{"id":28323,"date":"2020-12-04T09:27:44","date_gmt":"2020-12-04T01:27:44","guid":{"rendered":"http:\/\/www.ikim.gov.my\/new-wp\/?p=28323"},"modified":"2020-12-04T09:27:44","modified_gmt":"2020-12-04T01:27:44","slug":"daging-eksotik-pandemik-zoonotik","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/daging-eksotik-pandemik-zoonotik\/","title":{"rendered":"Daging Eksotik, Pandemik Zoonotik"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">VIRUS korona kuman COVID-19 dipercayai\nberasal dari hidupan liar seperti kelawar, yang dijual di pasar makanan laut Hubei,\nWuhan, China. Walaupun kerajaan China melarang keras perdagangan tempatan haiwan\nliar, Rupert Wingfield-Hayes, wartawan BBC di Beijing, melaporkan pada 29 Jun\n2002 lagi bahawa margasatwa eksotik merupakan makanan biasa golongan berada\ndalam sejarah China. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Di bandaraya\nShanghai 1,000 tan ular dimakan setiap tahun. Bandar Nanning yang terletak jauh\ndi barat-daya bersempadankan Vietnam bangga dengan santapan menyelerakannya daripada\nkura-kura, beludak dan burung hantu hinggalah kepada burung helang, monyet,\nberuang, musang-jebat dan tenggiling. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Amerika Syarikat pula\nmerupakan pengimport terbesar hasil produk haiwan liar China yang digunakan\ndalam resipi perubatan, seperti musang dan memerang. &nbsp;Bayangkan: disebabkan manusia ingin melahap\ndaging eksotik, pandemik COVID-19 telah meragut lebih 1.5 juta nyawa dan tular\nmenjangkiti 60 juta pesakit di serata negara. &nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Tamadun Islam\nberjasa besar mengurangi dan mencegah punca wabak zoonotik hidupan liar sepanjang\n1,400 tahun yang sudah melalui disiplin pemakanan, kebersihan dan kesihatan. Meskipun\nal-Qur\u2019an menyatakan \u201csesungguhnya Allah memberikan rezeki kepada sesiapa yang\ndikehendaki-Nya dengan tidak dikira\u201d [3:37], rezeki itu terbahagi kepada dua:\npertama, apa yang Allah tegah yang diistilahkan \u2018haram\u2019; kedua, bahagian\nbakinya yang \u2018halal\u2019. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Firman-Nya, \u201cWahai\norang-orang yang beriman, makanlah antara rezeki yang baik-baik (<em>min\ntayyib\u0101t<\/em>) yang Kami berikan kepadamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika\nbenar-benar hanya kepada-Nya kamu menyembah\u201d [2:172]. Berdasarkan ayat ini,\nwalaupun rezeki itu terdiri daripada yang halal dan yang haram, Allah\nmemerintahkan kita supaya memakan bahagian rezeki yang halal dan menyihatkan sahaja.\n<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp; Oleh\nkerana kita dilarang memakan yang haram, sebahagian ilmuwan Islam enggan mengistilahkan\nmakanan yang haram sebagai \u201crezeki daripada Allah\u201d. Untuk menjaga adab, memadailah\nkita memanggil makanan yang haram sebagai \u201crezeki\u201d, tanpa menisbahkannya kepada\nAllah. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sebaliknya,\n\u201crezeki daripada Allah\u201d itu definisinya segala yang \u2018halal\u2019 lagi \u2018menyihatkan\u2019:\n\u201cMakanlah dari rezeki yang telah dikurniakan Allah kepadamu, yang halal lagi\nmenyihatkan (<em>tayyib<\/em>) dan bertakwalah kepada Allah yang kepada-Nya sahaja\nkamu beriman\u201d [5:91].<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp; Rezeki\nhalal merupakan \u201cbahagian yang ditinggalkan oleh Allah\u201d buat mereka yang\nberiman: \u201cBahagian yang ditinggalkan (atau disisakan) oleh Allah (<em>baqiyyatullah<\/em>)\nuntukmu adalah lebih baik bagimu [daripada bahagian rezeki yang haram], jika\nbetul kamu orang-orang yang beriman\u201d [11:86].<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp; Sesuatu\nyang haram untuk dimamah oleh seseorang mukallaf mengandaikan keadaan normal. Sebaliknya,\njika kelangsungan hidup terpaksa bergantung kepada memakan yang ditegah, maka\ndihalalkan menyuapinya sekadar hajat di waktu kejadian dan diangkatkan hukum\ntegahan darinya [al-Qur\u2019an, 2:173; 6:145; 16:115; 6:119].<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp; Wahyu\nterakhir al-Qur\u2019an mengenai Kesempurnaan Islam [5:3] didahului dengan penjelasan\ntentang pemakanan halal. Justeru Profesor Dr Hamidullah&nbsp; menyimpulkan sesungguhnya makanan yang halal\ndan sihat ialah asas peradaban yang menghembus kesegaran kepada hati, sementara\nmakanan yang haram dan bahaya akan meracuni kekuatan rohaniah, agama dan tamadun.\n<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Rasulullah SAW menegaskan\nbahawa \u201cmencari yang halal itu merupakan fardu atas tiap-tiap orang Muslim.