{"id":26202,"date":"2019-08-13T04:36:47","date_gmt":"2019-08-13T04:36:47","guid":{"rendered":"http:\/\/www.ikim.gov.my\/new-wp\/?p=26202"},"modified":"2019-08-13T04:36:47","modified_gmt":"2019-08-13T04:36:47","slug":"raikan-raja-dengan-ilmu","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/raikan-raja-dengan-ilmu\/","title":{"rendered":"Raikan Raja Dengan Ilmu"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Baru-baru ini dalam\nsiaran langsung temu bual tempatan, seorang ilmuwan Islam terkenal berbangsa\nAmerika, Shaykh Hamza Yusuf, memuji kebaikan dan kestabilan kerajaan yang diketuai\nRaja berperlembagaan seperti Malaysia, sekitar perbualan mengenai pergolakan\npolitik, anarki ganas, dan negara gagal yang hampir sering terhasil saat\nruntuhnya kesepakatan dalam struktur kerajaan demokrasi republik.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sejak pemansuhan sistem Khilafah\n95 tahun yang lalu pada 1924, para raja dan sultan telah menggalas beban\ntanggungjawab berat urusan dunia, malahan jugaagama dalam mentadbir\nurus Islami dan hal ehwal orang Islam, yang kini bilangannya mencecah 1.8\nbilion atau 24 peratus daripada penduduk dunia. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kehilangan tampuk kepimpinan\nialah suatu malapetaka. Oleh kerana itu, ulama <em>Ahl al-Sunnah wa-\u2019l-Jama\u2018ah<\/em>\nyang tajam penilaiannya seperti Imam termasyhur al-Juwayni (wafat 1085) dan\nmuridnya yang gemilang Imam al-Ghazali (wafat 1111) menasihati agar rakyat tidak\nterjebak mencerca pemerintah, sebaliknya lebih cenderung memimpin umat menuju\nTuhan dengan harapan sahsiah peribadi mereka berubah ke arah lebih baik.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kerajaan (<em>mulk<\/em>)\nadalah sifat\/ciri semula jadi bagi manusia. Sarjana dan tokoh persuratan\nKesultanan Mamluk abad ke-14, Shihab al-Din al-Nuwayri, menceritakan dalam\nkaryanya, <em>Nihayat al-Arab fi Funun al-Adab <\/em>(Akhir Tujuan dalam Seni Persuratan),\nbagaimana para malaikat memahkotakan Nabi Adam a.s. dengan \u201cmahkota emas\nbertatahkan mutiara dan permata\u201d setelah Allah a.w.j.mengajarkan\nbaginda nama-nama segala benda (<em>Surah\nal-Baqarah<\/em>, ayat 31).<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><em>Nihayat\n<\/em>merupakan sebuah karya ensiklopedia besar mengenai\nsejarah dunia dan kosmologi Sunni yang menonjolkan tema berulang pandangan alam\nIslam termasuklah ilmu pengetahuan hakikat dan kedudukan istimewa manusia\nsebagai khalifah di bumi dalam aturan sarwa (sekelian) alam.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Asalnya, manusia adalah semangat\n(<em>ruh<\/em>) yang ditiupkan oleh Tuhan (<em>Surah\nSad<\/em>, ayat 72). Sebagai jiwa (<em>nafs<\/em>), ia mempunyai kekuatan selera dan\nkecenderungan (<em>nuzu\u2018iyyah<\/em>) untuk memiliki (<em>tamalluk<\/em>) yang\nmerupakan penzahiran nama Tuhan, <em>al-Malik\n<\/em>(Raja Yang Maha Memiliki).<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Walau bagaimanapun, Imam al-Ghazali\nmenerangkan dalam karyanya, <em>al-Maqsad al-Asna <\/em>(Maksud 99 Nama-nama\nAllah), bahawa bahagian manusia yang terzahir daripada nama Tuhan itu hanyalah\nsebagai nisbah perbandingan; seluruh alam kejadian memerlukan Allah s.w.t.\nsedangkan Dia sebagai Raja Yang Maha Memiliki tidak memerlukan apa pun sesuatu.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pemikir ulung masa kini, Tan\nSri Profesor Syed Muhammad Naquib al-Attas, menjelaskan bahawa manusia\nmempunyai dwi-hakikat yang mana semangatnya terdiri daripada: 1) wajah <em>haiwaniyyah<\/em>\ndengannya jiwa seseorang itu mengawal peranan hayat tubuh badan dan bergerak\nmendapatkan santapan jasmaninya, dan 2) wajah <em>aqliyyah<\/em> dari dalamnya\nhati nurani (<em>qalb<\/em>) memerintah wajah <em>haiwaniyyah<\/em>.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kesimpulannya, ilmu dan\nkearifan akal (<em>\u2018aql<\/em>) membolehkan manusia untuk mengenali hakikat sebenar\ndirinya dan mengawal (<em>tamaluk<\/em>) keinginan hawa nafsunya daripada\nmelanggar batasan (<em>hudud<\/em>) yang ditetapkan oleh Tuhan. Disinilah tersimpan\nkemas rahsia kepimpinan yang gemilang: barang siapa mentadbir kerajaan dirinya\nsendiri, kelak berhasil menanggapi urus tadbir selain darinya. