{"id":28438,"date":"2021-01-15T14:27:08","date_gmt":"2021-01-15T06:27:08","guid":{"rendered":"http:\/\/www.ikim.gov.my\/new-wp\/?p=28438"},"modified":"2021-01-15T14:27:08","modified_gmt":"2021-01-15T06:27:08","slug":"rasuah-juga-perlukan-vaksin","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/rasuah-juga-perlukan-vaksin\/","title":{"rendered":"Rasuah Juga Perlukan \u201cVaksin\u201d"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Selain\nCOVID-19, negara juga dilanda gelombang \u201cpandemic\u201d rohani yang meruncing. Adakah\ngelombang ini menggambarkan penghayatan agama sedang tenat dan sejauh mana\nIslam memberi jalan penyelesaiannya? Dari aspek sejarah, rasuah, pengkhianatan\ndan penyalahgunaan kuasa terbukti menjadi virus yang memusnahkan banyak\npemerintahan sepanjang sejarah tamadun manusia. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kebelakangan ini, beberapa laporan tangkapan dan dakwaan menggambarkan\nbetapa rasuah berlaku di pelbagai peringkat sama ada dalam talian, pejabat,\nsempadan atau jalanan. Hubungan \u2018rapat\u2019 antara projek dan kuasa politik bukan\nperkara asing terutama dalam kes rasuah berprofil tinggi. Warga asing tanpa\ndokumen dan barangan import dengan Prosedur Operasi Standard (SOP) \u201ckarpet\nmerah\u201d bolos sempadan negara. Manakala di penempatan pendatang pula, ada\npelawat yang mengutip \u201ccukai\u201d ketika membuat rondaan berkala. Seolah-olah,\nketelusan sudah menjadi spesies nadir yang sukar ditemui sekarang ini. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Rasuah bukan sekadar sogokan atau suapan, tetapi satu pengkhianatan dan\npenyalahgunaan. Amanah datang dengan kepercayaan, kuasa diberi kerana\nkemampuan. Mereka yang mengambil rasuah sebenarnya bukan sahaja mengambil hak\norang lain tetapi menghilangkan dua ciri utama perlantikannya seperti yang disebutkan\ndalam al-Quran iaitu <em>qawiy <\/em>(mampu) dan <em>am\u012bn<\/em> (dipercayai). Dalam\nal-Quran juga, rasuah ialah <em>al-suht<\/em> iaitu perolehan secara batil (<em>al-M\u0101\u2019idah<\/em>;\n42). Rasuah adalah pengkhianatan dan salahguna yang tidak boleh dimaafkan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Lebih menyedihkan lagi, pengkhianatan sebegini berlaku dalam kalangan\nmereka yang berprofil tinggi dan melibatkan oleh orang Islam. Instrumen\nundang-undang rasuah dan agensi semata-mata tidak menjamin penghapusan rasuah\nseperti Filipina yang memiliki 7 undang-undang dan 19 agensi penguatkuasa\nrasuah. Apakah rasuah di Malaysia telah dirasionalisasikan di Malaysia seperti\nFilipina sebagai tiada pilihan atau tidak melakukannya dianggap lurus bendul\ndan kurang bijak? <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Rasuah atau korupsi dikategorikan sebagai <em>syarakah<\/em> (curi), <em>ghazab<\/em>\n(guna hak orang lain), <em>ghulul<\/em> (penyelewengan harta negara), <em>khianah<\/em>\n(pengkhianatan) dan <em>harobah<\/em> (perampasan harta orang). Dalam kitab <em>Sahih\nMuslim<\/em> berkaitan <em>Tahrim Hadayat ul-Ummali<\/em> (haram pemberian kepada\npetugas) Nabi SAW menganggap sogokan sebagai <em>ghulul<\/em> (penyelewengan) yang\ndisepakati sebagai haram oleh ulamak sebagaimana yang dicatat dalam kitab <em>al-Mausu\u2019ah\nal-Fiqhiyyah<\/em>. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Berat kesalahan rasuah dibayangkan dalam sebuah hadith iaitu <em>\u201cAllah\nmelaknat pemberi dan penerima rasuah\u201d<\/em> (Hadith riwayat Imam Ahmad). Tidak\nberganjak kaki anak Adam kecuali setelah ditanya tentang hartanya bagaimana\ndiperolehi dan dibelanjakan. Perolehan, pendapatan dan perbelanjaan akan\ndihisab. Rasulullah s.a.w dalam satu peristiwa membuat satu <em>acid test<\/em>\nperolehan mereka yang berjawatan iaitu adakah mereka akan mendapatnya sekiranya\nmereka tidak memegang jawatan tersebut. Jika Rasulullah SAW cukup berhati-hati\ndalam hal ini dan sekeras itu Islam melaknat rasuah, piawaian iman mana yang tinggal\nkepada perasuah? Pengkhianat sanggup kepalanya dipancung atau dihukum gantung\njika mengambil risiko khianat semasa keagungan pemerintahan kerajaan Islam\nUthmaniah.