{"id":26704,"date":"2019-11-20T11:53:25","date_gmt":"2019-11-20T11:53:25","guid":{"rendered":"http:\/\/www.ikim.gov.my\/new-wp\/?p=26704"},"modified":"2019-11-20T11:53:25","modified_gmt":"2019-11-20T11:53:25","slug":"mesej-hari-alam-sekitar-negara","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/mesej-hari-alam-sekitar-negara\/","title":{"rendered":"Mesej Hari Alam Sekitar Negara"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Hari Alam Sekitar Negara (HASN) tahun\nini telah disambut pada 19 Oktober 2019 dengan masih mengekalkan tema yang sama\nseperti tahun lepas iaitu \u201cAlam Sekitar Tanggungjawab Bersama.\u201d Fokus sambutan\nHASN pada kali ini melibatkan tiga program utama iaitu: kempen hindari plastik\nsekali guna; pengumpulan buangan elektrik dan elektronik (<em>e-waste<\/em>); dan aktiviti penghijauan alam melalui penanaman pokok.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp; Ketiga-tiga\nfokus utama ini dilihat merupakan aspek yang sangat penting untuk diberi\nperhatian sementelah kesedaran berhubung perkara berkenaan masih lagi berada\npada tahap yang sangat minimum. Buktinya, saban hari kita masih lagi dipaparkan\ndengan pencemaran sisa plastik secara berleluasa sehingga memberi kesan yang\nbesar kepada ekosistem laut dan mengancam hidupan yang menghuninya. Begitu juga\ndengan kesedaran pengurusan buangan <em>e-waste\n<\/em>dan aktiviti penghijauan alam yang masih lagi sangat rendah dalam kalangan\nanggota masyarakat.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Justeru, mesej\nsambutan HASN yang memfokuskan kepada tiga program utama berkenaan perlu\ndihayati dengan sedalam-dalamnya dan tidak terhenti semasa hari sambutan\ntersebut semata-mata. Sebaliknya, penghayatan terhadap mesej sambutan HASN\nperlu berterusan dan menjadi suatu budaya dalam kehidupan seharian agar\nmatlamat yang digariskan sempena sambutannya tercapai.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dalam usaha\nmenghindari penggunaan plastik sekali guna misalnya, semua pihak termasuk orang\nawam perlu memainkan peranan masing-masing, misalnya melatih diri untuk\nmembudayakan amalan membawa bekas makanan beserta peralatan makan (<em>cutlery<\/em>) dan penyedut minuman guna\nsemula untuk kegunaan peribadi, selain menggunakan beg khas guna semula semasa\nmembeli makanan dan minuman di kafeteria. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">&nbsp;Manakala di peringkat jabatan dan agensi pula,\nmereka perlu mengikuti panduan yang disarankan iaitu dengan menggantikan botol\nminuman plastik sekali guna kepada botol kaca atau menyediakan jag air; dan\nmenggantikan pembalut plastik pada piring, pinggan atau mangkuk dengan penutup\nmakanan yang boleh diguna semula semasa sesi mesyuarat dan seumpamanya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Selain itu,\njabatan dan agensi juga digalak menyediakan <em>water dispenser<\/em> untuk\nkemudahan isian semula, dan tidak menyediakan piring, pinggan, mangkuk, cawan\ndan peralatan makan yang bersifat sekali guna dan mengelakkan daripada\npenggunaan penyedut minuman plastik. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Bagi memastikan\nkesedaran yang berterusan terhadap perkara ini, strategi untuk menyebar luas\ndan mempromosikan amalan berkenaan perlulah dilakukan secara proaktif, misalnya\nmenerusi semua platform komunikasi terutamanya medium alaf baharu seperti media\nsosial, selain menyediakan bahan-bahan promosi berbentuk infografik, video dan\nsebagainya agar lebih&nbsp; menarik dan\nberkesan dalam menjayakan kempen-kempen yang dilaksanakan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Selain itu,\nagensi-agensi swasta, institusi pendidikan, rumah-rumah ibadat, pertubuhan bukan\nkerajaan (NGO) dan sebagainya perlulah mengambil peranan untuk turut serta\ndalam melaksanakan kempen tersebut melalui usaha dan inisiatif sendiri di\nseluruh negara dengan melibatkan komuniti setempat demi memastikan matlamat\nmengurangkan penggunaan plastik sekali guna pada masa hadapan dapat\ndirealisasikan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dalam konteks\npengurusan <em>e-waste<\/em> pula, kekurangan\nmaklumat dan pendedahan kepada masyarakat menyebabkan kesedaran tentang perkara\nberkenaan amat kurang. Jika dilihat dari segi istilah, <em>e-waste<\/em> ditakrifkan sebagai buangan elektrik dan elektronik seperti\ntelevisyen, penyaman udara, komputer, peti sejuk, radio, mesin cetak dan\npelbagai lagi peralatan yang seumpamanya yang mengandungi atau dicemari oleh\nkomponen-komponen seperti akumulator, raksa, plumbum, kuprum, mangan dan perak.