{"id":27585,"date":"2020-08-01T16:07:29","date_gmt":"2020-08-01T16:07:29","guid":{"rendered":"http:\/\/www.ikim.gov.my\/new-wp\/?p=27585"},"modified":"2020-08-01T16:07:29","modified_gmt":"2020-08-01T16:07:29","slug":"wilayah-ilmu-para-alim-ulama","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wilayah-ilmu-para-alim-ulama\/","title":{"rendered":"Wilayah Ilmu Para Alim Ulama"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dalam kitab <em>Jami\u2018 al-Tirmidhi <\/em>ada dirakamkan sepotong <em>hadith <\/em>(no. 2269) yang menyebut: \u201cPanji-panji Hitam akan keluar dari Khurasan; tiada yang dapat menghalangnya sehinggalah mereka memasuki kota suci Bayt al-Maqdis (<em>takhruju min Khurasan rayat sud la yarudduha shay\u2019un hatta tunsaba bi-Iliya\u2019<\/em>).\u201d<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kawasan geografi yang pernah dikenali sebagai Khurasan meliputi sebahagian besar negara Uzbekistan hari ini dan khususnya bandar Samarkand; sebahagian besar Afghanistan termasuklah kota-kota besarnya Kabul (timur), Kandahar (selatan), dan Herat; sebahagian dari Iran termasuklah kota-kota Tus, Sarakhs, Nishapur, dan Jurjan; dan sebahagian Turkmenistan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sebarang pandangan yang tempang terhadap sejarah Khurasan boleh mengaburkan hakikat bahawa ia pernah suatu masa dahulu menjadi pusat keilmuan dan peradaban Islam. Kekaburan demikian hanya mengundang kumpulan-kumpulan jahat seperti DAESH untuk memperalatkan <em>hadith-hadith <\/em>akhir zaman dalam mengabsahkan tindakan ganas dan melampau atas nama agama.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Mereka itulah yang mengambil kesempatan atas kejahilan dengan menyalahgunakan <em>hadith <\/em>tanpa mengambil kira konteks dan kefahaman yang menyeluruh bagi mengumpan dan mengkaderkan golongan jahil lagi terpedaya supaya menyertai perjuangan haram mereka.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sebaliknya, apabila Islam memasuki sesuatu kawasan, ia menyumbang ke arah pembangunan tamadun dan kebudayaan. Menurut sejarawan dan pemikir Profesor Syed Muhammad Naquib al-Attas dalam karyanya <em>Historical Fact and Fiction <\/em>(2011), penyerapan unsur-unsur asas agama Islam yang berlaku tanpa penyingkiran unsur-unsur terpuji pra-Islam yang mengikat masyarakat dan sesuai dengan Islam dapat memunculkan kepelbagaian budaya orang Islam yang boleh dihimpun dan dicirikan sebagai peradaban Islam.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Demikian pernah dizahirkan oleh orang-orang Khurasan sebagaimana pujian terhadap mereka oleh ahli geografi dan sejarawan abad ke-10, al-Muqaddasi, dalam karyanya <em>Ahsan al-Taqasim fi Ma\u2018rifat al-Aqalim <\/em>(<em>Pembahagian Terunggul Pengetahuan Kawasan<\/em>) sebagai \u201cyang paling taat dengan syariah, paling teguh dengan kebenaran\u201d dan \u201clebih terhormat, punya lebih ramai orang bertakwa dan cerdik, punyai kedalaman ilmu, dan hafazan al-Quran yang menakjubkan; mereka memiliki kekayaan yang luas dan keelokan dalam berfikir.\u201d<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Khurasan menjadi saksi banyak terdirinya institusi-institusi pendidikan. Salah satunya ialah al-Madrasah al-Nizamiyyah yang diasaskan pada abad ke-11 bermula sebagai kumpulan madrasah oleh wazir di sisi pemerintah Saljuq Malik-Shah iaitu Nizam al-Mulk. Ia menjadi begitu terkenal sehingga seorang pengembara abad ke-13 Shaykh \u2018Ali ibn Abi Bakr al-Harawi menyebutkan dalam travelognya <em>Kitab al-Isharat fi Ma\u2018rifat al-Ziyarat <\/em>(<em>Buku Panduan Tempat-tempat Ziarah<\/em>) kota-kota terbaik khususnya dalam menuntut ilmu-ilmu <em>hadith<\/em> dan agama: Herat, Balkh, dan Sijistan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Khurasan pernah menjadi tempat lahirnya ramai alim ulama yang menyumbangkan sebahagian besar korpus persuratan Islam. Kota Sarakhs berhampiran sempadan Iran-Turkmenistan ialah kota kelahiran Imam Muhammad al-Sarakhsi (m. 1096), penulis karya 30-jilid <em>fiqh<\/em> Hanafi diberi judul <em>Kitab al-Mabsut.