{"id":27332,"date":"2020-05-04T06:03:54","date_gmt":"2020-05-04T06:03:54","guid":{"rendered":"http:\/\/www.ikim.gov.my\/new-wp\/?p=27332"},"modified":"2020-05-04T06:03:54","modified_gmt":"2020-05-04T06:03:54","slug":"hikmah-pkp-dalam-konteks-alam-sekitar","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/hikmah-pkp-dalam-konteks-alam-sekitar\/","title":{"rendered":"Hikmah PKP Dalam Konteks Alam Sekitar"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Peningkatan kes Covid-19 saban hari\ntelah membawa kepada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah memasuki fasa\nke-2. Dari satu sudut, tempoh PKP ini mungkin memberi kesan negatif kepada sesetengah\nsegmen masyarakat, yang akan menyebabkan sumber pendapatan seharian mereka\nterjejas sebagai contoh. Hal ini sedikit sebanyak pastinya menimbulkan\nkegusaran kepada sebahagian anggota masyarakat yang terkesan dengan PKP yang\ndilaksanakan. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Walau apa pun\nkeluh kesah yang disuarakan oleh anggota masyarakat, namun kita tiada pilihan\nmelainkan perlu meneruskan tempoh PKP kerana wabak Covid-19 perlu dikekang\npenularannya habis-habisan agar tidak memburukkan lagi keadaan. Justeru,\nanggota masyarakat perlu memainkan peranan penting &nbsp;dengan mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh\nkerajaan untuk terus berada di rumah dan tidak keluar ke tempat awam agar\nrantaian Covid-19 dapat diputuskan dengan segera supaya rutin seharian kita\ndapat kembali normal seperti biasa.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Hal ini selari\ndengan ajaran Rasulullah SAW yang menekankan pelaksanaan langkah pencegahan\napabila berlakunya penularan wabak penyakit. Perkara ini merupakan\ntanggungjawab agama bagi setiap individu dan masyarakat untuk mengambil\nlangkah-langkah pencegahan dan mengelakkan diri daripada mengunjungi\ntempat-tempat awam termasuklah masjid, agar orang yang sihat tidak dijangkiti.\nSabda Rasulullah SAW yang bermaksud: \u201cYang Sakit janganlah mendatangi yang\nsihat\u201d(Hadis Riwayat Bukhari dan\nMuslim).<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Selain itu,\nRasulullah SAW juga telah memerintahkan agar mereka yang berada dalam kawasan\nwabak untuk tidak keluar dari kawasannya, dan mereka yang sihat pula\ndiperintahkan untuk tidak memasuki kawasan yang terkena wabak. Hal ini\nsebagaimana sabda Baginda SAW yang bermaksud: \u201cApabila kamu mendengarnya\n(wabak) di sesuatu tempat, maka janganlah kamu pergi ke situ. Dan apabila ia\nberlaku ditempat kamu, maka janganlah kamu keluar lari daripadanya\u201d (Hadis Riwayat\nMuslim).<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ajaran\nRasulullah SAW berkaitan pencegahan penularan wabak penyakit ini perlu dihayati\noleh segenap lapisan masyarakat, agar kita reda dengan bencana yang melanda\nseluruh dunia pada ketika ini dan menerima tempoh PKP ini dengan berlapang dada.\nWalaupun mungkin tempoh PKP yang dilaksanakan ini perit kepada segelintir kita,\nnamun masih terselit sedikit sudut positif yang boleh diambil iktibar.\nMisalnya, selain untuk pencegahan penularan wabak penyakit, tempoh PKP yang\ndilaksanakan oleh rata-rata negara yang terjejas dengan wabak Covid-19 juga\ndilihat turut memberi impak yang positif kepada alam sekitar.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Umpamanya,\npengurangan kenderaan di jalan raya serta operasi pesawat dan sektor\nperindustran di seluruh dunia sedikit sebanyak dapat meminimumkan beban\npencemaran udara. Hal ini kerana, secara umumnya majoriti daripada pelepasan\nbahan pencemar udara adalah terhasil daripada sektor pengangkutan dan perindustrian\nyang pesat. Misalnya pelepasan gas karbon monoksida, nitrogen dioksida dan\nsulfur dioksida daripada kenderaan bermotor dan sektor perindustrian serta\nperkilangan telah memberi kesan buruk kepada alam sekitar sejak sekian lama. Malah,\nekoran pelepasan bahan-bahan pencemar udara berkenaan telah menyebabkan\nberlakunya pemanasan global dan mengakibatkan paras suhu bumi meningkat, seterusnya\nmenyumbang kepada perubahan iklim dunia. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Tempoh PKP yang\ndilaksanakan pada ketika ini dilihat dapat meminimum dan merehatkan alam\nsekitar daripada beban pencemaran udara. Perkara ini terbukti hasil daripada\nkajian oleh <em>National Aeronautics and\nSpace Administration<\/em> (NASA) terhadap kualiti udara di China yang mendapati\nbahawa kandungan nitrogen dioksida telah menurun sebanyak 30 peratus ekoran\ndaripada pemberhentian sementara operasi sektor perkilangan dan perindustrian\ndi negara berkenaan dalam usaha mencegah penularan wabak Covid-19.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Begitu juga di\nItali yang turut menunjukkan kualiti udara yang lebih baik sejak pengisytiharan\n<em>\u201clockdown\u201d<\/em> akibat daripada\npeningkatan kes Covid-19 dan jumlah kematian yang semakin tidak terkawal di negara\nberkenaan. Kandungan nitrogen dioksida di Itali didapati menurun dengan drastik\nterutamanya di sebelah Utara negara terbabit yang merupakan kawasan bermulanya\npenularan wabak Covid-19 dan menjadi kawasan pertama yang dikenakan <em>\u201clockdown\u201d.<\/em><\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Situasi sama\nturut berlaku di negara kita apabila beberapa kawasan yang dianalisis oleh\nJabatan Alam Sekitar (JAS) seperti Shah Alam, Ipoh, Pulau Pinang, Kuantan,\nSeremban, Melaka, Johor Bharu, Kuching dan Kota Kinabalu semasa PKP fasa\npertama turut menunjukkan penurunan dari segi kandungan nitrogen dioksida (11\nhingga 62 peratus), sulfur dioksida (5 hingga 22 peratus), dan karbon monoksida\n(2 hingga 25 peratus). <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Selain\npencemaran udara, pencemaran bunyi daripada kenderaan bermotor dan sektor perindustrian\njuga dapat dikurangkan sepanjang tempoh PKP. Begitu juga dengan kadar jenayah\nalam sekitar yang melibatkan sektor perkilangan dan perindustrian juga pastinya\nturut dapat diminimumkan apabila banyak operasi kilang dan industri dihentikan\nbuat sementara waktu. Jika dilihat kepada beberapa aspek berkenaan, ia secara\njelas menunjukkan bahawa pelaksanaan PKP bukan sahaja dapat memutuskan rantaian\nCovid-19, tetapi juga turut dapat meminimumkan kadar pencemaran dan jenayah alam\nsekitar. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Walau bagaimanapun,\ndalam pada kita memperoleh secebis kesan positif terhadap beberapa aspek\nmelibatkan alam sekitar hasil daripada pelaksanaan PKP ini, namun masyarakat\njuga perlu berwaspada dari satu sudut yang lain seperti mengelakkan pembaziran\nbahan mentah dan juga makanan. Hal ini penting agar tempoh PKP yang\ndilaksanakan tidak mengakibatkan peningkatan timbunan sisa di tapak-tapak\npelupusan sampah. Sebaliknya, tempoh PKP ini perlu dijalani dengan penuh\nberhemah agar kita dapat mengelakkan diri daripada melakukan pembelian barangan\nmentah dan makanan melebihi keperluan bagi memastikan kita tidak menyumbang\nkepada peningkatan timbunan sisa, yang akhirnya mengundang impak negatif kepada\nalam sekitar. &nbsp;<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Peningkatan kes Covid-19 saban hari telah membawa kepada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah memasuki fasa ke-2. Dari satu sudut, tempoh PKP ini mungkin memberi kesan negatif kepada sesetengah segmen masyarakat, yang akan menyebabkan sumber pendapatan seharian mereka terjejas sebagai contoh. Hal ini sedikit sebanyak pastinya menimbulkan kegusaran kepada sebahagian anggota masyarakat yang terkesan dengan&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":22,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_analytify_skip_tracking":false,"_wpzoom_pinterest_image_url":"","_wpzoom_pinterest_hidden_image":"0","_wpzoom_pinterest_description":"","footnotes":""},"categories":[225],"tags":[],"class_list":["post-27332","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-article","category-225","description-off"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/27332","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/22"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=27332"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/27332\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=27332"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=27332"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=27332"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}