{"id":27417,"date":"2020-05-24T02:30:24","date_gmt":"2020-05-24T02:30:24","guid":{"rendered":"http:\/\/www.ikim.gov.my\/new-wp\/?p=27417"},"modified":"2020-05-24T02:30:24","modified_gmt":"2020-05-24T02:30:24","slug":"meniti-lebaran-dalam-tularan-covid-19","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/meniti-lebaran-dalam-tularan-covid-19\/","title":{"rendered":"Meniti Lebaran Dalam Tularan Covid-19"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Hanya\ntinggal beberapa hari sahaja Syawal akan menjelang tiba. Namun kali ini Syawal\nyang akan dirai begitu jauh berbeza. Tidak seperti tahun-tahun sebelum ini. Ia\nsebagaimana Ramadan yang sedang kita lalui sekarang, dan apa yang berlaku pada\nhari ini bakal menjadi sejarah yang akan kita dendangkan kepada anak cucu nanti.\n<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Norma dan kelaziman baharu kerana wabak Covid-19\nmenyebabkan tiada budaya balik ke kampung secara besar-besaran pada tahun ini,\ntidak seperti kebiasaan sebelum ini yang ada ketikanya menuntut masa sehingga\nberbelas-belas jam berada di atas jalan raya. Pada hari raya kali ini, kita\nakan memakai pakaian yang terbaik tetapi dalam lingkungan yang amat terbatas. Ziarah-menziarahi\nhanya dihadkan kepada mereka yang berada dalam kawasan tertentu yang sama.\nAmalan berkumpul untuk mengeratkan silaturahim juga dalam jumlah yang tertentu dengan\nkepatuhan terhadap prosedur operasi standard atau <em>standard operating procedure<\/em> (SOP) yang telah digariskan. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Tindakan-tindakan di luar kebiasaan ini perlu diterima dan\nmenjadi budaya baharu sehinggalah vaksin yang ampuh dan benar-benar berdaya\nlawan ditemui bagi jangkitan ini. Dalam situasi ini, tiada seorang pun yang\nboleh mengagak bila masanya penawar tersebut mampu dihasilkan dan dapat\ndisediakan kepada masyarakat. Barangkali 12 bulan atau mungkin mencecah hingga\nke-18 bulan sebagaimana yang disebutkan oleh YAB Perdana Menteri dalam\nperutusan khas beliau. Selagi penghasilan vaksin masih dalam proses, maka perkara-perkara\nbaharu ini harus diterima serta diamalkan demi kelangsungan hidup manusia yang\nsejahtera tanpa ancaman wabak. &nbsp;&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pihak pemerintah sudah tentu amat mengharapkan agar norma\nbaharu ini benar-benar disambut oleh rakyat dengan penuh kesedaran. Hal yang\ndemikian ini adalah kerana ia mampu membantu rakyat untuk berada dalam keadaan\ndan persekitaran yang sihat, dan akhirnya nanti kita dapat menjalani kehidupan seperti\nsedia kala. &nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Harapan ini sebenarnya boleh disambut dan ditunaikan\ndengan penuh tanggungjawab sekiranya wujud kesedaran yang jitu dalam jiwa\nindividu rakyat negara ini. Di sinilah kedudukan fungsi ibadah berpuasa dalam\nbulan Ramadan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Bulan Ramadan boleh\ndianggap sebagai madrasah tarbiah kepada setiap individu Muslim. Dalam madrasah\nini terdapat larangan tertentu yang berperanan untuk mendisiplinkan individu\nyang berpuasa. Selain peluang yang ditawarkan untuk membersihkan dosa sekali\ngus mengumpulkan pahala sebanyak-banyaknya dengan membaca al-Quran, menunaikan\nsolat-solat sunat, bersedekah, tolong-menolong dan berbuat baik kepada sesiapa\nsahaja. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ramadan juga adalah bulan\nyang seharusnya mampu memupuk sifat-sifat mahmudah dalam diri seseorang insan seperti\nmengasihani sesama manusia; prihatin terhadap mereka yang kurang bernasib baik;\nsabar dan bersyukur. Selain memelihara dan meninggalkan sifat-sifat mazmumah\nsebagaimana yang dinyatakan dalam sebuah Hadis Baginda Rasulullah SAW riwayat\nBukhari dan Muslim yang bermaksud, <em>\u201cLima\nperkara yang menghapuskan puasa yakni dalam erti menghapuskan pahalanya ialah\ndusta, mengumpat, mengadu-domba, sumpah palsu dan melihat sesuatu dengan hawa\nnafsu.\u201d<\/em><\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Bulan ini juga boleh\ndijadikan sebagai wadah untuk kemakmuran sosioekonomi masyarakat setempat\ndengan sumbangan sedekah yang kemuncaknya adalah dengan pembayaran zakat\nfitrah. Pada garisan penamatnya ialah kesempurnaan dalam penyucian jiwa yang\nselari dengan tiga fasa atau tahap Ramadan yang merangkumi tahap rahmat, tahap\nkeampunan dan diakhiri dengan tahap pembebasan daripada api neraka.