{"id":26893,"date":"2020-01-16T02:42:37","date_gmt":"2020-01-16T02:42:37","guid":{"rendered":"http:\/\/www.ikim.gov.my\/new-wp\/?p=26893"},"modified":"2020-01-16T02:42:37","modified_gmt":"2020-01-16T02:42:37","slug":"kepentingan-dasar-inklusif-oku","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/kepentingan-dasar-inklusif-oku\/","title":{"rendered":"Kepentingan dasar inklusif OKU"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pada\ntahun 2020, masyarakat umum akan menyaksikan beberapa garis panduan dasar\ninklusif pendidikan berkaitan individu kelainan upaya (OKU) dilaksanakan\nselepas beberapa bulan ia dilancarkan oleh mantan Menteri Pendidikan, Dr.\nMaszlee bin Malik. Untuk rekod, ia telah dilancarkan oleh beliau pada bulan\nSeptember 2019 di Universiti Islam Antarabangsa, Kuala Lumpur. Perlu difahami\nbahawa garis panduan tersebut merupakan prosedur operasi standard bagi memandu\nlangkah-langkah berkesan yang perlu dilakukan dalam memenuhi keperluan\npelajar-pelajar OKU di institusi pendidikan tinggi negara. Syabas! Namun hakikatnya,\nMalaysia masih lagi memerlukan lebih banyak garis panduan seperti itu dan\nlangkah drastik oleh Kementerian Pendidikan itu boleh menjadi satu mercu tanda\ncontoh yang boleh diikuti oleh pelbagai kementerian dan agensi lain dalam\nmenguruskan hal ehwal individu OKU pada masa sekarang. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp; Dasar dan garis panduan adalah dua\nperkara yang berbeza. Malaysia telah pun memiliki Dasar Orang Kurang Upaya yang\ndijamin oleh Akta OKU sejak tahun 2008. Manakala garis panduan pula adalah satu\nlangkah sistematik dan strategik dalam usaha melaksanakan hasrat daripada dasar\ntersebut. Garis panduan amat perlu kerana ia membuktikan kepada masyarakat\nbahawa mana-mana dasar yang telah dimaktubkan itu tidak terperap di pejabat\natau tersorok daripada makluman orang ramai. Sewajarnya, masyarakat awam perlu\ndiberitahu dan dididik dasar kerajaan yang ada, kesan dasar-dasar tersebut\nkepada mereka. Sehingga ke hari ini, Malaysia telah pun memiliki dasar dan\npelan tindakan OKU oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat sehingga menuju tahun\n2022, manakala garis panduan oleh Kementerian Pendidikan inilah satu-satunya\ndasar yang terkini yang kita ada, yang membekalkan beberapa kaedah harmoni dalam\nmenyantuni golongan OKU dalam mendapatkan akses mereka dalam sektor pendidikan\nnegara secara adil dan saksama. Mengapa perlu ada dasar inklusif bagi golongan\nOKU?<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp; Dasar inklusif OKU telah lama wujud\ndi negara ini, khususnya apabila ia menyentuh aspek pendidikan untuk semua. Ia dikenali\nsebagai program pendidikan inklusif dan termaktub dalam Akta Pendidikan 1996. Dasar\npendidikan memuktamadkan bahawa akses kepada pendidikan adalah hak asasi semua\nmanusia dan tanpa wujud sebarang pengecualian, halangan ataupun diskriminasi.\nInilah matlamat suci sistem pendidikan dan pelajaran yang tidak dikuasai atau\ndikawal oleh sesetengah pihak sahaja, sehingga tidak timbul ada pula pihak lain\nyang tidak berhak belajar atau diterima untuk belajar. Pendidikan inklusif itu\nbermaksud semua individu berhak untuk belajar atau diterima belajar secara adil\ndan saksama tanpa wujud sebarang halangan dan diskriminasi. Semua individu\nberhak dilayan secara adil dan tanpa pilih kasih atau perbezaan. Sememangnya\nwujud kekurangan pada setiap individu yang menjadi asas kepada perbezaaan\nmanusia, namun itu bukan faktor halangan untuk mereka menjadi seorang manusia\nyang berpendidikan dan dilayan secara adil. Kekurangan bukan satu isu asas bagi\nmewujudkan halangan dan diskriminasi. Maka diwujudkan satu garis panduan yang\nstandard bagi menjamin gejala diskriminasi dapat dikawal, dielak dan dihapuskan\ndaripada terus berlaku dalam sektor pendidikan inklusif ini. