{"id":28333,"date":"2020-12-14T10:39:56","date_gmt":"2020-12-14T02:39:56","guid":{"rendered":"http:\/\/www.ikim.gov.my\/new-wp\/?p=28333"},"modified":"2020-12-14T10:39:56","modified_gmt":"2020-12-14T02:39:56","slug":"ikhtiar-vaksin-menghadapi-krisis-pandemik-ibrah-al-quran","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/ikhtiar-vaksin-menghadapi-krisis-pandemik-ibrah-al-quran\/","title":{"rendered":"Ikhtiar vaksin menghadapi krisis pandemik: Ibrah Al-Quran"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kesan pandemik Covid-19 amat mempengaruhi dan telah mengubah\nlandskap kesihatan awam, psikologi, tingkah laku dan aktiviti sosial serta pembangunan\nekonomi masyarakat. Masyarakat Malaysia turut merasai gelombang yang sama. Di\nsebalik pandemik yang sedang melanda, wujudnya perasaan paranoid yang perlu\ndihadapi oleh setiap individu malah implikasinya menjadi semakin parah disebabkan\nkemunculan pelbagai spekulasi mengenai maklumat Covid-19 yang masih belum dapat\ndipastikan kesahihannya beredar dalam kalangan masyarakat.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Coronavirus kini telah menunjukkan kriteria pantas\nbermutasi untuk beradaptasi dengan pelbagai situasi epidemiologi dan status\nimuniti sistem badan perumah. Kadar mortaliti dan morbiditi terus meningkat\nsaban hari disebabkan ketiadaan rawatan yang berkesan untuk pesakit. Justeru,\nlonjakan kes penularan jangkitan kini hampir dialami oleh semua peringkat usia\ndan berupaya mengancam nyawa. Keadaan ini menyebabkan ramai yang menaruh\nharapan dengan keberkesanan penemuan vaksin Covid-19. Vaksin tersebut juga\nmencetuskan keterujaan di semua peringkat lapisan masyarakat yang menanti agar\nada sinar kemujaraban malah menjamin tahap keselamatan yang boleh mengubah\nsituasi pandemik dunia ke arah yang lebih baik dan sejahtera.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pembangunan dan penghasilan vaksin terapeutik dan ubat\nantivirus spesifik sudah pasti bukanlah sesuatu yang mudah dan mengambil masa\nkerana perlu melalui beberapa fasa ketat dan menyeluruh sebelum disahkan\nkeberkesanan dan keselamatannya. Vaksin ialah usaha manusia untuk mencegah dan\nmengubati penyakit tersebut melalui pemerhatian dan pengkajian empirikal. Sebagai\numat Islam, sudah pasti mempercayai bahawa Allah SWT yang berkuasa menyembuhkan\nsegala penyakit. Setelah segala usaha dilaksanakan, maka urusan tersebut\ndiserahkan sebulatnya kepada Allah (Ya Musabbib).<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Wabak Covid-19 merupakan sesuatu yang boleh difikirkan\ndan dinilai untuk mencari solusi terbaik sebagai suatu usaha yang mungkin boleh\nmenyelamatkan ramai nyawa manusia dan bukan bersifat kepentingan individu. Sepertimana\nfirman Allah dalam surah al Maidah ayat 32 yang membawa maksud \u201cdan sesiapa\nyang menjaga keselamatan hidup seorang manusia, maka seolah-olah dia telah\nmenjaga keselamatan hidup manusia semuanya.\u201d<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp; Pertikaian segelintir masyarakat\ndalam mengutarakan pandangan tentang usaha pembangunan vaksin yang dijalankan\noleh ahli yang berkepakaran seolah-olah merencatkan perkembangan sihat dalam\npembangunan penyelidikan dalam apa jua bidang. Ikhtiar mencari solusi bukan\nsatu bentuk kesyirikan kerana tidak meletakkan kekuasaan Allah yang utama\ntetapi&nbsp; adalah usaha memanfaatkan akal\nuntuk menamatkan penderitaan yang dialami oleh seluruh populasi dunia selaras\ndengan firman Allah ayat 44 surah an-Nahl yang membawa maksud: \u201c(Kami utuskan\nRasul-rasul itu) membawa keterangan-keterangan yang jelas nyata (yang\nmembuktikan kebenaran mereka) dan Kitab-kitab Suci (yang menjadi panduan), dan\nkami pula turunkan kepadamu (wahai Muhammad) al-Quran yang memberi peringatan,\nsupaya engkau menerangkan kepada umat manusia akan apa yang telah diturunkan\nkepada mereka dan supaya mereka memikirkannya.\u201d<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sehubungan dengan itu, umat manusia disarankan untuk\nmengkaji apa yang sedang dilalui kini, mengambil ibrah dan menyesuaikan dengan kebolehan\nakal dan kepakaran dalam mencari penyelesaian permasalahan. Mencari solusi yang\nampuh merupakan ikhtiar dengan melaksanakan kajian-kajian evolusi dan saintifik\ndalam masa yang sama tidak meletakkan ikhtiar tersebut sebagai satu-satunya\nharapan paling tinggi kerana sebagai umat Islam, kita beriman bahawa hanya\nAllah yang Maha Penyembuh. Vaksin dan ubat hanyalah sebab dan pelengkap kepada\nusaha penyembuhan dan rawatan agar kemudaratan wabak tidak terus berleluasa.