{"id":26260,"date":"2019-09-03T00:07:32","date_gmt":"2019-09-03T00:07:32","guid":{"rendered":"http:\/\/www.ikim.gov.my\/new-wp\/?p=26260"},"modified":"2019-09-03T00:07:32","modified_gmt":"2019-09-03T00:07:32","slug":"kecintaan-kepada-negara","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/kecintaan-kepada-negara\/","title":{"rendered":"Kecintaan Kepada Negara"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Perkataan cinta atau kasih sayang dalam bahasa\nArab disebut dengan beberapa kalimah seperti mana yang sering ditemui dalam\nal-Quran atau hadis seperti &nbsp;kalimah: <em>hub<\/em>,\n<em>mahabbah<\/em>, &nbsp;<em>wudd<\/em> (atau <em>mawaddah<\/em>),\ndan juga <em>rahmah<\/em>. Kalimah-kalimah ini walaupun jika diterjemahkan, ia\nmembawa makna yang hampir sama iaitu cinta atau kasih sayang, namun ia digunakan\nbiasanya dalam konteks yang berbeza-beza dan mempunyai martabat tertentu atau\nmerujuk kepada kekuatan cinta yang berlainan. Menariknya dalam dalam al-Quran, kita\ntidak akan temui ungkapan yang digunakan bagi menunjukkan berlawanan dengan\nkalimah cinta iaitu secara khususnya kalimah benci. Contohnya, seperti ungkapan\n\u201cAku (Allah) membenci\u2026\u201d atau \u201cKami (Allah) membenci sesuatu \/ seseorang\u2026\u201d sama sekali\ntidak akan kita temui dalam al-Quran. Walaupun pada hakikatnya Allah SWT tidak\nmenyukai dan membenci sesuatu tindakan atau perilaku seseorang, namun ungkapan benci\ntidak &nbsp;digunakan oleh Allah SWT,\nsebaliknya Allah mengguna ungkapan \u201cAllah tidak menyukai\u201d seperti mana banyak\nditemui ayat-ayat yang berbunyi \u201c<em>Inna Allaha la yuhibbu<\/em>\u2026\u201d yang membawa\nmaksud, \u201cSesungguhnya Allah tidak menyukai\/ mencintai\u2026\u201d Begitulah indahnya tingginya\nkasih dan sayang Allah SWT kepada makhluk-Nya hingga kalimah benci langsung Allah\nSWT tidak gunakan untuk merujuk kepada sifat diri-Nya di dalam al-Quran\nwalaupun terhadap manusia tidak mentaati-Nya atau melakukan maksiat dan\npenderhakaan kepada-Nya yang sepatutnya Dia marah. &nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kalimah <em>rahmah<\/em> atau\nmasyarakat Melayu sering menyebut sebagai rahmat biasanya merujuk kepada cinta\natau kasih sayang yang paling umum dan ia biasanya melata kepada semua makhluk\nsama ada manusia mahupun binatang. Penulis tidak bermaksud untuk membahaskan\nsatu persatu perkataan bahasa Arab yang makna setiap kalimah-kalimah yang\nmembawa maksud cinta ini. Cuma sekadar untuk menunjukkan beberapa kalimah yang\nmembawa maksud itu dalam perbendaharaan kata bahasa Arab dan ia sekaligus\nmelambangkan betapa Allah SWT itu amat menyayangi makhluknya dan Islam itu\nadalah agama kasih sayang. Inilah sifat fitrah tabii manusia iaitu mempunyai\nperasaan cinta. Seorang lelaki mempunyai perasaan cinta kepada perempuan dan\nbegitulah sebaliknya. Ibubapa pula mencintai anak-anak dan anak-anak mencintai\nibubapa.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Adapun kecintaan yang paling tinggi\ndan agung sekali dalam Islam sudah pastilah kecintaan kepada Allah SWT. Namun\nkecintaan kepada Allah tidak dapat tidak hendaklah dengan melalui mengikuti\nperintah Rasul-Nya SAW sepertimana firman Allah SWT dalam Surah Ali \u2018Imran ayat\n31, mafhumnya: <em>Katakanlah (Wahai Muhammad): &#8220;Jika benar kamu cintakan\nAllah maka ikutilah aku (Rasulullah SAW), nescaya Allah akan mencintai kamu\nserta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi\nMaha Mengasihani. <\/em><\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Seterusnya perintah agar mencintai baginda\nSAW sepertimana yang disebut dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin\nMalik r.a. yang mafhumnya: Tidak sempurna iman seseorang kamu sehingga aku\nlebih dikasihinya daripada anaknya, dan bapanya dan sekalian manusia\nkeseluruhannya. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Allah juga menjadikan sifat fitrah\nmanusia untuk saling berkasih sayang antara pasangan masing-masing lelaki dan\nperempuan seperti firman Allah dalam Surah al-Rum, ayat 21 yang mafhumnya, <em>Dan\ndi antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri\ndaripada jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya,\ndan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang\ndemikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir<\/em>.