{"id":26265,"date":"2019-09-03T03:16:54","date_gmt":"2019-09-03T03:16:54","guid":{"rendered":"http:\/\/www.ikim.gov.my\/new-wp\/?p=26265"},"modified":"2019-09-03T03:16:54","modified_gmt":"2019-09-03T03:16:54","slug":"memahami-krisis-sebenar-umat-islam-masakini","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/memahami-krisis-sebenar-umat-islam-masakini\/","title":{"rendered":"Memahami Krisis Sebenar Umat Islam Masakini"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Memahami krisis sebenar\numat Islam hari ini adalah persoalan penting untuk dicermati oleh setiap\nindividu Muslim yang berfikir. Ini kerana ia akan menentukan tindakan kita\nberdasarkan apa yang kita fahami akan menyumbang ke arah penyelesaian krisis\numat Islam hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Antara persoalan yang\nsering bermain dalam fikiran umat Islam terpelajar hari ini ialah: \u201c<em>Adakah Islam itu sesuai untuk zaman\naneka-rupa yang sedang kita tempuh ini<\/em>?\u201d<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ini menandakan suatu\nkeraguan perihal kebenaran Islam sebagai Agama yang ditanzilkan Tuhan (<em>a truly<\/em> <em>revealed religion<\/em>) atau perihal kerelevanan ajaran Islam dan para\nleluhur Islam dalam menyumbang kepada permasalahan umat Islam hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Untuk benar-benar memahami\nkrisis umat Islam hari ini, kita harus meninjau perjalanan sejarah umat Islam\ndan mengkaji hakikat berikut: dalam jangka masa 150 tahun selepas kemunculan\nAgama Islam di persada dunia, umat Islam telah menewaskan bangsa Rum (<em>Romans<\/em>), dan membina peradaban di\nAfrika, Sepanyol, Itali, negeri-negeri Balkan, India, Cina, serta Alam Melayu. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dan penguasan hal-ehwal\ndunia oleh umat Islam yang bertahan lebih seribu tahun itu sekaligus\nmenyebabkan bangsa-bangsa Barat dikuasai oleh umat Islam buat pertama kalinya\ndalam sejarah manusia.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pengalaman sejarah ini\nmerupakan suatu kejutan buat bangsa-bangsa Barat. Umat Islam telah mencabar <em>hegemoni<\/em> atau pengaruh mereka di dunia.\nUmat Islam juga telah memperbetulkan hasil pemikiran agung mereka dan pegangan\nagama mereka. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Keunggulan umat Islam pada\nsaat itu merupakan suatu kejutan kepada kesedaran (<em>consciousness<\/em>) orang-orang Barat. Apabila umat Islam muncul di\npersada dunia, bukan sahaja mereka telah mencabar Barat secara ketenteraan,\npolitik, dan ekonomi, tetapi lebih asasi lagi ialah <em>secara ilmiah dan pandangan hidup<\/em>. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Walaubagaimanapun cara\nberfikir umat Islam mula berpusat ke arah cara-gaya Barat selepas umat Islam\nhilang genggamannya di persada dunia perlahan demi perlahan bermula abad ke-17.\n<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Selepas hilangnya penguasaan\ndi medan ketenteraan, ekonomi, dan politik dunia Islam, medan ilmu pengetahuan\ndan pendidikan juga mula di ambil alih oleh tamadun yang telah menjadi dominan\npada hari ini iaitu tamadun (dan pandangan hidup) Barat.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Walaupun tamadun Barat\ntelah banyak menyumbang kearah maslahat insan dalam pelbagai bidang khususnya\nsains dan teknologi, namun ianya diiringi oleh suatu pandangan hidup atau cara\nmelihat-berfikir yang dibentuk oleh proses sekularisasi\u2014dimana alam tabii\ndikosongkan makna ruhaninya dan peranan agama secara amnya dipencilkan dalam\nkehidupan amali. &nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dengan peralihan tumpuan\nini pemikiran dan ketamadunan ini, ia juga memberi kesan kepada cara berfikir\ndan tumpuan bangsa-bangsa Muslim di dunia.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kita harus insaf bahawa\nhatta ahli pemikir dan saintis Barat pun bila meminjam dan memutuskan kita dari\ntradisi keilmuan kita, telah melakukan proses penyesuaian dan pensekularan bagi\nsekalian ilmu yang disuntik masuk dalam tamadunnya pada waktu zaman\npertengahan. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ilmu sains tabii termasuk\nkaedah pengkajian saintifik (<em>scientific\nmethod<\/em>) yang dikembangkan oleh alim ulama kita dahulu telah dikosongkan\ndari akidah Islamiah serta diberi pula asas falsafi yang dikembangkan oleh tamadun\nbarat sendiri sehingga melahirkan zaman moden yang sekular ini.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Harus diingati perumpamaan\nyang didatangkan oleh Hujjatul Islam Imam al-Ghazali tentang ilmu yang dibawa\noleh pandangan hidup asing itu adalah ibarat ubat ubatan yang tak dikenali asal\nusulnya. Oleh setengah pihak ditolak habis habisan maka segala hasil yang baik\ntak dapatlah dimanfaatkan, setengah pihak yang lain pulak menerima\nkeseluruhannya maka penawarnya dan racunnya ditelan sekali dua-duanya!