{"id":28397,"date":"2021-01-08T10:22:12","date_gmt":"2021-01-08T02:22:12","guid":{"rendered":"http:\/\/www.ikim.gov.my\/new-wp\/?p=28397"},"modified":"2021-01-08T10:22:12","modified_gmt":"2021-01-08T02:22:12","slug":"selamat-tinggal-covid-19","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/selamat-tinggal-covid-19\/","title":{"rendered":"Selamat Tinggal Covid-19"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sehingga ke hari ini, sudah hampir setahun pandemik COVID19 melanda dunia\ndan melumpuhkan hampir semua aktiviti berkaitan kemanusiaan dan kehidupan.\nDunia pula akan memasuki fasa tahun yang baharu, manakala vaksin Covid-19 pula\ntelah ditemui dan negara bakal menerima bekalan vaksin tersebut menjelang tahun\n2021. Sepanjang tahun 2020 itu, banyak perkara yang telah manusia pelajari\nberkaitan dengan pandemik tersebut. Bermula daripada karakter virus SARS-COV-2,\nlangkah-langkah pencegahan penularan, sehinggalah bab berkaitan penemuan\nvaksinnya. Manusia juga telah mempelajari akibat daripada kesan jangkitan\nteramat serius pandemik tersebut iaitu kegawatan dan keruntuhan sistem ekonomi\ndan kehilangan pekerjaan, kesukaran sistem sosial dan kemasyarakatan, serta pelbagai\naktiviti kehidupan yang lain, malah lebih menakutkan kerana jangkitan tersebut boleh\nmeningkatkan risiko kematian bagi mereka yang tergolong ke dalam kategori\nkumpulan berisiko tinggi. Memang banyak lagi yang boleh dipelajari sebenarnya\njika ditinjau dari sudut yang lebih murni dan positif. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp; Walau apa pun, semua\nperistiwa yang berlaku ini ialah satu ujian kepada seluruh umat manusia, dan\nkepada umat Islam, mereka dituntut untuk terus bermuhasabah diri dan bertaubat\nserta berdoa, berfikir dan terus berusaha mencari kaedah terbaik untuk\nmenghadapinya, bagi membuktikan bahawa Islam itu terus berada di atas dan\nbukannya di bawah. Allah berfirman di dalam Surah Ar-Rum ayat 41 yang\nbermaksud: <em>Telah timbul berbagai\nkerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah\ndilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak\nmereka merasakan sebahagian daripada balasan perbuatan-perbuatan buruk yang\ntelah mereka lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat). <\/em><\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp; Pada peringkat permulaan\nwabak ini, kita telah mempelajari cara dan kaedah untuk menghalang penularannya.\nKaedah ini sebenarnya amat dekat dengan diri dan tingkah laku setiap individu\ndaripada kalangan kita, tetapi amat sukar untuk dilaksanakan melainkan jika ada\ndorongan dan daya motivasi yang tinggi serta memerlukan kerjasama teguh semua\npihak. Bermula dengan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan dan seterusnya melibatkan\npenjarakan sosial dan fizikal yang lebih cenderung menggunakan pendekatan\npsikososial dengan beberapa SOP yang tersendiri. Kaedah tersebut telah berjaya sepenuhnya\nmenghalang jangkitan meluas virus itu. &nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Namun malangnya apabila keberkesanannya tidak dapat\nbertahan lama kerana kealpaan dan kerakusan sikap individu yang telah\nmengabaikan segala SOP yang telah ditetapkan itu. Akibatnya,&nbsp; negara telah memasuki fasa jangkitan\ngelombang kedua dan seterusnya sehinggalah ke hari ini, dan ketika artikel ini\nditulis, jumlah kes keseluruhan jangkitan dalam negara terus meningkat kepada\nsebanyak 95, 327 kes, dan faktanya, jumlah ini telah mengatasi jumlah kes\nnegara asal China yang memiliki kes jangkitan keseluruhan sebanyak 86,829 kes,\ndan Singapura dengan sebanyak 76, 800 kes. Ironinya, kes jangkitan yang berlaku\ndi negara China dinyatakan sebagai terkawal memandangkan lebih-lebih lagi\njumlah penduduk di negara berkenaan yang berjumlah 1.4 bilion orang berbanding\nMalaysia iaitu seramai 32 juta orang sahaja, iaitu 40 kali lebih rendah\nberbanding Negara China. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Malah, kes jangkitan harian di Malaysia ini akan terus\nmeningkat kepada sehingga sebanyak 5000 kes sehari bermula 25 Februari 2021 depan\nsebagaimana yang diunjurkan oleh Institut Metrik dan Penilaian Kesihatan\nAmerika Syarikat (IHME). Besar kemungkinan, kes terkumpul negara akan melepasi\njumlah 100, 000 kes pada tahun 2021. Bagi meredakan gejala ini dari terus\nberjangkit, kita disarankan agar terus berada di rumah, atau bekerja dari\nrumah, dan tidak bercampur secara bebas dalam kesesakan komuniti dan orang awam\nlain. Memandangkan virus ini telah sedia ada di merata tempat yang dijangkiti,\nadalah lebih elok sekiranya kita tidak mencampuri kelompok masyarakat atau\nberurusan di tempat tersebut bagi mengelakkan jangkitan. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Selain daripada itu, kita juga belajar tentang etika\nnorma baharu yang berlaku ketika ini sebagai satu tindakan balas yang proaktif.