{"id":28304,"date":"2020-11-20T09:03:46","date_gmt":"2020-11-20T01:03:46","guid":{"rendered":"http:\/\/www.ikim.gov.my\/new-wp\/?p=28304"},"modified":"2020-11-20T09:03:46","modified_gmt":"2020-11-20T01:03:46","slug":"ketidaksuburan-tekanan-perasaan-teknologi-dan-fatwa","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/ketidaksuburan-tekanan-perasaan-teknologi-dan-fatwa\/","title":{"rendered":"Ketidaksuburan, Tekanan Perasaan, Teknologi dan Fatwa"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Salah satu tujuan perkahwinan ialah untuk mendapatkan zuriat dan\nketurunan.&nbsp; Allah berfirman dalam al-Quran\nyang bermaksud, \u201cTuhan telah menjadikan dari diri-diri kamu itu pasangan\nsuami-isteri, dan daripada pasangan suami-isteri itu pula anak-anak dan\ncucu-cicit (keturunan).\u201d (Surah an-Nahl: 72)<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dalam Al-Quran juga disebutkan bahawa anak-anak adalah \u201cperhiasan kehidupan\ndunia\u201d (Surah al-Kahf: 46); bantuan daripada Allah (Surah al-Isra\u2019: 6); dan,\ncahaya mata (Surah al-Furqan: 74).&nbsp; Ini\nbermaksud, anak-anak ialah anugerah Allah untuk menyempurnakan hidup pasangan\nsuami-isteri.&nbsp; Dalam pada itu, ibu bapa juga\nharus sedar bahawa anak-anak merupakan ujian untuk kedua ibu bapanya (Surah\nat-Taghabun: 15).<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Keinginan untuk memiliki anak ialah satu naluri semula jadi manusia. Bukan\nsahaja pasangan yang berkahwin mengharapkan mereka mendapat anak, ibu bapa,\nkaum keluarga dan kawan-kawan mereka juga berharap perkahwinan itu dikurniai\ndengan cahaya mata.&nbsp; <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kajian menunjukkan bahawa sama ada anda di Turki, Bangladesh mahupun\nMalaysia, jika anda telah berkahwin selama setahun dan masih belum hamil,\norang-orang di sekeliling anda akan mula bertanya, &#8220;Kamu tak mengandung\nlagi?\u201d atau \u201cBilakah nak beranak ni?&#8221; atau \u201c\u201dKamu berdua tak pergi berubat,\nke?\u201d Soalan-soalan ini, walaupun berniat baik, ia amat menekan perasaan pasangan\nsuami-isteri tadi.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ketidaksuburan bermaksud kegagalan untuk hamil selepas setahun melakukan hubungan\nkelamin secara tetap tanpa menggunakan pelindung. Masalah ini dikatakan melanda\n10-15 peratus pasangan di usia reproduktif.&nbsp;\nDianggarkan sepertiga masalah berpunca daripada lelaki, sepertiga lagi\ndaripada perempuan dan bakinya berpunca dari kedua-dua lelaki dan perempuan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ketidaksuburan ialah satu masalah kesihatan. Namun, ia boleh menjadi masalah\npsikologi kerana salah seorang daripada pasangan tadi atau kedua-duanya berasa\ntertekan dengan masalah tersebut dan tertekan dengan sikap orang sekeliling yang\ntidak berhenti bertanya dan mungkin melabel mereka sebagai mandul atau\nstigma-stigma sosial yang lain. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dari satu masalah kesihatan, ia menjadi masalah psikologi dan seterusnya\nmenjadi masalah sosial apabila pasangan tadi atau salah seorang daripada mereka,\ndalam usaha untuk menguruskan tekanan itu, mula mengelak untuk hadir ke\nmajlis-majlis sosial agar tidak berhadapan dengan soalan-soalan yang menyesakkan\nfikiran mereka. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sebagai orang Islam, kita percaya bahawa mandul atau tidak itu ialah ketentuan\nAllah SWT dan ia mempunyai hikmahnya yang tersendiri.&nbsp; Ini jelas dalam firman Nya yang bermaksud, \u201c<em>Dia mengurniakan kepada siapa yang disukaiNya\nanak perempuan, dan kepada siapa yang disukai-Nya anak lelaki.&nbsp; Ataupun diberikan-Nya mereka pasangan lelaki\ndan perempuan, kemudian dijadikan-Nya siapa yang disukai-Nya mandul,\nsesungguhnya Dia Amat Tahu lagi Amat Berkuasa<\/em>.\u201d (Surah Asy-Syura: 50)<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Namun ia bukanlah penghalang untuk para saintis mencari kaedah untuk\nmengubati masalah ini. Ia juga tidak menghalang kita untuk memanfaatkan\nteknologi tersebut. Dengan perkembangan sains, pelbagai teknologi reproduktif\nberbantu (<em>Assisted Reproductive Technology<\/em>\n&#8211; ART) telah dihasilkan untuk membantu pasangan yang mengalami masalah\nketidaksuburan untuk mendapatkan anak.