<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Perubahan cara berfikir\numat Islam perihal erti-erti asasi kewujudan ini (seperti erti ilmu, \u2018alam,\nadil, dan lain-lain) sedang menyumbang kepada keruntuhan adab dalam pelbagai\ntindakan umat Islam sekaligus menyebabkan seorang Muslim itu menjadi hampa,\nsengsara, malah menjadi penyebab kefasadan dan kemusnahan masyarakat Islam hari\nini <em>tanpa disedari<\/em>. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dan inilah hakikatnya\nsedang terjadi kepada umat Islam hari ini yang perlu ditanggani oleh pelbagai\npihak <em>dengan tertib<\/em> dipimpini oleh\npemikir-sarjana Muslim yang berwibawa dan yang mengerti perihal krisis ini.\nKita harus merenungi firman Allah SWT dalam Surah al-Kahfi (104-105):<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><br \/>\n\u201cKatakanlah (wahai Muhammad): &#8220;Mahukah Kami khabarkan kepada kamu akan\norang-orang yang paling rugi amal-amal perbuatannya? Merekalah orang-orang yang\nkufur ingkar akan ayat-ayat Tuhan mereka dan akan pertemuan denganNya; oleh itu\ngugurlah amal-amal mereka; maka akibatya Kami tidak akan memberi sebarang\ntimbangan untuk menilai amal mereka, pada hari kiamat kelak.\u201d<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Justeru umat Islam hari ini\nharus faham bahawa <em>krisis sebenar<\/em>\nmereka pada abad ke-20 dan 21 ini ialah <em>bukan\npada medan \u2018amali<\/em> semata-mata yakni ketenteraan, politik, ekonomi atau\nteknologi, tetapi pada <em>medan \u2018ilmi<\/em> (pandangan\nhidup atau cara melihat-berfikir seseorang mengenai erti kehidupan, erti insan,\nerti keadilan, erti kebahagiaan, dan lain-lain faham asasi yang membentuk cara\nberfikir manusia). <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Inilah sebabnya mengapa\nindividu seperti Ibrahim Kalin, seorang penasihat Presiden Turkey, Tayyip\nErdogan, menulis makalah bertajuk \u201cCrisis in the Muslim World\u201d (6 Julai 2015, <a href=\"http:\/\/www.dailysabah.com\">www.dailysabah.com<\/a>), dimana beliau\nmenyimpulkan bahawa agenda paling penting untuk negara-negara Islam ialah\nrevolusi akal-budi (<em>revolution of the\nmind<\/em>).<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pada 8 Julai 2019 juga,\nShaykh Hamza Yusuf, seorang alim yang berpengaruh di dunia Barat, mengakui\nkebenaran analisa krisis umat Islam masakini ini yang diutarakan buat pertama\nkalinya oleh sarjana kita sendiri, Yang Mulia Tan Sri Profesor Dr. Syed\nMuhammad Naquib al-Attas dalam karya agungnya, <em>Islam and Secularism <\/em>(1978).<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kita juga harus insaf\nbahawa penyelesaian kepada krisis ini perlu bertumpukan kepada pengembalian erti\n\u2018pendidikan\u2019 yang menyeluruh yang sudah terangkum dalam pengertian \u2018ta\u2019d\u012bb\u2019. Ianya\nbertujuan untuk mendidik diri ruhani agar jiwa tidak lagi berlegar-legar antara\n<em>nafs al-amarrah<\/em> dan <em>nafs al-lawwamah,<\/em> tetapi menuju dan\nsampai ke tahap <em>nafs al-mutma\u2019inah<\/em>\u2014seperti\nyang dianjurkan oleh Baginda Nabi sallallahu \u2018alaihi wasallam: \u201cTidak beriman seseorang di antara kalian\nsehingga hawa nafsunya mengikuti ajaran yang aku bawa.\u201d <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Jikalau aspek ini\ndipinggirkan, maka institusi pendidikan kita akan hanya melahirkan pemimpin\nyang memiliki ijazah kertas tetapi akhlak dan perwatakannya buruk. Ini jelas\nsedang dialami oleh sistem pendidikan Barat moden, hatta di\nuniversiti-universiti terulung mereka seperti yang dikritik oleh\nilmuwan-ilmuwan mereka sendiri seperti bekas profesor di Yale University,\nWilliam Deresiewics dalam buku beliau <em>Excellent\nSheep: Miseducation of the American Elite<\/em> dan <em>Excellence without a Soul: How a Great University Forgot Education <\/em>oleh\nHarry R. Lewis, bekas profesor di Harvard University.<em>&nbsp; <\/em><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Memahami krisis sebenar umat Islam hari ini adalah persoalan penting untuk dicermati oleh setiap individu Muslim yang berfikir. Ini kerana ia akan menentukan tindakan kita berdasarkan apa yang kita fahami akan menyumbang ke arah penyelesaian krisis umat Islam hari ini. Antara persoalan yang sering bermain dalam fikiran umat Islam terpelajar hari ini ialah: \u201cAdakah Islam&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":37,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_analytify_skip_tracking":false,"_wpzoom_pinterest_image_url":"","_wpzoom_pinterest_hidden_image":"0","_wpzoom_pinterest_description":"","footnotes":""},"categories":[225],"tags":[],"class_list":["post-26265","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-article","category-225","description-off"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/26265","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/37"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=26265"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/26265\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=26265"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=26265"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=26265"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}