\nNorma baharu ini ialah prosedur dan tindakan yang tertentu yang perlu dilakukan\nbagi mengekang jangkitan virus tersebut daripada terus merebak seperti\npenjarakan sosial dan fizikal, memakai pelitup muka dan amalan kebersihan diri\nyang tinggi. Ia turut melibatkan keputusan seperti bekerja dari rumah dan\npenggunaan aktiviti dan kegiatan dalam talian secara sepenuhnya. Besar\nkemungkinan juga, ujian swab pantas bagi mengesan kehadiran virus ini pula akan\nberterusan menjadi satu amalan prosedur standard bagi setiap prosedur perubatan\ndan kesihatan selepas ini nanti. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Bekerja dari rumah pula akan terus menjadi pilihan yang\nstandard untuk sepanjang tempoh ini dan tidak dilihat sebagai satu peluang bagi\nmelemparkan tuduhan nakal seperti makan gaji buta dan sebagainya, kerana inilah\nnorma baharu yang perlu diikuti, melainkan kaedah ini terus diperbaiki dengan\nlebih produktif lagi, kerana mekanisme bagaimana satu-satu pekerjaan itu\ndilaksanakan turut telah berubah dan tidak seperti dahulu lagi. Malahan,\nsejumlah besar kes jangkitan pandemik ini pada ketika ini turut berpunca dari\nkluster tempat kerja yang tidak mengendahkan langsung prosedur norma baharu\nyang cuba diterapkan. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Amalan norma baharu yang perlu dilaksanakan pada ketika\nini, besar kemungkinan, ia akan terus dilaksanakan buat selama-lamanya selepas\nini, kerana virus tersebut telah pun berada bersama dengan kita dan akan terus\nberada bersama kita buat selamanya. Apa yang diharapkan daripada komuniti ialah\nperubahan sikap dan persepsi berkaitan dengan norma baharu ini, dengan menerima\nhakikat bahawa banyak perkara telah berubah dan tidak seperti dahulu lagi. Inilah\nperubahan yang perlu dilakukan dan diterima dengan berlapang dada serta\nbersedia menerimanya dari segi mental dan emosi kerana sebaliknya ia akan\nmemberi kesan buruk kepada kesihatan fizikal sendiri. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Di samping itu, aktiviti yang melibatkan kegiatan\npembelajaran dan pekerjaan, mesyuarat, serta aktiviti pembelian dalam talian\ntelah menjadi semakin penting ketika tempoh arahan Perintah Kawalan Pergerakan\ndan sebagainya. Kebergantungan terhadap kemudahan internet telah menjadi\nsemakin tinggi. Namun, keadaan ini telah mendedahkan kepada kita bahawa masih\nterdapat isu jurang digital serta kemiskinan digital yang berlaku secara berleluasa\ndi kalangan masyarakat bandar dan luar bandar, terutamanya yang melibatkan\nketerhadan capaian kepada teknologi digital. Akhirnya, keadaan ini akan\nmenggagalkan usaha negara untuk terlibat secara aktif dalam pembangunan\nplatform ekonomi digital serta sektor IR4.0. Sewajarnya platform yang berkaitan\nseperti ini telah ada tersedia bagi menghadapi saat-saat sukar seperti situasi\nini agar kita tidak dilihat sebagai gagal bersedia menghadapinya. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Banyak lagi perkara yang perlu dipelajari daripada\npandemik yang telah berlaku ini, termasuklah kesesuaian diri kita untuk\nmenerima suntikan vaksin Covid19 khususnya isu berkaitan dengan tahap\nkeselamatan dan juga fatwa yang berkaitan dengannya. Walaupun vaksin berkaitan\ntelah ditemui, masih belum masanya lagi untuk kita mengucapkan selamat jalan\nkepada Covid-19, dan langkah terbaik kita sekarang ialah untuk terus\nmengamalkan kebersihan diri, penjarakan sosial dan fizikal serta terus kekal\nduduk di rumah bagi mengelakkan jangkitan. <\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Sehingga ke hari ini, sudah hampir setahun pandemik COVID19 melanda dunia dan melumpuhkan hampir semua aktiviti berkaitan kemanusiaan dan kehidupan. Dunia pula akan memasuki fasa tahun yang baharu, manakala vaksin Covid-19 pula telah ditemui dan negara bakal menerima bekalan vaksin tersebut menjelang tahun 2021. &#8230;<\/p>\n","protected":false},"author":34,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_analytify_skip_tracking":false,"_wpzoom_pinterest_image_url":"","_wpzoom_pinterest_hidden_image":"0","_wpzoom_pinterest_description":"","footnotes":""},"categories":[147],"tags":[],"class_list":["post-28397","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-utusan-malaysia","category-147","description-off"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/28397","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/34"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=28397"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/28397\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=28397"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=28397"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=28397"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}