&nbsp; <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Rawatan yang terbaik\nbergantung kepada situasi individu serta punca ketidaksuburan itu.&nbsp; Bagi sesetengah pasangan, hanya satu pihak yang\nmemerlukan rawatan. Namun, bagi pasangan yang lain, kedua-dua pihak perlu dirawat.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Rawatan kesuburan ini termasuk pengambilan ubat-ubatan yang merangsang hormon\ndan pengovuman. Kadangkala ia di kombinasi dengan prosedur yg memudahkan sperma\nuntuk mempersenyawakan telur, dan membantu telur untuk melekat di dinding rahim.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dua rawatan kesuburan yang biasa digunakan ialah Inseminasi Intrauterine\n(<em>Intrauterine Insemination &#8211; <\/em>IUI) dan\nPersenyawaan in vitro (<em>In Vitro Fertilization<\/em>\n&#8211; IVF).&nbsp; IUI ialah prosedur di mana\nsperma yang sihat diletakkan ke dalam rahim isteri semasa pengovuman.&nbsp; Manakala IVF ialah prosedur di mana telur dikeluarkan\ndari ovari dan disenyawakan dengan sperma dalam makmal untuk menghasilkan\nembrio yang kemudiannya diletakkan di rahim isteri.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Selain itu, terdapat juga prosedur pengkrioawetan (<em>cryopreservation<\/em>) di mana telur, sperma dan embrio dibekukan untuk\nkegunaan pada masa hadapan. Ada juga orang yang mendermakan sperma dan telur\nmereka untuk kegunaan pasangan lain.&nbsp; Begitu\njuga, ada yang menjadi ibu tumpang untuk mengandungkan anak orang lain. &nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kehadiran teknologi seumpama ini amat dialu-alukan. Namun, sebagai orang\nIslam, tidak semua teknologi ini dapat dimanfaatkan.&nbsp; Ini kerana dalam Islam, sebarang teknik yang\nmelibatkan benih manusia perlu mematuhi garis panduan tertentu berdasarkan\nkepada prinsip kemuliaan manusia dan pemeliharaan nasab.&nbsp; Oleh itu, fatwa diperlukan untuk memandu\nummah memilih teknologi yang patuh syariah.&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;\n<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Fatwa-fatwa di Malaysia yang menyentuh tentang ART ini mengharuskan rawatan-rawatan\nini dimanfaatkan dalam konteks perkahwinan.&nbsp;\nIni bermaksud, jika telur dan sperma itu diambil dengan cara yang\nterhormat daripada pasangan yang berkahwin dan ia disenyawakan ketika pasangan\ntadi masih berkahwin, maka rawatan tersebut dibenarkan.&nbsp; Namun jika sperma dan telur itu diambil di\nluar perkahwinan atau disenyawakan di luar perkahwinan \u2013 selepas pasangan\nbercerai atau salah seorangnya telah meninggal dunia, maka ia adalah haram.&nbsp; Fatwa di Malaysia juga mengharamkan penggunaan\nibu tumpang.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Fatwa-fatwa seperti ini amat membantu pasangan Muslim yang mengalami\nmasalah ketidaksuburan untuk memilih jenis rawatan yang patuh syariah.&nbsp; Namun, melihat kepada perkembangan ART yang\npesat serta situasi masyarakat yang berbeza kini, fatwa-fatwa baru sentiasa\ndiperlukan untuk memandu ummah mengatasi masalah ketidaksuburan serta kesan\npsikologi dan sosial yang diakibatkannya.&nbsp;\n<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Salah satu tujuan perkahwinan ialah untuk mendapatkan zuriat dan keturunan.  Allah berfirman dalam al-Quran yang bermaksud, \u201cTuhan telah menjadikan dari diri-diri kamu itu pasangan &#8230;<\/p>\n","protected":false},"author":38,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_analytify_skip_tracking":false,"_wpzoom_pinterest_image_url":"","_wpzoom_pinterest_hidden_image":"0","_wpzoom_pinterest_description":"","footnotes":""},"categories":[147],"tags":[],"class_list":["post-28304","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-utusan-malaysia","category-147","description-off"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/28304","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/38"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=28304"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/28304\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=28304"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=28304"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=28304"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}