{"id":28465,"date":"2021-01-22T13:20:02","date_gmt":"2021-01-22T05:20:02","guid":{"rendered":"http:\/\/www.ikim.gov.my\/new-wp\/?p=28465"},"modified":"2021-01-22T13:20:02","modified_gmt":"2021-01-22T05:20:02","slug":"hukuman-lebih-berat-kepada-pengkhianat","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/hukuman-lebih-berat-kepada-pengkhianat\/","title":{"rendered":"Hukuman Lebih Berat Kepada Pengkhianat"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Islam ialah agama yang sangat indah jika seluruh\najarannya diamal dan dijadikan cara hidup. Malangya, sebahagian besar\nmasyarakat kita menganggap Islam itu hanyalah dalam urusan yang melibatkan\nperkahwinan, kematian, dan seumpamanya manakala tempat-tempatnya pula adalah seperti\ndalam masjid, di Mekah atau di Madinah dan begitulah seterusnya. Akibat salah\nfaham ini, kecantikan Islam tidak terserlah walaupun ajaran Islam mencakupi\nsegenap aspek kehidupan manusia daripada sekecil-kecil perkara seperti adab\nmasuk ke bilik air, hinggalah kepada sebesar-besar memerintah sesebuah&nbsp; negara dan hubungan antarabangsa atau\nhubungan antara agama.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Antara perkara penting bagi\nmenjamin tertegaknya keadilan dan keharmonian hidup bermasyarakat ialah\nlarangan Islam terhadap penyalahgunaan kuasa dan rasuah. Umum mengetahui kesan\ndan akibat jika rasuah berleluasa dalam sesebuah masyarakat, nescaya pincanglah\nsistem keadilan dan keharmoniannya. Mereka yang berkuasa, para hakim dan\npenguat kuasa sewenenang-wenangnya membuat keputusan berdasarkan mizan keadilan\nyang saksama kerana berkepentingan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Malangnya, kajian menunjukkan\namalan rasuah dan penyalahgunaan kuasa dalam kalangan umat Islam khususnya\npemimpin-pemimpin Islam antara yang tertinggi di dunia. Berdasarkan laporan <em>Corruption Perceptions Index<\/em> 2019, tiada\nsatu pun negara majoriti umat Islam yang menduduki senarai 20 negara paling\nbersih di dunia. Yang terbaik mampu&nbsp;\ndicapai ialah Brunei Darussalam yang menduduki tangga ke-30 manakala\nMalaysia sendiri menduduki tangga ke-51, lebih baik sedikit daripada tahun 2018,\niaitu pada tangga ke-61. Di negara kita, rasuah berlaku dalam segenap\norganisasi. Pernah dikatakan sebuah agensi penguat kuasa di Malaysia yang kakitangannya\nramai yang terlibat dengan rasuah, telah mengambil tindakan drastik dengan memilih\nhanya graduan lulusan pengajian Islam untuk mengisi perjawatan baharu. Namun ia\ntidak juga menyelesaikan masalah, bahkan dikatakan menjadi semakin teruk.\nLulusan agama semata-mata tidak memadai, tetapi ia perlu kepada individu yang\nmenjiwai dan menghayati nilai-nilai agama yang telah dipelajarinya itu. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Baru-baru ini kita digemparkan\ndengan berita&nbsp; tentang berlakunya\nkemasukan daging import yang tidak jelas status halalnya, tetapi telah\ndiberikan logo halal sehingga menimbulkan kegelisahan masyarakat. Perkara ini\nmasih dalam siasatan, dan ada sebahagian yang terlibat sudah pun dibawa ke muka\npengadilan. Namun yang ingin dinyatakan di sini ialah betapa lunturnya iman\nsebahagian daripada masyarakat kita apabila sanggup bersubahat dalam\nmembekalkan makanan tidak halal untuk disuapkan ke dalam mulut umat Islam di\nnegara ini. Betapa harapan dan amanah yang diberikan oleh umat Islam di negara\nkita ini dikhianati dengan begitu sahaja. