{"id":27248,"date":"2020-04-10T03:57:57","date_gmt":"2020-04-10T03:57:57","guid":{"rendered":"http:\/\/www.ikim.gov.my\/new-wp\/?p=27248"},"modified":"2020-04-10T03:57:57","modified_gmt":"2020-04-10T03:57:57","slug":"bersyukurlah-duduk-di-rumah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/bersyukurlah-duduk-di-rumah\/","title":{"rendered":"Bersyukurlah Duduk di Rumah"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kita telahpun memasuki fasa kedua Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).\u00a0 Dua minggu pertama telah berlalu dengan pelbagai warna-warninya.\u00a0 Di pihak kerajaan dan barisan hadapan, pelbagai pahit getir dilalui dalam menangani penyakit COVID-19 yang dibawa oleh Coronavirus jenis baru ini. Bagi individu dan keluarga pula, mereka juga melalui pelbagai pengalaman pahit manis sepanjang PKP ini.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">PKP adalah satu bentuk penjarakan sosial yang bertujuan untuk menghentikan virus ini daripada terus merebak.\u00a0 Diharapkan dengan duduk di rumah kita dapat menghentikan rantaian penularan wabak COVID-19 ini.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pendekatan penjarakan sosial ini bukanlah sesuatu yang asing dalam Islam.\u00a0 Itulah yang dianjurkan oleh Rasululah SAW apabila umatnya berhadapan dengan wabak.\u00a0 Misalnya ketika berhadapan dengan wabak taun, Baginda SAW pernah bersabda yang bermaksud, \u201cApabila kamu mendengar wabak taun (penyakit berjangkit) di suatu tempat, maka janganlah masuk ke dalamnya.\u00a0 Dan apabila kamu telahpun berada di tempat tersebut, janganlah keluar darinya\u201d (HR Bukhari dan Muslim).<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Hal ini bererti Islam melarang umatnya dari menghampiri kawasan wabak, mahupun keluar dari kawasan wabak agar yang sihat tidak dijangkiti manakala yang sakit tidak menjangkiti orang lain.\u00a0 Mematuhi hadis ini bererti kita mematuhi perintah Allah dan Rasul-Nya.\u00a0 Sebaliknya, mengingkari hadis ini bererti kita mengingkari perintah Allah dan Rasul-Nya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Walaupun majoriti rakyat Malaysia telahpun mematuhi PKP ini, namun kita tidak terputus terus daripada mengikuti perkembangan terkini mengenai \u201cperjuangan\u201d menentang wabak COVID-19. Apatah lagi dengan kecanggihan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), masyarakat yang memiliki capaian internet lebih mudah untuk mengikuti dan memahami keadaan yang berlaku.\u00a0<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pada minggu pertama PKP, hampir setiap 30 minit, ada sahaja rakan-rakan yang memberi maklumat terkini dari sumber yang sahih, mengenai perkembangan penyakit ini, bukan sahaja di Malaysia, tetapi juga di seluruh dunia.\u00a0 Selain itu, pelbagai pesanan dihantar mengenai cara-cara untuk menghapuskan virus ini dari badan dan persekitaran kita serta kaedah untuk tidak menyebarkannya kepada orang lain.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dengan ICT juga, kita dapat mengetahui betapa beratnya pengalaman yang dilalui oleh mereka yang berada di barisan hadapan seperti para doktor dan jururawat.\u00a0 Melihat mereka memakai baju <em>Personal Protective Equipment<\/em> (PPE) yang berlapis-lapis itu sahaja boleh meruntun jiwa kita.\u00a0 Belum lagi mendengar betapa mereka perlu bekerja lebih masa pada setiap hari yang pastinya amat melelahkan.\u00a0 Begitu juga kisah mereka yang tidak balik rumah kerana tidak mahu merisikokan keluarga.\u00a0 Ada antara mereka yang balik rumah hanya untuk menunjukkan muka dan melihat anak dari jauh dan kembali semula ke hospital.\u00a0 Ada jururawat yang merupakan ibu tunggal terpaksa menghantar anak balik ke kampung demi tugas yang tidak menentu masa. \u00a0Bersyukurlah kita pula hanya duduk di rumah, anak-anak dan pasangan ada di depan mata.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kita juga dapat melihat beban tugas anggota polis, tentera dan RELA di sekatan-sekatan jalan raya.\u00a0 Berada di bawah terik matahari itu biasa.\u00a0 Namun, ramai yang mengalirkan air mata apabila melihat klip video yang tular, menunjukkan mereka bersusah payah melawan angin kencang dalam hujan lebat di satu sekatan jalan raya. Begitulah pengorbanan mereka.