{"id":26701,"date":"2019-11-15T02:53:53","date_gmt":"2019-11-15T02:53:53","guid":{"rendered":"http:\/\/www.ikim.gov.my\/new-wp\/?p=26701"},"modified":"2019-11-15T02:53:53","modified_gmt":"2019-11-15T02:53:53","slug":"mengurang-ketaksamaan-mengagih-kekayaan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/mengurang-ketaksamaan-mengagih-kekayaan\/","title":{"rendered":"Mengurang Ketaksamaan, Mengagih Kekayaan"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kisah\nQarun memiliki harta yang tidak terhingga banyaknya dan menjadi sombong bukan\nsahaja kepada kaumnya bahkan juga kepada Allah SWT memberi pengajaran kepada\nkita akan hakikat \u201ckekayaan\u201d yang sebenar. Kisah ini ada disebut di dalam\nal-Quran, surah <em>al-Qasas<\/em> ayat 76 hingga 82. Banyaknya harta kekayaan\nQarun sehingga anak-anak kunci kepada hartanya sahaja telah membebankan\nsebilangan orang-orang kuat yang memikulnya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ayat\nke-77 ada menekankan tentang di sebalik semua kurniaan-Nya, hendaklah juga\nmencari kebahagiaan akhirat, berbuat baik kepada yang lain dan tidak melakukan\nkerosakan. Dalam kisah ini, Qarun yang dilimpahi kekayaan yang tidak terhingga diperingatkan\nuntuk tidak bermegah-megah dengan hartanya. Namun dengan sombongnya Qarun\nmengatakan harta kekayaan itu adalah hasil daripada pengetahuan dan\nkepandaiannya semata-mata. Akibat daripada kesombongan ini, akhirnya Qarun\ntelah dibenamkan bersama-sama hartanya ke dalam perut bumi. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menjadi\nkaya bukanlah sesuatu yang ditegah dalam Islam, bukan pula menjadi miskin itu\nsesuatu yang mulia di sisi agama. Seseorang yang kaya mahupun miskin, tetap\nwajib melaksanakan segala perintah Allah SWT berdasarkan kemampuan mereka. Hendaklah\nmereka juga berlaku baik dan adil kepada semua makhluk dan alam sekitar. Namun,\nkekayaan yang melimpah-ruah seperti Qarun jika hanya ada pada sebilangan kecil\nindividu sahaja, boleh menyebabkan kerosakan dan kemusnahan kepada manusia dan\ndan alam.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Mengapa\nini berlaku? Harta yang banyak tetapi wujud hanya pada segelintir individu\nsahaja menunjukkan kemungkinan berlakunya pengagihan ekonomi yang tidak adil. Keadaan\nini seterusnya mewujudkan jurang ketaksamaan yang keterlaluan dalam masyarakat.\nDalam laporan \u201c<em>Private Wealth or Public Goods<\/em>\u201d oleh Oxform International\nmisalnya mendapati bahawa kekayaan golongan <em>billionaire<\/em> dunia meningkat\nsebanyak USD900 bilion pada 2018 manakala 3.8 bilion orang miskin telah mengalami\nkemerosotan kekayaan sebanyak 11% pada tahun yang sama.&nbsp; <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Winnie\nByanyima, Pengarah Eksekutif Oxform International juga berpandangan bahawa\njurang ketaksamaan yang melampau dan semakin berkembang ini bukanlah satu\nkebetulan. Sebaliknya, ia juga berlaku akibat daripada keputusan dasar dan polisi\nyang telah dibuat oleh kerajaan. Justeru apabila Bajet Malaysia 2020 bertemakan\n\u201cKemakmuran Bersama\u201d yang dibentang pada 11 Oktober lalu memfokus untuk\nmengurangkan jurang ketaksamaan dalam masyarakat, ia boleh menjadi satu titik\npermulaan kepada kehidupan masyarakat Malaysia secara lebih adil dan inklusif.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pengalaman\nMalaysia misalnya, jurang pendapatan penengah isi rumah di antara kumpulan isi\nrumah T20 dengan kumpulan isi rumah B40 ialah sebanyak RM10,148 pada 2016\nberbanding RM6,569 pada 2009. Peningkatan jurang inilah yang menjadi \u201ckudis\u201d\ndalam masyarakat dan perlu ditangani bersama-sama. Ia boleh mewujudkan perasaan\nmementing diri, mengasing mengikut kelas pendapatan, ketidakadilan dalam\npeluang ekonomi dan pelbagai lagi.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Selain\ndaripada jurang pendapatan, ketaksamaan yang turut dibahaskan dalam\npembentangan Bajet Malaysia 2020 tersebut merangkumi jurang antara etnik,\nwilayah dan rantaian bekalan. Prospek agihan kekayaan secara adil menjadi\nkeutamaan untuk membolehkan masyarakat majmuk Malaysia mendapat satu taraf\nhidup yang wajar (<em>a descent standard of\nliving<\/em>). Matlamat ini jugalah yang telah mendasari \u201cWawasan Kemakmuran\nBersama 2030.