{"id":28373,"date":"2021-01-01T09:39:03","date_gmt":"2021-01-01T01:39:03","guid":{"rendered":"http:\/\/www.ikim.gov.my\/new-wp\/?p=28373"},"modified":"2021-01-01T09:39:03","modified_gmt":"2021-01-01T01:39:03","slug":"haiwan-eksotik-perspektif-pemakanan-ekologi-dan-agama-2","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/haiwan-eksotik-perspektif-pemakanan-ekologi-dan-agama-2\/","title":{"rendered":"Haiwan Eksotik: Perspektif Pemakanan, Ekologi Dan Agama"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Haiwan eksotik merangkumi perbincangan dari pelbagai sudut seperti ekologi\ndan pemakanan. Haiwan eksotik dalam konteks pemakanan merupakan jenis-jenis\nhaiwan yang bukan menjadi kelaziman dalam masyarakat untuk dijadikan hidangan,\nbahkan dianggap jijik untuk dimakan, misalnya tenggiling, kelawar, ular, katak,\nlabi-labi, serigala dan anjing. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Tidak terlintas di fikiran kebiasaan manusia untuk\nmenjadikan haiwan-haiwan tersebut sebagai santapan harian. Apabila dibayangkan\nsebagai makanan, ia boleh menimbulkan rasa geli dan loya. Namun, hidangan\nberasaskan haiwan-haiwan tersebut bukanlah sesuatu yang asing bagi sesetengah\nmasyarakat, bahkan ia menjadi kegemaran dalam sesetengah budaya. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sekiranya berkunjung ke Pasar Tomohan di Sulawesi Utara,\nIndonesia atau Pasar Makanan Laut di Wuhan, China, hidangan eksotik dijual\ndalam pelbagai jenis masakan, seperti sup, salai dan goreng. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Hidangan eksotik menjadi pilihan kerana ia digembar-gemburkan\ndengan khasiatnya yang tersendiri. Antara dakwaan berhubung khasiat haiwan\neksotik ialah berupaya mencegah dan merawat penyakit, melancarkan peredaran\ndarah, menambah tenaga dan mengekalkan awet muda. Maisalnya, sisik dan darah yang\ndiambil daripada tenggiling dikatakana boleh merawat barah. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Meskipun sehingga kini tiada bukti saintifik tentang\nkeberkesanannya, ia masih diburu untuk tujuan berkenaan sehingga spesis-spesis\ntenggiling menghadapi risiko kepupusan. Tambahan pula, terdapat penemuan\nsaintifik yang menunjukkan bahawa haiwan-haiwan eksotik yang dijadikan makanan\nmenjadi punca kepada tersebarnya wabak penyakit yang mengancam kesihatan\nglobal.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Walaupun dakwaan mengenai punca perebakan itu merupakan suatu\nperbincangan yang sensitif, ia juga merupakan suatu peringatan yang penting.\nManusia perlu kembali mencari pedoman dan panduan daripada agama untuk\nmengelakkan kesan buruk yang tidak dapat dijangka. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dalam Islam, apabila membincangkan perihal pemakanan,\nterdapat panduan asas yang perlu dijadikan pegangan, iaitu mengamalkan\npemakanan yang bukan sahaja halal tapi baik. Perkara ini disebutkan dalam surah\nal-Maidah, ayat 88, yang bermaksud, \u201c<em>Dan makanlah dari rezeki yang telah\ndiberikan Allah kepada kamu, iaitu yang halal lagi baik.<\/em>\u201d<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pada masa yang sama, al-Quran turut memperincikan tentang\npengambilan makanan yang tidak baik. Hal ini ditekankan dalam surah al-A\u2019raf,\nayat 157 yang bermaksud, \u201c<em>Dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang\nbaik, dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk.<\/em>\u201d <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menurut al-Maraghi dalam kitab tafsir yang\nditulis olehnya, \u201cbenda yang buruk\u201d atau perkataan Arabnya, iaitu <em>al-Khab<\/em><em>a<\/em><em>\u2019is<\/em> &nbsp;merujuk kepada makanan yang hati sesiapa pun\nakan berasa jijik untuk memakannya. Hal ini berbeza dengan <em>al-<\/em><em>T<\/em><em>ayyib<\/em><em>a<\/em><em>t<\/em>, iaitu makanan baik-baik\ndisukai dan diingini oleh jiwa manusia yang bersih. Haiwan eksotik yang\ndijadikan makanan merupakan sesuatu yang jijik dan bersalahan dengan naluri\nmanusia yang sukakan kepada perkara baik.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pengambilan sesuatu bersifat baik bukan sahaja ditekankan\ndalam pemakanan, bahkan turut ditekankan dalam perubatan. Hal ini berdasarkan\nsatu hadis daripada Abu Hurairah yang meriwayatkan bahawa nabi Muhammad SAW\nmelarang daripada menggunakan ubat-ubatan yang tidak suci (najis), (hadis\nriwayat Abu Daud, 3870). <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Bagi menghuraikan perkara ini, Al-Tibi dalam penulisannya, iaitu <em>al-Kasyif \u2018an Haq<\/em><em>a\u2019<\/em><em>iq al-Sunan<\/em> memperincikan\nbahawa sesungguhnya Allah SWT menciptakan bagi setiap penyakit itu ada ubatnya\nsama ada yang haram atau yang halal. Namun, pengambilan sesuatu yang haram\nmeskipun bagi tujuan berubat adalah dilarang terutamanya apabila terdapat\npelbagai kaedah rawatan halal yang telah dipastikan keberkesanannya melalui\nkaedah saintifik.