{"id":28401,"date":"2021-01-11T09:08:27","date_gmt":"2021-01-11T01:08:27","guid":{"rendered":"http:\/\/www.ikim.gov.my\/new-wp\/?p=28401"},"modified":"2021-01-11T09:08:27","modified_gmt":"2021-01-11T01:08:27","slug":"tauhid-teras-integriti-dan-kesejahteraan-bangsa","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/tauhid-teras-integriti-dan-kesejahteraan-bangsa\/","title":{"rendered":"Tauhid Teras Integriti dan Kesejahteraan Bangsa"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Menyusuri perjalanan di\nsepanjang tahun 2020, ternyata tahun tersebut telah &nbsp;terisi dengan pelbagai kenangan dan pengalaman\nyang berwarna-warni. Mungkin segelintir pembaca yang bersetuju bahawa tahun 2020\nmerupakan tahun penuh cabaran yang bukan calang-calang hebatnya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Perasaan memasuki ambang\ntahun baharu pada tahun ini tidak seperti tahun-tahun sebelum ini yang penuh\nketerujaan kerana diragut oleh pandemik Covid-19. Sehingga pada hari artikel\nini ditulis pun, kita masih berperang dan berjuang untuk melawannya sementelah\nberlakunya gelombang ketiga yang amat mencabar kesabaran dan ketahanan barisan\nhadapan dan pihak-pihak yang berkaitan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Wabak yang berpunca\ndaripada coronavirus ini juga turut menyingkap pelbagai isu kemanusiaan yang\nselama ini terlindung dan tersembunyi di sebalik keadaan hidup yang aman dan\ndamai selama ini. Bertambah malang apabila tahun 2020 diakhiri dengan tragedi &nbsp;yang menyaksikan terdapatnya segelintir\nmanusia yang telah mencemarkan dan merobek nama baik umat Islam dalam isu\nkartel daging yang diragui kehalalannya. Tidak lama sebelum itu timbul isu-isu\npecah amanah dan kegagalan segelintir kakitangan agensi awam dalam menjalankan\ntanggungjawab dalam hal-hal yang melibatkan warga asing.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Apabila perkara-perkara\nyang menyedihkan ini lebih tersorot dalam tahun 2020, selain pandemik yang menjadi\nrencah sepanjang tahun berkenaan, penulis kira ada baiknya kita sama-sama\nmengambil sedikit masa untuk bermuhasabah diri, sebelum meneruskan perjalanan\nkehidupan melalui tahun 2021. Tahun 2021 seharusnya menjadi episod dan fasa\npemulihan sebagaimana setiap orang mahu negara kita, juga dunia ini pulih sepenuhnya\ndaripada wabak Covid-19.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dalam fasa pemulihan atau\nbagi mengembalikan semula integriti yang sudah robek, kaedah yang terbaik\nadalah dengan mengembalikan diri ke pangkuan Ilahi dengan sebenar-benar\nkembali. Kembali mengenali Tuhan sebagai Pencipta yang merupakan tempat tumpuan\natau matlamat pengabdian. Hal ini sebagaimana yang telah disebutkan dalam\nfirman Allah SWT dalam <em>Surah al-Hajj<\/em> ayat 77 yang bermaksud, \u201cWahai\norang-orang yang beriman! Rukuklah serta sujudlah (mengerjakan solat), dan\nberibadatlah kepada Tuhan kamu (dengan mentauhidkan-Nya); serta kerjakanlah\namal-amal kebajikan; supaya kamu berjaya (di dunia dan akhirat).\u201d<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Itulah situasinya apabila\nmanusia ini duduknya sebagai hamba yang wajib mengabdikan hidup dan matinya\nsemata-mata untuk meraih keredaan Ilahi, yang merantaikan suatu kefahaman\nbahawa Allah itulah yang seharusnya menjadi tumpuan kepada kecintaan,\nsebagaimana yang dijelaskan dalam <em>surah at-Taubah<\/em>, ayat 24.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Allah SWT jugalah sebagai\nPemberi rezeki pada setiap makhluk yang hidup di muka bumi, sebagaimana yang\ndisebut dalam al-Quran iaitu pada ayat ke-3 <em>surah Fatir<\/em> yang bermaksud,\n\u201cWahai umat manusia, ingatlah akan nikmat Allah yang telah dikurniakan-Nya\nkepada kamu. Adakah pencipta selain daripada Allah yang memberi rezeki kepada\nkamu dari langit dan bumi? Tiada tuhan melainkan Dia, maka mengapa kamu rela\ndipalingkan (daripada menyembah-Nya)?