{"id":26642,"date":"2019-11-25T03:48:50","date_gmt":"2019-11-25T03:48:50","guid":{"rendered":"http:\/\/www.ikim.gov.my\/new-wp\/?p=26642"},"modified":"2019-11-25T03:48:50","modified_gmt":"2019-11-25T03:48:50","slug":"maksud-mengutamakan-produk-muslim","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/maksud-mengutamakan-produk-muslim\/","title":{"rendered":"Maksud Mengutamakan Produk Muslim"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Isu yang hangat\ndibincangkan di media sosial ketika ini ialah berkaitan dengan kempen keutamaan\nmembeli barangan orang Islam yang telah dilancarkan oleh pertubuhan-pertubuhan\ntertentu. Kempen ini telah menimbul berbagai reaksi ada yang bersetuju dan ada\nyang menentang dan tidak kurang juga yang menjadikan kempen ini sebagai batu\nloncantan untuk &nbsp;kepentingan politik. &nbsp;Dalam artikel kali ini saya cuba mengupas isu\nini supaya kita&nbsp; melihat dari\nberbagai-bagai perspektif.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pertama sekali kita perlu\nfahami atau kita sepatutnya dapat membezakan dua perkataan ini iaitu \u2018mengutamakan\nproduk muslim\u201d dan \u2018membokot produk non-muslim\u2019. Kedua-dua perkataan ini\nmempunyai maksud dan kesan yang berbeza. Mengutamakan atau <em>priority <\/em>adalah\nbermaksud kita memberi keutamaan tetapi kita tidak memboikot. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sebagai contoh, dalam\nkita mengurus kerja seharian semua kerja-kerja tersebut adalah penting untuk\nkita selesaikan dalam tempoh masa tetapi kita mestilah pandai untuk\nmenyempurnakan kerja kita mengikut keutamaan dan kita tidak memboikot kerja\ntersebut. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Begitu juga terhadap\nproduk yang berada di pasaran, bagi seseorang Muslim disarankan untuk mengutamakan\nmembeli produk daripada pengeluar Muslim. Mengutamakan produk Muslim ini pada\nasasnya akan memberi kebaikan kepada Muslim itu sendiri. Apabila perniagaan\nMuslim itu bertambah maju maka peniaga-peniaga Muslim tersebut dapat bersedekah\n(2:271).<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">&nbsp;Begitu juga dengan kewajipan membayar zakat (2:43) dan juga dengan infaq.\nTerdapat beberapa perkara yang disebut di dalam al-Quran berkaitan dengan\ninfak. Antaranya ialah anjuran untuk berinfak (2:261) dan ancaman bagi orang yang tidak\nmenginfakkan hartanya (3:180)\ndan berwakaf (3:92). &nbsp;Produk-produk dari pengeluar Muslim ini sudah\nsemestinya kita yakin dengan status halalnya. &nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Seperkara lagi, berkaitan\ndengan produk halalan toyyiban ini bukan sahaja dilihat dari segi penggunaannya\ntanpa was-was tetapi ianya dapat memberi impak terhadap ekonomi. Bagi pengeluar\nnon-muslim tujuan mereka memohon logo halal adalah semata-mata untuk memasuki\npasaran Muslim di dalam dan di luar negara iaitu produk halal yang dilihat dari\nsudut ekonomi.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Namun, sekiranya penggunaan\nMuslim ingin membeli produk daripada non-Muslim atas sebab pertimbangan mereka\nseperti lebih kualiti, harga lebih murah&nbsp;\ndan perkhidmatan yang lebih bagus maka kempen ini tidak menjadi masalah bagi\nmereka kerana hak membeli ini terpulang kepada individu sebagaimana syarat-syarat\njual beli adalah redha atau suka sama suka (4:29).<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Jika hak membeli ini\nkita lihat dari segi sejarah, pada tahun 1981 iaitu setelah 2 bulan &nbsp;Tun Dr Mahathir menjadi perdana Menteri ke-4, beliau\ntelah melancarkan kempen <em>Buy British Last.<\/em> Kempen ini bermakna membeli\nbarangan British sebagai pilihan terakhir. [<em>Far Eastern Economic Review,\nOctober 9, 1981<\/em>]. Kempen ini adalah untuk menyatakan tentangan dan\nketidakpuasan hati tindakan British kepada Malaysia dengan menggunakan hak\nsebagai pengguna.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp; Jika kita masih ingat kempen\nhak sebagai pengguna ini dilaksanakan atas 3 sebab. Pertama apabila kerajaan\nBritish telah menaikkan yuran pengajian pelajar daripada $300 ke $900 yang\nmenyusahkan 13,000 pelajar tajaan Malaysia yang belajar di Britain. [New Strait\nTimes, 27 May 1981]<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kedua, Tun Dr\nMahathir telah mengarahkan supaya&nbsp;\nsyarikat Guthrie ketika itu menjadi milik syarikat British yang memiliki\n200,000 ekar ladang getah di Malaysia kembali menjadi milik rakyat Malaysia.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ketiga, tindakan\nBritish yang tidak memberi hak pendaratan tambahan kepada <em>Malaysia Airline<\/em>\ndi lapangan terbang Heathrow. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ketiga-tiga\nperkara ini telah menimbulkan kemarahan kepada Tun Dr. Mahathir. Beliau adalah\nseorang pemimpin yang cintakan agama, bangsa dan negara dan meletakkan\nkepentingan negara mengatasi segala-galanya. Peristiwa ini memberi kesan kepada\nnegara menyebabkan Tun Dr. Mahathir &nbsp;melakukan serang hendap di London Stock\nExchange (LSE) yang dikenali sebagai operasi \u201c<em>Dawn Raid<\/em>\u201d. Akhirnya, Malaysia\nsebagai sebuah negara kecil telah berjaya mengambl alih syarikat Guthrie\nmelalui pasaran terbuka. Atas sebab peristiwa ini dengan segera LSE telah\nmenukar kod pengambilalihan (<em>take over<\/em>) untuk mengelakkan Malaysia\nmengambilalih syarikat-syarikat yang lain.