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Selanjutnya ia disambut\noleh bulan Syawal yang mulia sebagai pengiktirafan kepada kejayaan dalam\nperjuangan melawan hawa nafsu, dan pembentukan insan salih yang bertakwa. Jika Ramadan\nmerupakan medium untuk bermuhasabah diri dan penambahbaikan hubungan hamba\ndengan Penciptanya, maka Syawal pula menyediakan peluang terbaik bagi\nmenyempurnakan urusan agama dari sudut hubungan sesama manusia.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Rasa tanggungjawab dengan\npenuh kesedaran adalah sebahagian daripada nilai takwa yang terhasil daripada\ndidikan madrasah Ramadan yang dilalui. Akhlak dan tingkah laku yang terpuji ialah\ncerminan kepada ketakwaan seseorang. Inti pati dalam madrasah ini melalui\nibadah puasa tidak lain tidak bukan adalah untuk menanam di lubuk hati insan\ntentang kewujudan dan kehadiran Allah SWT dalam setiap saat kehidupan manusia.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Bagi mereka yang beriman,\nSyawal akan dirayakan dengan penuh ketakwaan dan pengertian yang sebenar walau\ndalam keadaan yang sedang diuji begini. Masih banyak sunah yang boleh dilakukan\nsebagaimana yang telah diajari oleh junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW.\nKita masih boleh memanjatkan syukur dengan bertakbir; mandi sunat hari raya;\nbersolat sunat pada pagi hari raya; mendoakan sesama kita agar Allah menerima\namalan kita; sehinggalah kepada berpuasa enam dalam bulan Syawal dan meneruskan\nibadah-ibadah yang lain secara istiqamah.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dalam hal ini kita perlu\nmemahami bahawa budaya kunjung mengunjungi itu ialah hiasan dan manifestasi kepada\nsilaturahim untuk kita saling bermaaf-maafan bagi menyempurnakan dimensi agama\ndari sudut hubungan sesama manusia yang sebenarnya boleh digantikan dengan pelbagai\nkreativiti. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Hasil tarbiah Ramadan\nakan menjadikan kita mampu melaksanakan tanggungjawab sosial dan kawalan\nkendiri dengan cemerlang, malah bersama-sama dan bersungguh-sungguh mengamalkan\nnorma baharu demi memutuskan rantaian jangkitan Covid-19. Masyarakat Islam\nmasih boleh bergembira walaupun perlu mengasimilasi norma baharu kerana Ramadan\ntelah menjadikan kita sebagai jiwa yang bersyukur, masih mampu menghargai\nnikmat-nikmat lain yang Allah kurnia, dan ia menjadikan kita sebagai hamba yang\ntidak mementingkan diri sendiri. Ia adalah selari dengan sebuah syair Arab yang\nsebahagiannya bermaksud, \u201cBukanlah Aidilfitri untuk mereka yang berpakaian\nserba baharu, namun Hari Raya Aidilfitri adalah untuk mereka yang beriman dan\nketaatan mereka yang bertambah-tambah.\u201d <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Akhir kata dengan seloka pendek\ndaripada penulis, \u201cSayangkan isteri, tinggal-tinggalkan; sayangkan anak,\ntangan-tangankan; sayangkan orang tua tidak pulang ke kampung halaman.\u201d <\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Hanya tinggal beberapa hari sahaja Syawal akan menjelang tiba. Namun kali ini Syawal yang akan dirai begitu jauh berbeza. Tidak seperti tahun-tahun sebelum ini. Ia sebagaimana Ramadan yang sedang kita lalui sekarang, dan apa yang berlaku pada hari ini bakal menjadi sejarah yang akan kita dendangkan kepada anak cucu nanti. Norma dan kelaziman baharu kerana&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":25,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_analytify_skip_tracking":false,"_wpzoom_pinterest_image_url":"","_wpzoom_pinterest_hidden_image":"0","_wpzoom_pinterest_description":"","footnotes":""},"categories":[141],"tags":[],"class_list":["post-27417","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-berita-harian","category-141","description-off"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/27417","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/25"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=27417"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/27417\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=27417"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=27417"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=27417"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}