{"id":28120,"date":"2020-09-20T09:23:18","date_gmt":"2020-09-20T01:23:18","guid":{"rendered":"http:\/\/www.ikim.gov.my\/new-wp\/?p=28120"},"modified":"2020-09-20T09:23:18","modified_gmt":"2020-09-20T01:23:18","slug":"elak-prasangka-prosak-bangsa","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/elak-prasangka-prosak-bangsa\/","title":{"rendered":"Elak Prasangka Prosak Bangsa"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Prasangka boleh ditafsirkan sebagai penghakiman awal sesuatu perkara, objek,\nindividu, atau kelompok masyarakat sebelum membuat pemeriksaan fakta sebenar.\nPrasangka seringkali melibatkan orientasi pemikiran yang negatif. Ia sukar\nuntuk diubah meskipun telah disanggah dengan fakta yang sebenar. Hal ini kerana\nperasaan itu telah berakar umbi dalam diri sehingga menafikan keterangan\nsebenar.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Disebabkan prasangka mengandungi keburukan yang besar, Allah telah melarang\nperbuatan ini. Larangan ini secara jelas disebut dalam al-Quran, surah\nal-Hujurat, ayat 12 yang bermaksud:<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Wahai orang-orang yang\nberiman! Jauhilah kebanyakan daripada sangkaan (supaya kamu tidak menyangka\nsangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian daripada sangkaan itu\nadalah dosa, dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan\nkeaiban orang, dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain.\nAdakah seseorang daripada kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati?\n(Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh\nitu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada\nAllah, sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dalam ayat di atas, Allah SWT telah menyuruh agar orang yang beriman untuk\nmenjauhi sikap prasangka. Hal ini kerana sebahagian besar prasangka yang muncul\ndalam minda ialah prasangka yang buruk. Ia berlaku akibat daripada pengaruh dan\nbisikan syaitan untuk melaga-lagakan manusia. Prasangka buruk yang muncul dalam\nhati seseorang boleh membawa pelbagai mudarat. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Apabila prasangka muncul dalam diri, ia perlu dihentikan dengan segera.\nJika tidak dihentikan, prasangka akan dituruti dengan perbuatan buruk yang\nlain. Prasangka boleh mempengaruhi perasaan dan cara layanan terhadap pihak\nyang menjadi objek sangkaan buruk tersebut. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sekiranya diperhatikan dalam ayat 12, surah al-Hujurat yang dinyatakan\nsebelum ini, larangan Allah terhadap prasangka disusuli dengan larangan\nterhadap beberapa perkara lain. Perkara lain yang dimaksudkan itu boleh berlaku\nsebagai kesan rantaian akibat daripada prasangka buruk yang sudah\nbermaharajalela dalam diri.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Prasangka buruk yang tidak dihentikan dengan serta merta boleh membawa\nkepada sikap ingin mengintip dan mencari-cari kelemahan dan keaiban orang lain.\nPerkara ini berlaku kerana prasangka buruk telah mempengaruhi fikiran dan cara\nlayanan sehingga cenderung untuk memfokuskan pada kelemahan orang lain.\nKelemahan dan keaiban itu diperbesarkan, meskipun terdapat banyak nilai positif\nyang telah ditonjokan oleh individu itu. Tidak cukup dengan itu, kelemahan berkenaan\ndicanangkan kepada pelbagai pihak lain sehingga mencetuskan gosip, umpatan, adu\ndomba, dan rasa benci.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Rasa benci yang muncul dalam diri boleh menyebabkan seseorang itu menzalimi\norang lain dan tidak berlaku adil. Berkaitan perkara ini, peringatan daripada Allah\nSWT dalam Surah al-Ma\u2019idah, ayat 8 perlu dijadikan panduan, iaitu:<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Wahai orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa\nmenjadi orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran;\ndan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu\nkepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa\njuga) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada takwa dan bertakwalah kepada\nAllah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan perkara yang\nkamu lakukan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ringkasnya, prasangka buruk yang tidak dihentikan membawa kepada