{"id":26281,"date":"2019-09-10T02:57:36","date_gmt":"2019-09-10T02:57:36","guid":{"rendered":"http:\/\/www.ikim.gov.my\/new-wp\/?p=26281"},"modified":"2019-09-10T02:57:36","modified_gmt":"2019-09-10T02:57:36","slug":"bahasa-melayu-peradaban-tinggi-dan-penyatuan-bangsa","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/bahasa-melayu-peradaban-tinggi-dan-penyatuan-bangsa\/","title":{"rendered":"Bahasa Melayu, peradaban tinggi dan penyatuan bangsa"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cBahasa Jiwa Bangsa\u201d merupakan satu kata hikmah yang tepat\nbagi menggambarkan kedudukan bahasa dalam hubungannya dengan kekuatan sesebuah\nbangsa atau negara. Malah lebih luas dari itu, bahasa bagi seseorang adalah\ncerminan alam yang ada di sekelilingnya sebagaimana yang diungkapkan oleh\nLudwig Wittgenstein, \u201cthe limits of my language are the limits of my\nworld.\u201d&nbsp; &nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Bahasa adalah alat perhubungan yang mencerminkan semangat,\nfalsafah dan cita rasa dan hala tuju sesebuah bangsa. Walaupun ia berperanan\nsebagai alat bagi menyampaikan sesuatu yang lebih mendalam iaitu pandangan alam\n&nbsp;yang juga dipengaruhi oleh aspek-aspek\nlain seperti sistem kepercayaan dan kerangka nilai, namun bahasa adalah alat\nampuh yang yang menjadi acuan dan corong keluarnya aliran pemikiran sesebuah\nbangsa sepertimana yang digambarkan oleh pepatah Arab \u201cBahasa adalah corong\npemikiran\u201d (<em>al-lughatu wi\u2019a\u2019 al-fikr<\/em>).<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kehebatan sesuatu bahasa akan lebih terserlah sekiranya ia &nbsp;sememangnya mempunyai ciri-ciri kewibawaan dan\nkeindahan yang diiktiraf oleh sejarah. Ini kerana bahasa yang berwibawa dan indah\nmampu menyampaikan sesuatu isi pemikiran yang besar dan tinggi dengan lebih menarik\ndan berkesan serta berkeupayaan untuk menampung pemikiran yang sarat dengan makna-makna\nyang halus dan rumit. Sesuatu bahasa juga akan menjadi lebih unggul apabila ia\nterkait dengan satu peradaban besar yang telah diiktiraf di peringkat\nantarabangsa.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Inilah yang alami oleh Bahasa Melayu. Khususnya setelah\nkedatangan Islam ke Nusantara, Bahasa Melayu telah digunakan dengan begitu\nmeluas sebagai <em>lingua franca<\/em> lebih 200 juta penduduk rantau ini. Ia berperanan\nsebagai &nbsp;bahasa perantaraan dalam perniagaan,\nperundingan dan perjanjian. Ia merupakan bahasa para pedagang Arab, Cina dan\nIndia yang datang berdagang di Kepulauan Melayu sekitar abad ke-13. Seorang pelayar\ndan pedagang Inggeris bernama Thomas Bowrey yang menulis kamus Bahasa Inggeris-\nMelayu pada tahun 1701, membuat pemerhatian bahawa \u201c &#8230; in all the the islands\nof Sumatra, Java, Borneo, Maccassar, Balee, Cumbava, Sallayer, Bootoon, Booro,\nCeram and Mollucas, the Malay language is received and generally used in all\nthe Trading Ports of those islands.\u201d<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Yang lebih penting, bahasa Melayu telah digunakan sebagai\nbahasa ilmu dan intelektual. Penggunaannya bukan sekadar terbatas sebagai\nbahasa ilmu &nbsp;oleh para mubaligh yang\nmenjalankan dakwah dan guru-guru yang mengajar di sekolah, malah ia juga\nmenjadi alat untuk menyampaikan pemikiran intelektual yang tinggi seperti falsafah\nteologi dan tasauf Islam oleh para ilmuan Islam tersohor yang berperanan\nmembina akal dan jiwa ilmiah masyarakat di Nusantara. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menurut Prof. Syed Muhammad Naquib al-Attas, aspek\nintelektual inilah yang telah membawa semangat rasionalisme dan akliyah dalam\npemikiran agama di Alam Melayu berbanding kerangka sebelumnya yang lebih banyak\ndipengaruhi unsure-unsur mitos dan khayal. Dengan Bahasa Melayu sebagai\npengantar, peranan menterjemah pemikiran tinggi ini telah menjadikan bahasa ini\nsemakin kaya dari segi perbendaharan kata dan istilah teknikal (<em>technical\nterminology<\/em>) sehingga mampu untuk mengenepikan penguasaan bahasa Jawa yang\nlebih banyak dipengaruhi oleh seni sastera agama Hindu.