{"id":28070,"date":"2020-09-11T08:02:41","date_gmt":"2020-09-11T00:02:41","guid":{"rendered":"http:\/\/www.ikim.gov.my\/new-wp\/?p=28070"},"modified":"2020-09-11T08:02:41","modified_gmt":"2020-09-11T00:02:41","slug":"agenda-jelas-teguhkan-perjuangan-media","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/agenda-jelas-teguhkan-perjuangan-media\/","title":{"rendered":"Agenda Jelas Teguhkan Perjuangan Media"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201c<em>Individu yang berjaya mengawal media pasti dapat mengawal pemikiran masyarakat awam<\/em>\u201d \u2013 Noam Chomsky.\u00a0 Sejarah merakam kemas peranan besar akhbar serta majalah yang merupakan sebahagian bentuk media dalam membudayakan ilmu, membentuk pemikiran, menyuburkan intelektualisme dan menyemarakkan patriotisme dalam kalangan masyarakat awam. Hal ini seterusnya mewujudkan kesedaran tentang perjuangan bangsa dan tanah air, khususnya bagi mencapai kemerdekaan. Pada peringkat tempatan, akhbar Melayu pertama, iaitu <em>Jawi Peranakan<\/em> (1876-1895) yang bertulisan Jawi diterbitkan di Singapura.\u00a0 Akhbar ini mengandungi berita dalam dan luar negara seperti di Tanah Jawa dan Sumatera. Selain itu, akhbar tersebut juga memainkan peranan mengkritik layanan yang diberikan terhadap orang Melayu. \u00a0Seterusnya akhbar <em>Jajahan Melayu<\/em> (1896-1897) memberikan tumpuan terhadap kepentingan serta kedudukan orang Melayu.\u00a0 Menurut sejarawan William R. Roff, kewartawanan Melayu menggambarkan kesedaran kebangsaan di Tanah Melayu dan boleh dibahagikan kepada penerbitan berkaitan dengan gerakan pembaharuan agama dan yang tidak berkaitan dengan agama.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Awal kurun ke-20 menyaksikan penerbitan akhbar dan majalah <em>al-Imam<\/em> (1906-1908), S<em>audara<\/em> (1928-1941), <em>Pengasuh<\/em> (1918-1938), <em>Majlis<\/em> (1930-1940) dan <em>Warta Malaya<\/em> (1930-1941). Selain menimbulkan kesedaran sosial dan politik, akhbar dan majalah ini turut menyebarkan maklumat dari luar negara seperti kisah kebangkitan nasionalisme di India, China dan negara-negara jiran seperti Indonesia dan Filipina. Maklumat ini mengobarkan lagi semangat dan perjuangan rakyat menuntut kemerdekaan.\u00a0 Menarik jika diteliti, pengasas al-Imam menjelaskan matlamat penerbitan majalah reformis berkenaan adalah untuk \u00a0mengingatkan mereka yang telah lupa, membangkitkan mereka yang tertidur, membimbing mereka yang tersesat dan memberikan suara kepada mereka yang berbicara berasaskan kebijaksanaan (hikmah).\u00a0 Bagi memastikan mesej penting yang disampaikan difahami pembaca dan rakyat umumnya, majalah berkenaan menekankan ilmu pengetahuan dan pembelajaran.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Selain akhbar dan majalah ini, terdapat akhbar yang diterbitkan pada peringkat negeri seperti <em>Warta Kinta, Suara Rakyat<\/em> dan <em>Voice of People<\/em>. Liputan akhbar ini berusaha menimbulkan kesedaran tentang kemunduran yang membelenggu orang Melayu dan kepentingan untuk bersatu bagi membela nasib sendiri.\u00a0 Lebih penting lagi, akhbar <em>Suara Rakyat<\/em> dan <em>Voice of People<\/em> umpamanya menggerakkan usaha memerdekakan Tanah Melayu dan mendapatkan pemerintahan sendiri daripada British. Peranan sama dilaksanakan akhbar tertua dan memiliki sejarah tersendiri, <em>Utusan Melayu<\/em>.\u00a0 Akhbar yang diasaskan pada 29 Mei 1939 dan dikenali kemudiannya sebagai <em>Utusan Malaysia<\/em> dicetak dalam tulisan Jawi merupakan saluran utama penduduk Semenanjung Tanah Melayu bagi menyuarakan bantahan terhadap British. Pada tahun yang sama, edisi Ahad,\u00a0<a href=\"https:\/\/ms.wikipedia.org\/wiki\/Utusan_Zaman\"><em>Utusan Zaman<\/em><\/a>\u00a0diterbitkan.\u00a0Kedua-dua akhbar memainkan peranan utama dalam pembangunan intelektual nasionalis Melayu yang kemudian melahirkan kepemimpinan politik yang menggerakkan persediaan mencapai kemerdekaan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Selain akhbar dan majalah yang membakar semangat menuntut kemerdekaan, tokoh wartawan dan sasterawan turut memainkan peranan penting berkenaan. Antara mereka termasuklah Abdul Rahim Kajai, Bapa Kewartawanan Melayu, Pak Sako, Said Zahari, Yusof Ishak, bekas Presiden Singapura dan wartawan negara, Tan Sri Samad Ismail yang sebahagiannya dilahirkan akhbar Utusan Melayu.