{"id":26494,"date":"2019-10-18T02:13:42","date_gmt":"2019-10-18T02:13:42","guid":{"rendered":"http:\/\/www.ikim.gov.my\/new-wp\/?p=26494"},"modified":"2019-10-18T02:13:42","modified_gmt":"2019-10-18T02:13:42","slug":"rahmat-dan-wasat-dalam-islam","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/rahmat-dan-wasat-dalam-islam\/","title":{"rendered":"Rahmat dan Wasat dalam Islam"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sudah dimaklumi ramai bahawa Islamophobia adalah masalah besar yang mengharung Umat Islam di pelbagai tempat di dunia kini.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Imej Islam menjadi tercemar ekoran tindakan melampau kelompok-kelompok tertentu daripada kalangan Kaum Muslimin, selain mainan propaganda beberapa pihak bukan Islam yang mempunyai agenda dan muslihat mereka sendiri.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Justeru, penegasan semasa Kerajaan Malaysia agar ciri Rahmah pada Islam diberikan penekanan adalah suatu langkah yang tepat dan wajar disokong.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Penekanan yang dimaksud itu, bagaimanapun, perlu dilakukan dengan penuh kejujuran dan berpandukan kefahaman yang jelas sepadu agar tujuan murni yang diinginkan itu dapat terhasil.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Juga penting untuk dipastikan bahawa langkah-langkah pentadbiran yang dikaitkan dengan tema-tema utama dan istilah-istilah pokok Agama Islam seperti <em>wasat<\/em> (yakni <em>adil<\/em>), <em>rahmah<\/em> dan yang lain-lain seumpamanya ini tidak bersifat musiman dan bersilih ganti mengikut pertukaran pucuk-pucuk pimpinan pemerintah atau parti-parti politik yang membentuk kerajaan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sekiranya pertukaran sedemikian dibiarkan berlaku, sangat dikhuatiri bahawa maksud-maksud mulia yang terkandung dalam tema-tema dan istilah-istilah itu bakal dijadikan bahan momokan oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab yang mempunyai motif yang tidak baik, atau pihak-pihak yang berasa tertipu, bosan, dan mual.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sebagaimana yang telah sering kita dengari, antara ayat-ayat penting yang menjadi sandaran utama penekanan perihal Islam sebagai Agama Rahmah adalah berkenaan perutusan Baginda Nabi Muhammad SAW sebagai Rahmat untuk sekelian Alam (<em>Surah al-Anbiya\u2019<\/em>: 107).<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menarik untuk kita perhatikan bahawa dalam Al-Quran, selain ayat yang dimaksudkan di atas yang dinyatakan dalam bentuk susunan kata \u201c<em>wa ma arsalnaka illa<\/em>&#8230;\u201d (tiada kami utuskan kamu, iaitu Baginda Nabi Muhammad SAW, melainkan&#8230;), terdapat tiga lagi ayat dengan bentuk aturan yang serupa.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Tiga ayat tersebut adalah: <em>Surah Saba\u2019<\/em>: 28; <em>Surah al-Isra\u2019<\/em>: 105; dan <em>Surah al-Furqan<\/em>: 56.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dapat difahami daripada ayat-ayat tersebut bahawa sementara perutusan Nabi Muhammad SAW secara amnya adalah Rahmat untuk sekelian Alam, dalam ruang-lingkup penzahiran Rahmat yang menyeluruh itu kepada sekelian bangsa insani pula, Nabi SAW secara khusus diutuskan dengan kesepaduan dwi-misi, yakni <em>bashiran wa nadhiran<\/em> (membawa khabar gembira sekaligus khabar yang menakutkan).<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Justeru, hanya apabila kesepaduan dwi-misi itu dipelihara dan dilaksanakan dengan adil (atau wasat), barulah Rahmat kepada Umat Manusia itu dapat dizahirkan dengan sempurna.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pemeliharaan dan pelaksanaan dengan adil itu bermaksud tiada melampau dalam mengutamakan satu-satu sisi dengan mengabaikan sisi yang lain, yakni: tidak berat kepada yang membahagiakan semata-mata dan tidak pula condong cuma kepada yang menakutkan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ringkasnya, masing-masing sisi itu, iaitu sisi yang menegaskan apa yang positif dan sisi yang menegah-mencegah apa yang negatif, ada peranan dan ketikanya yang perlu dijaga dan dipatuhi.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Hakikat satu bersisi dua inilah yang bukan sahaja perlu dipelihara sepanjang waktu tetapi juga wajib dipupuk merentas pelbagai lapisan kehidupan serta bidang tumpuan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Inilah juga semangat yang terkandung dalam kaedah dan manhaj Islam zaman-berzaman.