{"id":28302,"date":"2020-11-20T09:01:11","date_gmt":"2020-11-20T01:01:11","guid":{"rendered":"http:\/\/www.ikim.gov.my\/new-wp\/?p=28302"},"modified":"2020-11-20T09:01:11","modified_gmt":"2020-11-20T01:01:11","slug":"keunggulan-rasulullah-dan-drama-islamofobia","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/keunggulan-rasulullah-dan-drama-islamofobia\/","title":{"rendered":"Keunggulan Rasulullah dan Drama Islamofobia"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Maulid al-Rasul, hari kelahiran Junjungan Besar\nNabi Muhammad S.A.W. yang lazimnya disambut umat Islam dengan perasaan gembira baru-baru\nini sedikit terganggu dengan insiden pembunuhan di Perancis, justeru menghangatkan\nkembali suhu hubungan beragama di Barat serta menyemarakkan kembali isu Islamofobia\ndi sana. &nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Yang pasti, peristiwa yang berlaku bukanlah perkara\nbaru. Malah ia seolah-olah siaran ulangan drama ngeri (<em>thriller<\/em>) dengan plot\ndan watak yang sama; provokasi karikatur Nabi Muhammad yang dilakukan atas nama\nhak asasi dan tindak balas&nbsp; kekerasan yang\ndilakukan ke atas mereka yang terlibat dengan provokasi tersebut. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Di akhir drama, pengajaran untuk dibawa pulang (<em>take\nhome message<\/em>) yang zahirkan oleh sebahagian media dan pemimpin Barat ialah\npersepsi bahawa Islam dan masyarakat Islam adalah agama yang menganjurkan\nkeganasan. Antara yang mendahului senarai pesalah ialah individu agung yang\nmemimpin agama ini iaitu Nabi Muhammad SAW.&nbsp;\n<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Hakikatnya, tindakan sama ada yang membuat\nprovokasi dan yang bertindak balas melalui jalan keganasan, kedua-duanya tidak\nmewakili hati nurani sebahagian besar masyarakat sama ada di Barat atau dalam\nkalangan Kaum Muslimin. Sebaliknya kedua-duanya adalah cerminan cara berfikir ekstremisme\nyang timbul hasil dari kejahilan, kekeliruan dan amukan perasaan yang tidak\nterkawal. Kedua-duanya tindakan tidak membantu ke arah kemajuan dan keamanan\ndunia.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Bagi yang melakukan provokasi, mereka harus dididik\nuntuk benar-benar mengenal &nbsp;Nabi Muhammad\ndari saluran dan sumber ilmu yang sebenar, bukan melalui saluran yang\nsememangnya tebal disalut dengan sifat prejudis, kebencian dan permusuhan\nterhadap Islam. &nbsp;&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Usaha menghina Nabi bukanlah satu perkara yang\nbaru. Al-Quran sendiri merakamkan sifat kebencian kaum Musyrikin terhadap Nabi,\nbukan disebabkan mereka mempunyai bukti tentang kesalahan dan keburukan Nabi,\nakan tetapi disebabkan kepentingan peribadi dan kelompok serta perasaan tidak\nselamatnya mereka dengan kedatangan Agama Islam yang dibawa Nabi Muhammad. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sepanjang sejarah ketamadunan pula, pelbagai bentuk\npenghinaan telah dilontar kepada Nabi dengan tujuan untuk merendah-rendahkan\nbaginda serta agama Islam yang sedang pesat berkembang dan menyaingi dominasi\nagama dan peradaban yang sedia ada. &nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">John V. Tolan dalam kajiannya, <em>Faces of Muhammad<\/em>\ntelah mengetengahkan pandangan pelbagai kelompok di zaman pertengahan di Barat\ntentang Nabi Muhammad. Bermula dari tuduhan Nabi Muhammad sebagai Tuhan berhala\ngolongan Saracens (<em>Saracen idolatory<\/em>), ahli sihir yang menyesatkan, Nabi\npalsu (<em>pseudo prophet<\/em>), Nabi orang-orang Turki dan pelbagai gelaran lain.\n<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Tidak kurang juga kemudiannya timbul\ngelaran-gelaran yang lebih positif kepada baginda (terutama selepas perkembangan\nperadaban Islam dalam bidang ilmu) seperti gelaran Nabi Pencerahan (<em>Enlightenment\nProphet<\/em>), pemimpin berwawasan (<em>visionary leader<\/em>), negarawan, hakim\ndan hero.