{"id":26706,"date":"2019-11-20T11:57:11","date_gmt":"2019-11-20T11:57:11","guid":{"rendered":"http:\/\/www.ikim.gov.my\/new-wp\/?p=26706"},"modified":"2019-11-20T11:57:11","modified_gmt":"2019-11-20T11:57:11","slug":"sikap-merupakan-punca-utama-peningkatan-sisa-makanan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/sikap-merupakan-punca-utama-peningkatan-sisa-makanan\/","title":{"rendered":"SIKAP MERUPAKAN PUNCA UTAMA PENINGKATAN SISA MAKANAN"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Peningkatan sisa makanan bukan sahaja merupakan satu\nmasalah alam sekitar tetapi juga berkait dengan ekonomi, politik, teknologi dan\nmoral. Namun, masalah ini kurang diberikan perhatian di negara ini berbanding\nmasalah alam sekitar yang lain seperti jerebu, tanah runtuh, penggondolan\nhutan, pencemaran kimia dan sungai. Dengan kata lain, ia tidak popular dan\nbermusim sifatnya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Peningkatan sisa makanan memberikan tekanan kepada sumber\ntanah, air, udara serta menyumbang kepada pemanasan global. Misalnya, pembuangan\nsatu ketul daging <em>hamburger<\/em> adalah\nbersamaan dengan pembaziran air ketika mandi selama 90 minit. Ini merupakan\nsatu contoh mudah untuk melihat tekanan isu sisa makanan terhadap sumber air. Dari\nsegi ekonominya pula, kos untuk menghasilkan atau mendapatkan makanan adalah\ntinggi. Misalnya pada 2018, jumlah keseluruhan import produk pertanian bagi\nMalaysia telah mencecah USD18.5 bilion. Kos untuk menguruskan sisa pepejal\n(termasuk sisa makanan) di Malaysia juga tinggi iaitu sebanyak RM2 bilion.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Isu moral di sebalik peningkatan sisa makanan adalah\nlebih menggusarkan. Ada yang menyebut bahawa \u201c<em>food waste is the world\u2019s\ndumbest problem<\/em>.\u201d Kenyataan ini ada kebenarannya. Jika difikirkan, manusia telah\nbersusah-payah menghasilkan makanan, dengan menggunakan pelbagai sumber\ntermasuk sumber alam, wang ringgit dan tenaga manusia, namun akhirnya\nmembazirkan atau membuang makanan tersebut. Bukankah ini perbuatan yang sia-sia?<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Apabila makanan dibazirkan maka berlaku pembaziran sumber\nyang telah digunakan untuk menghasilkan makanan tersebut. Bukan itu sahaja, ia\njuga satu pembaziran dari segi tenaga dan akal fikiran yang telah digerakkan\nuntuk memikirkan cara dan usaha untuk memastikan adanya makanan untuk manusia.\nLebih menyedihkan ialah apabila makanan itu dibuang, ini bermakna kita sedang\nmenidakkan atau mengambil hak orang lain, yang mungkin boleh menikmati makanan\ntersebut. Di seluruh dunia terdapat 1 bilion orang yang tidak mempunyai akses\nterhadap makanan berzat. Di sekeliling kita juga terdapat ramai orang yang\nhidup dalam kesusahan. Oleh itu, tidakkah kita berasa bersalah membuang\nmakanan?<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Masalah peningkatan sisa makanan dalam kalangan pengguna\natau isi rumah merupakan masalah yang ketara di negara-negara maju dan\nnegara-negara membangun berpendapatan pertengahan-atas (<em>upper-middle-income\ndeveloping countries<\/em>) seperti Malaysia. Peningkatan pendapatan memberikan\npengguna kuasa beli yang lebih tinggi dan ini membolehkan mereka berbelanja\ntermasuklah membeli makanan dengan jumlah dan mutu yang lebih baik. Namun, atas\nsebab sikap dan tingkah laku maka yang dibeli berakhir di tong sampah.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Antara sikap dan tingkahlaku pengguna yang telah\nmenggalakkan pembuangan makanan ialah kecuaian dalam menguruskan makanan\nmisalnya terlupa menutup makanan atau menyimpan makanan sehingga menyebabkan\nmakanan itu basi dan tidak boleh dimakan. Selain itu, tidak mengamalkan\nperancangan yang baik dalam menguruskan menu makanan, pembelian dan penyimpanan\nstok makanan. Tanpa perancangan yang baik, pengguna cenderung terlebih membeli atau\nmembeli makanan yang tidak diperlukan. Pada masa yang sama, pengguna juga\nmenghadapi masalah dari segi penyimpanan makanan di mana makanan disimpan di\ntempat yang salah sehingga makanan rosak dan kemudiannya dibuang. Dari segi\npenyimpanan stok, sikap tidak peduli untuk memeriksa stok makanan telah\nmenyebabkan pembelian makanan yang sama berulang-kali dan apabila makanan itu\nrosak atau telah sampai tarikh luput, maka ia akan dibuang.