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Begitu juga pembuangan\nsisa&nbsp; kekotoran ke dalam sungai-sungai\nsehingga menjejaskan sebahagian besar pengguna&nbsp;\nair di Lembah Klang yang kerap berlaku akhir-akhir ini. Kita\ntertanya-tanya apakah puncanya sikap tidak bertanggungjawab sedemikian? Cuba\nkita bandingkan dengan sikap yang ditunjukkan oleh masyarakat Jepun dalam\nmenjaga sungai-sungai mereka sedangkan mereka bukan beragama Islam. Kedua, kita\njuga berasa hairan bagaimana syarikat-syarikat yang tidak mempunyai kelulusan\nPihak Berkuasa Tempatan boleh terus beroperasi di tepi-tepi sungai tanpa\nsebarang tindakan, adakah wujud rasuah di sana? &nbsp;Kejinya rasuah ini disebukan oleh Baginda SAW\nmelalui sabdanya bermaksud: \u201cLaknat\nAllah kepada pemberi rasuah dan penerima rasuah.\u201d Riwayat Ahmad (6984) dan Ibnu Majah (2313).<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Melihat kepada berleluasanya\nrasuah dalam masyarakat kita pada hari ini dalam segenap aspek kehidupan\nbermasyarakat sehingga boleh menyebabkan tumbuhnya daging-daging kita daripada\nsumber yang haram, kerajaan sewajarnya melakukan pelbagai usaha dan kempen\nmembendung gejala ini. Suatu ketika dahulu kita pernah mendengar kempen\nberbunyi \u201cBersih, Cekap dan Amanah\u201d, dan mungkin perlu kempen-kempen seumpama\nitu&nbsp; dihidupkan kembali dan dirancakkan\nlagi.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">&nbsp;&nbsp;Selain\nkempen-kempen kesedaran dan penghayatan integriti yang tinggi, kerajaan juga\nwajar menimbangkan untuk mengenakan hukuman yang lebih tinggi terhadap rasuah\nyang memberi impak yang besar kepada masyakarat seperti rasuah dalam logo halal\nterhadap daging halal, rasuah dalam pembuangan sisa ke dalam sungai-sungai dan\nberkaitan dengannya. Ini semua ialah perlakuan pengkhianat&nbsp; dan boleh dikategorikan sebagai kumpulan\npemberontak (<em>bughah<\/em>) dan pihak berkuasa agama wajar turut membincangkan\nterhadap kesalahan-kesalahan sebegini untuk dimasukkan dalam pemberontakan. Mereka\nini walaupun tidak sampai mengangkat senjata, berperang atau menggulingkan\nkerajaan, seperti yang telah ditetapkan oleh para ulama silam dalam kitab-kitab\nklasik, namun peperangan moden hari ini yang dilakukan adalah lebih halus\nmelibatkan makanan yang haram yang dihalalkan, dan juga air bersih yang menjadi\nkotor dan tidak sesuai diminum lagi oleh jutaan pengguna. Ini juga satu bentuk\npeperangan dan sewajarnya hukuman lebih berat dikenakan agar menimbulkan\nkegerunan kepada masyarakat untuk melakukan kesalahan ini. <\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Islam ialah agama yang sangat indah jika seluruh ajarannya diamal dan dijadikan cara hidup. Malangya, sebahagian besar masyarakat kita menganggap Islam itu hanyalah dalam urusan yang melibatkan perkahwinan, kematian, dan seumpamanya manakala tempat-tempatnya &#8230;<\/p>\n","protected":false},"author":31,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_analytify_skip_tracking":false,"_wpzoom_pinterest_image_url":"","_wpzoom_pinterest_hidden_image":"0","_wpzoom_pinterest_description":"","footnotes":""},"categories":[141],"tags":[],"class_list":["post-28465","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-berita-harian","category-141","description-off"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/28465","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/31"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=28465"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/28465\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=28465"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=28465"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=28465"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}