{"id":27537,"date":"2020-07-24T00:46:37","date_gmt":"2020-07-24T00:46:37","guid":{"rendered":"http:\/\/www.ikim.gov.my\/new-wp\/?p=27537"},"modified":"2020-07-24T00:46:37","modified_gmt":"2020-07-24T00:46:37","slug":"perdebatan-yang-baik-membawa-kemajuan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/perdebatan-yang-baik-membawa-kemajuan\/","title":{"rendered":"Perdebatan Yang Baik Membawa Kemajuan"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Imam Shafi\u2019i pernah berkata:<em> \u00a0\u201cAku tidak akan berdebat dengan seseorang melainkan aku mengharapkan Allah SWT menzahirkan kebenaran di atas lidahnya berbanding diriku\u201d. \u00a0Sementara <\/em>Joseph Joubert, seorang ahli falsafah Perancis pula mengatakan, \u201cIt is better to debate a question without settling it than to settle a question without debating it.\u201d<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dalam perhubungan dua hala sesama\nmanusia perkara yang kadangkala tidak dapat dielakkan terutama dalam usaha\nmencapai persetujuan berkaitan sesuatu isu ialah perdebatan. Ia berlaku di\npelbagai peringkat kehidupan. Di rumah, perdebatan berlaku antara suami dan\nisteri mengenai pelbagai perkara yang berkait kehidupan berkeluarga. Di luar\nrumah pula, perdebatan berlangsung di kedai kopi dalam kalangan para \u2018pendebat\namatur\u2019 menyangkut pelbagai isu dari siyasah hinggalah ke isu harga durian.\nAhli siyasah sendiri hangat berdebat di parlimen mengenai pelbagai isu\nmelibatkan rakyat sehingga ada yang diminta oleh Tuan Speaker untuk keluar dari\ndewan.&nbsp; Apapun, perdebatan yang pastinya\nberjalan secara berterusan ialah yang berlaku dalam kalangan para \u2018pahlawan\npapan kekunci\u2019 (<em>keyboard warriors<\/em>) di ruang media sosial seperti di\nwhatsapp, facebook dan twitter.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Mengapa perdebatan berlaku? Ia\nberlaku kerana perbezaan yang wujud dalam kalangan manusia sama ada dari segi\njantina, ras, kabilah dan kelompok yang semuanya dijadikan Tuhan dengan hikmah\nuntuk saling kenal-mengenali. <em>&nbsp;<\/em>\u201cWahai umat\nmanusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan,\ndan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu\nberkenal-kenalan. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang\nyang lebih taqwanya di antara kamu, Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi\nMaha Mendalam PengetahuanNya\u201d <strong><em>(Surah al-Hujurat, ayat 13)<\/em><\/strong>.\n<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Namun disebabkan manusia juga cenderung\nmempertahankan pandangan peribadi dan kelompok masing-masing atas pelbagai\nsebab, maka berlakulah perdebatan sebagai usaha mencari jalan keluar menuju\npesetujuan atau sekurang-kurangnya bersetuju untuk tidak bersetuju.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Malangnya, tidak kurang juga perdebatan\nyang diiringi dengan emosi yang tidak terkawal dan akhirnya membawa kepada\nperpecahan dan permusuhan. Tidak hairanlah Nabi menyarankan agar manusia&nbsp; meninggalkan perdebatan walaupun kita berada\ndi dalam kebenaran.&nbsp; Dari Abu Umamah,&nbsp; Rasulullah saw. bersabda, \u201cAku akan menjamin\nrumah di tepi syurga bagi seseorang yang meninggalkan perdebatan meskipun\nbenar. Aku juga menjamin rumah di tengah syurga bagi seseorang yang meninggalkan\npendustaan meskipun dalam keadaan bergurau. Dan aku juga menjamin rumah di syurga\nyang paling tinggi bagi seseorang yang berakhlak baik.\u201d (H.R.&nbsp;<a href=\"http:\/\/shamela.ws\/index.php\/book\/1726\">Abu Daud<\/a>).<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Namun, adakah perdebatan\nsemestinya bersifat buruk? Ia sebenarnya amat bergantung kepada matlamat\nsesuatu perdebatan dilakukan. Sekiranya ia dijalankan atas matlamat mencari\nkebenaran, maka ia merupakan satu jalan yang harus, malah ada ketikanya boleh\nmenjadi sesuatu yang dituntut.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Al-Qur\u2019an sendiri menjadikan\nperdebatan sebagai salah satu jalan untuk melakukan dakwah. Surah al-Nahl:125\nmenyarankan perdebatan yang terbaik sebagai cara untuk memanggil golongan\ntertentu&nbsp; ke jalan Tuhan.&nbsp; \u201cPanggillah mereka ke jalan Tuhanmu dengan\nkebijaksanaan (<em>al-hikmah<\/em>), nasihat yang baik (al-maw\u2019izah al-hasanah)\ndan berdebatlah dengan perdebatan yang terbaik.