\u201d Kerana\nitu al-Imam al-Ghazali telah mengkhususkan satu bab \u201cKitab Halal dan Haram\u201d\ndalam karya agungnya <em>Ihya\u2019 \u2018Ulum al-Din<\/em>. Beliau menghuraikan makan-minum\nyang haram mencakupi pendapatan hasil penyelewengan kuasa dan pecah amanah. Karya\ntersebut telah diterjemahkan oleh Yusuf Talal DeLorenzo, sarjana kewangan Islam\ndi Amerika Syarikat. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp; Islam\nmengharamkan sebarang makanan yang mendatangkan mudarat terhadap kehidupan, kesihatan\ndan akal, seperti ganja, khamar, segala yang memabukkan dan racun\u2014termasuklah\nmakanan basi penyebab keracunan, kaca, debu, pemakanan ubat bukan pada waktu\natau sukatan dos yang memudaratkan, dan penyalahgunaan\nopioid.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Al-Qur&#8217;an\nseterusnya mengharamkan makan bangkai, darah, daging babi, binatang yang\ndisembelih tidak kerana Allah, dan&nbsp;\nhaiwan jenis halal tetapi mati bukan dengan jalan sembelihan yang cukup\nsyaratnya sebaliknya mati tercekik, mati dipukul, mati jatuh dari tempat yang\ntinggi, mati ditanduk atau mati dikerkah binatang buas [5:4; 2:173; 6:145;\n16:115]. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ada pula jenis\nhaiwan yang haram berdasarkan hadith-hadith Nabi SAW, seperti baghal, keldai\npeliharaan, binatang ganas pemangsa, dan burung buas penyambar mangsa. Syariah\nmelarang memakan hidupan dua-alam (amfibia) seperti katak dan reptilia seperti\nbuaya. Turut diharamkan serangga jijik seperti lalat, semut, lipas dan kala.\nMenurut Murtada al-Zabidi (m. 1791), tradisi kesarjanaan Islam tentang pemakanan\nbercirikan kesepaduan antara ilmu syariah dengan sains zoologi seperti karya\nIbn al-\u2018Imad al-Aqfahsi yang bertajuk <em>Kitab fi ma\nyahillu min al-Hayawanat wa ma la yahillu<\/em>. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Malah wujud\nkarangan lebih besar oleh pakar zoologis merangkap faqih bernama al-Mudiri,\niaitu <em>Kitab al-Hayawan <\/em>yang sarat dengan hukum-hakam pemakanan haiwan eksotik,\nyang aneh dan jarang dikenal. Karya ini telah diringkaskan oleh Jalaluddin\nal-Suyuti (m. 1505) dengan judul baru <em>Diwan al-Hayawan<\/em>.&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp; <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp; Syariah\nIslam turut memerintahkan kaedah higienik digunapakai sewaktu penyembelihan\nhaiwan seperti pisau yang tajam tanpa karat, penyembelih yang mahir, cermat,\ndan tepat. Pengharaman darah mensyaratkan supaya darah dikering dan dihilangkan\nterlebih dahulu daripada haiwan sembelihan sebelum boleh dimakan. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp; Islam\nyang terbit di Semenanjung Arab telah menghalalkan sebahagian daripada makanan\nlazim Arab semenjak zaman sebelum kelahiran Rasulullah SAW. Antara santapan\nbangsa penggembala di dusun, padang pasir dan taburan oasis termasuklah unta,\nbanteng, kuda belang, <em>dabb<\/em> (spesies <em>Uromastix spinipes<\/em>), arnab, puyuh,\nlandak susu (<em>Erinaceinae<\/em>), marmut, kijang (<em>Gazella<\/em>), kuda dan\nburung unta. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Turut dihalalkan\nialah segala jenis ikan, haiwan laut, hidupan air; dan serangga dengan\nmengambil kias halalnya belalang sebagai haiwan yang tidak mempunyai darah yang\nmengalir. Syaratnya hidupan air serta insekta tersebut tidak jijik dan tidak\nmemudaratkan kesihatan badan dan fikiran.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>VIRUS korona kuman COVID-19 dipercayai berasal dari hidupan liar seperti kelawar, yang dijual di pasar makanan laut Hubei, Wuhan, China. Walaupun kerajaan China melarang keras perdagangan tempatan haiwan liar, &#8230;<\/p>\n","protected":false},"author":3,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_analytify_skip_tracking":false,"_wpzoom_pinterest_image_url":"","_wpzoom_pinterest_hidden_image":"0","_wpzoom_pinterest_description":"","footnotes":""},"categories":[147],"tags":[],"class_list":["post-28323","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-utusan-malaysia","category-147","description-off"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/28323","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/3"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=28323"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/28323\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=28323"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=28323"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=28323"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}