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Buat\nmasa ini, negara kita belum lagi terdesak sehingga ke tahap untuk mewujudkan\nakta anti diskriminasi OKU seperti yang telah lama wujud di beberapa negara\nmaju, contohnya seperti Akta Diskriminasi OKU 1995 United Kingdom dan Akta Anti\nDiskriminasi Amerika 1990. Namun ini tidak bermakna gejala diskriminasi itu\ntidak wujud di negara kita lalu dipandang remeh sahaja. Gejala diskriminasi itu\nakan wujud di mana-mana kerana ia lumrah manusiawi yang alami sifatnya. Oleh\nyang demikian, Islam amat melarang keras perbuatan berlaku zalim seperti mana\nfirman Allah dalam surah an Nahl, ayat 90 yang bermaksud, <em>\u201c..sesungguhnya<\/em><em> Allah menyuruh kamu berlaku adil dan\nberbuat kebajikan, memberi bantuan kepada kerabat, dan Dia melarang daripada\nperbuatan keji, kemungkaran dan permusuhan, Dia memberi pengajaran kepada kamu\nsupaya kamu mendapat pengajaran..\u201d<\/em><\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Matlamat\npendidikan inklusif ialah bagi mengelakkan diskriminasi OKU, dan pada masa yang\nsama, sistem pendidikan itu jugalah yang diperlukan untuk mendidik semua\nindividu dan masyarakat agar tidak berkompromi dengan gejala diskriminasi.\nSemua anggota masyarakat perlu memahami tanda-tanda gejala diskriminasi kerana\nramai lagi anggota masyarakat di luar sana yang tidak menyedari bahawa tindakan\nmereka itu sebenarnya kadang-kadang boleh menjurus kepada perbuatan diskriminasi.\nPerbuatan diskriminasi itu lebih digambarkan sebagai satu bentuk layanan yang berbeza,\nburuk dan negatif&nbsp; kepada sekumpulan\nindividu manusia yang tertentu akibat daripada satu kepercayaan yang negatif\ndan stereotaip. Kepercayaan negatif itu pula merujuk kepada stigma yang telah\nmereka percayai dan anuti sejak sekian lama, yang mendorong individu itu untuk\nbersikap prejudis dan boleh mengundang kepada pelbagai perbuatan provokasi. Contohnya,\njelingan mata atau ungkapan sinis kepada seseorang juga boleh dianggap sebagai\nsatu perbuatan diskriminasi, malah ia lebih berleluasa dan lebih banyak berlaku\ndalam kehidupan seharian. Bagi sesetengah golongan OKU, jelingan mata yang\ntajam ataupun ungkapan-ungkapa sinis yang tertentu adalah satu penghinaan yang\nnyata kepada mereka serta amat tertekan dengan pengalaman tersebut. Namun perkara\nini selalu dipandang remeh walhal ia juga merupakan satu bentuk diskriminasi\nkepada mereka, dan ia dilakukan oleh kebanyakan orang. Manusia yang normal juga\ntidak sukakan perkara seperti ini, justeru ia perlu dielakkan. Masyarakat perlu\ndididik untuk menjauhkan bentuk diskriminasi seperti ini. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp; Sebenarnya pendidikan inklusif ini\ntelah mengajar kita banyak perkara. Di antaranya ialah supaya berlaku adil dan\nsaksama serta bersikap lebih terbuka untuk menerima kepelbagaian dan perbezaan\nsesama manusia. Janganlah sesekali menjadikan kekurangan diri sendiri dan orang\nlain sebagai alasan dan halangan untuk berlaku adil dan berjaya. &nbsp;<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Pada tahun 2020, masyarakat umum akan menyaksikan beberapa garis panduan dasar inklusif pendidikan berkaitan individu kelainan upaya (OKU) dilaksanakan selepas beberapa bulan ia dilancarkan oleh mantan Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee bin Malik. Untuk rekod, ia telah dilancarkan oleh beliau pada bulan September 2019 di Universiti Islam Antarabangsa, Kuala Lumpur. Perlu difahami bahawa garis panduan tersebut&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":34,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_analytify_skip_tracking":false,"_wpzoom_pinterest_image_url":"","_wpzoom_pinterest_hidden_image":"0","_wpzoom_pinterest_description":"","footnotes":""},"categories":[141],"tags":[],"class_list":["post-26893","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-berita-harian","category-141","description-off"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/26893","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/34"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=26893"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/26893\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=26893"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=26893"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=26893"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}