{"id":28319,"date":"2020-11-25T16:19:31","date_gmt":"2020-11-25T08:19:31","guid":{"rendered":"http:\/\/www.ikim.gov.my\/new-wp\/?p=28319"},"modified":"2020-11-25T16:19:31","modified_gmt":"2020-11-25T08:19:31","slug":"arak-menghalang-usaha-merealisasi-maslahah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/arak-menghalang-usaha-merealisasi-maslahah\/","title":{"rendered":"Arak Menghalang Usaha Merealisasi Maslahah"},"content":{"rendered":"<p><br \/><br \/><!--StartFragment--><\/p>\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dalam satu kajian yang dibuat\noleh Singh et. al (2020) ke atas 326 responden \u2013 yang terdiri daripada 103 :\nMelayu; 111: Cina dan 112: India \u2013 bagi melihat corak pengambilan alkohol dan\nrisiko-risiko tingkah laku yang berkaitan dengannya dalam kalangan millennial\ndi Lembah Klang mendapati 47.5% daripada mereka mengaku meminum arak. Daripada\nangka ini 20% yang dikaji mengaku mereka merupakan <em>binge drinkers<\/em> yakni\nmereka yang minum dalam kuantiti yang banyak pada satu-satu masa sehingga mabuk\natau memudaratkan. Antara risiko tingkah laku yang dikaitkan dengan pengambilan\nalkohol dalam kajian Singh et.al ini ialah memandu dalam keadaan mabuk,\nbergaduh, terlibat dalam hubungan seks secara paksa dan masalah merokok. Apa\nyang mendukacitakan ialah kajian Singh et.al ini mendapati 8% daripada <em>binge\ndrinkers<\/em> ialah golongan millennial Melayu. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sebagai sebuah negara yang dihuni\nsecara majoriti orang Islam, gejala minum arak tidak seharus berlaku\nterutamanya dalam kalangan orang Islam. Namun dapatan kajian ini dan beberapa\nkajian menunjukkan masalah ini berlaku dan lebih mengejutkan ia turut\nmembabitkan golongan pelajar dan generasi muda. Ini merupakan satu hakikat yang\nsukar diterima kerana hukum meminum minuman yang memabukkan adalah jelas sekali\ndi sisi Islam iaitu haram. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ketegasan Islam dalam pengharaman\narak kerana kemudaratan yang dihasilkannya ialah satu bentuk peraturan yang\nbersandarkan kepada justifikasi yang kukuh dan rasional. Dalam al-Quran,\nminuman yang memabukkan dirujuk sebagai <em>khamr<\/em>. Dalam surah al-Maidah\nayat ke-90, Allah SWT menggambarkan <em>khamr<\/em> ini sebagai <em>al-rijs<\/em>\nyakni kotoran\/najis yang termasuk dalam perbuatan syaitan dan merupakan\npencetus kepada permusuhan <em>(al-\u2018adawah)<\/em> dan benci membenci <em>(al-baghda\u2019).<\/em>\nHal ini berlaku kerana apabila seseorang itu mabuk maka dia akan kehilangan\nkewarasan. Dari sini akan lahir pula pelbagai perkataan dan perbuatan buruk\nyang menyakiti hati manusia yang akhirnya memungkinkan berlaku pembunuhan,\npukul memukul, rompakan, kefasikan, penyebaran rahsia dan pengkhianatan\nterhadap pemerintah dan negara (Al-Maraghiy, 4:1690-1691, Hamka, 7:40).<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Justifikasi pengharaman\narak oleh Islam ini turut disokong oleh kajian-kajian semasa yang mengaitkan\nkesan bahaya pengambilan arak ke atas peminum dan persekitaran peminum tadi\nserta masyarakat keseluruhan. Kesan-kesan ini termasuklah kesan-kesan sosial\ndan kesan-kesan ekonomi. Kesan-kesan sosial yang dimaksudkan di sini merujuk\nkos yang terpaksa ditanggung oleh masyarakat dan persekitaran si peminum yakni\nia tidak secara eksklusif ditanggung oleh peminum arak tadi sahaja \u2013 seperti\nkos membeli alkohol untuk kegunaannya. Kos sosial ini lebih menjurus kepada\nkesan ke atas kesejahteraan masyarakat. Antara contoh-contoh kesan sosial ialah\nkemalangan jalan raya, masalah di tempat kerja, kemiskinan, kesihatan,\nkeganasan rumah tangga, kegagalan melaksanakan peranan sosial terhadap keluarga\ndan sebagainya. Seterusnya kesan sosial ini akan memberi impak negatif terhadap\naspek ekonomi secara keseluruhan. Hal ini wujud kerana aspek sosial merupakan\nunsur penting yang boleh mempengaruhi produktiviti dan mutu penghasilan kerja\nmasyarakat dan negara. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Di Malaysia, dapatan kajian\ndan kutipan data-data yang dibuat oleh Assunta, Institut Penyelidikan\nKeselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dan\nKementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut senada dengan dapatan-dapatan kajian\nyang dilakukan di peringkat antarabangsa tentang perkara ini. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kajian yang dibuat oleh\nAssunta pada 2001 menunjukkan bahawa penagihan arak merupakan faktor utama yang\nmemburukkan lagi masalah kemiskinan dalam kalangan masyarakat terutama kaum\nIndia yang bekerja sebagai buruh di ladang getah dan kelapa sawit. Dalam\nsebulan pekerja-pekerja ladang ini boleh membelanjakan hampir keseluruhan gaji mereka\nbagi membeli arak. Ketagihan arak ini kemudiannya memporak-perandakan institusi\nkeluarga dan kebiasaannya kaum wanita dan anak-anak menjadi mangsa yang\nterpaksa menanggung penderitaan ini yang wujud dalam bentuk penderaan dan juga\npengabaian. Data Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menunjukkan sebanyak 5.3%\nkes keganasan rumah tangga dan 4,5% kes penderaan anak-anak berpunca daripada\nalkohol (Mastura, 2016).