{"id":26359,"date":"2019-09-23T04:32:17","date_gmt":"2019-09-23T04:32:17","guid":{"rendered":"http:\/\/www.ikim.gov.my\/new-wp\/?p=26359"},"modified":"2019-09-23T04:32:17","modified_gmt":"2019-09-23T04:32:17","slug":"berhijrahlah-dan-merdekakan-diri-dari-sifat-amarah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/berhijrahlah-dan-merdekakan-diri-dari-sifat-amarah\/","title":{"rendered":"Berhijrahlah dan Merdekakan Diri dari Sifat Amarah"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Tanggal\n1 Muharam setiap tahun hijrah mengingatkan orang Islam akan peristiwa perpindahan\nRasullullah SAW ke Madinah. Hijrah mengikut sirah nabi adalah satu peristiwa\nyang amat penting kerana di situlah bermula Islam tersebar ke serata dunia.\nKisah penghijrahan ini juga disebut dalam Surah <em>At-Taubah<\/em> ayat 40 tentang pertolongan Allah SWT kepada Rasulullah\nSAW dan sahabatnya, Saidina Abu Bakar As-Siddiq ketika berlindung di dalam gua.\nPada hari ini, semangat hijrah khususnya menyebarkan syiar Islam perlu ditekuni\ndan dihayati bersama.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Syiar\natau kebesaran dan kemuliaan Islam mencakupi ruang lingkup yang amat luas. Ia\nbukan hanya berkenaan dengan akidah orang Islam, tetapi &nbsp;turut merangkumi cara hidup manusia dan\nhubungannya dengan alam semesta. Dalam aspek hubungan antara manusia,\nsesungguhnya Allah SWT telah menciptakan manusia dari pelbagai jenis bangsa dan\npuak untuk saling mengenali (<em>Al-Hujurat,<\/em>\n49: 13) seterusnya saling mempelajari dari antara satu sama lain. Justeru amat\npenting semangat hijrah seperti penyatuan kaum Muhajirin dan Ansar diteladani\nterutama bagi Malaysia yang dihuni oleh masyarakat yang berbilang kaum dan\nagama.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Penyatuan\ndan perpaduan kaum telah menjadi antara syarat utama untuk Malaysia mencapai\nkemerdekaan. Ketika itu, semua pihak telah berusaha bersungguh-sungguh untuk\nbersatu bagi membebaskan negara daripada penjajah. Oleh itu, sepatutnya tempoh\n62 tahun telah memahirkan kita sebagai rakyat Malaysia akan kepelbagaian agama\ndan budaya yang ada. Malangnya ada sebahagian daripada kita menggunakan 62\ntahun ini untuk hidup memencil diri dalam kelompoknya, sentiasa mencurigai\netnik yang berbeza, menghasut kepada kebencian, mewujudkan perpecahan bahkan\nmengada-adakan ketakutan yang tidak berasas.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Disebabkan\nsegelintir individu yang memilih cara hidup begini, nilai perpaduan yang cuba\ndisemai selama 62 tahun dibumi tercinta Malaysia semakin tergugat. Pelbagai\ninsiden, peristiwa, peraturan bahkan kemalangan kerap dikaitkan kepada pertelingkahan\nantara kaum yang akhirnya mengundang sifat amarah antara satu sama lain. Bahkan\nemosi masyarakat yang berbilang kaum lebih kerap difokuskan dalam pelbagai\nmedia berbanding dengan tindakan rasional untuk mengurangkan ketegangan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Terbaharu,\nkemalangan kecil di jalan raya yang sepatutnya dapat diselesaikan dengan mudah\nbertukar menjadi tragedi berdarah akibat tidak dapat mengawal emosi amarah.\nTaruhannya, satu nyawa telah terkorban, anak menjadi yatim dan si isteri\nmenjadi balu. Tidak terkecuali juga ada anak dan isteri yang mungkin hidup\nterpisah sekiranya si pelaku disabitkan dengan kesalahan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sifat\namarah ini kemudiannya tular di media sosial. Semakin ramai pula individu yang\nturun padang bermain dengan sentimen dan isu sensitif. Fitnah, cacian, makian\ndan hasutan bertebaran di alam maya. Kejadian yang sepatutnya berlaku antara\ndua individu kini menular menjadi ketegangan antara kaum. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sebenarnya,\nnafsu amarah yang menguasai diri amat berbahaya lebih-lebih lagi jika\ndihidupkan dalam masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan agama. Amarah diibaratkan\nseperti api. Ketika kecil mampu dikawal dan dipadamkan. Namun apabila api itu\nmenyemarak dan membesar, amat sukar dikawal. Akhirnya api tersebut akan\nmemusnahkan apa sahaja yang ada di laluannya. