{"id":27480,"date":"2020-07-03T02:24:41","date_gmt":"2020-07-03T02:24:41","guid":{"rendered":"http:\/\/www.ikim.gov.my\/new-wp\/?p=27480"},"modified":"2020-07-03T02:24:41","modified_gmt":"2020-07-03T02:24:41","slug":"hadapi-pandemik-dan-kemelesetan-dengan-istirja","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/hadapi-pandemik-dan-kemelesetan-dengan-istirja\/","title":{"rendered":"Hadapi Pandemik dan Kemelesetan dengan Istirja\u2018"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Seorang\nlelaki pernah bertanya, \u201cWahai Rasululullah, yang manakah antara manusia itu\nyang terbaik?\u201d Rasulullah s.a.w. menjawab, \u201cyang panjang umurnya dan bagus\nperlakuannya.\u201d Dan dia menyoal, \u201cMaka yang manakah antara manusia itu yang\npaling jahat?\u201d Rasulullah s.a.w. menyahut, \u201cyang panjang umurnya dan durjana\namalannya\u201d (hadith hasan sahih, riwayat al-Tirmidhi, Ahmad, Ibn Zanjawayh, al-Tabrani,\nHakim, dan al-Bayhaqi). <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Imam al-Ghazali menerusi karya <em>Ihya\u2019 \u2018Ulumiddin<\/em> meriwayatkannya dalam\nungkapan berbeza: \u201cKebahagiaan yang paling utama ialah panjang umur dalam\nketaatan kepada Allah\u201d atau dalam naskhah yang lain \u201cpanjang umur dalam ibadah\nkepada Allah.\u201d<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp; Kajian terhadap sirah para\nSahabat, salafus soleh, ilmuwan dan sufi mendapati sebahagian besarnya dikurniakan\numur yang panjang. Rasulullah s.a.w. pernah berdoa agar Allah memberkati usia\npembantu Baginda iaitu Anas bin Malik r.a., yang hidup hingga umurnya 100\ntahun. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Usia 100 tahun turut diraih oleh tokoh-tokoh seperti \u2018Abdullah bin\nBuraydah dan Abu Ya\u2018la al-Mawsuli; sementara usia 90 tahun atau lebih dicapai\noleh pesohor seperti al-Nabulsi, Abu Nu\u2018aym, Hakim Tirmidhi, Harb Kirmani dan\nHasan al-Basri.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp; Para pengkaji bertambah kagum\nkerana tokoh-tokoh seperti itu sihat walafiat dalam zaman tanpa antibiotik,\npembedahan, anestesia, vitamin, pengetahuan tentang kuman mikrob dan patogen penyebab\npenyakit.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp; Dalam zaman sekarang, Profesor\nDr. Howard Friedman dan Profesor Dr. Leslie Martin menulis buku <em>The\nLongevity Project<\/em> yang menghidangkan ringkasan kaji selidik berdasarkan\nkepada temu-bual dan data kesihatan yang dikumpulkan tentang 1,528 peserta\nselama 80 tahun (mulai tahun 1921) di Amerika Syarikat. Terdapat banyak\npenemuan yang mengejutkan tentang kesihatan dan umur panjang; serta bab ke-11\nmengaitkan Agama dengan Kesihatan dan diberi tajuk \u201c<em>Long Life Meets the\nAfterlife<\/em>\u201d.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp; Seorang penyelidik lain,\nProfesor Peter Martin pula menyatakan satu elemen yang kurang dihargai tetapi\namat menyumbang kepada usia yang panjang dan sihat ialah \u201c<em>geotranscendence<\/em>,\u201d\niaitu falsafah hidup yang berteraskan kerohanian berbanding dengan ideologi kebendaan\natau rasional semata-mata. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp; Martin mendapati ramai individu\nyang berusia lanjut cenderung ke arah aspek spiritual apabila semakin tua dan\nmatang. Mereka lebih pasrah kepada kepercayaan agama tentang Yang Maha Kuasa.\nIni sangat membantu dalam menghadapi peristiwa kehidupan yang di luar jangkaan\ndan membingungkan. Dari sini timbul kesabaran dan kecekalan, yang merupakan\nramuan usia yang sihat dan cergas.&nbsp; <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dalam pandangan alam Islam, keyakinan kepada Allah dengan doa, zikir, peribadatan\ndan ketaqwaan akan menyinari hati dengan kesejahteraan yang mendalam. Hati yang\nbahagia baik untuk kesihatan dan kehidupan, sementara hati yang sakit\nmenyebabkan rasa kurang enak pada badan dan roh. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dalam berhadapan dengan risiko kematian, jangkitan, kehilangan pekerjaan\ndan pendapatan, al-Qur\u2019an memperingatkan bahawa \u201cTidak ada suatu bencana pun\nyang menimpa seseorang kecuali dengan izin Allah; dan barangsiapa yang beriman\nkepada Allah niscaya Dia akan memberi petunjuk kepada kalbunya (untuk bersabar)\u2026Allah!