\u201d<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pengagihan\nkekayaan yang adil boleh diibaratkan seperti darah. Ia perlu beredar dan teragih\nke seluruh tubuh untuk bagi membolehkan seseorang itu mencapai kapasiti\nmaksimumnya. Maka, jika darah itu hanya bertumpu di sebahagian kawasan tertentu\nsahaja, anggota tubuh yang tidak menerima bekalan darah secukupnya akan merosot\nfungsinya. Akhirnya, ia menyebabkan individu tadi kehilangan fungsi maksimum\ntubuhnya, malah boleh mengancam nyawanya. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Begitulah\njuga kekayaan yang hanya berlegar-legar dalam kalangan sebilangan kecil\nindividu sahaja boleh meningkatkan jurang ketaksamaan dalam masyarakat. Keadaan\nini boleh menyebabkan kelumpuhan tamadun manusia akibat kerakusan, ketamakan,\nkesengsaraan dan kemusnahan alam sekitar. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Harta\nkekayaan bukanlah sumber kebahagiaan mutlak kepada manusia. Namun dalam realiti\nsemasa, harta dan kekayaan diperlukan untuk membangunkan negara dan bangsa. Kita\nperlu mempunyai modal untuk mengeluarkan produk yang hebat seterusnya menjana\npulangan yang terbaik. Jadi, agihan kekayaan negara secara adil memberi peluang\nkepada semua ahli masyarakat untuk mencapai matlamat kehidupan masing-masing,\nmeneroka bakat terpendam dalam pelbagai lapisan masyarakat dan menggilap\nkemahiran terbaik individu dalam bidang kepakaran mereka.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dalam\nmemperihal tentang kekayaan manusia, usahlah pula kita bersangka bahawa Islam\ntidak menyukai umatnya mempunyai harta yang banyak. Sebaliknya, Islam menentang\numatnya yang malas berusaha dan meminta-minta. Berusaha untuk mengumpul harta\nkekayaan dengan jalan yang benar amat digalakkan oleh Islam. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Melalui\nkekayaan, umat Islam berpeluang berkongsi dan mengagihkan harta kekayaan mereka\nkepada yang lain melalui zakat, sedekah, wakaf dan pelbagai lagi. Amal\nkebajikan begini mendatangkan kemanisan dalam kehidupan orang-orang yang\nberiman. Sebaliknya, bagi sesiapa yang mendapatkan harta kekayaan melalui\npenipuan, penindasan, kezaliman kepada yang lain adalah dilarang dan mereka\nakan dihitung dengan azab yang pedih seperti kisah Qarun tadi.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Prospek\nagihan kekayaan secara adil sememangnya satu pendekatan yang boleh membawa\nMalaysia maju ke hadapan. Melalui pembentangan Bajet Malaysia 2020 yang lalu,\nkita berharap dengan peluang yang terbuka ini akan mendorong setiap lapisan\nmasyarakat untuk menggilap bakat dan kemahiran mereka bukan sahaja untuk\nmenjana pendapatan yang lebih baik, tetapi juga untuk menjadi sebuah masyarakat\nyang progresif dan makmur. Sebagai umat Islam hendaklah juga kita mengambil\niktibar bahawa <em>\u201c\u2026 sesungguhnya Allah\nmemewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya daripada hamba-hamba-Nya dan\nDialah juga yang menyempitkannya\u201d<\/em> (<em>al-Qasas<\/em>, 28: 82).<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kisah Qarun memiliki harta yang tidak terhingga banyaknya dan menjadi sombong bukan sahaja kepada kaumnya bahkan juga kepada Allah SWT memberi pengajaran kepada kita akan hakikat \u201ckekayaan\u201d yang sebenar. Kisah ini ada disebut di dalam al-Quran, surah al-Qasas ayat 76 hingga 82. Banyaknya harta kekayaan Qarun sehingga anak-anak kunci kepada hartanya sahaja telah membebankan sebilangan&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":36,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_analytify_skip_tracking":false,"_wpzoom_pinterest_image_url":"","_wpzoom_pinterest_hidden_image":"0","_wpzoom_pinterest_description":"","footnotes":""},"categories":[225],"tags":[],"class_list":["post-26701","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-article","category-225","description-off"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/26701","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/36"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=26701"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/26701\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=26701"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=26701"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=26701"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}