banyak\nkesan negatif dalam perhubungan. Prasangka sebegini merosakkan hubungan baik\ndalam pelbagai peringkat masyarakat. Dalam intitusi keluarga, prasangka misalya\nboleh menyebabkan ketegangan hubungan antara suami dan isteri. Apabila tidak\ndibendung, prasangka boleh menjadi sebab kepada penceraian. Dalam institusi\nkejiranan, prasangka boleh membawa kepada perselisihan dalam kalangan penduduk\ndi sesebuah kawasan perumahan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dalam konteks di tempat kerja pula, prasangka boleh merencatkan kerjasama\nberpasukan, merumitkan proses kerja, dan melambatkan produktiviti. Prasangka\nburuk turut memberikan kesan negatif dalam konteks komuniti yang lebih besar.\nMisalnya, apabila melibatkan kehidupan masyarakat majmuk di Malaysia, prasangka\nburuk satu kaum terhadap satu kaum yang lain, atau satu penganut agama kepada\npenganut agama yang lain boleh membawa kepada ketegangan hubungan serta\nmencacatkan keharmonian.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sebaiknya, setiap anggota masyarakat perlu menanam sikap berbaik sangka\nterhadap orang lain. Sikap berbaik sangka merupakan sikap yang terpuji. Sikap\nini mengangkat darjat seseorang yang bersangka baik terutamanya apabila dia\nsedang berusaha berbaik sangka, dia diuji dengan pelbagai maklumat yang\ncenderung ke arah sangkaan buruk. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Saranan untuk berusaha untuk bersangka baik bertepatan dengan kata-kata\nseorang alim, iaitu Hamdun al-Qassar yang dinukilkan oleh Imam al-Baihaqi dalam\n<em>Shu\u2018ab al-Iman<\/em>. Kata-kata tersebut boleh difahami seperti berikut:<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Apabila kita berdepan kemungkinan kesilapan atau keaiban\norang, carilah 70 alasan untuk bersangka baik terhadapnya. Sekiranya hati kamu\ntidak dapat menerimanya, maka ketahuilah bahawa kekerasan hatimu itu yang perlu\ndipersalahkan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp; Berdasarkan\nkata-kata ini, tiada alasan bagi setiap individu untuk berprasangka buruk\nterhadap orang lain. Seseorang itu perlu berusaha sehabis dayanya untuk\nbersangka baik terhadap orang lain. Kegagalan untuk bersangka baik perlu\ndisandarkan pada kelemahan hati sendiri. Sikap bersangka baik perlu dilakukan\nkepada semua orang tanpa mengira bangsa, warna kulit dan agama.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp; Dalam\nkonteks masyarakat majmuk di Malaysia, sikap bersangka baik antara pelbagai\nkaum dan penganut agama perlu diterapkan sebagai usaha menjayakan kehidupan\nyang harmoni. Tahun 2020 menunjukkan usia yang sudah tua bagi kehidupan\nmasyarakat majmuk di Malaysia. Ia dilihat dengan usia kemerdekaan yang mencecah\n63 tahun dan usia penubuhan Malaysia yang mencecah 57 tahun. Sepatutnya, dalam\nusia yang sudah tua ini, sudah tiada sikap prasangka buruk kerana ia dibimbangi\nmembawa kerosakan kepada negara.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Prasangka boleh ditafsirkan sebagai penghakiman awal sesuatu perkara, objek, individu, atau kelompok masyarakat sebelum membuat pemeriksaan fakta sebenar. Prasangka seringkali melibatkan orientasi pemikiran yang negatif. Ia sukar untuk diubah meskipun telah disanggah dengan fakta yang sebenar. Hal ini kerana perasaan itu telah berakar umbi dalam diri sehingga menafikan keterangan sebenar. Disebabkan prasangka mengandungi keburukan yang&hellip;<\/p>\n","protected":false},"author":39,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_analytify_skip_tracking":false,"_wpzoom_pinterest_image_url":"","_wpzoom_pinterest_hidden_image":"0","_wpzoom_pinterest_description":"","footnotes":""},"categories":[141],"tags":[],"class_list":["post-28120","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-berita-harian","category-141","description-off"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/28120","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/39"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=28120"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/28120\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=28120"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=28120"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=28120"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}