{"id":26385,"date":"2019-09-30T03:12:32","date_gmt":"2019-09-30T03:12:32","guid":{"rendered":"http:\/\/www.ikim.gov.my\/new-wp\/?p=26385"},"modified":"2019-09-30T03:12:32","modified_gmt":"2019-09-30T03:12:32","slug":"kenal-dan-waspada-dengan-amalan-pseudosains","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/kenal-dan-waspada-dengan-amalan-pseudosains\/","title":{"rendered":"Kenal dan Waspada dengan Amalan Pseudosains"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Amalan\nyang berkait dengan pseudosains sering berlaku di sekililing kita. Misalnya,\nkita diberitahu bahawa dengan memakan jus A, kita akan dapat mengubati penyakit\nkencing manis, tanpa perlu mengawal pemakanan dan mengambil ubatan yang\ndiberikan di klinik dan hospital.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Bagi menarik perhatian awal, kita dipaparkan dengan testimoni seorang\nindividu yang menghidap penyakit kencing manis sebulan sebelum mengambil jus A.\nKemudian, kita dikejutkan testimoni daripada individu yang sama selepas dua\nbulan mengamalkan jus A. Testimoni tersebut menunjukkan beliau sudah berjaya sembuh\ndaripada kencing manis dan boleh menjalani kehidupan seperti biasa kesan\ndaripada mengamalkan jus A.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Tanpa banyak soal, individu-individu yang terdesak kerana telah lama berasa\nperit menghidap kencing manis terus mendapatkan jus A dengan harapan ia akan\nmemberikan kesan seperti yang digambarkan oleh testimoni tadi. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pilihan untuk mendapatkan jus A tersebut dibuat tanpa mengesahkan kesahihan\ntesimoni yang dibuat, apatah lagi mengesahkan secara saintifik mekanisma yang\ndigunakan oleh jus A dalam \u201cmengubati\u201d penyakit kencing manis seperti yang\ndidakwa. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Selain daripada produk-produk kesihatan, amalan pseudosains digunakan untuk\nmelariskan &nbsp;produk kegunaan harian\nseperti pelekat yang didakwa berupaya meminimumkan penggunaan petrol &nbsp;motokar meskipun telah melalui perjalanan yang\njauh, atau kad ajaib yang boleh mengurangkan penggunaan tenaga elektrik di\nrumah sekiranya ditampal pada kotak fius elektrik. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Keajaiban dan kesaktian yang diwar-warkan mengaburi mata masyarakat\nwalaupun secara hakikatnya, keberkesanan yang didakwa itu tidak dapat untuk\ndibuktikan secara ilmiah kerana ia merupakan dakwaan yang bersifat palsu, atau\nsecara istilahnya dikenali sebagai pseudosains.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Psedosains (<em>pseudoscience<\/em>) merupakan istilah yang merangkumi dua\nperkataan iaitu <em>pseudo<\/em> dan <em>science<\/em>. <em>Pseudo<\/em> merupakan\nperkataan Greek yang memberi maksud palsu atau pura-pura. Perkataan <em>science<\/em>\npula berasal daripada perkataan Latin iaitu <em>scientia<\/em> yang membawa maksud\npengetahuan. Pseudosains melibatkan sesuatu dakwaan, kepercayaan atau amalan\nyang didakwa sebagai sesuatu yang saintifik tetapi tidak bertepatan dan tidak\ndapat dibuktikan dengan kaedah ilmiah dan saintifik.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp; Amalan pseudosains secara umumnya\ntidak memberikan kesan yang ketara. Namun, ia menjadi amalan yang membimbangkan\napabila ia melibatkan penipuan dalam pemasaran dan memudaratkan nyawa apabila\nmula menunjukkan campur tangan dalam perkhidmatan kesihatan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp; Sehubungan itu, bagi mengelakkan\ndaripada diperdaya oleh agenda pseudosains, pengetahuan tentang ciri-ciri\npseudosains amat diperlukan. Terdapat beberapa ciri psedosains yang penting\nuntuk diketahui.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pertama, antara ciri pseudosains yang perlu diberikan perhatian ialah kecenderungan\nmembuat dakwaan tentang sesuatu perkara secara keterlaluan. Misalnya, seseorang\nmengatakan bahawa dengan memakan tablet A, ia boleh mengubati 10 penyakit secara\nserentak tanpa perlu mengawal pemakanan, tanpa perlu bersenam dan tanpa ubatan\nhospital. Dalam amalan perubatan, setiap penyakit berbeza-beza antara satu sama\nlain dan perlu dirawat dengan kaedah yang tersendiri. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kedua, dakwaan-dakwaan yang dibuat disandarkan kepada anekdot atau pendapat\nperibadi daripada individu yang tidak dikenali dan tidak dapat dipastikan\nkewujudannya serta kesahihan ceritanya. Misalnya, seseorang yang membuat\ndakwaan tentang produk A dalam ciri yang pertama meneruskan dakwaan dengan\nmengatakan bahawa \u201ckawan saya baru sahaja menggunakan tablet A selama dua\nbulan. Kini, beliau sudah sembuh daripada 10 penyakit.