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">New Zealand disenaraikan negara paling Islami diikuti Sweden, Iceland,\nBelanda dan Switzerland bukan kerana masjidnya cantik, ramai orang Islam atau menekuni\nritual Islam tetapi kerana nilai dan akhlak Islami yang diterjemahkan dalam\nkehidupan dari sudut ekonomi, undang-undang, tadbir urus, kemanusiaan, politik\ndan hubungan antarabangsa. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Psikologi perasuah berkadar songsang dengan tahap keimanan. Bilakah\nMalaysia akan merimbun dengan nilai dan akhlak Islami jika rasuah, khianat,\npecah amanah &amp; salahguna kuasa melazimi budaya? Hakikat sebenar Islam terjelma\ndalam nilai, prinsip dan tingkahlaku, bukan pada bangunan, bilangan umpama buih\natau ritual agama. Fikrah Islami, celik syariat dan taqwa merupakan nadi jiwa\nyang akan membuka jalan pembimbing yang berkesan. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Asas kukuh perubahan sikap dalam agama bertunjangkan kekuatan akidah, yang\nbakal mendokong sistem nilai. Masalah yang kita hadapi bukan saja korupsi\nperibadi tetapi korupsi ilmu. Ilmu Islam bukan sekadar memahirkan diri dalam\nibadah, tetapi membenihkan kefahaman, keyakinan dan ketaqwaan. \u201cSesungguhnya,\norang yang paling mulia dalam kalangan kamu adalah orang yang paling bertaqwa\u201d\n(Atl-Hujarat: 13).<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kenapa Allah mengiktiraf taqwa sebagai ukuran kemuliaan seseorang dan\nbolehkah taqwa dijadikan \u201cvaksin pandemik\u201d rasuah? Menurut Hujjatul Islam Imam\nGhazali, taqwa bermaksud takut, gerun dan taat. Taqwa itu suci hati membentengi\ncela dosa dan maksiat. Pengaturcaraan apa yang dilakukan oleh taqwa dalam diri\nmanusia sehingga ia mampu mengatasi ilmu dan teknik mengubah sikap yang lain? <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sabda Nabi Muhammad s.a.w; \u201c<em>Taqwa itu di sini<\/em>\u201d sambil menunjukkan\npada dada baginda tiga kali (Hadith riwaat Muslim). Rasulullah juga nisbahkan kepada\nseketul darah yakni hati; jika baik, maka baiklah seluruhnya. Dengan hati kita\nmerasa, taqwa kepada Allah yang menyelinap dari akal mendarat di hati. Dalam\nal-Quran, perkataan taqwa yang disandarkan kepada Allah \u201c<em>ittaqullah!<\/em>\u201d \u201c<em>anittaqullah!<\/em>\u201d\ndisertai dengan jaminan, panduan, hidayah, jalan keluar (<em>makhraja<\/em>) yang\ntidak terjangkakan. Tiada ketaqwaan atau nipis keimanan terhadap Maha Melihat,\nMaha Mendengar, Maha Mengetahui merupakan punca pelaku rasuah\nmerasionalisasikan dan melakukan rasuah.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kesimpulannya, taqwa menghubungkan dimensi hubungan dengan Allah, dan\nperasuah terputus dimensi ini ketika memberi atau mengambil rasuah. Penghayatan\nilmu dan iman mampu menterjemahkan taqwa kepada penzahiran nilai dan akhlak\nyang tinggi. Manakala pembudayaan <em>amar ma\u2019ruf nahi munkar<\/em> pula merupakan\nsyarat sampai ke matlamat <em>\u2018khairu ummah\u2019<\/em> agar ramuan ini menjadi \u201cvaksin\u201d\nyang mampu menghadapi pandemik rasuah.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Selain COVID-19, negara juga dilanda gelombang \u201cpandemic\u201d rohani yang meruncing. Adakah gelombang ini menggambarkan penghayatan agama sedang tenat dan sejauh mana Islam memberi jalan penyelesaiannya? Dari aspek sejarah, rasuah, pengkhianatan dan &#8230;<\/p>\n","protected":false},"author":7,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_analytify_skip_tracking":false,"_wpzoom_pinterest_image_url":"","_wpzoom_pinterest_hidden_image":"0","_wpzoom_pinterest_description":"","footnotes":""},"categories":[147],"tags":[],"class_list":["post-28438","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-utusan-malaysia","category-147","description-off"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/28438","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/7"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=28438"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/28438\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=28438"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=28438"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=28438"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}