\nTahap kebergantungan manusia kepada Allah menjadikan sebab (vaksin dan ubat)\ntersebut berfungsi mengikut ketetapan Nya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dunia hari ini dimomokkan dengan maklumat kemudaratan\nvaksin dan kewujudan teori-teori yang belum disahkan kebenarannya tetapi\ndiangkat dan dimartabatkan oleh segelintir golongan. Cara berfikir yang rancu\ntersebut memperlihatkan satu trend yang muncul dan menjadi ikutan masyarakat.\nSituasi ini akan menimbulkan kegusaran dan keributan dalam masyarakat\nlebih-lebih lagi dalam keadaan pandemik ini. Masyarakat seharusnya dipupuk\nuntuk melatih cara berfikir dengan kemahiran penaakulan yang mantap apabila\nmendapat sesuatu maklumat. Bukan hanya menerima segala maklumat tanpa ada\npertimbangan dan penilaian, yang akhirnya hanya boleh menambahkan kebimbangan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Di samping berikhtiar dengan pelbagai kajian vaksin yang\ndiusahakan, rawatan berbentuk pencegahan atau pemulihan yang bersifat tempatan\nseharusnya dapat dirintis oleh pengkaji atau saintis. Ini kerana negara kita\nmewah dengan kepelbagaian biodiversiti malah rumpun Melayu juga kaya dalam ilmu\netnofarmakologi. Dengan potensi ini, wajarlah pakar-pakar menerajui kajian dan\npemerhatian dengan memanfaatkan sumber-sumber tumbuhan tempatan sebagai asas\nubatan baharu bagi merawat dan mencegah wabak penyakit sedia ada daripada\nberulang atau tercetus lagi.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Firman Allah dalam surah al-Anfal ayat 60-61 wajar\ndijadikan pedoman buat umat Islam dalam menghadapi wabak Covid-19. Elemen usaha\ndan ikhtiar serta berharap perlu digarapkan agar tiada unsur putus asa dalam\nmenghadapi ancaman wabak sehingga membawa kemerosotan kesihatan fizikal dan\nmental. Seterusnya bertawakal kepada Allah SWT setelah semua usaha digembleng kan.\nSelaras dengan itu, Nabi SAW bersabda: &#8220;Orang yang cerdik (yang berakal)\nadalah orang yang mempersiapkan dirinya dan beramal untuk hari setelah\nkematian, sedangkan orang yang lemah (jahil) adalah orang yang jiwanya\nmengikuti hawa nafsunya dan berangan-angan agar Allah SWT meredainya (riwayat\nat-Tirmizi, no. hadith : 2459).<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dalam mendepani krisis pandemik ini, golongan yang bijaksana\nialah mereka yang beramal dan berikhtiar dengan harapan agar semua permasalahan\nmenemui solusi, bukan hanya berserah kepada takdir kekuasaan Allah semata-mata.\nJusteru, mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) dan Perintah Kawalan\nPergerakan (PKP) yang telah ditetapkan, meletakkan kepercayaan kepada autoriti\nagama mahupun pihak berkuasa kesihatan serta mengamalkan cara hidup yang sihat\ndan bersih ialah bentuk-bentuk usaha dan ikhtiar bagi orang yang boleh berfikir\nuntuk mencari jalan keluar daripada ujian yang dihadapi di samping doa yang\ntidak putus.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kesan pandemik Covid-19 amat mempengaruhi dan telah mengubah landskap kesihatan awam, psikologi, tingkah laku dan aktiviti sosial serta pembangunan ekonomi masyarakat. Masyarakat Malaysia &#8230;<\/p>\n","protected":false},"author":21,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_analytify_skip_tracking":false,"_wpzoom_pinterest_image_url":"","_wpzoom_pinterest_hidden_image":"0","_wpzoom_pinterest_description":"","footnotes":""},"categories":[147],"tags":[],"class_list":["post-28333","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-utusan-malaysia","category-147","description-off"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/28333","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/21"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=28333"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/28333\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=28333"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=28333"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=28333"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}