{"id":28461,"date":"2021-01-22T13:13:56","date_gmt":"2021-01-22T05:13:56","guid":{"rendered":"http:\/\/www.ikim.gov.my\/new-wp\/?p=28461"},"modified":"2021-01-22T13:13:56","modified_gmt":"2021-01-22T05:13:56","slug":"literasi-halal-pengeluar-bina-kembali-keyakinan-pengguna","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/literasi-halal-pengeluar-bina-kembali-keyakinan-pengguna\/","title":{"rendered":"Literasi Halal Pengeluar, Bina Kembali Keyakinan Pengguna"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Umat Islam di Malaysia telah dikejutkan dengan skandal\nkartel daging import yang mencabar sensitiviti dan tembok keyakinan terhadap\nlogo halal. Setiap kali timbul isu halal, sudah pasti pengguna akhir menjadi\nmangsa dan kelompok yang paling terkesan menghadapinya. Kerancakan respons\npengguna Islam terhadap isu tersebut menggambarkan bahawa umat Islam pada hari\nini mempunyai tahap kesedaran halal yang semakin meningkat. Kemungkinan \u2018halal <em>illiteracy<\/em>\u2019 turut menjunam pada ketika\nisu ini mula menjentik persada industri halal negara. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Namun di suatu dimensi lain, perkara yang membimbangkan\nialah ukuran kefahaman dan literasi halal dalam kalangan penggiat industri\ntermasuk pengeluar, pembekal dan pengendali makanan yang masih berada pada\ntahap yang tidak memuaskan. Mereka bukan hanya tiada kesedaran halal tetapi\nmenjadikan halal sebagai jalan penipuan untuk meraih keuntungan. Halal telah dijadikan\nsebagai sebuah platform untuk melariskan dan merangsang jualan bahkan tidak\nmeletakkan halal sebagai satu tuntutan fardu kifayah dan industri berasaskan\nnilai. Pihak tersebut lebih berorientasikan kepada laba dan keuntungan dunia\nserta tiada kesedaran untuk memartabatkan halal pada satu tahap yang dihormati\ndan diyakini. Celik keuntungan dunia tetapi buta halal telah menjadi pegangan\ndan satu cara hidup kelompok yang mempunyai akses dan kuasa monopoli tersebut.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kerakusan dalam mengaut keuntungan melampau dan mengambil\nkesempatan atas sandaran kepercayaan umat Islam terhadap logo halal telah mencemarkan\nkeseluruhan rantaian bekalan makanan halal negara. Kelompangan dalam industri\nmakanan halal negara ini telah memperlihat wujudnya golongan yang sanggup\nbersekongkol dengan sindiket dan memperjudi status halal haram makanan yang akan\nmenjadi darah daging umat Islam. Pengkhianatan ini seolah-olah menangguk di air yang keruh\npada saat semua pihak berusaha gigih memartabatkan dan membangunkan kredibiliti\nhalal di Malaysia. Ia akan tetap menjadi virus yang menular dalam ekosistem\nhalal sekiranya tidak ditangani sehingga ke akar umbi.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Barangkali inilah hikmah pandemik Covid-19 yang bukan\nsahaja merungkaikan pelbagai pertikaian politik dan korupsi ekonomi malahan juga\nkebobrokan aktiviti dalam industri halal di sebuah negara Islam yang dihormati\nketelitian pensijilan halalnya. Ini kerana, isu makanan halal tidak hanya\ndilihat sebagai pilihan individu tetapi perlu diangkat sebagai keperluan dalam\nmemenuhi sekuriti makanan umat Islam yang sudah pasti merupakan populasi\nterbesar di negara kita. Sekiranya tiada pegangan nilai agama, ketidakjujuran\ndan ketirisan akan mudah berlaku dalam rantaian proses makanan import yang\ndisifatkan sebagai kompleks dan panjang bermula dari negara asal sehingga ke\npasaran masyarakat pengguna. Di sini, wujudnya pergeseran nilai yang dipegang\nteguh oleh masyarakat pengguna Islam yang berusaha mencari yang halal dan\nmenjauhi perkara haram dengan orientasi segelintir individu yang berkepentingan\ndalam mencari keuntungan dunia. Sepertimana dalam hadis Nabi SAW: \u201cAkan datang\nsuatu zaman di mana manusia tidak lagi mempedulikan dari mana hartanya diperoleh,\napakah dari jalan yang halal atau haram?\u201d (Sahih Bukhari, no. 2083).&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Lantas, bagaimanakah untuk merapatkan jurang besar yang\nwujud antara masyarakat pengguna dan industri? Batu asas yang paling penting\ndalam isu kehalalan ialah menyeimbangkan nilai-nilai tuntutan agama dan\nmatlamat berasaskan keuntungan tanpa mengabaikan kepentingan masyarakat awam.