{"id":26708,"date":"2019-12-06T02:33:59","date_gmt":"2019-12-06T02:33:59","guid":{"rendered":"http:\/\/www.ikim.gov.my\/new-wp\/?p=26708"},"modified":"2019-12-06T02:33:59","modified_gmt":"2019-12-06T02:33:59","slug":"islamofobia-mengubah-ketakutan-kepada-penghormatan-2","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/islamofobia-mengubah-ketakutan-kepada-penghormatan-2\/","title":{"rendered":"Islamofobia: Mengubah Ketakutan Kepada Penghormatan"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pasca\n11 September khususnya, dunia menyaksikan timbulnya ketakutan dalam kalangan\nmasyarakat Barat terhadap Islam dan penganutnya yang terzahir melalui sikap\nprejudis, diskriminasi dan tindakan kasar dan kadang-kala ganas terhadap orang\nIslam di Barat. Peristiwa tembakan kejam di dalam masjid di Christchurch, New\nZealand adalah antara kemuncak tindak balas masyarakat Barat akibat dari gejala\nIslamofobia. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Justifikasi\nterhadap Islamofobia pada dasarnya ialah kebimbangan Barat terhadap Islam yang\ndilihat sebagai ancaman baru dalam bentuk kuasa geopolitik dan gerakan\nterorisme yang akan menggugat status quo hegemoni mereka. Sejauh mana benarnya\nandaian yang mendasari Islamofobia ini?<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sekiranya\nditeliti, Islamofobia tidak berlaku dalam keadaan vakum. Ia sebenarnya\nmerupakan satu mata rantai dari lingkaran tindak balas yang sekiranya tidak\ndibendung tidak akan berkesudahan. Ini kerana ia adalah &nbsp;tindak balas masyarakat Barat terhadap tindakan\nsekelompok ekstremis radikal yang juga bertindak hasil dari kemarahan mereka\nterhadap apa yang dilakukan oleh Barat terhadap sebahagian masyarakat dan\nnegara Islam seperti di Palestin, Afghanistan dan Iraq.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Jauh\ndari cuba menjustifikasi apa yang dilakukan oleh golongan radikal dan ekstrem\nyang menggunakan agama untuk melepaskan dendam terhadap apa yang berlaku kepada\nnegara dan tanah air mereka, isu yang lebih penting ialah keperluan untuk\nmencari akar permasalahan terhadap perkara yang mencetus Islamofobia. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sekiranya\npunca kepada permasalahan tidak diatasi maka lingkaran syaitan (<em>vicious\ncircle<\/em>) ini akan berterusan dan sukar untuk diselesaikan. Kekerasan pastinya\nakan menghasilkan lebih banyak kekerasan (<em>violence begets violance<\/em>).<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Tambahan\ndari itu, kajian telah membuktikan bahawa Islamofobia adalah sesuatu yang lebih\ndari sekadar tindak balas yang bersifat lumrah dan tabii dari masyarakat Barat.\nSebaliknya ia adalah sebahagian dari gerakan yang terancang bagi menimbulkan\nkebencian berterusan kepada umat Islam. Malah ia diistilahkan oleh Houda Abadi,\npengkaji di Carter Center Conflict Resolution Program, Atlanta sebagai satu\nbentuk rasisme baru yang sistematik dan berinstitusi (<em>systemic and\ninstitutional form of racism<\/em>).<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ia\nditerjemahkan misalnya oleh kelompok yang berideologi <em>right wing <\/em>di\nBarat telah mengusulkan pelbagai bentuk agenda bagi menafikan hak golongan\nMuslim di negara mereka. Ini didokong oleh kelompok ekstrem aliran <em>white\nsupremacy<\/em> yang berjuang untuk menjayakan agenda pengagungan ras mereka. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Islamofobia\nadalah penerusan dari agenda rasis yang menjadikan agama dan budaya sebagai asas\npenolakan setelah sebelumnya lebih berbentuk perbezaan biologi seperti system apartheid\nyang menekan golongan berdasarkan warna kulit.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Malah\nsekiranya ditelusuri Islamofobia mempunyai sejarah panjang bermula dengan\npenjajahan dan gerakan orientalisme yang berakar umbi sejak ratusan tahun.\nInsiden seperti 11 September adalah sekadar cetusan baru bagi membakar kembali\nsekam yang telah lama panas terpendam dan membara. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Yang\npasti asas-asas yang diberikan bagi menjustifikasi naratif Islamofobia adalah\nhasil penilaian dangkal dan tidak adil kepada umat Islam yang mencerminkan\nkecelaruan berfikir. Misalnya tuduhan yang&nbsp;\nmengatakan Islam adalah agama tidak rasional, tidak toleran, ganas\nadalah kesimpulan umum hasil dari asas berfikir yang salah dan mengelirukan. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Berasaskan\npremis bahawa sekelompok ekstremis melakukan keganasan dan mereka adalah dalam\nkalangan penganut Islam, mereka berkesimpulan&nbsp;\nbahawa agama Islam yang dianuti pengganas ini menganjurkan keganasan.\nIni adalah contoh kesilapan asas berfikir yang amat jelas.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ekstremisme\npada hakikatnya tidak mengenal batasan agama, kaum, nasionalisme dan geografi.\nIa berlaku dalam kalangan banyak negara, bangsa dan penganut agama.&nbsp; Dalam konteks Islamofobia, kewujudan\nektremis&nbsp; dalam kalangan Muslim dan\ntindakbalas terhadapnya melalui naratif Islamofobia adalah dua muka dari duit\nsyiling yang sama, kedua-duanya adalah tindakan yang salah.&nbsp; <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Yang\njelas, agama Islam yang ditakuti atau dimomokkan sebagai menakutkan bukanlah\nagama yang muncul dalam tempoh setahun dua hasil dari ajaran individu\nterpencil. Ia juga bukan ajaran agama yang tiada rekod dalam mana-mana karya\nsejarah. Sebaliknya, Islam adalah agama yang telah berkembang hampir seribu lima\nratus tahun dan telah membuktikan keunggulannya sebagai sebuah agama yang telah\nmengajar lautan manusia mengenai nilai-nilai akhlak dan ketuhanan yang menjamin\nkeamanan hidup insan. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Yang\nlebih ironis, agama Islam yang ditakuti itu secara literal mempunyai maksud\nkeselamatan, kesejahteraan dan penyerahan diri kepada Tuhan Pencipta. Ajarannya\nberteraskan kasih sayang dan rahmat kepada sekalian alam.&nbsp; Dari rekod sejarah, agama ini telah berjaya\nmembina sebuah tamadun berteraskan wahyu dan didokong oleh kekuatan ilmu akal\ndan sains yang telah mempengaruhi tiga perempat dunia. Tamadun Barat sendiri\ntelah banyak mendapat manfaat dari tamadun Islam termasuk dalam bidang agama,\nakhlak, sains dan kemanusiaan. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Yang\njuga harus difahami ialah hakikat fitrah peradaban yang berteraskan wahyu dan\nnilai murni akan sentiasa bersifat sejagat.&nbsp;\nMaka sekiranya Islam itu berkembang dan menawan jiwa dan kalbu insan di\nserata dunia, ia bukanlah sesuatu yang harus ditakuti, malah sesuatu yang harus\ndikagumi dan didekati.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Terlepas\ndari agenda dan naratif yang diketengahkan oleh kuasa Barat, Umat Islam sendiri\nharus bangun untuk membuktikan keunggulan mereka sebagai umat terbaik. Dengan\nmemantapkan kefahaman mengenai pandangan alam Islam yang sebenar berasaskan\ntradisi keilmuwan yang unggul, umat Islam bakal mengangkat kembali martabat\nagama ini sebagai agama yang dihormati, dikagumi dan bukan ditakuti.&nbsp; <\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Pasca 11 September khususnya, dunia menyaksikan timbulnya ketakutan dalam kalangan masyarakat Barat terhadap Islam dan penganutnya yang terzahir melalui sikap prejudis, diskriminasi dan tindakan kasar dan kadang-kala ganas terhadap orang Islam di Barat. Peristiwa tembakan kejam di dalam masjid di Christchurch, New Zealand adalah antara kemuncak tindak balas masyarakat Barat akibat dari gejala Islamofobia. Justifikasi&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":4,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_analytify_skip_tracking":false,"_wpzoom_pinterest_image_url":"","_wpzoom_pinterest_hidden_image":"0","_wpzoom_pinterest_description":"","footnotes":""},"categories":[141],"tags":[],"class_list":["post-26708","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-berita-harian","category-141","description-off"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/26708","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/4"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=26708"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/26708\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=26708"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=26708"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=26708"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}