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Selain itu, sikap atau perasaan ini menjadi \u201cibu bapa\natau tuan rumah yang baik\u201d juga menyumbang kepada masalah pembuangan makanan.\nIbu bapa atau tuan rumah cenderung menyediakan makanan yang pelbagai dan dalam\njumlah yang banyak untuk memastikan anak-anak atau tetamu mendapat makanan yang\ndisukai dan berzat. Namun, makanan itu selalunya tidak dihabiskan dan dibuang.\nUsaha untuk menyimpan lebihan makanan juga tidak akan memastikan makanan itu\nakan dimakan semula.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Akhir sekali, wujud juga masalah persepsi dalam kalangan\npengguna di mana mereka tidak tahu atau sedar kesukaran menghasilkan makanan.\nPemisahan pengguna dalam proses penghasilan makanan menyebabkan mereka tidak\ntahu asal-usul makanan dan tidak rasa bersalah membuangnya. Malah mereka tidak\ntahu kesan pembaziran makanan terhadap persekitaran mahupun ke atas ekonomi dan\nsosial sesebuah negara.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ada juga pengguna yang beranggapan bahawa makanan yang\nelok adalah yang cantik rupa bentuknya. Dengan itu, makanan <em>suboptimal<\/em> seperti\nbuah yang kecil atau herot bentuknya tidak disukai pengguna walaupun dari segi\nzatnya masih sama dengan buah yang sempurna. Makanan <em>suboptimal<\/em> akan\ndibuang juga akhirnya. Terdapat juga dalam kalangan pengguna yang berpendapat\nbahawa membuang makanan adalah satu kebiasaan dalam masyarakat dan oleh itu,\ntidak berasa bersalah melakukannya. Akhir sekali, terdapat sebahagian pengguna\nyang beranggapan bahawa tarikh luput pada pembalut makanan menggambarkan\nkualiti dan keselamatan makanan. Kesannya, makanan akan dibuang bila tiba\ntarikh tersebut sedangkan ada sesetengah makanan, roti misalnya, yang\nsebenarnya masih boleh dimakan jika disimpan di dalam peti sejuk.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Jelas bahawa sikap dan tingkah laku pengguna menyumbang\nkepada peningkatan sisa makanan. Hal ini boleh diatasi melalui pendidikan\nkesedaran tetapi usaha mengubah sikap dan tingkah laku ini akan memakan masa\nyang panjang. Pun begitu, usaha mendidik dan menyedarkan masyarakat,\nterutamanya melalui pendidikan informal di media cetak, elektronik dan media\nbaharu, harus dilakukan dengan segera dan berterusan. Kandungan pendidikan\ntersebut boleh bersifat memberi pengetahuan, kesedaran dan kemahiran untuk menguruskan\nmakanan. Dalam masa yang sama, mereka juga perlu disedarkan tentang akibat\nperbuatan membuang makanan kepada persekitaran, ekonomi dan sosial termasuk\ndiri mereka sendiri. Selain itu, usaha-usaha untuk meletakkan nilai yang betul terhadap\nmakanan juga perlu diberikan. Dengan ini, pendidikan kesedaran berasaskan nilai\ndan etika agama boleh menjadi salah satu saluran untuk menyedarkan pengguna agar\nlebih menghargai dan mengelakkan pembaziran makanan. <\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Peningkatan sisa makanan bukan sahaja merupakan satu masalah alam sekitar tetapi juga berkait dengan ekonomi, politik, teknologi dan moral. Namun, masalah ini kurang diberikan perhatian di negara ini berbanding masalah alam sekitar yang lain seperti jerebu, tanah runtuh, penggondolan hutan, pencemaran kimia dan sungai. Dengan kata lain, ia tidak popular dan bermusim sifatnya. Peningkatan sisa&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":17,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_analytify_skip_tracking":false,"_wpzoom_pinterest_image_url":"","_wpzoom_pinterest_hidden_image":"0","_wpzoom_pinterest_description":"","footnotes":""},"categories":[225],"tags":[],"class_list":["post-26706","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-article","category-225","description-off"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/26706","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/17"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=26706"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/26706\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=26706"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=26706"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=26706"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}