\u201d Malangnya, identiti\nkawannya tersebut tidak dapat dikenal pasti, apatah lagi&nbsp; mengetahui tentang kebenaran ceritanya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ketiga, amalan pseudosains bergantung kepada penilaian dan pengesahan yang\nsubjektif dan bias tentang sesuatu fenomena. Misalnya, Ahmad menyapu gel B di\nkepalanya. Selepas lima jam Ahmad mendapati sakit kepalanya telah hilang. Dalam\npemikiran pseudosains, gel B disimpulkan sebagai penyembuh sakit kepala.\nSedangkan, dalam tempoh lima jam itu terdapat banyak perkara lain yang berlaku\natau banyak perkara lain yang dilakukan oleh Ahmad tetapi tidak diambil kira semasa\nkesimpulan dibuat. Perkara-perkara lain tersebut berkemungkinan menyumbang\nkepada sembuhnya sakit kepala tetapi diabaikan oleh amalan pseudosains kerana\nsikap pseudosains yang bias terhadap gel B.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Keempat, dalam menyampaikan idea dan kesimpulan, pseudosains sering\nbersifat selektif terhadap data-data. Pseudosains mengambil kira data-data yang\nmemihak kepadanya dan mengabaikan data-data yang tidak memihak kepadanya.\nMisalnya, seseorang dikatakan boleh menentukan penyakit-penyakit yang dihadapi\noleh orang lain berdasarkan pemerhatian terhadap corak mata. Mereka yang\nmempercayai kebolehannya itu menerima sebarang pernyataan individu tersebut\nyang kelihatan tepat tetapi mengabaikan ramalan-ramalannya yang tidak benar. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kelima, mereka yang mengamalkan pseudosains kerap menggunakan istilah rekaan\nyang kedengaran saintifik tetapi tidak dapat difahami secara jelas dan\nseringkali bertentangan dengan prinsip saintifik. Misalnya, seseorang\nmengatakan bahawa larutan D menghasilkan gelombang bau yang boleh merangsang\ndan membaiki gelombang otak. Hakikatnya, dalam ilmu sains fizik, bau tidak dikategorikan\nsebagai gelombang. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp; Dalam kalangan masyarakat Melayu,\namalan pseudosains membawa ancaman yang buruk terutamanya apabila ia melibatkan\npenggunaan nas-nas al-Quran dan hadis secara membuta tuli tanpa merujuk kepada\nkitab tafsir dan kitab syarah untuk menyokong ideanya. Sedangkan, sekiranya\nditeliti melalui kaedah-kaedah dalam pengajian Islam, penggunaan nas-nas tersebut\ntidak bersesuaian, bahkan menyimpang daripada maksudnya yang sebenar. Amalan\nsebegini boleh membawa tanggapan yang buruk dan memporak-perandakan disiplin\npengajian Islam.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ciri-ciri yang terdapat dalam pseudosains merencatkan perkembangan minda\ndalam kalangan masyarakat. Sekiranya masyarakat tidak dapa membangkitkan\npersoalan tentang idea aneh pseudosains atau mengkritik idea tersebut, ia boleh\nmenggugat daya berfikir secara kritis.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Oleh yang demikian, bagi mengatasi kebejatan amalan pseudosains, masyarakat\nperlu berusaha untuk memilih saluran yang betul dalam mendapatkan malumat.\nMaklumat yang disampaikan melalui media sosial perlu dikenal pasti identiti dan\nkredibiliti penyampainya. Maklumat yang disampaikan perlulah dipastikan\nkesahihannya. Sikap memastikan kesahihan sesuatu khabar merupakan sesuatu yang\ndituntut dalam Islam seperti yang digambar dalam surah al-Hujurat, ayat 6.\nSudah tentu, kesahihan mestilah dipastikan dengan kaedah yang tersusun dan\nsistematik.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Amalan yang berkait dengan pseudosains sering berlaku di sekililing kita. Misalnya, kita diberitahu bahawa dengan memakan jus A, kita akan dapat mengubati penyakit kencing manis, tanpa perlu mengawal pemakanan dan mengambil ubatan yang diberikan di klinik dan hospital. Bagi menarik perhatian awal, kita dipaparkan dengan testimoni seorang individu yang menghidap penyakit kencing manis sebulan sebelum&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":39,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_analytify_skip_tracking":false,"_wpzoom_pinterest_image_url":"","_wpzoom_pinterest_hidden_image":"0","_wpzoom_pinterest_description":"","footnotes":""},"categories":[147],"tags":[],"class_list":["post-26385","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-utusan-malaysia","category-147","description-off"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/26385","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/39"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=26385"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/26385\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=26385"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=26385"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=26385"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}