{"id":26280,"date":"2019-09-10T02:57:06","date_gmt":"2019-09-10T02:57:06","guid":{"rendered":"http:\/\/www.ikim.gov.my\/new-wp\/?p=26280"},"modified":"2019-09-10T02:57:06","modified_gmt":"2019-09-10T02:57:06","slug":"kita-semua-perajurit-negara","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/kita-semua-perajurit-negara\/","title":{"rendered":"Kita Semua \u2018Perajurit\u2019 Negara"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Merujuk\nDewan Bahasa dan Pustaka, daulat secara umumnya bermakna bahagia, benar dan\nkuasa tertinggi. Jadi kedaulatan negara bolehlah difahami sebagai kebahagiaan\n(keamanan) bagi negara dan juga merujuk kuasa tertinggi dalam negara yakni Raja-raja.\nOleh itu, apabila menyebut tentang mempertahankan kedaulatan negara dan\nundang-undang, semestinya ia bermaksud untuk mengekalkan keamanan dan kuasa\ntertinggi dalam negara serta pengamalan undang-undang yang benar ke atas setiap\nindividu.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Secara\numumnya, mempertahankan kedaulatan negara ini adalah tugasan barisan perajurit\nkita. Tidak lagi berada dalam kancah peperangan, tidaklah pula bermaksud\ntugasan barisan perajurit kita semakin mengurang sehingga menjadi beban kepada\nnegara. Adakah kita lupa bahawa ancaman peperangan bukan sahaja boleh datang\ndari luar, tetapi juga dari dalam negara sendiri? <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Peristiwa\npemberontakan kumpulan Al-Maunah yang melancarkan peperangan kepada Yang\nDi-Pertuan Agong pada Julai 2000 di Perak&nbsp;\nmisalnya, telah ditumpaskan oleh barisan perajurit kita bersama-sama\npasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).Walau bagaimanapun insiden ini telah\nmengorbankan nyawa dua orang wira kita. Begitulah tingginya harga sebuah\nkedaulatan yang mungkin tidak difahami sepenuhnya oleh orang awam seperti kita.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Jadi\nsebenarnya demi mengekalkan kedaulatan, masih banyak perkara yang perlu\ndilakukan oleh barisan perajurit kita. Hal ini termasuklah latihan yang\nberterusan, hubungan diplomatik ketenteraan yang baik, penyelenggaran terbaik\naset ketenteraan, pemantauan sempadan negara dan khidmat bakti ihsan di\nperingkat domestik dan antarabangsa.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pada\nhari ini, menjadi sebuah negara membangun dan mempunyai saiz ekonomi yang\nkecil, kita perlu menerima hakikat bahawa Malaysia perlu sentiasa berusaha\nuntuk mengekalkan kedaulatan negara dengan cara yang berbeza. Kita berada dalam\nzon \u201cpeperangan\u201d terbaharu terutama dalam aspek ekonomi dan sahsiah diri. Suka\nataupun tidak, <em>\u2018cash is king\u2019<\/em>. Dengan\nwang dan kekayaan, banyak perkara yang boleh diselesaikan atau dinyatakan tanpa\nmengira ia adalah perkara yang baik atau sebaliknya. Sebab itulah, ada \u201corang\nkaya\u201d tanpa segan silu memperlekeh tugasan barisan perajurit negara yang\nmempertahankan kedaulatan Malaysia.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Mempertahankan\nkedaulatan negara pada hari ini termasuklah mempunyai hak untuk membuat\nkeputusan tanpa dipaksa mengenai apa-apa perkara tentang negara ini selagi mana\ntidak menyalahi undang-undang yang disepakati. Hak itu juga dibuat setelah\nmenimbangtara akan semua perkara yang boleh mengekalkan kebahagiaan\nmasyarakatnya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sebagai\ncontoh, walaupun Malaysia mengamalkan dasar ekonomi terbuka, tidak semua firma\nperniagaan dibenarkan untuk bertapak di negara ini demi melindungi pengeluar\ndan pengguna domestik. Begitu juga tentang undang-undang yang tidak disepakati\nseperti perkahwinan sejenis. Walaupun ada negara maju yang mengiktiraf\nperkahwinan tersebut, Malaysia memilih untuk tidak berbuat demikian kerana mengambil\nkira Islam sebagai agama persekutuan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Jadi,\nbagaimana bagi sebuah negara bersaiz ekonomi kecil seperti Malaysia untuk\nmempertahankan kedaulatannya? Jawapannya ialah melalui kerjasama setiap\nwarganegara Malaysia. Perjuangan mempertahankan kedaulatan negara bukan lagi\ndengan mengangkat senjata semata-mata. Sebaliknya medan \u201cpeperangan\u201d baharu\nyakni ekonomi dan sahsiah diri ini boleh dimenangi melalui pendidikan. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dalam\naspek ekonomi, pendidikan formal menggalakkan inovasi dan membantu insan\nmengeluarkan diri dari kepompong kemiskinan. Dengan pendidikan, Malaysia boleh\nmenjadi setanding dengan negara maju yang lain apabila memiliki kepakaran dalam\npelbagai bidang. Dengan pendidikan juga, Malaysia boleh merangka gerak kerja\nyang strategik demi menjamin keamanan negara. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dari\nsegi sahsiah diri pula, selain dari sekolah, keluarga dan ahli masyarakat juga\nperlu memberi pendidikan kepada generasi muda khususnya melalui tauladan yang\nbaik. Ibu bapa hendaklah memainkan peranan sebenar mereka dalam kehidupan\nanak-anak. Jika kita sebagai ibu bapa mempunyai tabiat buruk seperti merokok\ndan menonton video lucah, usah diharap anak-anak tidak akan terjebak dalam\nkegiatan tersebut satu masa nanti. Begitu juga sekiranya kita sebagai individu\nyang selalu memotong barisan, membuang sampah di merata-rata, menjadi samseng\ndi jalan raya dan rasis, generasi baharu Malaysia akan melihat perkara ini\nsebagai satu budaya dan cara hidup. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sahsiah\ndiri yang mulia adalah salah satu kriteria penting untuk mencapai kebahagiaan\nhidup terutama dalam masyarakat yang berbilang kaum dan agama. Sahsiah diri\nyang baik mendorong insan untuk melakukan kebaikan kepada manusia yang lain dan\njuga alam sekitar.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Islam\nmenggalakkan kita untuk berbuat baik kepada yang lain. Allah berfirman dalam\nSurah <em>An-Nisa\u2019<\/em> ayat 36 yang bermaksud:<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">&nbsp;<em>\u201cDan beribadahlah kepada Allah dan janganlah\nkamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatupun; dan berbuat baiklah kepada kedua\nibu bapa, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang miskin, jiran tetangga yang\ndekat, jiran tetangga yang jauh, rakan sejawat, orang musafir yang kesusahan\ndan hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang\ntakbur dan membangga-banggakan diri.\u201d<\/em>\n\nDemimu Malaysia,\nberjanjilah untuk sentiasa setia dan mempertahankan kedaulatannya. Keamanan\nyang dikecapi pada hari ini amat mahalnya harganya. <em>\u201cSemboyan telah berbunyi, menuju medan bakti.\u201d<\/em> Siapapun kita,\nmiskin atau kaya, kita semua \u201cperajurit\u201d negara. Selamat Menyambut Hari\nKebangsaan yang ke-62.\n\n\n\n<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Merujuk Dewan Bahasa dan Pustaka, daulat secara umumnya bermakna bahagia, benar dan kuasa tertinggi. Jadi kedaulatan negara bolehlah difahami sebagai kebahagiaan (keamanan) bagi negara dan juga merujuk kuasa tertinggi dalam negara yakni Raja-raja. Oleh itu, apabila menyebut tentang mempertahankan kedaulatan negara dan undang-undang, semestinya ia bermaksud untuk mengekalkan keamanan dan kuasa tertinggi &#8230;<\/p>\n","protected":false},"author":36,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_analytify_skip_tracking":false,"_wpzoom_pinterest_image_url":"","_wpzoom_pinterest_hidden_image":"0","_wpzoom_pinterest_description":"","footnotes":""},"categories":[147],"tags":[],"class_list":["post-26280","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-utusan-malaysia","category-147","description-off"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/26280","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/36"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=26280"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/26280\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=26280"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=26280"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=26280"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}