{"id":28068,"date":"1994-05-27T14:52:48","date_gmt":"1994-05-27T06:52:48","guid":{"rendered":"http:\/\/www.ikim.gov.my\/new-wp\/?p=28068"},"modified":"1994-05-27T14:52:48","modified_gmt":"1994-05-27T06:52:48","slug":"keamanan-sejagat-tuntutan-islam","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/keamanan-sejagat-tuntutan-islam\/","title":{"rendered":"Keamanan sejagat, tuntutan Islam"},"content":{"rendered":"<p>Manusia moden yang punya keupayaan berfikir dan teknologi tinggi lagi canggih masih juga bersengketa dan berperang di beberapa daerah dunia. Baru-baru ini kita dikejutkan dengan konflik baru di Semenanjung Arab melibatkan dua buah\u00a0negara Islam yang mempunyai sengketa politik iaitu Yemen Utara dan Y ern en S~latan. Kita masih dihujani oleh berita-berita konflik baru di kawasan baru yang cuba dilakukan oleh pengganas Serbia ke atas umat Islam dan Kroat dalam negara Bosnia. Di Somalia, sebuah negara Islam Afrika, pertentangan di antara puak masih juga berlanjutan tanpa mencapai kedamaian dan keamanan. Begitulah cebisan peristiwa\u00a0terkini yang boleh berlaku di mana-mana sahaja dalam dunia. Akibat sengketa peperangan seperti ini kepada sebilangan manusia amatlah parah: kebuluran melanda,\u00a0pembunuhan manusia dan haiwan tidak berdosa berleluasa, pencabulan wanita dan\u00a0penganiayaan kanak-kanak tak terkawal serta kemusnahan harta-benda nilainya jutaan ringgit. Benarlah apa yang diungkap di dalam al-Qur&#8217;anul Karim yang kira-kira maksudnya bahawa &#8220;telah nampak keros&#8221;akan (atau kemusnahan) di darat dan lautan dengan sebab perbuatan tangan manusia; supaya Allah merasakan kepada sebahagian (akibat) dari perbuatan mereka, agar mereka kembali (kejalan yang benar)&#8221;. [ArRum 30:41] Lantaran daripada sengketa antarabangsa yang rata-ratanya melibatkan orang\u00adorang Islam samada yang menyerang ataupun yang diserang, imej agama Islamitu sendiri boleh terjejas. Apakah Islam itu menganjur keganasan dan persengketaan\u00a0sesuai dengan imej Islam sebagai satu agama pedang?<\/p>\n<p>Sifat Islam itu sebenarnya menuntut keamanan dan kedamaian dilaksanakan sesama manusia tanpa mengira ras, agama, warna kulit, jantina dan budaya. Dalam ajaran Islam, amalan mengucapkan salam atau &#8216;Assalamualikum&#8217; merupakan amalan yang sunat dan memperoleh pahala. Menjawab salam pula adalah wajib bagi mereka yang mendengarnya. Ini sesuai dengan hadis riwayat Muslim yang menyebutkan bahawa di antara kewajipan Muslim ke atas Muslim ialah apabila bertemu dan berjumpa maka berilah salam. Di dalam hadis yang lain juga ada menyebutkan mengenai hak Muslim untuk menjawab salam apabila diberi. Walaup~n tampak mudah dan kecil, amalan memberi salam membawa maksud dan natijah atau kesan yang tinggi terhadap kehidupan sosial masyarakat nasional dan antarabangsa. Umumnya telah mengetahui bahawa makna &#8216;assalamu&#8217;alaikumitu ialah mengucapkan selamat ke atas seseorang. Kata dasar &#8216;salama&#8217; juga membawa maksud kedamaian, keamanan dan ketenangan. Natijah kepada amalan ucapan salam yang ikhlas ialah kewujudan masyarakat harmoni dan penyayang. Anggota masyarakat saling mendoakan\u00a0keselamatan dan kedamaian kepada anggota masyarakat yang lain dengan ucapan &#8216;assalamualikum&#8217;. Apakah hubungan atau natijah amalan ucapan salam itu dengan politik antarabangsa? Memberi atau mengucapkan salam sesama manusia dalam apa\u00a0bentuk sekalipun adalah manifestasi tuntutan Islam terhadap keamanan sejagat.