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sebab\nitulah Nabi Muhammad SAW berpesan tentang amarah: \u201cApabila salah seorang antara\nkamu marah dan ketika itu dia dalam kedudukan berdiri, maka hendaklah dia duduk\nkerana hal itu akan menghilangkan marahnya dan kalau tidak, maka hendaklah dia\nberbaring.\u201d (hadis riwayat Muslim).<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Rasulullah\nSAW juga bersabda: \u201cMarah itu datangnya daripada syaitan, dan syaitan itu\ndiciptakan daripada api, sedangkan api itu hanya dipadamkan dengan air. Oleh\nitu, apabila salah seorang antara kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk.\u201d\n(hadis riwayat Abi Daud).<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sifat\namarah itu adalah sebahagian daripada sifat manusia. Bahkan dalam keadaan\ntertentu kita perlu berasa marah kepada perbuatan yang keji dan mungkar yang\nberlaku di sekeliling kita. Walau bagaimanapun, Islam menekankan perihal\nbagaimana untuk manusia mengawal amarah agar tidak berpanjangan dan\nmemudaratkan. Bahkan seorang pengadil (hakim) juga tidak boleh membuat\nkeputusan dalam keadaan marah sebagaimana disebut dalam satu hadis Nabi SAW\nyang bermaksud: \u201cJanganlah kamu menjatuhkan hukuman antara dua orang yang\nbersengketa ketika kamu sedang&nbsp;marah.\u201d (Sahih Muslim).<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Mengambil\niktibar peristiwa berdarah ini, ayuh kita berhijrah daripada memiliki\nsifat-sifat tercela kepada mengamalkan sifat-sifat yang mulia. Penghijrahan ini\ntidak memerlukan kita menukar identiti bangsa dan budaya. Sebaliknya, teladan\nhijrah yakni perpaduan dan kesatuan ini perlu ditonjolkan melalui pergaulan\nyang baik, hormat-menghormati dan bertolak ansur sesama kita. Undang-undang\nperlu dipatuhi, penguatkuasaan hendaklah saksama, peluang haruslah dibuka seadilnya\ndan usaha perpaduan nasional perlulah disokong semua. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sesungguhnya\n62 tahun kemerdekaan negara yang dinikmati selama ini seharusnya menjadi\niktibar kepada masyarakat. Syukurlah Malaysia tidak lagi terlibat dalam\npeperangan yang boleh mengorbankan nyawa, harta benda dan alam sekitar. Jangan\ndisia-sia perjuangan wira-wira terdahulu dalam memerdekakan negara. Usah pula\ndijadikan teknologi semasa sebagai medan peperangan terbaharu antara satu sama\nlain. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Mengambil\nsemangat hijrah dalam kemerdekaan, marilah kita bersama-sama berusaha menjadi\nindividu yang terbaik untuk negara. Merdekakan diri kita daripada sifat amarah\nyang merosakkan. Semoga dengannya, kita mencapai nikmat keamanan yang sebenar-benarnya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Tanggal 1 Muharam setiap tahun hijrah mengingatkan orang Islam akan peristiwa perpindahan Rasullullah SAW ke Madinah. Hijrah mengikut sirah nabi adalah satu peristiwa yang amat penting kerana di situlah bermula Islam tersebar ke serata dunia. Kisah penghijrahan ini juga disebut dalam Surah At-Taubah ayat 40 tentang pertolongan Allah SWT kepada Rasulullah SAW dan sahabatnya, Saidina Abu Bakar As-Siddiq ketika &#8230;<\/p>\n","protected":false},"author":36,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_analytify_skip_tracking":false,"_wpzoom_pinterest_image_url":"","_wpzoom_pinterest_hidden_image":"0","_wpzoom_pinterest_description":"","footnotes":""},"categories":[141],"tags":[],"class_list":["post-26359","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-berita-harian","category-141","description-off"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/26359","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/36"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=26359"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/26359\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=26359"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=26359"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=26359"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}