{"id":28368,"date":"2020-12-27T11:13:30","date_gmt":"2020-12-27T03:13:30","guid":{"rendered":"http:\/\/www.ikim.gov.my\/new-wp\/?p=28368"},"modified":"2020-12-27T11:13:30","modified_gmt":"2020-12-27T03:13:30","slug":"kembalikan-akal-kepada-asal-usulnya","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/kembalikan-akal-kepada-asal-usulnya\/","title":{"rendered":"Kembalikan Akal kepada Asal-usulnya"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sudah sering dikongsikan senarai kemahiran (<em>skills<\/em>) yang\ndiperlukan bagi melayari arus perubahan pada abad ke\u201321 ini.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Antara yang kerap menarik perhatian adalah senarai\nyang dikemukakan secara berkala oleh WEF, Forum Ekonomi Sedunia (<em>World\nEconomic Forum<\/em>).<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp; Senarai yang\ndikeluarkan oleh WEF pada 2020 mempunyai susunan kepentingan seperti berikut:\n(1) penyelesaian masalah yang rumit (<em>complex problem solving<\/em>); (2) pemikiran\nkritis (<em>critical thinking<\/em>); (3) reka-cipta (<em>creativity<\/em>); (4) pengurusan\nmanusia (<em>people management<\/em>); (5) penyelarasan hubungan dengan yang lain\n(<em>coordinating with others<\/em>); (6) kecerdasan emosi (<em>emotional\nintelligence<\/em>); (7) penilaian dan pembuatan keputusan (<em>judgment and\ndecision making<\/em>); (8) semangat berkhidmat (<em>service orientation<\/em>); (9)\nperundingan (<em>negotiation<\/em>); dan (10) keanjalan akliah (<em>cognitive\nflexibility<\/em>).<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp; Apabila dibandingkan dengan\nsenarai yang dikemukakan oleh WEF pada tahun 2015, meskipun terdapat beberapa\nperbezaan dari segi susunan dan butiran, yang menarik secara umumnya pada\nkedua-dua senarai tersebut adalah ketaranya kepentingan keterampilan yang\nberkaitan secara langsung dengan kemampuan akliah insan, khasnya perkara 1, 2,\n3, 7 dan 10 di atas, dalam mengharungi cabaran-cabaran abad ini.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp; Senarai yang\ndikemukakan oleh WEF dan badan-badan seumpamanya di Barat itu pasti sangat\ndipengaruhi oleh kerangka fahaman, sudut pandang dan pengalaman mereka,\nsebahagiannya dapat kita terima manakala sebahagiannya pula perlu disaring\nterlebih dahulu, jika pun tidak ditolak mentah-mentah.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp; Berkenaan kesedaran\nperihal kepentingan akal dan keupayaan akliah, Umat Islam sebenarnya tidak perlu\nmenunggu senarai sebegitu dikeluarkan oleh pihak asing.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp; Ini kerana Islam sudah\ndari sejak awal menekankan keutamaan akal sepanjang masa, baik dalam kehidupan\nberagama mahupun dalam mengurus kehidupan duniawi masing-masing.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp; Penekanan sedemikian\ntidak pula bermakna bahawa kefahaman tentang akal dan kemampuan akliah dalam\nIslam sama dari segenap segi dengan apa yang dimaksudkan dalam Tamadun Barat.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp; Yang jelas, sebagaimana\nyang telah diterangkan oleh ramai para alim-ulama berpandukan ajaran al-Quran\ndan Hadis Baginda Nabi SAW, akal dalam Islam berkait erat dengan roh insan. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp; Malah, akal\nsesungguhnya salah satu gelaran atau nama bagi roh.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp; Ini bersalahan dengan\napa yang kini dimaksudkan dengan minda (<em>mind<\/em>) di Barat, ekoran proses pensekularan\nyang berlaku dalam kalangan masyarakat terpelajar mereka sejak dari abad ke\u201317M.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp; Minda dalam fahaman\nmereka kini sama ada sudah disempitkan menjadi seerti dengan otak, iaitu satu\nbahagian jasad insan, ataupun diturunkan taraf kepada perkara <em>epiphenomenal<\/em>,\nyakni suatu perkara yang timbul dari sesuatu yang jasmani (otak, misalnya)\ntetapi tidak bersifat jasmani dan tidak pula bersifat rohani.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp; Justeru, sangat penting\nbagi orang-orang Islam kini untuk fahami semula bahawa roh insan turut digelar\n\u201cakal\u201d kerana roh tersebut giat melakukan tindakan yang menepati erti asal kata\n<em>\u2018a-qa-la<\/em> dalam Bahasa Arab.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp; Pada dasarnya, kata\ntersebut bermaksud \u201cmengikat\u201d (<em>rabt<\/em>) dan \u201cmenahan\u201d (<em>kaff <\/em>atau <em>imsak<\/em>).