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Disebabkan tahap\nkesedaran yang kurang tentang aspek pengurusan dan pelupusan <em>e-waste<\/em> menyebabkan bahan-bahan\nberkenaan dibuang sesuka hati tanpa menyedari kesan negatif perbuatan\nberkenaan. Sedangkan, kesedaran pengurusan <em>e-waste<\/em>\nsangat penting dalam kalangan masyarakat kerana pembuangannya yang tidak\nmengikut prosedur standard operasi yang telah ditetapkan akan memberi kesan\nterhadap alam sekitar, terutamanya menyumbang kepada penipisan lapisan ozon. Justeru,\npenekanan terhadap kesedaran pengurusan <em>e-waste<\/em>\njuga perlu dititikberatkan agar tahap kesedaran berhubung perkara ini dapat\ndipertingkatkan. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Selain itu, penyediaan\ntempat pengumpulan buangan <em>e-waste<\/em>\nyang mencukupi dan meluas di seluruh negara juga perlu diberi perhatian. Ini\nbagi memudahkan anggota masyarakat melakukan proses pengumpulan bahan-bahan\nberkenaan, sekali gus memberi galakan kepada mereka untuk melakukan pengumpulan\nsebelum ia dihantar kepada syarikat yang dilantik untuk menguruskan buangan\nberjadual tersebut mengikut prosedur yang betul.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Bagi kempen\npenghijauan alam menerusi aktiviti penanaman pokok pula, ia amat penting untuk\ndipromosikan agar aktiviti ini menjadi sebahagian daripada rutin masyarakat\ndalam memastikan kualiti alam sekitar terjaga. Dalam konteks ini, mereka perlu\ndidedahkan tentang manfaat aktiviti penghijauan dalam menangani krisis alam\nsekitar. Selain itu, melalui aktiviti penghijauan ini juga, ia dapat membawa\nanggota masyarakat untuk menghayati alam sekitar secara langsung, sekali gus\nmemahami simbiosis alam sekitar dengan segala komponen yang ada di dalamnya. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp; Daripada\nketiga-tiga fokus utama program sambutan HASN pada tahun ini, ia secara jelas\nmenunjukkan kesungguhan tampuk kepimpinan negara untuk menangani isu dan\npermasalahan alam sekitar yang semakin meruncing sejak kebelakangan ini.\nJusteru, sebagai anggota masyarakat yang bertanggungjawab, maka inisiatif\nsambutan HASN yang dianjurkan saban tahun perlu disokong dengan sepenuh hati\nagar usaha ini tidak menjadi sia-sia. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp; Lebih-lebih\nlagi saranan menjaga dan memulihara alam sekitar merupakan sebahagian daripada\ntuntutan agama yang telah dipertanggungjawabkan kepada manusia selaku khalifah\ndi atas muka bumi. Dalam konteks ini, manusia telah diamanahkan untuk mengurus,\nmelindungi serta memakmurkannya dengan sebaik mungkin agar keseimbangan alam\ndapat dikekalkan. Hal ini bertepatan dengan firman Allah SWT yang bermaksud:\n\u201cDialah yang menjadikan kamu daripada bahan-bahan bumi serta menghendaki kamu\nmemakmurkannya\u201d (<em>Surah<\/em> <em>Hud<\/em>, ayat 61).<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Hari Alam Sekitar Negara (HASN) tahun ini telah disambut pada 19 Oktober 2019 dengan masih mengekalkan tema yang sama seperti tahun lepas iaitu \u201cAlam Sekitar Tanggungjawab Bersama.\u201d Fokus sambutan HASN pada kali ini melibatkan tiga program utama iaitu: kempen hindari plastik sekali guna; pengumpulan buangan elektrik dan elektronik (e-waste); dan aktiviti penghijauan alam melalui penanaman&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":22,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_analytify_skip_tracking":false,"_wpzoom_pinterest_image_url":"","_wpzoom_pinterest_hidden_image":"0","_wpzoom_pinterest_description":"","footnotes":""},"categories":[225],"tags":[],"class_list":["post-26704","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-article","category-225","description-off"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/26704","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/22"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=26704"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/26704\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=26704"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=26704"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=26704"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}