\nTidak ada Tuhan selain Dia: dan kepada Allah wajiblah orang-orang mukmin\nbertawakkal\u201d (<em>al-Taghabun<\/em>, 64: 11, 13). <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ayat tersebut menyerlahkan betapa\nmala petaka harus ditangani dengan keyakinan tawhid. Bala bencana datang\nsebagai dugaan daripada Yang Esa; maka seseorang hamba perlulah kembali kepada\nAllah moga-moga Dia menghilangkan penderitaan yang sedang dialaminya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dalam ayat yang lain, Allah memerintahkan Nabi agar menyampaikan \u201cberita\ngembira kepada orang-orang yang sabar\u2014orang-orang yang apabila ditimpa musibah,\nmereka menyatakan: \u2018<em>Inna lillahi wa inna ilayhi raji\u2018un\u2019<\/em>\u201d (<em>al-Baqarah<\/em>,\n2: 155-156).<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><em>Istirja\u2018 <\/em>mereka yang ditimpa musibah dan berkeyakinan\nbahawa segala sesuatu berasal dari Allah&nbsp;\nbererti: \u201cSesungguhnya kami ini milik Allah dan kepada-Nya kami kembali.\u201d\nDalam mala petaka, mereka milik Allah (kerana itulah dilarang keluar dari\nkawasan yang sedang dilanda wabak); keluar dari bencana, mereka kembali kepada\nAllah Maha Pelindung. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Berita gembira bagi mereka yang sabar lagi <em>beristirja\u2018<\/em> akan \u201cmendapat\nkeberkatan yang sempurna dan Rahmat dari Tuhan dan mereka itulah orang-orang\nyang mendapat petunjuk\u201d (<em>al-Baqarah<\/em>, 2: 157). Dikurniakan dengan\nkeberkatan dan Rahmat tidaklah ternilai harganya, kerana di samping Rahmat\nTuhan tiada lagi kesengsaraan. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Bertentangan dengan itu, mereka yang gagal untuk menjiwai hakikat yang\nsama akan berasa gusar dan panas hati disebabkan oleh musibah yang melanda.\nGolongan yang kedua ini gagal dalam meraih kebaikan daripada bencana.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pernah berlaku, lampu Nabi s.a.w. padam, maka Baginda pun mengucapkan <em>istirja\u2018\n<\/em>(<em>inna lillahi wa inna ilayhi raji\u2018un<\/em>), lalu bertanya Aisyah isteri\nBaginda, \u201cBukankah ini hanya sebuah lampu?\u201d Jawab Nabi s.a.w., \u201cSetiap yang\nmengecewakan (hati) orang mukmin itu bererti musibah\u201d (riwayat Abu Dawud).<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dalam sebuah hadith disebutkan, \u201cBarang siapa yang <em>istirja\u2018<\/em> ketika\ndilanda musibah, maka ia dikurniakan balasan yang baik oleh Allah dan\ndiiringi-Nya dengan kebahagiaan.\u201d <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ayat-ayat Qur\u2019an tersebut juga menyatakan bahawa \u201cmereka itulah\norang-orang yang mendapat petunjuk\u201d (<em>al-Baqarah<\/em>, 2: 157) yang bermakna\nAllah menerangi kefahaman mereka tentang hakikat yang sebenar berlaku. <em>Istirja\u2018 <\/em>bukan bermaksud pasif tidak berbuat apa-apa.\nSebaliknya ia merujuk kepada tindakan yang berasaskan ilmu dan pengetahuan. Ahli-ahli\nsains perubatan Muslim silam, umpamanya, banyak melakukan eksperimen dan\nmenyimpulkan bahawa penyebab kepada wabak ialah <em>miasma<\/em> iaitu \u201cjangkitan\nmelalui persekitaran\u201d. Ini merintis kepada teori sains moden tentang kuman (<em>germ-theory<\/em>).\nIstilah <em>waba\u2019<\/em> terbit daripada <em>wabi\u2019a<\/em> bererti \u201ctercemar dengan\njangkitan\u201d. Kajian Profesor Dr. Boaz Shoshan mendapati pada awal kurun Hijri\nlagi karya-karya perubatan Muslim telah mengandungi penjelasan yang jitu\ntentang waba\n\n\n\n<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Seorang lelaki pernah bertanya, \u201cWahai Rasululullah, yang manakah antara manusia itu yang terbaik?\u201d Rasulullah s.a.w. menjawab, \u201cyang panjang umurnya dan bagus perlakuannya.\u201d Dan dia menyoal, \u201cMaka yang manakah antara manusia itu yang paling jahat?\u201d Rasulullah s.a.w. menyahut, \u201cyang panjang umurnya dan durjana amalannya\u201d (hadith hasan sahih, riwayat al-Tirmidhi, Ahmad, Ibn Zanjawayh, al-Tabrani, Hakim, dan al-Bayhaqi).&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":3,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_analytify_skip_tracking":false,"_wpzoom_pinterest_image_url":"","_wpzoom_pinterest_hidden_image":"0","_wpzoom_pinterest_description":"","footnotes":""},"categories":[225,141],"tags":[],"class_list":["post-27480","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-article","category-berita-harian","category-225","category-141","description-off"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/27480","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/3"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=27480"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/27480\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=27480"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=27480"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=27480"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}