\u00a0 Bersyukurlah kita hanya duduk di rumah, ada bumbung tempat berteduh, ada dinding yang membuatkan kita rasa selamat.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dalam pada itu, kita juga cuba menyelami nasib mereka yang tinggal di rumah pangsa kos rendah dan setinggan.\u00a0 Keadaan rumah yang sempit dan lazimnya dihuni oleh ahli keluarga yang ramai.\u00a0 Pastinya arahan untuk duduk di rumah bagi mereka adalah lebih mencabar.\u00a0 Bersyukurlah bagi kita duduk di rumah yang lebih luas, dengan ahli keluarga tidak ramai, setiap orang bebas melakukan apa-apa sahaja di ruang peribadi sendiri.\u00a0<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menjadi pemerintah di saat-saat getir ini bukanlah mudah.\u00a0 Berada di barisan hadapan seperti para doktor, jururawat, polis, tentera dan RELA juga bukanlah mudah.\u00a0 Malah, duduk di rumah bagi ahli masyarakat yang sebelum ini bebas ke mana-mana sahaja juga bukanlah mudah.\u00a0 Namun, demi untuk membendung dan menangani wabak ini, ia adalah \u201cubat pahit\u201d yang perlu ditelan oleh semua.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menangani wabak COVID-19 ini adalah tanggugjawab kita bersama.\u00a0 Setiap kita ada peranan yang perlu dimainkan. Di barisan hadapan, para doktor dan jururawat, perlu merawat pesakit walaupun berhadapan dengan risiko dijangkiti yang tinggi.\u00a0 Para anggota polis, tentera dan RELA perlu berkawal dalam hujan dan panas, bagi memastikan pergerakan ahli masyarakat hanyalah untuk keperluan yang mustahak.\u00a0 Kita\u00a0 sebagai ahli masyarakat berperanan \u00a0hanyalah duduk di rumah, yang nampaknya indah namun tidak juga mudah.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Oleh sebab duduk di rumah bukanlah mudah, maka dalam suasana getir seperti ini ia dijanjikan pahala yang amat besar oleh Allah SWT. Hal ini jelas dalam hadis Rasulullah SAW yang bermaksud, \u201cBarangsiapa yang tinggal di rumahnya ketika terjadi wabak, maka dia mendapat pahala syahid walaupun tidak meninggal dunia\u201d (HR Ahmad).<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Bersyukurlah peranan kita dalam menangani wabak ini hanyalah dengan duduk di rumah.\u00a0 Jika difikirkan kembali, banyak perkara yang boleh disyukuri.\u00a0 Keselesaan baju yang dipakai di rumah berbanding baju PPE yang dipakai oleh para doktor dan jururawat.\u00a0 Tidak perlu berpanas dan berhujan seperti anggota polis, tentera dan RELA.\u00a0 Boleh solat tepat waktu dan bebas melakukan semua ibadah.\u00a0 Mereka yang bekerja makan gaji\u2014gaji jalan tanpa perlu ke pejabat.\u00a0 Manakala yang tiada bergaji, mendapat imbuhan daripada Pakej Ransangan Ekonomi Prihatin.\u00a0 Jika kita duduk di rumah kerana mematuhi perintah Allah dan Rasul-Nya tanpa keluh kesah, ganjaran daripada Allah melebihi dunia dan seisinya seperti maksud hadis Riwayat Ahmad di atas.In Shaa Allah.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kita telahpun memasuki fasa kedua Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).  Dua minggu pertama telah berlalu dengan pelbagai warna-warninya.  Di pihak kerajaan dan barisan hadapan, pelbagai pahit getir dilalui dalam menangani penyakit COVID-19 yang dibawa oleh Coronavirus jenis baru ini. Bagi individu dan &#8230;<\/p>\n","protected":false},"author":38,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_analytify_skip_tracking":false,"_wpzoom_pinterest_image_url":"","_wpzoom_pinterest_hidden_image":"0","_wpzoom_pinterest_description":"","footnotes":""},"categories":[139],"tags":[],"class_list":["post-27248","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-new-straits-times","category-139","description-off"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/27248","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/38"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=27248"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/27248\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=27248"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=27248"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=27248"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}