\u00a0 Mereka inilah yang memainkan peranan penting dalam menentukan agenda jelas yang diperjuangkan akhbar dan disambut masyarakat awam secara luar biasa. Hal ini tidak menghairankan kerana sebagaimana diungkap Ku Seman Ku Hussein, selain menulis dan melapor, wartawan diasuh menjadi pemimpin dalam gerakan massa serta memiliki pemikiran yang jauh ke hadapan. Selain itu, <em>Utusan Melayu<\/em>\u00a0juga banyak melahirkan wartawan sasterawan yang menghunus pemikiran tajam membangkitkan kesedaran orang Melayu. Antara yang menjadi sebahagian kekuatan akhbar ini termasuklah Allahyarham Usman Awang (Tongkat Warrant), Kamaluddin Muhamad (Keris Mas), Asraf Wahab dan A. Samad Said.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Peredaran zaman menunjukkan media baharu lebih dominan berbanding dengan media tradisional seperti media cetak, media elektronik, media siaran dan media interpersonal lain.\u00a0 Meskipun media cetak seperti akhbar turut mengambil langkah atau inisiatif pendigitalan, cabarannya tetap besar.\u00a0 Apatah lagi dengan kewujudan media baharu terkini berasaskan teknologi baharu yang dapat memaparkan nilai interaktif pada sumber berita, sekali gus menjadikan masyarakat global terdedah pada kepelbagaian maklumat.\u00a0 Teknologi baharu wajar dimanfaatkan bagi penyebaran berita namun yang wajar dikekalkan ialah agenda dan misi yang mahu dicapai pihak media. Agenda yang jelas dan teguh dipertahankan amat penting bagi memastikan ia tidak ditewaskan agenda media asing lalu terkubur begitu sahaja.\u00a0<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sejak sekian lama kita dapat menyaksikan bagaimana media dimanfaatkan sepenuhnya untuk menyebarkan agenda barat dengan begitu berkesan. Dengan demikianlah fahaman seperti sekularisme, liberaslisme dan pluralisme tersebar dengan mudah dan pantas.\u00a0 Penggunaan media secara optimum inilah juga yang menjayakan pendekatan normalisasi nilai yang bertentangan dengan ajaran agama serta adat tempatan.\u00a0 Selain itu, media juga digunakan secara berleluasa bagi memburukkan imej Islam, institusi dan umatnya melalui agenda Islamofobia. Ketakutan dan kebencian terus disemarakkan tidak sudah-sudah dan tanpa noktah.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dalam meraikan sambutan ulang tahun kemerdekaan dan nantinya penubuhan Persekutuan Malaysia, wajar sekali kita bermuhasabah. Sejauh manakah media tempatan digerakkan sehabis baik bagi membersihkan cemar yang sengaja dipalitkan pada Islam dan menzahirkan gambaran wajah sebenarnya kepada khalayak? Bagaimanakah pula media dimanfaatkan sesempurna mungkin bagi mengukuhkan kecintaan terhadap negara dan memerangi dengan beraninya semua bentuk kebiadaban serta pengkhianatan terhadapnya? Hakikatnya, sumbangan bermakna akhbar dan tokoh wartawan serta pejuang kebanggaan rakyat zaman terdahulu bukan sekadar catatan sejarah. Kelantangan dan keberanian tokoh berkenaan seharusnya kekal menjadi rujukan pengamal media zaman kini. Ia pasti berguna bagi melaksanakan amanah besar dan agenda negara demi mengangkat prinsip kebenaran dan keadilan yang bersumberkan agama. Prinsip inilah yang akan mencorakkan hala tuju dan mengukuhkan perjuangan media tempatan dalam menghadapi cabaran daripada media asing yang gah nama dan luas pengaruhnya. Ia malah begitu diperlukan dalam mencorakkan kefahaman, pemikiran dan perjuangan rakyat. Hanya dengan prinsip berkenaan, kehidupan sejahtera, aman dan damai dapat diwujudkan di sebuah negara yang merdeka seperti Malaysia.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>\u201cIndividu yang berjaya mengawal media pasti dapat mengawal pemikiran masyarakat awam\u201d \u2013 Noam Chomsky.  Sejarah merakam kemas peranan besar akhbar serta majalah yang merupakan sebahagian bentuk media dalam membudayakan ilmu, membentuk pemikiran, menyuburkan &#8230;<\/p>\n","protected":false},"author":26,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_analytify_skip_tracking":false,"_wpzoom_pinterest_image_url":"","_wpzoom_pinterest_hidden_image":"0","_wpzoom_pinterest_description":"","footnotes":""},"categories":[147],"tags":[],"class_list":["post-28070","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-utusan-malaysia","category-147","description-off"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/28070","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/26"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=28070"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/28070\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=28070"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=28070"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=28070"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}