<\/p>\n<p>Dalam politik dunia dan hubungan antarabangsa,.prinsip keamanan dan&#8217; kedamaian sejagat merupakan dasar yang penting yang melengkapi prinsip keadilan\u00a0antarabangsa yang perlu dipraktikkan. Setiap negara-bangsa dunia yang merupakan\u00a0warga kepada struktur politik antarabangsa perlu menghormati dan memelihara prinsip\u00a0kedamaian dan keamanan sejagat. Tidak ada sebuah negara-bangsa yang mempunyai hak mutlak untuk melanggar sesebuah negara-bangsa yang lain tanpa justifikasi yang\u00a0jelas seperti mempertahankan diri dan pencabulan perjanjian damai. Peperangan atau\u00a0konflik bersenjata lebih merupakan resolusi terakhir jika penyelesaian melalui meja perundingan tidak dicapai atau pencabulan terhadap perjanjian gencatan senjata semasa proses perundingan berlaku. Jika berlaku juga sengketa bersenjata dan peperangan, pelaksanaan konflik, sengketa atau perang antara dua pihak perlu mematuhi peraturan, nilai dan kehendak yang telah digariskan di dalam al-Qur&#8217;an dan as-Sunnah.<\/p>\n<p>Ringkasnya, dalam proses beradu tenaga dan kekuatan senjata untuk menentukan siapa yang hak dan siapa yang bathil juga perlu ada adab dan peraturan yang khas. Peperangan dalam Islam ialah peperangan yang memiliki adab tinggi dan bukan tanpa\u00a0peraturan dan belas seperti peperangan masakini.<\/p>\n<p>Peranan pihak ketiga atau &#8216;third party involvement&#8217; dalam perundingan sesatu konflik antara dua puak telah digariskan dengan jelas oleh al-Qur&#8217;an dan as-Sunnah. Matlamat utama pihak ketiga dalam perundingan antarabangsa ialah keamanan dan kedamaian. Al-Qur&#8217;anul Karim menyebutkan pada dua tempat dengan maksudnya kira-kira &#8220;Dan jika ada dua golongan dari orang-orang mu&#8217;min berperang maka\u00a0damaikanlah antara keduanya, jika salah satu dari kedua golongan itu berbuat\u00a0aniaya terhadap golongan yang lain maka perangilah golongan yang berbuat\u00a0penganiayaan itu sehingga golongan- itu kembali kepada perintah Allah. Jika\u00a0golongan itu kembali kepada perintah Allah, maka damaikanlah antara\u00a0keduanya dengan adil dan berlaku adillah. &#8211; Sesungguhnya Allah menyukai\u00a0orang-orang yang berlaku adil. Sesungguhnya orang-orang mu&#8217;min adalah\u00a0bersaudara maka damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertakwalah kepada\u00a0Allah supaya kamu mendapat rahmat&#8221;.\u00a0[Surah Al Hujurat 49:9-10]<\/p>\n<ol>\n<li>&#8220;Dan sekiranya mereka cenderung kepada perdamaian, maka condonglah<\/li>\n<\/ol>\n<p>kepada jalan perdamaian dan berserahlah kepada Allah. Sesungguhnya Dialah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui&#8221;. [Surah Al Anfaal 8:61]<\/p>\n<p>Dalam maksud kedua-dua ayat, Islam cuba menggariskan beberapa kesimpulan yang perlu diambil perhatian o\u00b7leh pihak ketiga dalam menguruskan konflik antara dua pihak. Kesimpulan tersebut ialah<\/p>\n<ol>\n<li>Pertama, apabila dua pihak yang bersengketa ingin mengadakan rundingan damai maka pihak ketiga\u00b7bertanggungjawab untuk menguruskan rundingan damai secara adil dan saksama.<\/li>\n<li>Kedua ialah apabila hanya satu pihak sahaja yang mahu berdamai manakala satu pihak yang lain mahu terus berperang, maka pihak ketiga bertanggungjawab untuk mengetahui sebab-sebab pihak yang mahu meneruskan peperangan.<\/li>\n<li>Ketiga, jika didapati bahawa pihak yang mahu terus berperang itu melakukan kezaliman atau penganiayaan maka pihak ketiga harus mengistiharkan perang<i> <\/i>ke atas pihak yang tidak mahu berdamai sehingga pihak tersebut tunduk dan mahu menyertai rundingan damai.