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Oleh yang demikian, bahan-bahan yang tidak halal dan\ndiharamkan oleh Allah SWT seperti yang telah dinyatakan dalam al-Quran atau\ndijelaskan dalam hadis nabi Muhammad SAW tidak boleh dijadikan ubat untuk\nmerawat penyakit walaupun dalam kuantiti yang sedikit.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Selain daripada perspektif pemakanan, haiwan eksotik\nturut memberikan kesan yang tersendiri kepada alam apabila ia dikendalikan\ndengan sikap yang tidak bertanggungjawab. Dalam konteks ekologi, sesuatu haiwan\ndianggap sebagai sesuatu yang eksotik apabila ia dibawa ke dalam suatu\nekosistem yang asing baginya. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp; Haiwan eksotik yang\ndilepaskan atau dibiakbakakan dalam ekosistem yang asing baginya boleh\nmengganggu organisma di habitat yang baharu. Haiwan eksotik yang bersifat\ninvasif berupaya mendominasi habitat baharu dengan bersaing dengan organisma\nasal habitat tersebut serta merosakkan rantai makanan sedia ada. Dalam kebanyakan\nkes, spesies invasif yang mencapai dominasi boleh memberikan kesan kekal kepada\nhabitat tempatan dan akhirnya menjejaskan keseimbangan ekosistem.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp; Misalnya, di Malaysia pada\ntahun 2007, Jabatan Pertanian Terengganu telah mengesan spesis kumbang rumbia\nyang menjadi spesis invasif. Kumbang rumbia atau nama saintifiknya <em>Rhynchophorus\nFerrugineus<\/em> telah menyerang dan merosakkan sekitar 550,000 pokok kelapa dan\nmemberikan kesan yang buruk kepada industri kelapa. Kumbang yang berasal dari\nTimur Tengah dan Eropah ini telah membiak dengan pesat di Malaysia sehingga\nsukar dikawal.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Contoh lain yang boleh dirujuk ialah spesis katak <em>Rhinella\nmarina<\/em> yang merupakan spesis asli di bahagian tengah Amerika Selatan,\nbahagian tengah Amerika dan Mexico. Ia dibawa masuk ke negara-negara yang\nmempunyai iklim panas seperti Australia untuk mengawal serangga perosak tanaman.\n<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Namun, pertambahan jumlah spesis katak <em>Rhinella Marina<\/em>\nberlaku dengan mendadak&nbsp; dan tidak\nterkawal kerana haiwan pemangsa di habitat baharu tidak berfungsi seperti\npemangsa di habitat asli katak tersebut. Pemangsa di habitat asli kebal\nterhadap bendalir beracun pada badan katak tersebut. Sebaliknya, pemangsa di\nhabiat baharu tidak kebal dan terdedah kepada kematian sekiranya terkena\nbendalir tersebut. Akhirnya, pertambahan jumlah spesis katak ini menjejaskan\nkeseimbangan ekosistem di habitat baharu.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sekiranya haiwan eksotik dibawa masuk daripada ekosistem\nluar melalui kaedah penyeludupan, maka ini merupakan suatu tindakan yang tidak\nbertanggungjawab. Kerosakan alam yang disebabkan oleh perbuatan ini akhirnya\nakan turut menjejaskan kehidupan manusia.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kesimpulannya, manusia sebagai khalifah di dunia ini perlu\nmentadbir alam dengan baik tanpa terpengaruh dengan nafsu, sikap tamak, dan\nkeinginan yang di luar tabii. Pengurusan dan penggunaan sumber alam perlu\nberlandaskan kepada fitrah kejadian setiap makhluk agar ia tidak menjejaskan\nkesejahteraan alam sejagat.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Haiwan eksotik merangkumi perbincangan dari pelbagai sudut seperti ekologi dan pemakanan. Haiwan eksotik dalam konteks pemakanan merupakan jenis-jenis haiwan yang bukan menjadi kelaziman dalam masyarakat untuk dijadikan hidangan, bahkan dianggap jijik untuk dimakan, &#8230;<\/p>\n","protected":false},"author":39,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_analytify_skip_tracking":false,"_wpzoom_pinterest_image_url":"","_wpzoom_pinterest_hidden_image":"0","_wpzoom_pinterest_description":"","footnotes":""},"categories":[147],"tags":[],"class_list":["post-28373","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-utusan-malaysia","category-147","description-off"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/28373","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/39"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=28373"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/28373\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=28373"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=28373"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=28373"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}