{"id":26230,"date":"2019-08-30T00:30:06","date_gmt":"2019-08-30T00:30:06","guid":{"rendered":"http:\/\/www.ikim.gov.my\/new-wp\/?p=26230"},"modified":"2019-08-30T00:30:06","modified_gmt":"2019-08-30T00:30:06","slug":"zulhijjah-bulan-kemanusiaan-sejagat","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/zulhijjah-bulan-kemanusiaan-sejagat\/","title":{"rendered":"Zulhijjah Bulan Kemanusiaan Sejagat"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sekilas pandang, takwim Hijrah seolah-olah membayangkan satu proses pembangunan\nperadaban manusia. Zulhijjah merupakan bulan terakhir sebelum memasuki tahun\nbaharu sebagai lambang kesempurnaan. Hakikatnya, tujuan Syariat tidak mampu\ntercapai kecuali dengan pengetahuan dan penghayatan. Syariat tanpa penghayatan hanya\nakan menjadi&nbsp; upacara atau adat bermusim semata-mata\nserta tidak mampu meninggikan peradaban manusia dan kemanusiaan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Takwim Hijrah diperkenalkan pada zaman amirulmukminin Saidina Umar\nal-Khattab r.a. Dalam catatan sejarah, Saidina Umar al-Khattab r.a. menentukan\npermulaan takwim Hijrah berasaskan kedudukan umat Islam pada ketika itu yang\ntelah selesai menunaikan ibadat haji sebagai tanda berakhirnya satu takwim dan\nbulan seterusnya iaitu Muharam diangkat sebagai bulan yang pertama. Ijtihad\ntersebut berasaskan keistimewan ibadat haji yang dijustifikasikan sebagai\nkesempurnaan dan penutup urusan ummah serta selari dengan susunan rukun Islam\n(rujuk kepada hadis tentang Islam, Iman dan Ihsan). Menurut catatan sirah,\nhijrah Nabi SAW ke Madinah berlaku pada bulan Rabiulawal.&nbsp; Oleh itu, sambutan Maal Hijrah pada bulan\nMuharam bukanlah bermaksud hijrah ke Madinah tetapi sambutan permulaan takwim\nHijrah. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Banyak pengajaran boleh diambil daripada peristiwa-peristiwa dalam takwim seperti\nIsra\u2019 Mikraj, Nuzul al-Quran, Maulidur Rasul, Maal Hijrah atau\nperistiwa-peristiwa lain dalam takwim Hijrah. Kebanyakannya telah kita lupai\napabila berlalu tempoh tersebut. Begitu juga bakal berlaku terhadap bulan Zulhijjah\njika dibiarkan berlalu begitu sahaja tanpa penghayatan. Selain merebut sepuluh\nhari yang dianjurkan supaya mengeratkan hubungan dengan Allah SWT dan prihatin\nsesama manusia melalui ibadat dan ganjaran yang dijanjikan, bulan terakhir\ndalam takwim ini juga merupakan lambang kemuncak kemanusiaan sejagat dengan\nmisi kesatuan ummah tanpa mengira bangsa, bahasa, negara dan warna. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dua kewajipan disyariatkan penting dalam bulan Zulhijjah iaitu ibadat haji\ndan korban secara khusus mendorong kepada proses peningkatan kemanusiaan. Hasil\npenyelidikan menyimpulkan bahawa maqasid ibadat haji ialah mengukuhkan hubungan\ndengan Allah SWT, membebaskan syirik, pernyataan kesyukuran, penyucian jiwa,\npenyatuan umat Islam dan penyempurnaan akhlak. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Imam Ghazali dalam <em>Ihya\u2019 Ulumuddin<\/em> menjelaskan bahawa setiap kewajipan\nhaji perlu dipantulkan makna di dalam hati. Wukuf di Arafah ibarat perhimpunan\nagung di Padang Mahsyar dengan penuh kemurnian kata dan hati memohon rahmat dan\nbelas ihsan Allah SWT. Tawaf bukan sekadar tubuh badan yang mengelilingi Kaabah\ntetapi keadaan hati yang sentiasa terpaut kepada Pemilik Baitullah. <em>Sa\u2019i<\/em>\nantara Safa dan Marwah menzahirkan keikhlasan dan pengharapan seorang hamba\nkepada Tuhannya seolah-olah seorang rakyat yang kebimbangan menghadap dan\nmengharap keredaan rajanya di laman istana raja tersebut. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Proses-proses ini jika dilalui dengan penuh penghayatan mampu memberi\nkeinsafan. Kesan inilah yang akan menjadi penggerak perubahan tingkah laku dan\nakhlak, seterusnya ummah secara keseluruhan. Perubahan akhlak dan sifat\nistiqamah kepada sifat mahmudah merupakan tanda penerimaan haji yang mabrur.\nNamun, jika kembali daripada menunaikan haji, masih ada yang berkelakuan tidak\nsenonoh, apalah erti ibadat tersebut. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dalam ibadat haji, keperluan bukan terhenti sekadar kewangan, kesihatan\natau keselamatan semata-mata tetapi melangkaui tujuan jasmaniah iaitu ketaatan,\nketundukan dan penghayatan yang bersifat rohaniah. Bayangkan setelah melaburkan\nwang, tenaga dan masa tetapi tiada peningkatan akhlak maka jelas bahawa ibadat\ntersebut menjadi haji yang <em>mardud<\/em> (tertolak dan tidak diterima).<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dalam bulan ini juga disyariatkan ibadah korban sebagai tanda ketaatan dan\nkesyukuran. Menjiwai sejarah penyembelihan Nabi Ismail a.s. memperlihatkan ketaatan\nNabi Ibrahim a.s. kepada perintah Tuhannya serta keredaan Nabi Ismail a.s.\nterhadap syariat. Malanglah jika masyarakat kita mengambil ibadat korban ini\nhanya sebagai aktiviti bermusim semata-mata. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Penggunaan perkataan \u201ckorban\u201d dalam kalangan masyarakat Melayu terhadap\nibadat ini sangat bertepatan dengan roh ibadat tersebut berbanding perkataan <em>udhiyyah<\/em>\n(sembelihan) dalam kitab fikah. Perkataan \u201ckorban\u201d merupakan kata pinjaman daripada\nBahasa Arab yang bermaksud dekat atau hampir. Seseorang yang berkorban mempertaruhkan\nsumber masa, harta atau apa saja termasuk nyawa demi mendapatkan sesuatu yang lain.\nDengan menggunakan perkataan korban, saranan ibadat tersebut secara terus\nterarah kepada tujuan akhir ibadat iaitu mendekatkan diri kepada Allah SWT.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Firman Allah SWT dalam surah al-Kautsar ayat 2, mafhumnya: <em>Oleh itu,\nkerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah (korban)\nsebagai tanda bersyukur<\/em>. Korban merupakan tanda taat dalam konteks memenuhi\ntuntutan syariat, bersyukur terhadap anugerah Allah SWT dan menimbulkan sifat\nkasih sayang sesama manusia dengan agihan korban. Sifat-sifat yang terjelma\ndaripada ibadat korban menjadi pengikat hubungan baik dalam masyarakat agar\nprihatin, tolong-menolong dan bersatu. Firman Allah yang bermaksud: <em>Dan\n(ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: Demi sesungguhnya, jika kamu\nbersyukur, nescaya akan Aku tambahkan lagi nikmat-Ku kepada kamu dan demi\nsesungguhnya, jika kamu kufur ingkar, sesungguhnya azab-Ku amatlah pedih<\/em>, (Surah\nIbrahim:7). &nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Demikianlah pengetahuan dan penghayatan penting dalam memartabatkan syariat.\nSeterusnya, syariat yang hidup dan mempunyai roh mampu membawa manfaat dan\nhikmah kepada kemanusiaan sejagat. Ibadat haji dan korban bukan perlumbaan\nduniawi tetapi mujahadah ukhrawi mendekatkan diri kepada Allah SWT.\nSama-samalah kita berkorban untuk agama dan memelihara agar agama tidak\ndijadikan korban keduniaan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Sekilas pandang, takwim Hijrah seolah-olah membayangkan satu proses pembangunan peradaban manusia. Zulhijjah merupakan bulan terakhir sebelum memasuki tahun baharu sebagai lambang kesempurnaan. Hakikatnya, tujuan Syariat tidak mampu tercapai kecuali dengan pengetahuan dan penghayatan. Syariat tanpa penghayatan hanya akan menjadi&nbsp; upacara atau adat bermusim semata-mata serta tidak mampu meninggikan peradaban manusia dan kemanusiaan. Takwim Hijrah diperkenalkan&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":7,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_analytify_skip_tracking":false,"_wpzoom_pinterest_image_url":"","_wpzoom_pinterest_hidden_image":"0","_wpzoom_pinterest_description":"","footnotes":""},"categories":[225],"tags":[],"class_list":["post-26230","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-article","category-225","description-off"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/26230","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/7"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=26230"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/26230\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=26230"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=26230"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=26230"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}