{"id":28087,"date":"2020-09-16T23:19:11","date_gmt":"2020-09-16T15:19:11","guid":{"rendered":"http:\/\/www.ikim.gov.my\/new-wp\/?p=28087"},"modified":"2020-09-16T23:19:11","modified_gmt":"2020-09-16T15:19:11","slug":"bukti-patriot-hari-malaysia","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/bukti-patriot-hari-malaysia\/","title":{"rendered":"Bukti Patriot &#038; Hari Malaysia"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">57 DAN 63 ialah angka istimewa\nMalaysia tahun ini. Negara kita mencapai kemerdekaan pada 1957, dan tahun ini\nmenyambut ulang tahun yang ke-63. Malaysia pula dibentuk pada 1963, dan tahun\nini meraikan ulang tahun yang ke-57.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Merentasi\nangka-angka luar biasa ini ialah patriotisme: semangat cinta yang tulen kepada\nnegara, berasaskan daya tarikan yang ada pada Malaysia. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Mereka\nyang berkunjung ke negara luar pasti pernah mengalami rasa rindu untuk kembali\nke tanah air yang tidak mudah dilupakan begitu sahaja. Rasa cintakan pertiwi diibaratkan\ndalam peribahasa \u201cHujan emas perak di negeri orang, hujan keris lembing di\nnegeri kita; baik juga di negeri kita.\u201d <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Bahkan\nsentimen cinta kepada tanah air adalah universal, yang dalam pepatah Inggeris diungkapkan\ndengan <em>\u201cEast, west, home\u2019s the best.\u201d <\/em>Dari timur membawa ke barat, pertiwi\ntetap yang terhebat. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Bukti rasa\ncinta kepada tanah air ialah kesediaan dan kesanggupan untuk berkorban. Pelbagai\ncabaran akan mendatangi nusa dan bangsa dalam hidup seharian. Seorang patriot tidak\nakan lari walau apapun tantangan yang mengganggu. Patriot tulen sentiasa berani\ndan sedia berkorban masa dan tenaga demi kejayaan dan kemakmuran pertiwi. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Malahan,\ndalam keadaan yang luar biasa dan istimewa, patriot rela mati dalam\nmempertahankan agama, bangsa dan tanah air. Antara kehormatan terbesar yang\nmampu dicapai, tetapi jarang berlaku seperti wabak pandemik COVID-19, adalah berkorban\njiwa dan nyawa dalam menghadapi bahaya di barisan hadapan, demi melindungi umat\ndan watan. &nbsp;&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Bagaimanakah\ncara terbaik untuk membentuk perasaan cintakan tanah air hingga sedia berkorban?\nPertamanya, kita harus memanjatkan kesyukuran yang tinggi kepada Maha Pencipta kerana\nMalaysia sebuah Negara yang bertuah. Aset kita yang paling utama ialah Warga\nMalaysia yang mementingkan kerukunan, kedamaian dan kesepakatan dalam\nmenghadapi pelbagai cabaran dalaman dan luaran untuk menongkah ke hadapan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Saiz\ngeografi negara Malaysia amatlah sederhana, tetapi komposisi kaumnya unik dan\nistimewa. Rakyatnya mencerminkan bangsa-bangsa besar dunia, seperti Melayu,\nCina, India, anak-anak negeri Sabah dan Sarawak, masyarakat Orang Asli dan berbagai-bagai\nlagi. Agama-agama teragung di dunia hidup bertumpu di Malaysia: Islam,\nKristian, Hindu, Buddha, dan ajaran Lao Tzu dan Kung Fu Tzu. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kedua, Bahasa\nKebangsaan yang dihayati sebagai bahasa perpaduan juga mampu memupuk\npatriotisme. Berperanan menjadi saluran perhubungan yang sihat antara satu jiwa\ndengan jiwa yang lain, Bahasa Kebangsaan berupaya menggerakkan perpaduan yang\nlebih erat di kalangan masyarakat seluruhnya. Sebahagian daripada keperibadian\ndan patriotisme kita bergantung kepada pendaulatan dan kecintaan kepada Bahasa\nKebangsaan.&nbsp; <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ketiga, pemangkin\npatriotisme berupa perkongsian nasib dalam sejarah kehidupan. Iaitu, berkongsi\ningatan dan kenang-kenangan yang sama; bersama rasa bangga bila negara berjaya;\ndan, ikut rasa malu bila gagal. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ikut serta\ndalam sentimen suka dan duka adalah mencabar untuk dilaksanakan dalam latar-belakang\nberbeza taraf sosio-ekonomi, aneka ragam ideologi politik, kepelbagaian bahasa\ndan warna-warni budaya. &nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Justeru pentingnya\nfaktor keempat iaitu, sistem pendidikan yang memupuk semangat kebersamaan. Untuk\nberkongsi pengalaman dan harapan dalam sejarah kehidupan, warga Malaysia\nperlulah sama-sama dibesarkan berasaskan budaya dan ajaran tempatan. Dengan\nitu, mereka akan menyerap perasaan hormat kepada nilai Malaysia yang berasaskan\nsopan dan santun. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Rukun\nNegara amat menekankan kesopanan dan kesusilaan sebagai nilai yang paling\npenting dalam konteks perhubungan antara warganegara dari pelbagai\nlatar-belakang. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sebaliknya,\nsifat angkuh dan menyinggung perasaan orang lain adalah dikutuk\u2014sama ada kesombongan\natas dasar harta, keangkuhan kuasa politik, mahupun cauvinisme bahasa dan\nbudaya. Berlawanan dengan patriotisme, keangkuhan hanya melahirkan perasaan\nrenggang dan terasing daripada negara sendiri.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pendidikan\nkeluarga perlulah melalui contoh dan teladan ibu-bapa yang sentiasa\nmengingatkan anak-anak akan kepentingan tanah watan. Pemimpin masyarakat dan kerajaan\njuga harus cekap dan mampu menyentuh perasaan rakyatnya. Rakyat yang dipenuhi\nkeperluannya akan menghargai jasa pertiwi yang tidak ternilai. &nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dengan\npendidikan patriotis yang sewajarnya, pasti generasi hadapan akan menghargai\nantara satu dengan yang lain, seterusnya menolak sebarang ancaman yang boleh\nmengeruhkan suasana.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Nilai-nilai\npenting masyarakat seperti Keamanan, Kedamaian dan Ketenteraman adalah antara\nanugerah tertinggi daripada Tuhan. Islam mewajibkan hubungan sesama manusia\nberdasarkan rasa belas-kasihan, kemesraan dan setia-kawan. Ia menggalakkan\nsifat berlapang dada, saling memaafkan kelemahan, bermurah hati, beramah-tamah,\ndan sukacita apabila orang lain meraih kejayaan dan kemakmuran. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Rasulullah\nSAW menganjurkan berbelas-kasihan dan sopan-santun dalam perhubungan. Baginda\nSAW bersabda, \u201cKasihilah buat manusia yang lain apa yang anda kasihi buat diri\nsendiri.\u201d&nbsp; Dalam kesempatan lain,\nRasulullah SAW menasihatkan, \u201cSesiapa yang tidak sayang kepada manusia, tidak\ndisayangi oleh Allah,\u201d dan,\u201dHati itu cinta kepada mereka yang baik kepadanya\ndan benci kepada mereka yang menyakitinya.\u201d<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Justeru\nulama mentafsirkan riwayat \u201cCintakan watan sebahagian daripada iman\u201d sebagai\nmerujuk kepada faktor belas-ihsan kepada golongan fakir-miskin yang tidak\nberdaya dan kasih-sayang sesama saudara sewarga.&nbsp; <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Islam\nagama sejagat yang mengiktiraf kepelbagaian umat manusia sebagai satu tanda\nkebesaran Allah SWT mencipta penghuni alam ini dalam pelbagai rupa dan bahasa. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Perkara\nini dijelaskan dalam al-Quran yang bermaksud: \u201cDan di antara tanda-tanda-Nya\nialah menciptakan langit dan bumi dan berlain-lainan bahasa kalian dan\nberlain-lainan pula warna kulit kalian sesungguhnya pada yang demikian itu\nbenar-benar terdapat tanda-tanda (yang menunjukkan kebijaksanaan Allah SWT)\nbagi orang-orang yang berilmu\u201d [surah al-Rum, ayat 22].<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>57 DAN 63 ialah angka istimewa Malaysia tahun ini. Negara kita mencapai kemerdekaan pada 1957, dan tahun ini menyambut ulang tahun yang ke-63. Malaysia pula dibentuk pada 1963, dan tahun ini meraikan ulang tahun yang ke-57. Merentasi angka-angka luar biasa ini ialah patriotisme: semangat cinta yang tulen kepada negara, berasaskan daya tarikan yang ada pada&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":3,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_analytify_skip_tracking":false,"_wpzoom_pinterest_image_url":"","_wpzoom_pinterest_hidden_image":"0","_wpzoom_pinterest_description":"","footnotes":""},"categories":[147],"tags":[],"class_list":["post-28087","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-utusan-malaysia","category-147","description-off"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/28087","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/3"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=28087"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/28087\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=28087"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=28087"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=28087"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}