{"id":26226,"date":"2019-08-26T01:23:00","date_gmt":"2019-08-26T01:23:00","guid":{"rendered":"http:\/\/www.ikim.gov.my\/new-wp\/?p=26226"},"modified":"2019-08-26T01:23:00","modified_gmt":"2019-08-26T01:23:00","slug":"kempen-kibarkan-e-jalur-gemilang","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/kempen-kibarkan-e-jalur-gemilang\/","title":{"rendered":"Kempen Kibarkan \u201ce-Jalur Gemilang\u201d"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Tidak lama lagi rakyat Malaysia akan menyambut\nHari Kemerdekaan yang ke-62 pada 31 Ogos 2019 yang bertemakan \u201cSayangi\nMalaysiaku: Malaysia Bersih\u201d. Hari Kemerdekaan ini sebenarnya adalah hari yang\npenuh bermakna jika dihayati sepenuhnya oleh warga Malaysia.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Seandainya warga Malaysia yang ada pada hari\nini tidak merdeka, kita tidak dapat bayangkan nasib kita sekarang. Hampir lebih\nkurang 446 tahun kita dijajah oleh orang asing. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Tanah Melayu dengan jelas memberikan makna\ntanah yang dimiliki oleh orang Melayu. Jika kita lihat dari perspektif kemerdekaan\npula, bangsa Melayulah yang berjuang bermati-matian untuk mendapatkan\nkemerdekaan yang kita nikmati pada hari ini dan wira-wira negara yang gugur\ntidak mengharapkan apa-apa kecuali ganjaran daripada Allah SWT yang mereka\ndambakan. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Makna \u201csia\u201d dalam bahasa Latin ialah \u201ctanah\u201d.\nBegitu juga dengan negara-negara lain yang mempunyai akhiran \u201csia\u201d seperti\nRusia, Indonesia dan Tunisia. Negara-negara yang berakhir dengan \u201c<em>land<\/em>\u201d juga merujuk kepada tanah milik mereka\nseperti New Zealand, Finland, England, Switzerland, Thailand dan sebagainya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sambutan kemerdekaan ini sebenarnya mempunyai\nberbagai-bagai tujuan seperti menaikkan semangat patriotik, menghargai wira-wira\nnegara yang terkorban dan yang paling penting ialah untuk ditanamkan pada\ngolongan remaja masa kini atau dikenali sebagai generasi Z. Don Tapscott dalam\nbukunya <em>Grown Up Digital<\/em> telah membahagikan demografi penduduk seperti\nberikut: generasi X ( lahir antara tahun 1965-1976), generasi Y (lahir tahun\n1977-1997) dan generasi Z (lahir tahun 1998 hingga kini).<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Generasi Z membesar dengan keadaan yang jauh\nberbeza. Mereka tidak pernah merasa TV hitam putih, mandi sungai dan minum air\ntelaga ataupun &nbsp;pergi ke sekolah dengan\nberjalan kaki yang berbatu-batu jauhnya melalui jalan yang berdebu tanah.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Generasi Z masa kini dilahirkan dalam dunia Teknologi\nMaklumat (IT). Jadi, sambutan kemerdekaan seharusnya mengambil kira era IT &nbsp;dan juga era Malaysia baharu.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sambutan kemerdekaan dalam era Malaysia baharu mestilah\nmenampilkan impak yang baharu dan juga luar biasa.&nbsp; Apa yang ingin dicadangkan di sini ialah mengadakan\nkempen pengibaran \u201c e-Jalur Gemilang\u201d kepada semua sektor kerajaan dan swasta. &nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kempen \u201ce-Jalur Gemilang\u201d ialah mengibarkan\nbendera Malaysia di laman web masing-masing. Pengibaran bendera di laman web ini\ntidak melibatkan kos dan ia lebih mesra alam serta tidak melibatkan pembaziran.\nPengibaran bendera ini boleh dihasilkan hanya dengan menggunakan <em>template<\/em>\natau membina menggunakan perisian <em>Adobe Illustrator<\/em> dalam masa beberapa\nminit atau jam sahaja dan dengan lain-lain cara.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Cuba kita fikirkan, sebagai rakyat Malaysia kita\ndapat menunjukkan sambutan kemerdekaan negara ke seluruh dunia. Sebagai contoh,\njika pelancong asing ingin membuat tempahan bilik secara dalam talian, mereka\nakan melihat kibaran \u201c e-jalur gemilang\u201d. Begitu juga apabila pelancong asing\nberurusan secara dalam talian dengan syarikat penerbangan di Malaysia, bank-bank\ndan syarikat-syarikat korporat tempatan, Bursa Malaysia dan lain-lain yang\nkesemuanya mengibarkan \u201ce-Jalur Gemilang\u201d. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kempen ini boleh dijalankan selama sebulan atau\nmungkin 3 bulan lebih awal dan kemuncak kepada kempen \u201ce-Jalur Gemilang\u201d ini\nialah kita mengadakan perarakan secara fizikal sebagaimana sambutan Hari\nKemerdekaan yang selalu diadakan setiap tahun. Impak kibaran \u201ce-Jalur Gemilang\u201d\nini dapat mewujudkan momentum dan menanamkan semangat patriotik khususnya\nkepada golongan generasi Z yang bakal mewarisi kepimpinan negara suatu hari\nnanti.