<\/li>\n<li>Keempat, kedua-dua belah pihak yang berunding itu harus menghayati kehendak keamanan dan kedamaian sesama mereka kerana tanpa keamanan akan rosaklah kekuatan masyarakat dan negara untuk berkembang maju.<\/li>\n<li>Kelima, dalam mencapai resolusi perundingan, kedua-dua belah pihak yang bertelagah harus mempercayai sepenuhnya atau akur kepada keputusan adil pihak yang ketiga iaitu pihak yang mengadili dan menguruskan rundingan damai.<\/li>\n<li>Keenam, natijah atau kesan kepada kedamaian dan keamanan ialah memperoleh rahmat daripada Allah s.w.t.<\/li>\n<\/ol>\n<p>Menurut Prof. Ismail Faruqi; tatadunia baru&#8217; yang dicanangkan oleh Islam ialah tatadunia baru yang berdasarkan kepada keamanan sejagat. Keamanan yang dimaksudkan dalam sistem negara-bangsa masakini ialah pengiktirafan kedaulatan sesebuah negara-bangsa tanpa mengira ras; agama atau budaya. Dalam struktur politik antarabangsa, tiada satu negara-bangsa berhak mencabul prinsip keamanan\u00a0sejagat dengan memulakan konfrontasi ketenteraan atau pelanggaran ke atas negara-bangsa yang lain walaupun diketahui melalui perisikan bahawa negara-bangsa yang ingin dilanggar itu akan dikuasai oleh golongan yang di masa hadapan akan mencabul\u00a0keamanan antarabangsa. Dalam struktur pol~tik antarabangsa inilah juga nilai-nilai kebebasan perlulah diberikan kepada sesebuah negara-bangsa untuk menentukan halacara pembangunan dan kemajuan sendiri tanpa pengaruh dan penguasaan negara-bangsa yang lain. Dalam struktur politik antarabangsa yang berdasarkan keamanan sejagat inilah segala bentuk peperangan yang berdasarkan pembersihan etnik dan penindasan ras perlu dibenteras oleh negara-bangsa yang mampu menyediakan tentera pendamai atau gabungan kuasa tentera beberapa buah negara-bangsa yang mendokong dengan ikhlasnya aspirasi keamanan sejagat. Rasulullah s.a.w telah bersabda bahawa\u00a0&#8220;rosaknya keamanan dan kedamaian di antara kamu (umat Islam) adalah perosak\u00a0agama.&#8221; (Hadis Riwayat Abu Daud dan Tirmidzi)<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Manusia moden yang punya keupayaan berfikir dan teknologi tinggi lagi canggih masih juga bersengketa dan berperang di beberapa daerah dunia. Baru-baru ini kita dikejutkan dengan konflik baru di Semenanjung Arab melibatkan dua buah\u00a0negara Islam yang mempunyai sengketa politik iaitu Yemen Utara dan Y ern en S~latan. Kita masih dihujani oleh berita-berita konflik baru di kawasan&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":65,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_analytify_skip_tracking":false,"_wpzoom_pinterest_image_url":"","_wpzoom_pinterest_hidden_image":"0","_wpzoom_pinterest_description":"","footnotes":""},"categories":[147],"tags":[],"class_list":["post-28068","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-utusan-malaysia","category-147","description-off"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/28068","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/65"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=28068"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/28068\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=28068"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=28068"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=28068"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}