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dalam kesimpulannya, J.V. Tolan sendiri mengakui\nbahawa pelbagai pandangan terhadap Nabi Muhammad tidak lain menggambarkan betapa\nbaginda terus relevan kepada Dunia Barat dan Eropah hingga ke hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Hari ini dengan kepesatan teknologi maklumat dan peranan\nmedia yang begitu penting dalam membentuk persepsi manusia, provokasi\npenghinaan terhadap Nabi Muhammad &nbsp;di zahirkan\ndi sebalik topeng hak asasi manusia dan kebebasan bersuara. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Apa yang kurang disedari oleh ejen provokasi ini\nialah hakikat bahawa tiada hak asasi dan kebebasan manusia yang bersifat mutlak.\nMortimer J. Adler, ahli falsafah Amerika yang terkenal, ketika membahaskan\nmakna kebebasan menyatakan bahawa kebebasan (<em>freedom<\/em>) adalah konsep yang\nrumit dan bermasalah lantaran pelbagai takrif dan teori mengenainya yang\ndiketengahkan oleh para ahli falsafah yang bertentangan antara satu sama lain. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Beliau yang menulis\nkajian mendalam berkaitan <em>The Idea of Freedom<\/em> berkesimpulan bahawa tidak\nada yang dinamakan kebebasan mutlak apabila ia dikaitkan dengan manusia: <em>When\nwe use the word \u2018independence\u2019 as a synonym for the freedom, we attribute to a\nfinite being, we must, therefore, mean a relative independence or independence\nin a certain respect, not in all respects or absolutely<\/em>.&nbsp; <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Justeru yang membuat provokasi harus belajar\ndimana batas hak asasi manusia terutama dalam konteks hubungan antara tamadun\ndan peradaban dan memahami keperluan terhadap hidup bersama dengan aman (<em>peaceful<\/em>\n<em>co-existence<\/em>). Malah jalan terbaik ialah untuk mereka&nbsp; belajar sendiri dari insan yang mereka telah\nhina dan karikaturkan dengan melihat secara objektif dan melalui sumber yang\nsahih, bagaimana individu ini telah berjaya mengembangkan satu ajaran agama yang\nberpaksikan nilai-nilai akhlak yang unggul.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sementara itu, bagi sekelompok kecil masyarakat Islam\nyang bertindak balas dengan menggunakan kekerasan pula, mereka juga harus diajar\nbahawa tindakan mereka juga tidak menyumbang kepada apa-apa kemajuan terutama\ndalam konteks keamanan dunia dan kesejahteraan hidup rakan-rakan semuslim\nmereka di Barat. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Mereka juga mungkin lupa bahawa ada cara lain yang\nboleh dilakukan untuk menyatakan kemarahan masyarakat Islam tanpa melakukan\nsesuatu yang akan menambah minyak kepada api Islamofobia yang sedang membakar\ndi Barat.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Walau apapun yang berlaku, satu perkara yang pasti,\nsetiap kali tibanya hari Maulid al-Rasul, di sebalik pelbagai tohmahan palsu yang\ncuba dilontarkan terhadap baginda, kasih sayang Kaum Muslimin terhadap\nJunjungan Besar Nabi Muhammad ternyata semakin menebal dan mendalam. &nbsp;Selawat dan Salam atas Junjungan Mulia\nSayyiduna Muhammad, juga kepada ahli keluarga baginda dan sekalian para\nSahabat.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Maulid al-Rasul, hari kelahiran Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W. yang lazimnya disambut umat Islam dengan perasaan gembira baru-baru ini sedikit terganggu dengan insiden pembunuhan di Perancis, justeru &#8230;<\/p>\n","protected":false},"author":4,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_analytify_skip_tracking":false,"_wpzoom_pinterest_image_url":"","_wpzoom_pinterest_hidden_image":"0","_wpzoom_pinterest_description":"","footnotes":""},"categories":[141],"tags":[],"class_list":["post-28302","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-berita-harian","category-141","description-off"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/28302","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/4"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=28302"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/28302\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=28302"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=28302"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=28302"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}