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Mengapakah begitu penting bendera ini kepada\nkita? Cuba kita lihat dari perspektif sejarah Islam. Banyak kisah yang\ndiceritakan kepada kita berkaitan dengan bendera atau panji dari pandangan\nIslam. Kalau kita membaca kitab <em>Fadhail\nal-Amal<\/em> yang ditulis oleh Mualana Muhammad Zakariyya Kandhlawi ada menceritakan\nmengenai kisah sahabat nabi Muhammad SAW yang membawa bendera sanggup dipotong\nkedua-dua tangan bagi memastikan bendera tersebut tidak jatuh ke tanah.\nBegitulah pergorbanan para sahabat dalam memperjuangkan dan mempertahankan panji-panji\nIslam yang tercinta.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kisah pertama berlaku ketika peperangan Uhud.\nBendera Muhajirin dipegang oleh Musa\u2019ab ibnu Umar r.a. Musuh telah menghampiri\nbeliau lalu memotong tangan kanannya dengan pedang supaya bendera tersebut\njatuh ke tanah bagi menandakan kekalahan yang nyata bagi orang Islam. Namun,\nbeliau segera menyambar bendera tersebut dengan tangan kiri pula. Musuh turut\nmemotong tangan kiri beliau. Beliau telah merapatkan kedua-dua lengannya ke\ndada dan menahan bendera supaya tidak jatuh. Akhirnya tentera musuh memanahnya\nsehingga menyebabkan beliau tersungkur ke bumi dan gugur syahid. Ketika\nkesyahidannya dan ketika bendera tersebut hampir jatuh tiba-tiba sepantas kilat\nbendera tersebut disambar oleh sahabat yang lain. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kisah yang kedua adalah semasa perang Muta\u2019ah.\nRasullulah SAW telah melantik Zaid ibnu Haritsah r.a. sebagai ketua tentera\nIslam. Rasulullah SAW bersabda mafhumnya, \u201cSekiranya beliau (Zaid) syahid maka\nJaafar ibnu Abi Thalib r.a. akan menjadi ketua. Sekiranya beliau juga syahid\nmaka Abdullah ibnu Rawahah r.a. akan menjadi ketua. Sekiranya beliau juga\nsyahid, maka orang Islam bolehlah melantik sesiapa yang mereka suka sebagai\nketua\u201d.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Setelah Zaid r.a. syahid, maka Saidina Jaafar\nibnu Abi Thalib r.a. pula memegang bendera tersebut. Pada mulanya bendera\ntersebut berada di tangan kanan. Pihak musuh telah memotong tangan kanannya\nnamun dengan segera disambar oleh tangan kirinya pula dan musuh turut memotong\ntangan kiri beliau dan akhirnya beliau menahan bendera itu dengan kedua-dua\nlengannya serta menggigit kukuh dengan gigi. Seorang musuh telah datang dari\nbelakang lalu menetak sehingga beliau terbelah dua yang menyebabkan beliau\nterus jatuh. Pada masa itu, umur beliau 33 tahun.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Apabila Jaafar telah syahid, orang ramai telah\nmemekik memanggil Saidina Abdullah ibnu Rawahah r.a. Dengan segera Saidina\nAbdullah ibnu Rawahah mara ke hadapan dan mengambil bendera tersebut dan mula\nberperang, jarinya telah tercedera dan jari itu tergantung-gantung di\ntangannya. Beliau telah menekan jarinya yang tergantung itu dengan kakinya\nkemudian menarik tangannya sehingga jari itu terputus. Beliau kemudiannya\nmembuang bahagian yang terputus lalu maju ke hadapan dan beliau akhirnya gugur\nsyahid.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sebagai kesimpulan, kita dapat lihat bagaimana\nsahabat nabi yang berjuang dalam mempertahankan bendera Islam ini. Jadi, kita\nsebagai rakyat Malaysia seharusnya memyambut baik kempen kibarkan \u201ce-Jalur\nGemilang\u201d dan &nbsp;semoga kempen ini menjadi\ntitik permulaan ke arah menghasilkan wira-wira negara yang cintakan bendera\nMalaysia sekaligus cintakan negara.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Tidak lama lagi rakyat Malaysia akan menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-62 pada 31 Ogos 2019 yang bertemakan \u201cSayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih\u201d. Hari Kemerdekaan ini sebenarnya adalah hari yang penuh bermakna jika dihayati sepenuhnya oleh warga Malaysia. Seandainya warga Malaysia yang ada pada hari ini tidak merdeka, kita tidak dapat bayangkan nasib kita sekarang. Hampir lebih&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":8,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_analytify_skip_tracking":false,"_wpzoom_pinterest_image_url":"","_wpzoom_pinterest_hidden_image":"0","_wpzoom_pinterest_description":"","footnotes":""},"categories":[147],"tags":[],"class_list":["post-26226","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-utusan-malaysia","category-147","description-off"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/26226","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/8"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=26226"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/26226\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=26226"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=26226"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=26226"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}