{"id":28340,"date":"2020-12-18T10:06:45","date_gmt":"2020-12-18T02:06:45","guid":{"rendered":"http:\/\/www.ikim.gov.my\/new-wp\/?p=28340"},"modified":"2020-12-18T10:06:45","modified_gmt":"2020-12-18T02:06:45","slug":"rasuah-dan-salah-laku-kos-kepada-negara","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/rasuah-dan-salah-laku-kos-kepada-negara\/","title":{"rendered":"Rasuah Dan Salah Laku:  Kos Kepada Negara"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Entah di mana silapnya,\nkebelakangan ini, ketika banyak pihak di Malaysia sedang berjuang melawan\npandemik Covid-19 dan ramai ahli masyarakat bergelut untuk meneruskan kehidupan\ndalam suasana ekonomi yang mencabar, kita turut disajikan dengan berita-berita\nyang berkaitan dengan salah laku penjawat awam terutama mereka yang terlibat\ndengan urusan penguatkuasaan undang-undang dan menjaga kepentingan serta\nkeselamatan negara. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Penahanan mereka oleh pihak\nSuruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berserta rampasan kereta mewah,\nwang tunai dan pelbagai barang berharga membuktikan bahawa mereka sanggup\nmenggadaikan maruah dan amanah yang dipertanggungjawabkan bagi memenuhi\nkerakusan nafsu duniawi.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Bukan bermaksud mengatakan bahawa\npenjawat awam dalam sektor perkhidmatan lain tidak terlibat dengan salah laku,\ntetapi apa yang ingin ditegaskan di sini isu, rasuah dan salah laku dalam\nkalangan penjawat awam seakan tiada kesudahan. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Apa yang menggerunkan ialah\napabila gejala rasuah yang dilakukan oleh segelintir penjawat yang curang ini\ndikaitkan pula dengan masalah kemasukan pendatang asing, aktiviti scam,\npenyeludupan dadah, pemerdagangan orang, jenayah kekerasan dan sebagainya. Apa\nyang berlaku ini adalah selari dengan perakuan berulang kali Majlis Keselamatan\ndan Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) bahawa rasuah\nmempunyai hubungan dengan pelbagai bentuk ketidakstabilan, keganasan dan\nekstremisme.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Rasuah dan salah laku wujud di\nmana-mana, baik di negara maju, membangun mahupun mundur. Gejala yang bersifat\ndestruktif ini mampu memberi kesan buruk kepada masyarakat, intitusi dan juga negara.\nMenurut Association of Certified Fraud Examiners (ACFE), sektor awam dan swasta\ndi seluruh dunia kerugian sebanyak 5 peratus daripada perolehan mereka setiap\ntahun akibat jenayah penipuan dan salah laku. Jika angka ini diterjemahkan\ndalam bentuk Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dunia, ia menyamai USD3.7\ntrillion KDNK 2013 global. Angka ini adalah lebih besar berbanding anggaran\nkerugian akibat aktiviti rasuah yang dibuat oleh pihak Bank Dunia mahupun World\nEconomic Forum yang masing-masing meletakkan angka USD 1 trillion dan USD 2.6\ntrillion. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Di peringkat nasional pula, menurut\nGlobal Financial Integrity Report 2017, antara tahun 2005 hingga 2014, Malaysia\ntelah kehilangan RM1.8 trillion menerusi aliran kewangan tidak sah yang mana\nsebahagian daripadanya berpunca daripada amalan rasuah. Dalam perspektif lain,\njumlah ini adalah menyamai 5.59 kali bajet 2021 yang dikatakan bajet terbesar\ndalam sejarah negara. Jadi jika rasuah dan salah laku tidak berlaku, Malaysia\nsebenarnya boleh membiayai kos operasi dan pengurusan negara untuk tempoh 5\ntahun dengan jumlah RM1.8 trillion ini. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Penjawat awam merupakan enjin\nkepada pentadbiran kerajaan. Tanpa mereka sudah pasti operasi dan perjalanan\naktiviti pentadbiran negara akan tergendala. &nbsp;Akan tetapi apabila ada segelintir daripada\nmereka ini terlibat dengan kancah rasuah, sudah pasti perkara ini amat\nmembimbangkan kita. Apa akan terjadi kepada negara jika jenayah rasuah ini\ntidak dibendung dan perangi sehingga peringkat akar umbi? Lebih membimbangkan,\npihak SPRM melaporkan sebanyak 46.3 peratus daripada 4,860 individu yang\nditahan dari tahun 2014 hingga Jun 2019 akibat rasuah adalah kakitangan awam\ndan separuh daripada jumlah ini membabitkan mereka yang berusia di bawah 40\ntahun. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ramai mengatakan unsur gaji\nyang rendah menjadi punca utama mengapa rasuah berlaku. Bagaimanapun masalah\nini juga dilakukan oleh mereka yang berpangkat dan mempunyai kedudukan dalam\nperkhidmatan kerajaan. Bahkan saiz rasuah yang dilakukan adalah lebih besar dan\nmemberi kesan yang berganda lebih buruk berbanding dengan salah laku yang\ndibuat oleh kakitangan bawahan yang dikatakan bergaji kecil. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dalam hal ini, teori-teori\npenipuan Barat <em>(fraud theories)<\/em> seperti <em>fraud triangle theory<\/em>\natau <em>fraud diamond theory<\/em> juga tidak menyenaraikan isu gaji kecil\nsebagai punca berlaku penipuan dalam organisasi. Jika adapun ia lebih menjurus\nkepada tekanan ekonomi di mana ia yang berpunca daripada tekanan kewangan\nseperti sikap tamak dan gaya hidup di luar kemampuan. Menurut Albrecht, Hill,\net al. (2006), hampir 95 peratus daripada kes-kes penipuan bertitik tolak\ndaripada masalah tekanan kewangan ini. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Selain daripada tekanan\nekonomi atau insentif monetari, teori-teori penipuan ini juga turut\nmenyenaraikan faktor peluang dan faktor rasionalisasi sebagai punca yang\nmendorong seseorang itu terlibat dalam salah laku. Peluang untuk melakukan\nrasuah dan salah laku wujud bila terdapat kelemahan kawalan dalaman <em>(internal\ncontrol<\/em>) di dalam sesebuah organisasi. Dengan kata lain apabila sesebuah\ninstitusi itu gagal mewujudkan satu mekanisme, peraturan dan prosedur bagi memastikan\nkecekapan dan keberkesanan operasi, keabsahan pelaporan kewangan dan pematuhan\nkepada undang-undang, peraturan dan polisi yang digunapakai; maka ini membuka\nruang dan peluang kepada mereka yang lemah iman dan integriti untuk melakukan\nrasuah dan penipuan. Peluang-peluang ini kemudiannya akan dirasionalisasi\ndengan pelbagai justifikasi oleh si pengkhianat bagi menghalalkan tindakan\ntidak beretika tersebut. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menurut <em>Fraud Diamond\nTheory<\/em>, walaupun unsur peluang melorongkan jalan kepada penipuan, dan unsur\ninsentif serta aspek rasionalisasi menjadi penguat kepada dorongan untuk\nmelakukan tindakan tidak beretika, namun semua ini tidak akan terhasil tanpa\nunsur kapasiti. Unsur kapasiti ini boleh wujud dalam bentuk kedudukan atau\nfungsi seseorang itu di dalam organisasi. Menteri, Ketua Setiausaha, Ketua\nPengarah &#8211; kalau di jabatan kerajaan; atau Ketua Pengarah Eksekutif atau Ketua\nPegawai Operasi mahupun akauntan \u2013 jika di jabatan swasta, mempunyai lebih\nkapasiti untuk melakukan salah laku berbanding dengan pegawai bawahan atas\ndasar mereka mempunyai lebih kuasa dan kedudukan yang boleh dimanipulasi bagi\ntujuan tersebut. Kapasiti juga dikaitkan dengan kemampuan seseorang untuk\nmengatasi tekanan risiko kemungkinan dia akan ditangkap akibat salah laku.\nSelain itu dia juga perlu mempunyai ego dan keyakinan bahawa kegiatan jahatnya\ntadi tidak dapat dikesan oleh pihak berkuasa atau pihak atasan. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Bagi kita orang Islam, iman\nadalah pendinding kepada perilaku jahat. Dalam konteks organisasi, amanah dan ikhlas\ndalam melakukan tugasan merupakan cerminan iman. Walaupun wujud tekanan,\ninsentif dan peluang di depan mata; dan kemampuan untuk berbuat jahat sudah\nada, namun jika seseorang itu mempunyai iman, dia tidak akan melakukan\nperkara-perkara yang ditegah oleh agama.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Entah di mana silapnya, kebelakangan ini, ketika banyak pihak di Malaysia sedang berjuang melawan pandemik Covid-19 dan ramai ahli masyarakat bergelut untuk meneruskan kehidupan dalam suasana ekonomi yang &#8230;<\/p>\n","protected":false},"author":18,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_analytify_skip_tracking":false,"_wpzoom_pinterest_image_url":"","_wpzoom_pinterest_hidden_image":"0","_wpzoom_pinterest_description":"","footnotes":""},"categories":[147],"tags":[],"class_list":["post-28340","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-utusan-malaysia","category-147","description-off"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/28340","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/18"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=28340"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/28340\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=28340"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=28340"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=28340"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}