\nDi samping itu, sempadan dan mekanisme yang digariskan melalui panduan, akta\ndan peraturan halal perlu dipatuhi, diperketat serta dikuatkuasakan agar\npiawaian halal dapat terus diperkasakan sebagai satu simbol keyakinan umat\nIslam dalam pemilihan makanan. Pihak yang menjaga pintu masuk perdagangan\nnegara juga harus diterapkan dengan sistem nilai yang berpaksikan ketuhanan\nsupaya menjadi sebuah benteng kukuh daripada kemasukan dan percampuran makanan import\nyang tiada keabsahan halal. Dengan itu, ekosistem halal dapat dikekalkan\nsekiranya integriti semua pihak yang terlibat dipupuk dan ditekankan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Secara umumnya, logo halal dapat memberi keyakinan kepada\npengguna Muslim kerana makanan disediakan mengikut ajaran Islam dan menjadi\ntuntutan agama untuk memilih perkara yang halal. Namun, bagi pengguna bukan\nIslam, makanan halal bukanlah bertujuan untuk memenuhi kehendak dalam beragama\ntetapi disebabkan manfaat kesihatan, kebersihan dan keselamatan yang ditawarkan\ndalam konsep makanan halal. Hal ini dapat dikaitkan dengan respons positif pengguna\nbukan Islam terhadap makanan yang mempunyai sijil halal. Mereka memilih dan\ntertarik dengan makanan halal disebabkan faktor ia disediakan dengan cara yang\npaling bersih dan selamat serta berkualiti. Namun, apabila isu makanan halal\ndan manipulasi logo halal timbul, keabsahan pensijilan halal itu tercalar dan diragui\noleh seluruh masyarakat pengguna termasuk bukan Islam.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dalam mengembalikan kepercayaan dan keyakinan pengguna\nterhadap pensijilan halal, tidak perlulah menuding jari dan menyalahkan pelbagai\npihak tertentu tetapi langkah ke hadapan dan holistik perlu diambil. Pihak\nberkuasa yang mengawal piawaian halal dan memantau bekalan makanan negara perlu\nlebih cekap, telus dan tuntas dalam membasmi permasalahan manipulasi dan\npenipuan yang wujud dalam pasaran. Di samping itu, kefahaman dan kesedaran\nhalal perlu dipertingkatkan dalam kalangan pengeluar makanan atau pemilik\nindustri agar literasi halal pihak tersebut dapat diseimbangkan dengan tuntutan\npengguna. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Revolusi Industri Keempat (IR 4.0) juga perlu diteroka\ndan dimanfaatkan dalam perkembangan sektor makanan halal. Potensi daripada\ngabungan teknologi seperti <em>Internet of\nThings <\/em>(IoT), rantaian blok, <em>big data<\/em>\ndan nanoteknologi perlu diberi perhatian dan diperkasa untuk membuat semakan\nhalal semudah di hujung jari. Maklumat produk dalam rantaian makanan dapat\ndiketahui secara telus melalui pangkalan data halal yang dibangunkan agar tiada\nproduk halal yang boleh dipalsukan dengan mudah. Dengan adanya teknologi\nrantaian blok, pihak berkuasa halal bukan hanya mengeluarkan sijil halal tetapi\ndapat menyimpan semua rekod pengeluar terlibat.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Struktur tadbir urus halal perlu ditambah baik dan solusi\nkepada permasalahan yang dihadapi kini perlu diselidiki sehingga ke akar umbi\ndemi memelihara ekosistem halal negara. Dalam mendepani evolusi industri\nmakanan halal, pemantauan dan kawal selia secara komprehensif dan holistik\nperlu diselaraskan serta diseragamkan agar tidak wujud lagi kelompangan. Ibrah\npaling penting berlakunya isu kartel daging tidak halal ini adalah tercetusnya\ndesakan dan dorongan ke atas umat Islam untuk menguasai dan mempelopori industri\nmakanan halal negara seterusnya dapat membina jaringan Islamik dalam sektor daging\ntempatan yang pastinya bertunjangkan tauhid dan ketakwaan kepada Allah dan\nmampu menampung keperluan makanan umat Islam.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Umat Islam di Malaysia telah dikejutkan dengan skandal kartel daging import yang mencabar sensitiviti dan tembok keyakinan terhadap logo halal. Setiap kali timbul isu halal, sudah pasti pengguna akhir menjadi mangsa dan kelompok yang paling terkesan &#8230;<\/p>\n","protected":false},"author":21,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_analytify_skip_tracking":false,"_wpzoom_pinterest_image_url":"","_wpzoom_pinterest_hidden_image":"0","_wpzoom_pinterest_description":"","footnotes":""},"categories":[147],"tags":[],"class_list":["post-28461","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-utusan-malaysia","category-147","description-off"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/28461","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/21"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=28461"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/28461\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=28461"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=28461"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=28461"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}