{"id":28476,"date":"2021-01-29T09:18:15","date_gmt":"2021-01-29T01:18:15","guid":{"rendered":"http:\/\/www.ikim.gov.my\/new-wp\/?p=28476"},"modified":"2021-01-29T09:18:15","modified_gmt":"2021-01-29T01:18:15","slug":"membina-kepercayaan-dalam-pekerjaan-era-pandemik","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/membina-kepercayaan-dalam-pekerjaan-era-pandemik\/","title":{"rendered":"Membina Kepercayaan dalam Pekerjaan Era Pandemik"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pada era globalisasi, memang pekerjaan tidak lagi dilihat\nmengikut konteks tradisional seperti perlu bekerja di dalam pejabat, waktu\nkerja selama 8 jam dan lain-lain. Bagaimanapun, kesan penularan pandemik\nCovid-19 telah meluaskan lagi definisi pekerjaan apabila sebanyak mungkin jenis\npekerjaan yang sesuai, dilakukan secara mudah alih. Ini berlaku apabila kita\nterpaksa mencari jalan untuk meneruskan pekerjaan dalam situasi kurang\nkebebasan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kini, apabila menghampiri setahun langkah-langkah\npencegahan wabak Covid-19 dilakukan, kita perlu bersedia bahawa mungkin\nbeginilah sebahagian besar pekerjaan akan dilakukan pada hari-hari mendatang\nwalaupun selepas tamat era pandemik. Perkara ini bukanlah sesuatu yang buruk\njika dilakukan dengan efisien. Bahkan ia boleh memberi nilai tambah dari segi\nhubungan sosial, mobiliti, kepantasan dan kepuasan bekerja. Sudah pasti, untuk\nmencapai perkara ini, individu perlu mempunyai nilai-nilai positif dalam\nmelakukan pekerjaannya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Hampir setahun ini juga, kedua-dua majikan dan pekerja \u2018dipaksa\u2019\nuntuk saling percaya dalam aspek melaksanakan tugasan. Dari sini, majikan dapat\nmengenal pasti pekerja yang jujur melakukan tugasan mereka dalam keadaan \u2018mudah\nalih\u2019. Manakala pekerja juga perlu percaya kepada usaha keras diri mereka untuk\nkekal produktif dalam keadaan terbaik dan termampu yang boleh agar pekerjaan\ndapat dikekalkan terutamanya dalam situasi pandemik. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Elemen kepercayaan dalam pekerjaan era pandemik ini\npenting kerana; pertama, pekerjaan berevolusi sebagaimana cara hidup manusia.\nCara bekerja tradisional bagi sebahagian pekerjaan mungkin tidak lagi sesuai dalam\nkeadaan tertentu. Kaedah bekerja yang baharu ialah cara terbaik untuk meneruskan\nkelangsungan.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kedua, sekiranya keutamaan sesuatu pekerjaan itu adalah\ntentang hasil kerja berbanding jam bekerja, maka penilaian pekerjaan itu juga\nperlu berubah. Maka dalam keadaan pandemik ini, hasil kerja pekerjaan tersebut perlu\ndinilai dan ditekankan berbanding jam bekerja. Perubahan penilaian begini boleh\nmengurangkan tekanan pihak majikan untuk menyelia pekerja yang bekerja secara\n\u2018mudah alih\u2019 untuk kekal bekerja sekurang-kurangnya 8 jam sehari. Bahkan,\nmajikan mempunyai kelebihan untuk membuat keputusan strategik dalam konteks\npekerja berkualiti berdasarkan output yang terhasil. Selain itu, penilaian begini\njuga boleh memberi inspirasi kepada pekerja untuk lebih kreatif dan inovatif\ndalam menghasilkan output. &nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ketiga, elemen kepercayaan dalam pekerjaan ialah tunjang\nkepada kontrak pekerjaan. Pekerja diberi kepercayaan untuk melakukan tugasan\ndengan menggunakan sumber-sumber yang disediakan kepadanya. Manakala majikan\ndiberi kepercayaan untuk memberi balasan (gaji) selepas tugasan dilakukan atau\ndiserahkan pada tempoh tertentu berdasarkan persetujuan kontrak pekerjaan.\nKetiadaan kepercayaan dalam pekerjaan menyukarkan tugasan untuk dilakukan. Akibatnya,\nmatlamat pekerjaan tidak dapat dipenuhi dan pengeluaran oleh firma yang\nberkenaan berada di bawah tahap optimum, sekali gus merugikan mereka. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sebenarnya, kita boleh membina elemen kepercayaan dalam\npekerjaan era pandemik ini melalui beberapa cara. Pertama, kedua-dua majikan\ndan pekerja perlu mempunyai matlamat yang sama iaitu untuk memenuhi objektif\npekerjaan. Setelah itu, barulah kedua-duanya bersedia untuk mempunyai pemikiran\ndan komunikasi yang terbuka, matang dan bertanggungjawab tentang bagaimana\npekerjaan itu boleh dilakukan, dicapai dan dinilai dengan baik. Pemikiran yang ke\nhadapan mampu menjadikan firma berdaya saing dan maju untuk satu tempoh yang\nlama.