{"id":26698,"date":"2019-11-15T02:43:00","date_gmt":"2019-11-15T02:43:00","guid":{"rendered":"http:\/\/www.ikim.gov.my\/new-wp\/?p=26698"},"modified":"2019-11-15T02:43:00","modified_gmt":"2019-11-15T02:43:00","slug":"membudayakan-konsensus-dalam-berpolitik","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/membudayakan-konsensus-dalam-berpolitik\/","title":{"rendered":"Membudayakan konsensus dalam berpolitik"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Politik lazimnya adalah mengenai\npersaingan untuk mendapatkan kuasa dan bagaimana kuasa ini digunakan dalam\nmembuat keputusan. Persaingan kepada kuasa ini menjadikan politik seringkali\ndisalah erti sebagai semata-mata pertembungan antara dua atau lebih kelompok\nberlainan ideologi dengan wawasan. Namun begitu, disebalik pertembungan dan\npersaingan, politik juga melihat kepada aspek bagaimana kuasa digunakan dan\nantaranya adalah mengenai kesepakatan dan persetujuan dalam membuat keputusan\nyang difahami sebagai konsensus politik.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp; Idea konsensus dalam politik adalah satu\nbentuk kesepakatan dan persetujuan antara kumpulan-kumpulan politik yang\nberbeza serta pemimpin masing-masing tentang sesuatu isu atau perkara demi\nkebajikan rakyat dan kedaulatan negara. Mewujudkan konsensus atau kesepakatan &nbsp;dalam politik adalah satu perkara yang\nmerumitkan terutama jika melibatkan perbezaan ideologi yang ketara. Di United\nKingom contohnya, \u2018<em>political consensus<\/em>\u2019\npernah menjadi sebahagian daripada agenda politik arus perdana negara itu dari\n1945 sehinggalah ia ditamatkan pada 1979 oleh Margaret Thatcher, Perdana\nMenteri United Kingdom ketika itu. &nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;Apabila\nmembicarakan kepentingan pendekatan ini, yang menjadi keutamaan adalah usaha\nmencapai satu bentuk persetujuan atau \u2018<em>consensus<\/em>\u2019\n&nbsp;tentang hal-hal yang membawa kebaikan\nkepada masyarakat secara keseluruhan. Tidak akan menjadi hina atau dipandang\nlemah jika kelompok-kelompok politik yang berlainan ini bersetuju atas\ndasar-dasar atau usaha yang dapat membawa kebaikan kepada masyarakat dan negara.\nMalahan, mereka akan lebih dipandang tinggi dan dihormati kerana berjaya\nmeletakkan keutamaan rakyat dan negara melebihi sentimen perjuangan politik\nsempit masing-masing. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sememangnya jelas bahawa terdapat pertembungan\ndan persaingan politik &nbsp;dalam masyarakat\nMalaysia hari ini disebabkan oleh perbezaan dalam perjuangan politik kepartian.\nMasing-masing menegaskan bahawa perjuangan mereka adalah untuk kebaikan rakyat\ndan negara. Ditambah pula dengan sifat ego dalam berpolitik yang akhirnya membawa\nkepada pertelingkahan. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kegagalan membuktikan kesepakatan\natau persefahaman dalam kalangan pemimpin akan menjejaskan usaha berkaitan\npembangunan dan kesejahteraan untuk rakyat. Sebagai umat Islam terutamanya,\npersaingan yang melampau dalam berpolitik akan memberi kesan dan imej yang\ntidak baik kepada Islam itu sendiri. Kelemahan pada agama akan dinilai\nberlandaskan kegagalan ia menyatukan pihak yang bersaing untuk duduk berbincang\natas nama agama. Perpecahan dalam kalangan umat Islam hari ini bukan sahaja\ndisebabkan oleh faktor perbezaan pandangan tetapi juga disebabkan oleh\nketaksuban dalam berpolitik sehingga melampaui komitmen terhadap agama.\nAkhirnya, ini akan melemahkan umat Islam yang berterusan dihimpit dengan\npergolakan antara kelompok sendiri sehingga gagal menyelesaikan perkara berkaitan\nkepentingan ummah dan rakyat negara ini secara keselutuhan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pemeliharaan\nagama adalah satu keutamaan dan ia bukan sahaja dinilai dari aspek menegakkan\nhukum-hukum agama tetapi juga merangkumi usaha memelihara akidah dan imej Islam\nitu sendiri. Jika sebarang bentuk perbalahan dalam kalangan umat Islam itu\nmengakibatkan Islam itu dilabel dengan penilaian negatif dan dicemuh, adalah\nmenjadi tanggungjawab umat Islam sendiri untuk mengembalikan kredibiliti agama\nkepada yang sepatutnya. Kesepakatan dalam politik bagi umat Islam tidak\nsemestinya diterjemahkan dalam bentuk penglibatan umat Islam dalam satu parti\npolitik sahaja. Memandangkan demokrasi juga boleh disuburkan dalam Islam,\npersefahaman atas perkara-perkara yang benar dan mendatangkan kebaikan kepada\nmasyarakat harus dijadikan asas kepada tujuan ini. Umat Islam tidak boleh\nmembiarkan ketaksuban dalam perjuangan parti politik masing-masing menjadi\npenghalang kepada agenda besar Islam dan antaranya adalah bagi mengekalkan\nperpaduan dan pemantapan ukhuwah. