{"id":27571,"date":"2020-07-31T10:58:09","date_gmt":"2020-07-31T10:58:09","guid":{"rendered":"http:\/\/www.ikim.gov.my\/new-wp\/?p=27571"},"modified":"2020-07-31T10:58:09","modified_gmt":"2020-07-31T10:58:09","slug":"aidil-adha-wira-yang-wajib-didendang","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/aidil-adha-wira-yang-wajib-didendang\/","title":{"rendered":"Aidil Adha &#038; Wira yang Wajib Didendang"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">AIDIL ADHA tidak dapat dipisahkan dari\nnama Nabi Ibrahim, isterinya Hajar dan putera mereka Nabi Isma\u2018il.\nMalahan dalam naratif global, termasuklah isterinya Sarah dan putera mereka\nNabi Ishaq \u2014 kerana Yahudi dan Kristian turut menunjuk\nIbrahim sebagai pengasas tradisi mereka. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Harus diingat gabungan\nYahudi, Kristian dan Islam sekarang memiliki lebih 4.2 bilion penganut,\nmerangkum 56% penduduk planet bumi. Meskipun demikian, Islam membuktikan\nciri-ciri yang secocok dengan <em>millah<\/em> Ibrahim iaitu asas tawhid, cara persyariatan\nyang mudah, dan institusi penting seperti kefarduan Haji dan qurban.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">&nbsp;\n&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp; Kehebatan seseorang insan dalam\nmeraih kejayaan diistilahkan oleh bahasa moden sebagai \u201c<em>heroism<\/em>\u201d atau terjemahan\nMelayunya \u201cfaham kepahlawanan\u201d \u2014 dipinjam dari Bahasa\nParsi <em>pahlav\u0101n<\/em>. Gelaran tersebut merujuk kepada keagungan seorang yang\nmenyerlahkan perwatakan gagah lagi berani dalam berjuang membela kebenaran. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Apabila Thomas Carlyle\nmemulakan siri syarahannya yang amat terkenal dalam tahun 1840, beliau menonjolkan\n<em>heroism<\/em> dengan peristiwa kemunculan insan-insan agung dalam sejarah\nDunia yang mencorakkan hal-ehwal antarabangsa, dan berpengaruh terhadap pemikiran\nsejagat. Justeru bagi Carlyle konsep kepahlawanan merupakan tema yang maha luas\nsukar dibataskan, \u201cseluas sejarah Dunia itu sendiri (<em>wide as Universal\nHistory itself<\/em>).\u201d &nbsp;&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp; Nama Nabi Ibrahim diulang 66 kali\ndalam al-Qur\u2019an; surah keempat belas diberi judul \u201cIbrahim\u201d. Dalam ayat-ayat\nitu, terumus bahawa Allah menjadikan Baginda khusus sebagai <em>Khalilullah<\/em>.\nIstilah <em>Khalil<\/em> bererti \u201cteman akrab yang dikasihi kerana tabiat,\nkebiasaan dan tingkah lakunya yang teristimewa.\u201d<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Allah menobatkannya melalui firman \u201cDan siapakah yang lebih baik\nagamanya daripada orang yang ikhlas menyerahkan dirinya kepada Allah sedang dia\nberbuat kebajikan, dan dia menuruti <em>millah<\/em> Ibrahim yang lurus? Dan Allah\nmengambil Ibrahim menjadi teman kesayangan-Nya (<em>Khalil<\/em>)\u201d (<em>al-Nisa\u2019<\/em>,\n4:125). <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Justeru Nabi\nIbrahim bertakhta di hati kaum Muslimin sebagai Penghulu agama yang ajarannya tidak\nsulit untuk dipatuhi: \u201cDia (Allah) sekali-kali tidak menjadikan untuk kamu\ndalam agama suatu kesempitan, (secocok dengan) <em>millah<\/em> bapa kamu Ibrahim\u201d\n(<em>al-Hajj<\/em>, 78:22).<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dalam tiap solat\nlima waktu sehari semalam, seseorang Islam mengucapkan salawat dan salam\npenghormatan kepada Nabi Muhammad dan Nabi Ibrahim melalui tasyahhud terakhir.\nSebab itu kita mengenali Nabi Ibrahim lebih daripada para rasul yang lain.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Rasulullah acap\nkali bersabda bahawa rasul yang paling mirip kepada Baginda ialah Nabi Ibrahim,\nsama ada secara fizikal mahupun kerohanian. Dalam satu riwayat lain oleh\nal-Hakim, Rasulullah bersabda \u201cTiap nabi adalah lebih dekat kepada nabi-nabi\ntertentu berbanding dengan yang lain. Aku adalah yang paling dekat kepada\nBapaku Ibrahim, dan beliaulah teman karibku.\u201d Rasulullah memetik ayat 68 <em>surah\nAli \u2018Imran<\/em>, \u201cSesungguhnya orang-orang yang lebih\ndekat (<em>awla<\/em>) kepada Ibrahim ialah orang-orang yang mengikutinya dan Nabi\nini (Muhammad) serta orang-orang yang beriman.\u201d <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dalam peristiwa Mi\u2018raj, diriwayatkan bahawa Rasulullah diraikan oleh seorang\natau dua rasul tertentu di tiap lapisan langit, dengan Nabi Ibrahim menyambut\ndi langit ketujuh. Sementara rasul-rasul yang lain menggelarnya sebagai\n\u201csaudaraku\u201d, Nabi Ibrahim memanggilnya sebagai \u201cputeraku\u201d.