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dalam pelbagai rupa bentuk cinta\nitu, ada satu lagi cinta iaitu cinta kepada tanahair atau disebut sebagai <em>hubbul\nwatan<\/em>. Dalam kalangan segelintir ulama mereka menganggap kecintaan kepada\nnegara itu hanyalah sifat tabiat manusia semata-mata, sepertimana\nkecintaan-kecintaan kepada hal-hal lain yang bersifat duniawi dan bukannya\nsebahagian daripada tuntutan agama. Tetapi majoriti ulama sama ada silam\nmahupun kontemporari, mereka menganggap sebaliknya iaitu ia merupakan anjuran\najaran Islam berdasarkan pengalaman Nabi SAW dan para sahabat r.a., walaupun di\nsana tiada dalil khusus yang menuntut agar seseorang itu hendaklah mencintai\ntanahair.&nbsp; <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dalam kalangan masyarakat Arab ada\nkata-kata masyhur yang berbunyi \u201c<em>Hubbul wathan minal iman\u201d&nbsp;<\/em>(Mencintai\ntanah air adalah sebahagian daripada iman), sehingga ada yang mendakwa&nbsp; kata-kata ini adalah daripada baginda SAW. Namun\nsetelah diselidiki dan diperhalusi secara teliti, ramai ulama hadis\nberpandangan sebaliknya iaitu ia bukanlah daripada sabda baginda SAW.\n&nbsp;Ibnu Hajar al-Asqalani, ulama yang mensyarahkan <em>Sahih al-Bukhari<\/em>\ndengan kitabnya <em>Fathul Bari<\/em> menyebut bahawa walaupun kata-kata ini tidak\nditemukan sumbernya daripada hadis baginda SAW, namun dari segi maknanya, ia\nsahih kerana ia diamalkan oleh baginda SAW ketika hayatnya. Imam as-Sakhawi dan\nal-Ajluni juga berpandangan yang sama <em>hubbul wathan minal iman&nbsp;<\/em>walaupun\nbelum ditemukan sumber hadisnya, namun mencintai tanah air telah diamalkan oleh\npara sahabat r.a. dan Rasulullah SAW<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan\noleh imam Bukhari, Rasulullah SAW pernah berdoa mafhumnya, \u201cYa Allah, jadikan\nkami mencintai Madinah seperti cinta kami kepada Mekah, atau melebihi cinta\nkami pada Mekah.\u201d (Hadis riwayat al-Bukhari).&nbsp;Diriwayatkan juga bahawa\napabila Rasulullah pulang ke Madinah dari sesuatu perjalanan atau permusafiran,\nbaginda SAW akan mempercepat perjalanannya menuju Madinah, kerana kecintaan dan\nkerinduan baginda SAW terhadap tanah airnya dan ingin sampai cepat ke Madinah. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Banyak juga dalil lain yang\nmenunjukkan kepada kita bahawa mencintai tanahair amat digalakkan dalam ajaran\nIslam. Hal ini dapat dilihat daripada sebuah hadis ketika Nabi SAW\ndiperintahkan berhijrah ke Madinah dan meninggalkan Mekah, baginda SAW menoleh\nke Mekah seraya bersabda yang mafhumnya, \u201cDemi Allah engkau (yakni Mekah)\nadalah sebaik-baik tanah, dan tanah yang paling dicintai Allah SWT. Seandainya aku\ntidak diusir keluar dari engkau, nescaya aku tidak akan keluar.\u201d<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Walaupun ada sesetengah minoriti ulama\nmelihat hadis-hadis ini hanyalah merujuk kepada kelebihan bumi Mekah (<em>fadl<\/em>\n<em>al-Makkah<\/em>) dan bumi Madinah semata-mata dan bukannya daripada aspek tuntutan\nkecintaan kepada tanahair, tetapi majoriti ulama masih berpandangan bahawa ia\nmasih boleh diqiyaskan kepada tempat-tempat lain yang menjadi tanahair\nseseorang kerana berdasarkan amalan Nabi Muhammad SAW dan para sahabat r.a. yang\n&nbsp;jelas menunjukkan bahawa mencintai\nnegara itu merupakan sifat semula jadi yang ada dalam diri manusia dan sangat\ndianjurkan dalam Islam.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Selamat\nMenyambut Hari Kebangsaan. Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Perkataan cinta atau kasih sayang dalam bahasa Arab disebut dengan beberapa kalimah seperti mana yang sering ditemui dalam al-Quran atau hadis seperti &nbsp;kalimah: hub, mahabbah, &nbsp;wudd (atau mawaddah), dan juga rahmah. Kalimah-kalimah ini walaupun jika diterjemahkan, ia membawa makna yang hampir sama iaitu cinta atau kasih sayang, namun ia digunakan biasanya dalam konteks yang berbeza-beza&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":31,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_analytify_skip_tracking":false,"_wpzoom_pinterest_image_url":"","_wpzoom_pinterest_hidden_image":"0","_wpzoom_pinterest_description":"","footnotes":""},"categories":[141],"tags":[],"class_list":["post-26260","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-berita-harian","category-141","description-off"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/26260","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/31"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=26260"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/26260\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=26260"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=26260"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=26260"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}