{"id":26839,"date":"2020-01-08T02:33:50","date_gmt":"2020-01-08T02:33:50","guid":{"rendered":"http:\/\/www.ikim.gov.my\/new-wp\/?p=26839"},"modified":"2020-01-08T02:33:50","modified_gmt":"2020-01-08T02:33:50","slug":"masyarakat-5-0-konsep-peradaban-masa-depan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/masyarakat-5-0-konsep-peradaban-masa-depan\/","title":{"rendered":"Masyarakat 5.0 dan konsep peradaban masa depan"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kita\nmungkin biasa mendengar mengenai Revolusi Industri 4.0 tetapi jarang kita\nmendengar mengenai Masyarakat 5.0 atau <em>Society 5.0<\/em>. Apakah yang\ndimaksudkan dengan Masyarakat 5.0? <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beberapa\npersoalan mungkin bermain di fikiran kita. Apakah Masyarakat 5.0 ini sama\nseperti Masyarakat Madani atau <em>Civil Society<\/em> yang pernah dipopularkan\nsatu ketika dahulu iaitu sebagai satu masyarakat yang beradab dalam membangun,\nmenjalani dan memaknai kehidupan? Menurut kamus Bahasa Melayu Dewan Bahasa dan\nPustaka, definisi madani ialah maju dari segi pemikiran, kerohanian dan\nkebendaan. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Masyarakat\n5.0 atau <em>Society 5.0<\/em>&nbsp; dicetuskan di\nnegara Jepun.&nbsp; Masyarakat 5.0\nmenggambarkan generasi ke-5 trend masyarakat dalam sejarah dunia berdasarkan\nkronologi bermula daripada masyarakat perburuan atau <em>hunting society<\/em> <em>(Society\n1.0),<\/em> masyarakat pertanian atau <em>agrarian society<\/em> <em>(Society 2.0),<\/em>\nmasyarakat industri atau <em>industrial society<\/em> <em>(Society 3.0),<\/em>\nmasyarakat informasi atau <em>information society (Society 4.0).<\/em> Manakala,\nMasyarakat 5.0 menciptakan layanan, nilai-nilai dan cara baharu dalam\nkehidupan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Secara\nlebih spesifik lagi, Masyarakat 5.0 ialah sebuah masyarakat yang dapat\nmenguasai kehidupan di alam maya dan alam fizikal. Jika Masyarakat 4.0 hanya\nmampu mengakses maklumat atau berbagai-bagai bentuk informasi di alam maya\ntetapi Masyarakat 5.0 ini dapat menganalisa maklumat tersebut menggunakan \u201cKecerdasan\nBuatan\u201d atau <em>Artificial Intelligent<\/em> (AI), dan hasil tersebut\ndikembalikan kepada manusia di ruang nyata dalam berbagai-bagai bentuk yang\nmengatasi kemampuan manusia. Kesannya, proses ini akan memberikan nilai baharu\nkepada industri dan masyarakat yang sebelum ini adalah mustahil dilakukan oleh\nmanusia.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Jadi,\nperlu diwujudkan di negara ini persediaan bagi masyarakat kita menghadapi\nkelajuan dan perubahan pesat yang dibawa oleh Revolusi Industri 4.0 (IR4.0).\nSebelum ini tumpuan kita hanya kepada Revolusi Industri 4.0 atau lebih tepat\nlagi memberi tumpuan kepada teknologi tersebut. Namun, bagaimana kita hendak\nmempersiapkan masyarakat untuk menghadapi arus perubahan ini? Hakikatnya, kejayaan\nRevolusi Industri 4.0 dan Masyarakat 5.0 perlu seiring agar pembangunan yang\ndikecapi bersifat menyeluruh iaitu agar kita dapat membina dan mengembangkan\npersekitaran lestari masyarakat keseluruhan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Masyarakat 5.0 ialah masyarakat pintar yang memberi penekanan integrasi\nteknologi pintar dan manusia. Masyarakat ini dikenali sebagai \u201cmesin yang\nberjiwa\u201d yang memberi penekanan kepada teknologi dan manusia berasaskan kepada\nteras-teras yang dikaitkan dengan Revolusi Industri 4.0 seperti Teknologi Pemprosesan Awan atau <em>cloud <\/em>dalam\npenyimpanan dan pemprosesan data, <em>Internet of Things<\/em> (IoT) yang\nmenghubungkan deria pintar pada peralatan dengan sambungan internet, Sekuriti\nSiber bagi melindungi data dan meminimumkan risiko, dan Cetakan 3D atau <em>3D\nPrinter<\/em> yang memudahkan pembangunan prototaip, teknologi <em>Drone<\/em>,\nKecerdasan Buatan (AI), Robotik, Intergrasi Sistem , Data Raya serta\nsebagainya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Selain itu, ia \u201crealiti\nberperantara\u201d yang dapat mengabungkan dunia fizikal dengan dunia maya serta dapat\nmenganalisis data raya perkhidmatan dan melakukan unjuran yang lebih tepat atau\nsemakin menghampiri kebenaran. Dengan kata lain, setiap ramalan yang dihasilkan\noleh AI semakin hari semakin tepat.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Perubahan pesat\ndalam industri memerlukan masyarakat menjadi penggerak dalam Revolusi Industri\n4.0, justeru itu, mereka harus turut berubah.\u200b Masyarakat tidak harus terus\nkekal dengan cara lama kerana teknologi itu sedikit demi sedikit akan\nmeninggalkan kita.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Di sini saya berikan beberapa contoh.