&nbsp; <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Selain memburukkan isu\nkemiskinan dan menyebabkan rumah tangga porak-peranda, pengambilan arak juga\nmerupakan antara penyebab berlaku kemalangan jalan raya di Malaysia. Menurut\nInstitut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) pemandu mabuk 13\nkali lebih berkemungkinan menyebabkan kemalangan berbanding pemandu yang tidak\ndi bawah pengaruh alkohol. Menurut statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM), bagi\ntempoh 2014 sehingga 2018, sebanyak 637 kematian yang berpunca daripada\nkemalangan yang membabitkan pemandu yang memandu di bawah pengaruh alkohol direkodkan.\n<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Berdasarkan Tinjauan Kebangsaan\nKesihatan dan Morbiditi 2019 (NHMS 2019) yang dibuat oleh Institut Kesihatan\nUmum, KKM, 11.8% daripada penduduk Malaysia mengambil alkohol di mana 45.8%\ndaripada angka ini mengambil alkohol secara mudarat\/sehingga mabuk.&nbsp; NHMS 2019 ini turut melaporkan pengambilan\nalkohol dalam kalangan rakyat Malaysia juga menjadi penyebab kepada kematian\nakibat kemalangan jalan raya iaitu 17.6% dalam kalangan lelaki dan 10.9% dalam\nkalangan wanita, sirosis hati (lelaki,16.8%; wanita,16.2%) dan juga kanser (lelaki,\n2.2%, wanita, 0.6%). Selain itu, terdapat data-data kemasukan ke\nhospital-hospital di bawah KKM yang menunjukkan 48% daripada kes kemasukan ke\nhospital akibat kecelaruan mental dan tingkah laku yang berpunca dari\npengambilan bahan psikoaktif <em>(mental and behavioural disorder due to\npsychoactive substance) <\/em>adalah berpunca daripada pengambilan alkohol.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Arak turut menjadi punca\nkepada pergaduhan dan perbalahan baik dalam kalangan keluarga mahupun dalam\nkalangan masyarakat dan kaum. Data yang dikeluarkan oleh JKM menunjukkan\nsepanjang 2008 hingga 2010 terdapat 281 kes pergaduhan kaum yang berpunca\ndaripada arak. Walaupun ini merupakan data lain, namun masalah pergaduhan kaum bukan\nsesuatu yang boleh dipandang ringan memandangkan Malaysia ialah sebuah negara\nmajmuk. Sebarang ketegangan kaum yang berterusan boleh menyebabkan agenda\npembangunan negara terbantut. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Islam mengharamkan penganutnya meminum arak. Meskipun al-Quran mengakui\nmanfaat yang ada pada arak, namun pada masa yang sama ia juga menegaskan bahawa\nmudarat yang terhasil daripada pengambilan arak ini adalah lebih besar\nberbanding dengan manfaatnya. Hikmah pengharaman arak mempunyai kaitan dengan\naspek penjagaan akal <em>(hif<\/em><em>z al-aql<\/em><em>)<\/em> yang terkandung dalam <em>maqasid al-syariah<\/em>.\nApabila manusia hilang kewarasan akal, maka pelbagai kesan buruk yang akan\ntimbul. Dari hanya kesan ke atas penjagaan akal, kemudaratan arak menular\nkepada aspek penjagaan agama, keturunan, jiwa dan harta. Di sini impak negatif\npengambilan arak dimanifestasikan, antara lain menerusi keganasan rumah tangga,\nkemalangan jalan raya, kemiskinan, pergaduhan, masalah kesihatan dan juga masalah\nprestasi kerja. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dengan\nkata lain pengharaman arak oleh Islam adalah bersandarkan\nkepada justifikasi yang kukuh, rasional dan boleh diterima oleh mereka yang\nmempunyai akal yang waras baik dia seorang Muslim atau bukan Islam iaitu arak\nboleh menghilangkan <em>maslahah<\/em> atau\nunsur kebaikan dalam kehidupan manusia. Mungkin sudah tiba masanya kita melihat\nkembali aspek perundangan (syariah dan sivil), peraturan penjualan dan\npenguatkuasaan yang berkaitan dengan arak ini yang dilihat mempunyai ruang yang\nboleh ditambah baik bagi memastikan isu pengambilan arak dalam kalangan ahli\nmasyarakat dapat ditangani demi mewujudkan satu bangsa yang sihat dan\nsejahtera.<\/p>\n\n\n<p><!--EndFragment--><br \/>\n<br \/>\n<\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Dalam satu kajian yang dibuat oleh Singh et. al (2020) ke atas 326 responden \u2013 yang terdiri daripada 103 : Melayu; 111: Cina dan 112: India \u2013 bagi melihat corak pengambilan alkohol dan risiko-risiko tingkah laku yang &#8230;<\/p>\n","protected":false},"author":18,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_analytify_skip_tracking":false,"_wpzoom_pinterest_image_url":"","_wpzoom_pinterest_hidden_image":"0","_wpzoom_pinterest_description":"","footnotes":""},"categories":[141],"tags":[],"class_list":["post-28319","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-berita-harian","category-141","description-off"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/28319","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/18"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=28319"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/28319\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=28319"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=28319"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=28319"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}