\u201d<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ayat ini memberi faham\nbahawa, hanya Allah SWT sahaja yang memberi rezeki secara mutlak. Sama ada\npihak majikan, pelanggan, penderma ataupun mana-mana pihak yang menyerahkan\nwang ringgit atau memberi sumbangan dalam pelbagai &nbsp;bentuk yang diperlukan oleh manusia, mereka\nitu hanyalah perantara atau penyampai sahaja. Apabila konsep ini difahami,\nsudah tentu manusia yang beriman akan hanya mengusahakan rezeki yang halal\nsahaja untuk dimakan, dipakai atau digunakan dalam menjalani kehidupan harian.\nHal yang demikian selari dengan mafhum ayat 162 <em>Surah al-An\u2019am<\/em> yang\nmenyebut bahawa solat, ibadah, hidup dan matinya seseorang insan adalah hanya untuk\nPencipta-Nya yang memelihara dan mentadbir alam ini.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dalam konteks mengusahakan\npendapatan sebagai rezeki ia harus dalam ruang lingkup pengabdian bahawa\nmanusia itu ialah hamba. Dalam hal ini ada banyak perkara yang harus atau\ndibolehkan untuk dilakukan oleh semua manusia dalam urusan mencari pendapatan,\ncuma manusia juga perlu ingat bahawa ada batasan-batasan tertentu yang harus\ndiambil peduli. Sebahagiannya ialah perkara-perkara yang diharamkan oleh\nsyariat demi menjaga maslahat agama. Sebahagiannya pula ialah tindakan-tindakan\nyang tidak dibenarkan oleh undang-undang negara kerana pelanggaran terhadap\nundang-undang akan menjejaskan kesejahteraan dan ketenteraman awam. Pelanggaran\nundang-undang negara juga merupakan maksiat yang sudah pasti akan memberi kesan\nterhadap keberkatan satu-satu rezeki yang diraih.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Muhasabah yang berjaya akan\nmenerbitkan konsep <em>muqarabah <\/em>iaitu berasa sentiasa dalam pengawasan\nAllah SWT dan berasa Allah SWT sentiasa berada di sampingnya. Insan ini akan\nmeyakini bahawa di akhirat kelak semua amalan akan diperlihatkan satu demi satu\nsama ada baik ataupun jahat. Dalam <em>surah al-Zalzalah<\/em>, ayat 7-8 Allah SWT\nberfirman yang bermaksud: \u201cMaka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah,\nnescaya akan dilihatnya (dalam suratan amalnya). Dan sesiapa berbuat kejahatan\nseberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam suratan amalnya).\u201d <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Muslim yang bijaksana akan\nmenginsafi bahawa setiap kelazatan di dunia ini akan ada pengakhirannya,\nkecualilah apabila ia sampai ke satu tahap bahawa melakukan ketaatan itu ada\nnikmat yang tersendiri. Maka, di situ kelazatan dalam melakukan ketaatan tidak\nakan berakhir, dan akan dibawa hingga ke syurga.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Cumanya, dalam zaman yang\namat moden ini adalah amat sukar untuk mengajak manusia menghayati tauhid\nuluhiyyah, sekalipun ia sesuatu yang tetap boleh diikhtiarkan. Sama ada suka\natau sebaliknya, kekuatan pada tauhidlah yang boleh membentuk peribadi mulia\ndan berintegriti. Inilah pertahanan paling ampuh bagi memastikan kesejahteraan\nbangsa dan negara terpelihara. Oleh yang demikian, mengusahakan agar bangsa\nkita kembali menghayati falsafah uluhiyyah sebenarnya adalah tanggungjawab\nbersama, dan sudah tentu ia bermula dengan diri sendiri.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Menyusuri perjalanan di sepanjang tahun 2020, ternyata tahun tersebut telah  terisi dengan pelbagai kenangan dan pengalaman yang berwarna-warni. Mungkin segelintir pembaca yang bersetuju bahawa tahun 2020 merupakan tahun penuh cabaran yang bukan calang-calang hebatnya. Perasaan &#8230;<\/p>\n","protected":false},"author":25,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_analytify_skip_tracking":false,"_wpzoom_pinterest_image_url":"","_wpzoom_pinterest_hidden_image":"0","_wpzoom_pinterest_description":"","footnotes":""},"categories":[141],"tags":[],"class_list":["post-28401","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-berita-harian","category-141","description-off"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/28401","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/25"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=28401"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/28401\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=28401"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=28401"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=28401"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}