&nbsp; <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kedua, kita perlu sentiasa mempunyai visi untuk membuat\nkebaikan terhadap orang lain. Dalam konteks pandemik misalnya, majikan telah\nmemberi kepercayaan kepada pekerja untuk bekerja secara mudah alih. Oleh itu,\npekerja tidak boleh melakukan penganiayaan dengan sengaja tidak melakukan\ntugasan sebagai balasan kepada kepercayaan majikan, begitu juga sebaliknya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dalam Islam, kita diingatkan untuk tidak menganiaya\nsesama Muslim dan orang lain serta bersedia untuk memberi kepercayaan kepada orang\nlain. Dalam satu hadis riwayat Bukhari dan Muslim, Rasulullah SAW bersabda\ndengan maksudnya, \u201cSeorang Muslim ialah saudara terhadap Muslim (yang lain),\ndia tidak boleh menganiaya dan tidak akan dianiaya oleh orang lain. Sesiapa\nyang melaksanakan hajat saudaranya, maka Allah SWT akan melaksanakan hajatnya.\nSesiapa yang melapangkan kesusahan seseorang Muslim, Allah akan melapangkan\nkesukarannya pada hari kiamat. Sesiapa yang menutupi aib seseorang Muslim,\nAllah SWT akan menutup aibnya pada hari kiamat.\u201d<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ketiga, walaupun tiada pengalaman bekerja secara mudah\nalih sebelum era pandemik, kita perlu yakin bahawa setiap tugasan itu dapat\ndilaksanakan dengan baik. Kesukaran dalam menggunakan teknologi yang membantu\ntugasan dan cabaran berdepan dwi-tanggungjawab antara pekerjaan dengan keluarga\njuga sebenarnya ialah satu proses pembelajaran yang berterusan kepada kita.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Allah SWT berfirman dengan maksudnya, <em>\u201cJanganlah kamu bersikap lemah, dan\njanganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling\ntinggi (darjatnya), jika kamu orang-orang yang beriman\u201d<\/em> (Ali \u2018Imran: 139).\nBerdasarkan ayat ini, kita perlu ada keyakinan dan kepercayaan kepada diri\ndalam berusaha mendepani setiap cabaran. Sikap tekun dan sabar menjadikan diri\nkita lebih matang, kuat dan mendapat hasil yang baik di kemudian hari.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Sejarah telah mencatatkan manusia berjaya mengharungi beberapa\nwabak penyakit pada masa lalu dengan harga yang mahal; kehilangan nyawa akibat\nsakit yang dihadapi dan kemerosotan ekonomi akibat kehilangan pekerjaan dan\nsumber pendapatan. Pada kali ini, kita juga berhadapan kesan yang sama, namun\nkita tidak boleh berputus asa. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Dalam konteks ekonomi, usaha untuk mengekalkan pekerjaan\nbermula dengan konsep kepercayaan. Sebagai majikan, berikan kepercayaan kepada pekerja\nuntuk melaksanakan tugasan dalam suasana lebih kreatif. Manakala sebagai\npekerja, mari penuhi kepercayaan majikan dengan melakukan tugasan dengan adil,\namanah dan bersungguh-sungguh walaupun berdepan dengan pelbagai cabaran. Semoga\ndengan kepercayaan ini, sekurang-kurangnya kita dapat mengurangkan impak ke\natas ekonomi dengan mengekalkan pekerjaan setelah beradaptasi dengan suasana\nkerja baharu.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Pada era globalisasi, memang pekerjaan tidak lagi dilihat mengikut konteks tradisional seperti perlu bekerja di dalam pejabat, waktu kerja selama 8 jam dan lain-lain. Bagaimanapun, kesan penularan pandemik Covid-19 telah meluaskan lagi definisi pekerjaan apabila sebanyak mungkin jenis &#8230;<\/p>\n","protected":false},"author":36,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_analytify_skip_tracking":false,"_wpzoom_pinterest_image_url":"","_wpzoom_pinterest_hidden_image":"0","_wpzoom_pinterest_description":"","footnotes":""},"categories":[147],"tags":[],"class_list":["post-28476","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-utusan-malaysia","category-147","description-off"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/28476","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/36"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=28476"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/28476\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=28476"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=28476"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=28476"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}