<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp; Roh insan mendapat\ngelaran itu kerana ia memiliki kemampuan untuk mengikat dan menahan sekurang-kurangnya\ndalam dua keadaan yang saling berkaitan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dalam keadaan pertama, roh tersebut berkemampuan\nmenambat (1) kata dengan kata; (2) kata dengan buah fikiran (<em>idea<\/em>); dan\n(3) buah fikiran dengan buah fikiran, ketiga-tiganya dikaitkan pula dengan satu-satu\nhakikat atau kejadian, baik hakikat itu di luar diri insan mahupun pada dirinya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dengan ikatan sedemikian, iaitu melalui tambatan\nyang berlaku dalam diri insan (<em>inner self<\/em>), maka roh insan itu dapat\nmenahan buah fikiran sama ada daripada terungkai dari simpulan ingatan dan\nkefahamannya, ataupun daripada hilang dari tumpuan akal-fikirannya. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kegiatan roh dalam keadaan di atas itu juga pada\namnya dinamakan fikir (<em>fikr<\/em>) atau <em>tafakkur<\/em>. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Rangkaian fahaman yang terhasil daripada ikatan rohaniah\n(atau simpulan dalam diri) di atas itu sesungguhnya membentuk satu kerangka pandang\nakliah atau bingkai renungan rohaniah, yang diistilahkan dalam bahasa Arab\nsebagai <em>basirah<\/em> atau <em>ru\u2019yah<\/em>. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Tatkala kerangka pandang demikian dipusatkan kepada\npemerihalan perkara-perkara penting dan mendasar dalam kehidupan seseorang, maka\nkerangka tersebut dirujuk kini sebagai <em>worldview<\/em> dan ada ketikanya\nsebagai <em>mindset<\/em>. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Justeru, dalam perbendaharaan kata bahasa Melayu,\nkita kerap kali menganjurkan renungan atau pandangan dengan \u201cmata hati,\u201d bagi\nmembezakannya daripada pandangan yang berpandukan \u201cmata kepala\u201d atau \u201cmata\nkasar\u201d semata-mata, iaitu pandangan zahir yang dirujuk dalam bahasa Arab\nsebagai <em>basar<\/em>.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp; Dalam keadaan kedua,\nroh yang sama juga mempunyai kemampuan untuk mengikat jasad insan dari\nterjerumus dalam perbuatan-perbuatan dan keadaan-keadaan yang tidak baik yang\nakhirnya memudaratkan dirinya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp; Ini sesungguhnya maksud\n\u201cdaya kawal diri\u201d (<em>self-control<\/em> atau <em>self-restraint<\/em>) yang menjadi\nasas pembentukan keperibadian (<em>character<\/em>) seseorang insan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp; Lazimnya, daya\nsedemikian terbit daripada ilmu dan kefahaman yang terpupuk baik dalam diri\nseorang insan yang sebenarnya berkait pula dengan keadaan pertama roh yang\ntelah diterangkan secara ringkas di atas.&nbsp;&nbsp;\n<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Semua ini, bersekali dengan pelbagai huraian\nsusulan yang berikut daripadanya, perlu diketengahkan semula kepada khalayak\nterpelajar Muslim agar mereka terpandu dalam menyediakan satu <em>counter narrative<\/em>\nterhadap agenda atau kerangka berkenaan akal dan keupayaan akliah yang ditawarkan\noleh Peradaban Barat.\n\nDengan cara ini, akal\nMuslim tidak lagi menjadi pak turut kepada apa sahaja yang dimuntahkan kepada mereka\ndaripada sumber as\n\n\n\n<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Sudah sering dikongsikan senarai kemahiran (skills) yang diperlukan bagi melayari arus perubahan pada abad ke\u201321 ini. Antara yang kerap menarik perhatian adalah senarai yang dikemukakan secara berkala oleh WEF, Forum Ekonomi Sedunia (World Economic Forum). Senarai yang dikeluarkan &#8230;<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_analytify_skip_tracking":false,"_wpzoom_pinterest_image_url":"","_wpzoom_pinterest_hidden_image":"0","_wpzoom_pinterest_description":"","footnotes":""},"categories":[141],"tags":[],"class_list":["post-28368","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-berita-harian","category-141","description-off"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/28368","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=28368"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/28368\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=28368"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=28368"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=28368"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}