\nPerkara yang berlaku satu ketika dahulu ialah apabila aplikasi teksi <em>e-hailing<\/em>\ndiperkenalkan di seluruh dunia, masyarakat atau pemandu-pemandu teksi di\nMalaysia tidak dapat menerima perubahan ini. Mereka mengadakan demonstrasi dan\nmendesak kerajaan untuk campur tangan dalam hal ini. Ia adalah kerana gaya\nberfikir mereka masih lagi terikat dengan cara lama dan tidak lagi dapat\nmenerima perubahan dalam sains dan teknologi.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Begitu juga jika kita lihat, restoran\npada hari ini tidak hanya bergantung kepada pelanggan yang berbentuk fizikal\nsemata-mata tetapi pelanggan maya yang begitu ramai. Mana-mana restoran yang\ntidak menggunakan aplikasi untuk memesan makanan akan ketinggalan. Pelanggan\nakan lebih&nbsp; selesa untuk memesan makanan\nmenggunakan aplikasi dan makanan akan segera dihantar ke rumah hingga ke depan\npintu. Mereka tidak lagi perlu memandu ke restoran tersebut, menunggu dan\nmencari tempat parkir hanya semata-mata untuk memesan makanan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sistem pendidikan di universiti juga\nturut berubah. Saya masih ingat ketika saya mengambil pengkhususan bidang kimia\ndi salah sebuah universiti tempatan, penuntut jurusan kimia ini \u201cdiwajibkan\u201d\nuntuk mengambil subjek-subjek wajib yang telah ditentukan oleh pihak universiti.\nSubjek-subjek tersebut seperti matematik, statistik, sains nuklear, geologi dan\nsebagainya. Jadi, subjek-subjek wajib ini yang akan menjadi gangguan kepada\npenuntut berkenaan kerana mereka tidak meminati langsung bidang tersebut.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Namun, kini suasana telah berubah.\nPembelajaran di universiti pada masa akan datang dikenali sebagai pembelajaran\n\u201cJuke Box\u201d iaitu penuntut boleh memilih mana-mana subjek yang mereka minat\ndaripada mana-mana universiti atau daripada mana-mana pensyarah yang mereka\nsuka. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sebagai contoh, jika penuntut ini\ntelah merancang kerjaya sebagai usahawan dalam bidang keselamatan siber,\npenuntut ini hanya perlu mengambil subjek yang berkaitan dengan keselamatan\nsiber, subjek-subjek keusahawanan dan seterusnya subjek-subjek yang berkaitan\ndengan akaun atau urusan kewangan syarikat. Subjek-subjek ini boleh diambil\ndaripada satu universiti sahaja atau daripada pelbagai universiti dan yang\nmenariknya mereka boleh memilih pensyarah atau\u201dguru\u201d yang mereka suka atau\nsesuai dengan mereka.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Satu ketika dahulu, hampir semua\npelajar dalam aliran sains terutama daripada matrikulasi sains tidak berpeluang\nbelajar mengenai perakaunan. Jadi, apabila mereka ingin menjadi usahawan atau\nmenjalankan perniagaan sendiri&nbsp; masalah\nutama yang mereka hadapi ialah tidak memiliki asas perakauan untuk menguruskan\nakaun syarikat. Apabila mereka berkhidmat sebagai ketua di mana-mana organisasi\npula, mereka juga tidak mempunyai asas perakauan atau asas ekonomi. Maka,\nberlakulah ketirisan kewangan yang tidak diketahui.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pemerintah Jepun\ntelah mengambil selangkah ke hadapan untuk mempersiapkan masyarakat mereka bagi\nmenghadapi Revolusi Industri 4.0. Mereka percaya bahawa untuk mencapai\ntransformasi yang lebih mampan, mereka perlu bangunkan modal insan atau masyarakat\nJepun itu dahulu melalui agenda transformasi 5.0. Akhir sekali, penentuan hala tuju masyarakat yang\nhendak dibawa, agar dapat memenuhi aspirasi konsep peradaban masa depan. <\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kita mungkin biasa mendengar mengenai Revolusi Industri 4.0 tetapi jarang kita mendengar mengenai Masyarakat 5.0 atau Society 5.0. Apakah yang dimaksudkan dengan Masyarakat 5.0? Beberapa persoalan mungkin bermain di fikiran kita. Apakah Masyarakat 5.0 ini sama seperti Masyarakat Madani atau Civil Society yang pernah dipopularkan satu ketika dahulu iaitu sebagai satu masyarakat yang beradab dalam&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":8,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_analytify_skip_tracking":false,"_wpzoom_pinterest_image_url":"","_wpzoom_pinterest_hidden_image":"0","_wpzoom_pinterest_description":"","footnotes":""},"categories":[225],"tags":[],"class_list":["post-26839","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-article","category-225","description-off"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/26839","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/8"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=26839"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/26839\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=26839"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=26839"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=26839"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}