hari sedang dia\nsolat sunat dalam sebuah masjid sendirian, tiba-tiba beliau terdengar pintu\nmasjid dibuka. Lalu beliau pula mula memanjangkan solatnya, memperelokkan\nrukunnya, melamakan sujudnya dan melakukan terbaik dengan harapan orang yang\nmasuk itu tadi akan memuji-muji dan memandang tinggi terhadap ibadatnya.\nSetelah memberi salam, lelaki tersebut menoleh ke belakang dan terlihat olehnya\nseekor kucing. Rupanya-rupanya pintu itu tadi ditolak oleh seekor kucing dan bukannya\nmanusia seperti sangkaannya. Lalu menyesallah dia menginsafi apakah faedahnya\nyang dia peroleh untuk menunjuk-nunjuk amalannya hanya kepada seekor kucing dan\nbukan kepada Allah SWT yang sepatutnya. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dalam satu hadith\nyang panjang daripada Abu Hurairah RA, Baginda SAW menyebut tentang tiga\ngolongan yang diazab di Hari Akhirat kelak kerana riya\u2019, mafhumnya:<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><em>\u201cSesungguhnya\nmanusia paling awal yang akan dihisab urusannya pada Hari Kiamat kelak adalah seorang\nlelaki yang mati syahid, lalu dia didatangkan ke sisi Allah dan diperingatkan\ndengan segala nikmat-nikmat-Nya (yang telah diberikan kepadanya) maka diapun\nmengakuinya. Allah berfirman, \u201cLalu apa yang kamu perbuat dengan nikmat-nikmat\ntersebut?\u201d dia menjawab, \u201cAku berperang di jalan-Mu sampai aku mati syahid.\u201d\nAllah berfirman, \u201cKamu berdusta, akan tetapi sebenarnya kamu berperang agar\nkamu dikatakan seorang pemberani, dan kamu telah dikatakan seperti itu (di\ndunia).\u201d Kemudian diperintahkan agar dia diseret di atas wajahnya sampai dia\ndilemparkan masuk ke dalam neraka.<\/em><\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><em>Dan (orang\nkedua adalah) seseorang yang mempelajari ilmu (agama), mengajarkannya, dan dia\nmembaca (menghafal)&nbsp; Al-Qur`an. Maka dia\ndidatangkan lalu Allah mengingatkan nikmat-nikmat-Nya (yang telah diberikan\nkepadanya) maka diapun mengakuinya. Allah berfirman, \u201cLalu apa yang kamu\nperbuat dengannya?\u201d dia menjawab, \u201cAku mempelajari ilmu (agama),\nmengajarkannya, dan aku membaca Al-Qur`an karena-Mu.\u201d Allah berfirman, \u201cKamu\nberdusta, akan tetapi sebenarnya kamu menuntut ilmu agar kamu dikatakan seorang\nalim dan kamu membaca Al-Qur`an agar dikatakan, \u201cDia adalah qari`,\u201d&nbsp; dan kamu telah dikatakan seperti itu (di\ndunia).\u201d Kemudian diperintahkan agar dia diseret di atas wajahnya sampai dia\ndilemparkan masuk ke dalam neraka.<\/em><\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><em>Dan (yang\nketiga adalah) seseorang yang diberikan keluasan (harta) oleh Allah dan Dia\nmemberikan kepadanya semua jenis harta. Maka dia didatangkan lalu Allah\nmengingatkan nikmat-nikmat-Nya (yang telah diberikan kepadanya-pen) maka diapun\nmengakuinya. Allah berfirman, \u201cLalu apa yang kamu perbuat padanya?\u201d dia\nmenjawab, \u201cAku tidak menyisakan satu jalanpun yang Engkau senang kalau\nseseorang berinfak di situ kecuali aku berinfak di situ untuk-Mu.\u201d Allah\nberfirman, \u201cKamu berdusta, akan tetapi sebenarnya kamu melakukan itu agar\ndikatakan, \u201cDia adalah orang yang dermawan,\u201d dan kamu telah dikatakan seperti\nitu (di dunia).\u201d Kemudian diperintahkan agar dia diseret di atas wajahnya\nsampai dia dilemparkan masuk ke dalam neraka.\u201d<\/em> (HR. Muslim No. 1905)<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Marilah kita sama-sama menjaga\nhati kita agar sentiasa ikhlas mencari keredhaan Allah SWT.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Imam al-Ghazali (w.505\/1111M) menyebut dalam kitabnya Ayyuhal Walad ketika menasihati muridnya dengan berkata: \u201cdan engkau bertanyakan kepadaku tentang ikhlas, maka ikhlas itu bahawa engkau menjadikan segala amalanmu hanya untuk Allah Ta\u2019ala dan hati engkau tidak merasa senang dengan pujian manusia dan engkau tidak peduli dengan kecaman mereka.\u201d Ikhlas ialah ungkapan yang sering keluar daripada mulut&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":31,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_analytify_skip_tracking":false,"_wpzoom_pinterest_image_url":"","_wpzoom_pinterest_hidden_image":"0","_wpzoom_pinterest_description":"","footnotes":""},"categories":[141],"tags":[],"class_list":["post-26179","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-berita-harian","category-141","description-off"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/26179","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/31"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=26179"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/26179\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=26179"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=26179"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=26179"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}