\u201d Mufassir Islam terkenal, Imam\nFakhr al-Din al-Razi dalam menghuraikan ayat ini mengatakan bahawa perdebatan\nmenjadi salah satu pilihan kerana di dalam masyarakat ada kelompok yang\nbersifat antagonistik terhadap pendakwah. Mereka hanya boleh didiamkan\n(dipatahkan hujahnya) melalui perdebatan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Al-Qur\u2019an juga ketika mencabar\norang-orang Nasrani dan Yahudi agar memberikan hujah-hujah mereka sekiranya\nmereka berada pada tempat yang benar. \u201cKatakan Wahai Muhammad \u2018Datangkanlah hujah-hujah\nkamu sekiranya kamu benar.\u2019 \u201d (Surah al-Baqarah, ayat 111)<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dalam konteks tradisi keilmuwan,\nperdebatan berlaku dalam kalangan ilmuwan mengenai mauduk-mauduk besar yang\nmenyangkut hal-ehwal agama dan peradaban. Tokoh ulama Islam Nusantara, Shaikh\nZainal Abidin Muhammad al-Fatani dalam kitabnya \u2018Aqidat al-Najin menceritakan\nkisah&nbsp; Imam Abu Hanifah ketika kecil yang\ntelah&nbsp; berdebat dengan seorang ateis (<em>al-dahri<\/em>)\ndan berjaya mendiamkan ateis tersebut dengan hujah-hujahnya yang mantap dan\nkukuh tentang kewujudan Tuhan. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sejarah Islam juga telah\nmerakamkan perdebatan penting antara Abu Sa\u2019id al-Sirafi dengan Abu Bishr Matta\nbin Yunus tentang keutamaan antara dan nahu bahasa dan logik di hadapan Wazir\ndi Baghdad pada tahun 932M. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Para penguasa Muslim juga sering\nmenjemput tokoh-tokuh ilmuwan yang berbeza pandangan&nbsp; untuk berdebat tentang perkara-perkara ilmiah\nyang penting termasuk isu-isu berkaitan perbandingan agama. Dalam pemerintahan\nMu\u2019awiyah (661-769), beliau kerap menjemput pihak Kristian <em>Jacobite<\/em> dan <em>Maronite<\/em>\nke istana untuk berdebat. Begitu juga St. John of Damascus (m.748) dari Syria\nsering ke istana baginda untuk berdebat di hadapan Khalifah mengenai ketuhanan\nIsa, sifat Kalam Tuhan serta isu kebebasan manusia dengan kehadiran Khalifah. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Tradisi perdebatan ilmiah yang\nsihat dalam kalangan ilmuwan ini juga telah melahirkan satu disiplin ilmu yang\nbernama Adab Perbahasan dan Perdebatan (<em>Adab al-Bahth wa al-Munazarah<\/em>). &nbsp;Ilmu ini mengajar pendebat cara&nbsp; sesuatu perdebatan seharusnya berjalan bermula\ndari pentakrifan sesuatu konsep dengan&nbsp;\nbetul sehinggalah cara dan menyusun dan berbalas hujah sehingga sampai\nkepada kesimpulan dan kebenaran yang dicari.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ternyata sekiranya sesuatu\nperdebatan mempunyai matlamat yang baik iaitu bagi mencari kebenaran dan ia\ndiikuti dengan cara dan adab yang betul, pasti ia akan membawa kepada\nkesimpulan-kesimpulan baru yang bermanfaat dan seterusnya memperkaya khazanah\nkeilmuan dan memperkukuh peradaban. Inilah perdebatan yang disebut oleh\nal-Qur\u2019an sebagai mujadalah yang terbaik.&nbsp;&nbsp;\n<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Imam Shafi\u2019i pernah berkata: \u00a0\u201cAku tidak akan berdebat dengan seseorang melainkan aku mengharapkan Allah SWT menzahirkan kebenaran di atas lidahnya berbanding diriku\u201d. \u00a0Sementara Joseph Joubert, seorang ahli falsafah Perancis pula mengatakan, \u201cIt is better to debate a question without settling it than to settle a question without debating it.\u201d Dalam perhubungan dua hala sesama manusia&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":4,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_analytify_skip_tracking":false,"_wpzoom_pinterest_image_url":"","_wpzoom_pinterest_hidden_image":"0","_wpzoom_pinterest_description":"","footnotes":""},"categories":[141],"tags":[],"class_list":["post-27537","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-berita-harian","category-141","description-off"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/27537","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/4"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=27537"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/27537\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=27537"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=27537"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=27537"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}