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Maka kita dapati dalam soal-soal berkait dengan Aqidah dan Usuluddin penegasan terhadap kesepaduan <em>nafi<\/em> dan <em>ithbat<\/em>: \u201cpenafian segala yang palsu\u201d dan \u201cpensabitan segala yang benar,\u201d khasnya yang berkenaan keyakinan perihal Tuhan dan Nabi serta segala yang berkait dengan kedua-duanya itu.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dalam soal-soal berkait dengan Syariat dan Fiqh pula, kita dapati penekanan terhadap kesepaduan <em>dar\u2019 al-mafasid<\/em> (penolakan perkara-perkara yang buruk lagi merosakkan) dan <em>jalb al-masalih<\/em> (perolehan perkara-perkara yang baik lagi bermanfaat).<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dalam hal-ehwal Akhlaq dan Tasawwuf juga wujud kesepaduan <em>takhliyah<\/em> (atau <em>tahdhib<\/em>) dan <em>tahliyah<\/em>: segi yang pertama itu bermaksud \u201cpenyucian daripada yang keji lagi nista\u201d manakala segi yang kedua itu bermakna \u201cpengindahan dengan yang murni lagi mulia.\u201d<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dalam ruang-lingkup hidup bermasyarakat pelbagai tingkat, kita dapati pula kesepaduan <em>al-nahy \u2018ani l-munkar<\/em> dan <em>al-amr bi l-ma\u2018ruf<\/em>: yang awal itu berkenaan \u201cpelarangan daripada apa yang tidak baik dan dibenci\u201d dan yang kemudian itu pula berkaitan \u201cpenyuruhan kepada apa yang baik dan diakui.\u201d<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Malah, dalam disiplin berfikir yang dipupuk menjadi Ilmu Mantik (Logik) dalam Tradisi Ilmu Islam, khasnya yang berkaitan cara-cara definisi dan pentakrifan yang betul, ditekankan pula kesepaduan syarat (atau sifat) <em>jami\u2018<\/em> dan <em>mani\u2018<\/em>: \u201ckeperluan menghimpunkan segala unsur asasi yang benar-benar membentuk sesuatu itu\u201d dan \u201ckeperluan mengeluarkan apa sahaja perkara yang tiada secara asasi membentuk sesuatu itu.\u201d<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Bahkan, budaya ilmu yang disuburkan dalam Peradaban Islam sentiasa menuntut kesepaduan pendekatan <em>radd<\/em> (tulisan yang bersifat penafian atau penolakan) dan <em>sharh<\/em> (tulisan yang bersifat penjelasan dan penghuraian), jika tidak pun dalam penghasilan peribadi setiap tokoh ilmuwan pada setiap zaman, maka sekurang-kurangnya dalam satu-satu komuniti ilmu yang wujud pada mana-mana era.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sesungguhnya, kesepaduan pendekatan ilmiah di atas inilah yang dicontohkan oleh Hujjatul Islam Imam Abu Hamid Muhammad al-Ghazzali (wafat 505H\/1111M) lewat karya-karya utama beliau seperti <em>Tahafut al-Falasifah<\/em> dan <em>Ihya\u2019 \u2018Ulum al-Din<\/em>.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kesimpulannya, Islam dan segala yang terkait dengannya mengandungi kedua-dua sisi: eksklusif (menolak apa yang patut ditolak) dan inklusif (menerima apa yang wajar diterima).<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Justeru menjadi tanggungjawab kita bersama untuk mengekalkan kesepaduan kedua-dua sisi hakikat yang dinyatakan di atas.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Jika tidak, bukan sahaja langkah yang kita ambil ini akan tempang dan cacat tetapi juga apa yang bakal kita capai kelak menjadi jauh tersasar daripada matlamat.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><em>W ALlahu a\u2018lam<\/em>!<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Sudah dimaklumi ramai bahawa Islamophobia adalah masalah besar yang mengharung Umat Islam di pelbagai tempat di dunia kini. Imej Islam menjadi tercemar ekoran tindakan melampau kelompok-kelompok tertentu daripada kalangan Kaum Muslimin, selain mainan propaganda beberapa pihak bukan Islam yang mempunyai agenda dan muslihat mereka sendiri. Justeru, penegasan semasa Kerajaan Malaysia agar ciri Rahmah pada &#8230;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_analytify_skip_tracking":false,"_wpzoom_pinterest_image_url":"","_wpzoom_pinterest_hidden_image":"0","_wpzoom_pinterest_description":"","footnotes":""},"categories":[141],"tags":[],"class_list":["post-26494","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-berita-harian","category-141","description-off"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/26494","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=26494"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/26494\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=26494"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=26494"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=26494"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}