<\/em><\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Al-Sarakhsi juga merupakan penulis <em>Sharh al-Siyar al-Kabir<\/em> (<em>Sharah Besar Kitab berkenaan Budi Pekerti Nabi<\/em>). Sebagai karya yang mensyarahkan <em>Kitab al-Siyar <\/em>(<em>Kitab berkenaan Budi Pekerti Nabi<\/em>) oleh Imam Muhammad al-Shaybani (m. 805), ia memberikan garis panduan jihad terhadap golongan kafir yang melancarkan peperangan, tatacara berurusan dengan pemberontak, dan perlindungan terhadap golongan <em>dhimmi <\/em>(orang bukan Islam yang berada bawah pemerintahan orang Islam).<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menurut sarjana perundangan Islam, Almarhum Muhammad Hamidullah (1908\u20132002), dalam karyanya <em>The Muslim Conduct of State <\/em>(pertama kali diterbitkan 1941), karya-karya para ilmuwan inilah yang menjadi batu asas undang-undang antarabangsa zaman moden.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Atas jemputan Nizam al-Mulk, bintang gemerlapan Islam iaitu Imam Abu Hamid al-Ghazali (m. 1111) mengetuai Nizamiyyah dan mengajar penuntut ilmu semasa kemuncak kerjayanya pada 1092.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Karya al-Ghazali iaitu <em>Ihya\u2019 \u2018Ulum al-Din<\/em> (<em>Menghidupkan Ilmu-ilmu Agama<\/em>) dalamnya mengandungi 40 buku dianggap sebagai salah sebuah karya teragung pernah dihasilkan dalam sejarah Islam yang masih dibaca, diajar, diterjemah, disyarah, dan dikaji sehingga kini setelah lebih dari 900 tahun.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sebagaimana diperkenalkan oleh penulisnya sendiri, kitab <em>Ihya\u2019 <\/em>ditulis dengan tujuan menghidupkan ilmu-ilmu agama, mengembalikan makna asal <em>fiqh <\/em>(kefahaman agama), menerangkan konsep-konsep kunci yang telah kabur akibat penyempitan makna.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Samarkand pada abad ke-14 merupakan kediaman pakar pelbagai bidang Imam Sa\u2018d al-Din al-Taftazani\u00a0 (m. 1390). Sebagai seorang yang mensyarahkan kitab <em>Aqa\u2019id al-Nasafi <\/em>iaitu matan akidah agama Islam, al-Taftazani memperolehi pendidikannya di kota-kota Herat, Ghijduvan, Feryumed, Gulistan, Khwarezm, Samarkand, dan Sarakhs.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sekali lagi, hakikat bahawa al-Taftazani mengembara ke tempat-tempat yang dinamakan semata-mata untuk tujuan menuntut ilmu juga menunjukkan betapa hidup dan mekarnya peradaban dan budaya ilmu.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kesemua di atas menunjukkan nilai besar Khurasan dari segi pembangunan peradaban dalam sejarah. Tokoh-tokoh yang dinamakan berhak diiktiraf sebagai contoh ikutan bagi mereka yang berkeinginan mengulangi kejayaan masa lalu.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\"><strong>Muhammad Husni bin Mohd Amin ialah Pegawai Penyelidik Kanan di Pusat Kajian Sains dan Alam Sekitar IKIM.<\/strong><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Dalam kitab Jami\u2018 al-Tirmidhi ada dirakamkan sepotong hadith (no. 2269) yang menyebut: \u201cPanji-panji Hitam akan keluar dari Khurasan; tiada yang dapat menghalangnya sehinggalah mereka memasuki kota suci Bayt al-Maqdis (takhruju min Khurasan rayat sud la yarudduha shay\u2019un hatta tunsaba bi-Iliya\u2019).\u201d Kawasan geografi yang pernah &#8230;<\/p>\n","protected":false},"author":35,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_analytify_skip_tracking":false,"_wpzoom_pinterest_image_url":"","_wpzoom_pinterest_hidden_image":"0","_wpzoom_pinterest_description":"","footnotes":""},"categories":[141],"tags":[],"class_list":["post-27585","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-berita-harian","category-141","description-off"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/27585","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/35"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=27585"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/27585\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=27585"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=27585"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=27585"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}