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cHati nurani para raja\npeka dengan hal ehwal awam dan peristiwa zaman,\u201d tulis Ibn al-Dawadari yang\nberbangsa Mesir, iaitu penulis ikhtisar sejarah dunia <em>Kanz al-Durar<\/em>\n(Khazanah Mutiara). <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dengan berhujah bahawa\nTuhan-lah yang mengurniakan kebolehan kepada raja-raja untuk memahami keperluan\nrakyat, Ibn al-Dawadari menyebut, \u201cKerana itulah Allah mempertanggungjawabkan\nmereka dengan menguruskan kehidupan manusia. Sekalian mereka melihat peristiwa\nzaman dari sebalik tirai yang jarang lagi nipis dan memperolehi keredaan Allah dengan\nmengikuti dasar yang berpandukan kebenaran.\u201d<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><em>Shahanshah\n<\/em>(Raja segala raja) Parsi abad ke-6, Anushirwan, pernah\nmeminta nasihat daripada wazirnya, Bazrajamhar, demi kesejahteraan negara\nbaginda dan kelangsungan kerajaannya. Lantas, beliau merumuskan nisbah kedudukan\nraja dalam aturan sarwa alam:<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dunia\nlaksana taman, pagarnya ialah kerajaan; kerajaan laksana wilayah,<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Perundangannya\nialah raja; raja laksana gembala, tentera menyokongnya;<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Tentera\nlaksana bantuan, kekayaan mendirikannya; kekayaan laksana <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">makanan,\nrakyat mengumpulkannya; rakyat laksana kakitangan, keadilan <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">menundukkannya;\ndan keadilan laksana sara hidup, dengannya tertegaklah dunia.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Rasulullah s.a.w.\nbersabda dalam sepotong <em>hadith <\/em>diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim:\n\u201cSetiap kamu adalah gembala dan setiap gembala dipertanggungjawabkan dengan\ngembalaannya.\u201d Senada dengan itu, hati nurani adalah gembala dan anggota badan\nialah gembalaannya, manakala sultan adalah gembala dan sekalian hamba Allah\nialah gembalaan baginda.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Penyair dari Andalusia\nabad ke-10 dan penulis <em>al-\u2018Iqd al-Farid<\/em> (Untaian Tiada Bertara), Ibn\n\u2018Abd Rabbih mengatakan, \u201cRaja adalah pemegang kuasa, pengawal atur hak dan\ntuntutan, tulang belakang yang mendukungi hukum Tuhan, dan paksi padanya\nberputar segala urusan agama dan dunia. Baginda adalah perlindungan Allah di\nwilayahnya, dan bayangan Tuhan yang meliputi rakyatnya; melaluinya baginda\nmenegah yang haram, menolong yang tertindas, menggagahi yang zalim, dan\nmelindungi yang lemah.\u201d<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Tentunya, permata-permata\nhikmah zaman terdahulu wajar difikirkan dengan pertimbangan teliti, seraya kita\nmelahirkan kegembiraan bersempena pertabalan Al-Sultan Abdullah Ri\u2019ayatuddin\nAl-Mustafa Billah Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16. \u201cRahmat bahagia,\nTuhan kurniakan; Raja kita selamat bertakhta.\u201d Daulat Tuanku! <\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Baru-baru ini dalam siaran langsung temu bual tempatan, seorang ilmuwan Islam terkenal berbangsa Amerika, Shaykh Hamza Yusuf, memuji kebaikan dan kestabilan kerajaan yang diketuai Raja berperlembagaan seperti Malaysia, sekitar perbualan mengenai pergolakan politik, anarki ganas, dan negara gagal yang hampir sering terhasil saat runtuhnya kesepakatan dalam struktur kerajaan demokrasi republik. Sejak pemansuhan sistem Khilafah 95&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":35,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_analytify_skip_tracking":false,"_wpzoom_pinterest_image_url":"","_wpzoom_pinterest_hidden_image":"0","_wpzoom_pinterest_description":"","footnotes":""},"categories":[147],"tags":[],"class_list":["post-26202","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-utusan-malaysia","category-147","description-off"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/26202","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/35"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=26202"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/26202\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=26202"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=26202"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=26202"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}