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dalam\n<em>Surah Ali-Imran<\/em>, ayat 103, telah\ndigariskan kepentingan tentang perkara ini.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><em>\u201cDan berpeganglah kamu\nsemua kepada tali Allah (agama Islam) dan janganlah kamu bercerai-berai. Dan\ningatlah akan nikmat Allah kepada kamu ketika kamu dahulu (masa jahiliyyah)\nbermusuh-musuhan, maka Allah menjinakkan antara hati kamu, lalu menjadilah kamu\ndengan nikmat Allah orang-orang yang bersaudara. Dan kamu telah berada di tepi\njurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu daripadanya. Demikianlah Allah\nmenerangkan ayat-ayat-Nya kepada kamu, agar kamu mendapat petunjuk.\u201d<\/em><\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kematangan\nberpolitik juga bergantung kepada sejauh mana pihak-pihak yang bertelagah boleh\nbersetuju dan berlapang dada apabila dikritik. Kekuatan umat Islam akan\nterjelma apabila perbezaan pendapat yang sedia ada tidak dijadikan alasan untuk\nbermusuh. Hal ini adalah kerana Islam dan umat Islam akan dilihat lemah apabila\nia gagal menyatukan kelompok yang bertelagah ini walaupun berkongsi aqidah yang\nsama. Perbezaan dan perselisihan pendapat itu adalah lazim tetapi tidaklah\nsehingga mendatangkan mudarat kepada agama, kehidupan dan akal manusia. Sehubungan\ndengan itu, umat Islam haruslah peka antara keperluan untuk bercanggah pendapat\ndan juga keperluan untuk membina persefahaman. Permulaan yang baik dalam\nmembina pendekatan ini ialah dengan mengenepikan sikap penting diri dan\nmenjadikan Islam sebagai kayu ukur kepada setiap penilaian dan asas kepada\nsebarang tindakan kita. Pemimpin\natau pun kelompok pemimpin seharusnya menyedari bahawa kuasa politik yang diamanahkan\noleh rakyat melalui proses demokrasi, perlu digunakan bagi mencapai\nmatlamat-matlamat tertentu. Kuasa politik mestilah digunakan untuk memenuhi\nobjektif-objektif syariah atau pun maqasid syariah agar dapat memelihara\nkehidupan manusia di muka bumi ini dengan aman dan teratur. Hal ini akan\nmemastikan manusia berlaku adil dengan ketinggian moral dan integriti serta\nmelakukan perubahan yang perlu dengan perancangan yang terbaik. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sebagai\nkesimpulan, perlu ada noktah kepada persaingan yang tidak sihat dalam\nberpolitik. Perjuangan politik harus berpaksikan kepada perkara-perkara yang\ndapat menjamin kemaslahatan masyarakat secara keseluruhan. Dengan itu, tiada\nsalahnya jika kesepakatan atau konsensus dijadikan pendekatan berhemah oleh\nsemua pihak agar agenda pembangunan negara dapat diteruskan dan kesejahteraan\nrakyat akan terpelihara. <\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Politik lazimnya adalah mengenai persaingan untuk mendapatkan kuasa dan bagaimana kuasa ini digunakan dalam membuat keputusan. Persaingan kepada kuasa ini menjadikan politik seringkali disalah erti sebagai semata-mata pertembungan antara dua atau lebih kelompok berlainan ideologi dengan wawasan. Namun begitu, disebalik pertembungan dan persaingan, politik juga melihat kepada aspek bagaimana kuasa digunakan dan antaranya adalah mengenai&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":23,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_analytify_skip_tracking":false,"_wpzoom_pinterest_image_url":"","_wpzoom_pinterest_hidden_image":"0","_wpzoom_pinterest_description":"","footnotes":""},"categories":[225],"tags":[],"class_list":["post-26698","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-article","category-225","description-off"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/26698","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/23"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=26698"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/26698\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=26698"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=26698"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=26698"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}