&nbsp;&nbsp; <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Nabi Ibrahim lahir\ndi Ur Ka\u015bdim (Iraq sekarang). &nbsp;Risalah\nBaginda meruntuhkan sembahan berhala menyebabkan kaum kota Mesopotamia purba itu\nbukan sekadar menafikan kerasulannya, tetapi melakukan penindasan ganas. Baginda\nberhijrah ribuan kilometer mulanya ke Haran (Turki sekarang) dan kemudian ke\nPalestin. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Apabila berlaku\nkebuluran di Palestin, Baginda memimpin keluarga dan pengikutnya ke Mesir di\nbawah pemerintahan Fir\u2018awn yang dikenalpasti oleh\nsejarahwan sebagai Amenemhet II (bertakhta sekitar tahun 1936 hingga 1904\nsebelum Masihi). Menurut Rabbi Salomon ibn Ishaq of Troyes, Fir\u2018awn tersebut telah menganugerahkan puteri raja Memphis,\nHajar kepada Ibrahim; mereka kemudian dikurniakan seorang putera, Isma\u2018il.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Nabi Isma\u2018il diiktiraf al-Qur\u2019an \u201ctermasuk orang-orang yang paling\nbaik (<em>akhyar<\/em>)\u201d, \u201cyang sabar (<em>sabirin<\/em>)\u201d, dan \u201cyang benar janjinya\n(<em>sadiq al-wa\u2018d<\/em>).\u201d Dalam peristiwa Qurban\nterserlah bagaimana Nabi Isma\u2018il berjanji kepada bapanya\nuntuk cekal dan tabah atas penyembelihan dirinya, dan dia menepatinya lalu diganti\ndengan seekor bebiri jantan. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Empat ribu tahun\nsudah berlalu dari zaman Nabi Ibrahim, tetapi peristiwa tersebut menjadi dasar\ndisyariatkan ibadah Qurban biri-biri, kambing, lembu, kerbau atau unta. Saban\ntahun umat Islam melaksanakannya pada Aidil Adha dan hari tasyrik di seluruh\ndunia amnya dan di Mina khususnya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sejarah mencatatkan\nbahawa Nabi Ibrahim melakukan permusafiran dari Palestin ke Mekah sebanyak lima\nkali. Pada kali yang kelima, Baginda bersama Nabi Isma\u2018il\nmembina\nKa\u2019bah, \u201crumah yang terawal dibangunkan sebagai tempat beribadat manusia\u201d (<em>Ali\n\u2018Imran<\/em>, 3:96). Baginda seterusnya menginstitusikan cara peribadatan haji dan\nlokasinya termasuk di Mina, Muzdalifah, dan Arafah. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Jemaah haji dan\numrah turut melakukan ibadah sa\u2019y dari bukit Safa ke Marwah sebagai\nmemperingati iltizam Hajar \u2014 penghormatan terhadap\nkecintaan ibu kepada anaknya yang menjadi cermin kasih-sayang Tuhan kepada\nmakhluk. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Nabi Ibrahim wafat\ndi Hebron, Palestin. Al-Qur\u2019an merakamkan wasiat Ibrahim kepada puteranya Isma\u2018il dan Ishaq agar patuh kepada Tuhan semesta alam. Kemudian\nIsma\u2018il berpesan yang sama kepada dua belas orang puteranya,\nsementara Ishaq menukilkannya kepada Ya\u2018qub yang\nseterusnya berwasiat kepada dua belas orang puteranya, kabilah Bani Isra\u2019il: \u201cHai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih agama\nini bagimu, maka janganlah kamu mati kecuali dalam keadaan menyerahkan diri\nkepada Allah\u201d (<em>al-Baqarah<\/em>, 2:132). <\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>AIDIL ADHA tidak dapat dipisahkan dari nama Nabi Ibrahim, isterinya Hajar dan putera mereka Nabi Isma\u2018il. Malahan dalam naratif global, termasuklah isterinya Sarah dan putera mereka Nabi Ishaq \u2014 kerana Yahudi dan Kristian turut menunjuk Ibrahim sebagai pengasas tradisi mereka. Harus diingat gabungan Yahudi, Kristian dan Islam sekarang memiliki lebih 4.2 bilion penganut, merangkum 56%&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":3,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_analytify_skip_tracking":false,"_wpzoom_pinterest_image_url":"","_wpzoom_pinterest_hidden_image":"0","_wpzoom_pinterest_description":"","footnotes":""},"categories":[147],"tags":[],"class_list":["post-27571","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-utusan-malaysia","category-147","description-off"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/27571","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/3"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=27571"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/27571\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=27571"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=27571"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=27571"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}