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Antara faktor kekuatan Bahasa Melayu ialah kaitannya yang\nrapat dengan peradaban Islam yang merupakan sebuah tamadun ilmu yang telah\nsedia menguasai tiga perempat dunia ketika ia sampai ke Alam Melayu dan juga\ntelah maju ke hadapan dalam perkembangan ilmu pengetahuan di pelbagai bidang\nmelalui perantaraan bahasa Arab. Bahasa Melayu sendiri banyak dipengaruhi oleh\nperbandaharaan kata bahasa Arab yang secara tidak langsung telah meningkatkan\nkeupayaannya sebagai bahasa ilmu yang bersifat antarabangsa sebagaimana bahasa\nArab berperanan mengembangkan pelbagai ilmu dalam tamadun Islam.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sementara itu wahana bagi menterjemahkan Bahasa Melayu dalam\nbentuk penulisan ialah tulisan Jawi. Walaupun&nbsp;\npenggunaannya secara rasmi sebagai alat penulisan bahasa Melayu hari ini\nagak kurang, peranan asalnya sebagai tulisan yang mampu menyampai dan\nmenterjemah kandungan makna Bahasa Melayu sehingga menjadikan ia juga sebagai tulisan\n<em>lingua franca<\/em> satu ketika dulu membuktikan tulisan Jawi juga merupakan\ntulisan ilmiah yang berwibawa. Sebagaimana Bahasa Melayu telah berjaya menjadi\nbahasa ilmu yang mampu untuk menghuraikan bukan sekadar kandungan agama akan\ntetapi juga bidang-bidang ilmiah yang lain, tulisan jawi yang menjadi alat\npenulisan Bahasa Melayu juga merupakan tulisan ilmu yang berkongsi kewibawaan\nyang sama.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kekuatan sesuatu bahasa sebagai bahasa ilmu juga membuktikan\nbahawa ia juga mampu untuk menjadi bahasa penyatu masyarakat. Ini jelas\ntercermin apabila Bahasa Melayu telah menyatukan umat Nusantara walaupun rantau\nini terdiri dari pelbagai bangsa dan suku kaum. Masyarakat di rantau ini\nmungkin sukar disatukan atas dasar agama dan kaum disebabkan sifatnya yang\nmajmuk akibat dari proses migrasi dan globalisasi, namun faktor bahasa masih\nmampu untuk menjadi unsur penyatu sekiranya ia benar-benar digunakan &nbsp;dengan baik dan berkesan.\n\nHari ini, keperluan bagi menyatukan masyarakat\nberbilang kaum yang tinggal di negara ini kekal penting seperti dahulu.&nbsp; Rekod kecemerlangan Bahasa Melayu sebagai\nbahasa <em>lingua franca<\/em> dan bahasa penyatu tidak seharusnya diketepikan.\nLebih-lebih lagi apabila penggunaannya telah diiktiraf di dalam Perlembagaan\nnegara dan diakui sebagai jiwa kepada keutuhan bangsa. Justeru itu segala usaha\nuntuk memantapkan bahasa Melayu harus di dokong oleh semua pihak termasuklah\npengukuhan semula tulisan Jawi yang pernah dan masih menjadi penulisan ilmiah\nyang berwibawa dalam system pendidikan negara. Apa sahaja bentuk penafian\nterhadap kepentingan Bahasa Melayu akan hanya menyumbang kepada retaknya\nkesatuan bangsa yang menjadi impian setiap warganegara yang setia kepada negara\nini.&nbsp; &nbsp;\n\n\n\n<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>\u201cBahasa Jiwa Bangsa\u201d merupakan satu kata hikmah yang tepat bagi menggambarkan kedudukan bahasa dalam hubungannya dengan kekuatan sesebuah bangsa atau negara. Malah lebih luas dari itu, bahasa bagi seseorang adalah cerminan alam yang ada di sekelilingnya sebagaimana yang diungkapkan oleh Ludwig Wittgenstein, \u201cthe limits of my language are the limits of my world.\u201d Bahasa adalah \u2026<\/p>\n","protected":false},"author":4,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_analytify_skip_tracking":false,"_wpzoom_pinterest_image_url":"","_wpzoom_pinterest_hidden_image":"0","_wpzoom_pinterest_description":"","footnotes":""},"categories":[141],"tags":[],"class_list":["post-26281","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-berita-harian","category-141","description-off"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/26281","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/4"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=26281"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/26281\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=26281"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=26281"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=26281"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}