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Selepas 5 bulan Malaysia memperkenalkan kempen ini\nmaka, pada Februari 1982, British telah menghantar Setiausaha Luarnya Baron\nCarrington dan Menteri Pertahanan John Notts untuk bertemu dengan Tun Dr.\nMahathir tetapi Tun Dr. Mahathir tidak mahu berjumpa.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Akhirnya, Margaret Thatcher yang dikenali sebagai\nwanita besi ingin menamatkan kempen ini dan beliau berjumpa dengan Tun Dr\nMahathir dan kempen ini pun ditamatkan. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pengajaran\ndari peristiwa ini ialah, hak kita sebagai pengguna adalah senjata yang dapat\nkita gunakan untuk menyatakan sesuatu. Hak sebagai pengundi hanya boleh di\nsuarakan setiap 4 tahun sekali tetapi hak sebagai pengguna hampir setiap masa. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Selain\nitu, ingin saya kongsikan pengalaman berkaitan dengan hak pengguna. Bagi\nsesiapa yang pernah bekerja di syarikat Jepun mereka mesti ada pengalaman melihat\nbagaimana Jepun mengutamakan produk mereka. Sebagai contoh, apabila syarikat\nJepun datang ke Malaysia dan membina kilang di Malaysia, mereka tidak akan\nsesekali menggunakan barang-barang buatan Malaysia. Mereka akan menggunakan\nbarangan atau perkhidmatan Jepun samada yang sedia ada di Malaysia atau yang\ndiimport dari Jepun. Mereka mempunyai satu sistem yang lengkap bermula daripada\nbahan mentah <em>raw material<\/em> sehingga ke produk akhir. Syarikat\npenghantaran, syarikat insuran, syarikat pembinaan, syarikat pendawaian,\nsyarikat yang membekalkan bahan-bahan mentah dan lain-lain akan saling bantu\nmembantu yang mana kesemuanya ini &nbsp;adalah\nmilik syarikat Jepun walaupun syarikat-syarikat tersebut menawarkan harga yang\nmahal. Ini adalah kerana mereka mengutamakan produk Jepun dan mereka tidak\nbermaksud untuk memboikot produk Malaysia.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Begitu\njuga pada masyarakat china, mereka mungkin lebih senang atau selesa untuk\nberurusniaga dengan bangsa mereka sendiri. Faktor ini mungkin banyak persamaan\ndari segi bahasa, budaya dan adat resam. Sebagai contoh, mereka akan memilih\nkontraktor, kedai <em>hardware<\/em>, bengkel kenderaan, kedai makan dan lain-lain\ndari bangsa mereka sendiri dan perkara ini telah lama berlaku sejak zaman\nberzaman dan mereka mempunyai rangkaian yang lengkap dan mantap dalam bidang\nekonomi ini. Ini adalah kerana ianya bermula dari sikap bantu membantu di\nantara mereka. Jadi, dalam hal ini mereka sebenarnya mengutamakan produk dari\nbangsa mereka sendiri dan mereka tidak bermaksud untuk memboikot produk dari\nbangsa lain.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kempen\nmengutamakan produk Muslim ni bukanlah hanya di Malaysia tetapi ianya telah\nmerebak ke Indonesia dan mungkin ke beberapa negara lain atau ke seluruh dunia.\nKempen ini juga akan dibangunkan bersama aplikasi. Aplikasi ini seperti mana <em>Lazada\n<\/em>atau <em>Ali Baba <\/em>cuma yang berbeza ialah hanya produk-produk daripada\npengeluar Muslim sahaja dibenarkan untuk memasarkan produk mereka supaya\npengguna tidak perlu ragu-ragu terhadap status halal walaupun tidak mempunyai\nlogo halal di samping usaha untuk membantu ekonomi umat Islam sejagat. Siapa\nlagi yang akan membantu membeli produk Muslim kalau&nbsp; bukan orang Islam itu sendiri.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Akhir\nsekali, apapun kempen yang dilaksanakan hanyalah sebagai kempen dan tidak\nmemaksa mana-mana pihak. Begitu juga dengan kempen mengenai bahaya menghisap\nrokok yang dilaksanakan oleh kerajaan walupun kempen ini telah bertahun-tahun di\nlaksanakan tetapi sehingga hari ini masih ada orang yang menghisap rokok.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Isu yang hangat dibincangkan di media sosial ketika ini ialah berkaitan dengan kempen keutamaan membeli barangan orang Islam yang telah dilancarkan oleh pertubuhan-pertubuhan tertentu. Kempen ini telah menimbul berbagai reaksi ada yang bersetuju dan ada yang menentang dan tidak kurang juga yang menjadikan kempen ini sebagai batu loncantan untuk &nbsp;kepentingan politik. &nbsp;Dalam artikel kali ini&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":8,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_analytify_skip_tracking":false,"_wpzoom_pinterest_image_url":"","_wpzoom_pinterest_hidden_image":"0","_wpzoom_pinterest_description":"","footnotes":""},"categories":[225],"tags":[],"class_list":["post-26642","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-article","category-225","description-off"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/26642","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/8"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=26642"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/26642\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=26642"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=26642"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=26642"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}