{"id":28478,"date":"2021-01-29T09:19:48","date_gmt":"2021-01-29T01:19:48","guid":{"rendered":"http:\/\/www.ikim.gov.my\/new-wp\/?p=28478"},"modified":"2021-01-29T09:19:48","modified_gmt":"2021-01-29T01:19:48","slug":"belajar-daripada-keadaan-anthropause","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/belajar-daripada-keadaan-anthropause\/","title":{"rendered":"Belajar Daripada Keadaan \u201cAnthropause\u201d"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pandemik Covid-19 telah membawa dunia dalam keadaan \u201cAnthropause\u201d. Ketika\nitu, seluruh alam mendapat manfaatnya. Namun, adakah keadaan itu dapat\ndikekalkan? Adakah manusia sedia berubah untuk mengekalkan kesejahteraan alam\nini?<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cAnthropause\u201d merupakan satu istilah yang diperkenalkan oleh sekumpulan\npenyelidik iaitu Christian Rutz dan rakan-rakan, dalam sebuah penulisan\nberkaitan kesan kegiatan manusia terhadap hidupan liar. Istilah tersebut merujuk\nkepada aktiviti manusia yang menjadi perlahan secara global. Dengan kata-kata\nlain, seluruh kehidupan manusia seolah-olah \u201cberhenti\u201d ketika pandemik Covid-19\nmenyerang dunia.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Ketika manusia memperlahankan kegiatannya, alam serta isinya mendapat manfaat\nterbesar. Ini telah dibuktikan ketika berlakunya arahan sekatan perjalanan\nsecara global sekitar awal 2020. Ramai penyelidik telah menunjukkan kesan-kesan\nbaik akibat pengurangan atau sekatan pergerakan manusia di awal pandemik\nCovid-19.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Antaranya, manfaat terhadap sumber udara. Kajian oleh Kasturi Devi Kanniah\ndan rakan-rakan berkaitan kesan sekatan pergerakan terhadap sumber udara\nmenunjukkan bahawa paras zarah terampai atau <em>particulate matter<\/em> (PM) sama ada PM<sub>10<\/sub> atau PM<sub>2.5<\/sub>\nserta Nitrogen Dioksid (NO<sub>2<\/sub>), Sulfur Dioksid (SO<sub>2<\/sub>) dan\nKarbon Monoksida (CO) di kawasan bandar di Malaysia menunjukkan penurunan\nmasing-masing pada kadar 26-31 peratus (PM<sub>10<\/sub>), 23-32 peratus (PM<sub>2.5<\/sub>),\n63-64 peratus (NO<sub>2<\/sub>), 9-20 peratus (SO<sub>2<\/sub>) dan 25-31 peratus\n(CO) jika dibandingkan dengan 2018 dan 2019. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Selain itu, pencemaran air turut berkurangan. Ini ada kaitannya dengan\npenangguhan kegiatan industri terutamanya di negara-negara membangun. Kajian\noleh Tanjena Rume dan S.M. Didar-Ul Islam berkaitan kesan pandemik Covid-19\nterhadap alam sekitar menunjukkan bahawa Sungai Ganga (India) dan Yamuna\n(Bangladesh) telah menunjukkan kualiti air yang lebih jernih kerana pemberhentian\nsementara kegiatan industri. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pandemik Covid-19 turut memberi kesan kepada hidupan liar. Semasa tempoh sekatan\npergerakan pada Mac hingga Jun 2020, terdapat laporan-laporan di media massa\nyang menunjukkan hidupan liar bergerak bebas di kawasan yang didominasi oleh manusia.\nMisalnya koyote (<em>coyote<\/em>) dan rusa di\nAmerika Syarikat, babi liar (<em>wild boar<\/em>)\ndi Sepanyol, burung merak di Bangor (Wales, United Kingdom), puma di tengah\nbandar Santiago, Chile, dolfin di pelabuhan Trieste, Itali serta Jackal (sejenis\nserigala) di Tel Aviv, Israel.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kesan-kesan baik yang ditunjukkan ini merupakan sebahagian daripada kesan\nyang telah dikenal pasti ketika sekatan pergerakan di awal pandemik Covid-19. Masih\nterdapat beberapa kesan baik yang lain misalnya pengurangan pencemaran bunyi\nserta mutu kawasan pantai yang semakin baik. Pengajaran penting daripada\nkeadaan ini ialah berkait dengan peranan manusia terhadap alamnya. Manusia\nsememangnya memainkan peranan yang besar dalam mengubah alam ini. Ketika kegiatan\nmanusia berhenti seketika, alam \u201cmeraikan\u201d kebebasannya. Maka benarlah apa yang\ndinyatakan dalam al-Quran bahawa tangan manusialah yang bertanggungjawab\nmelakukan kerosakan dan bala bencana di muka bumi dan oleh sebab itu, manusia\njugalah yang akan merasai kesengsaraan di atas perbuatannya (Ar-Ruum, 30:41).\nDalam konteks ini, selain bencana, penyakit merupakan salah satu bentuk\nkesengsaraan yang terpaksa dihadapi kerana manusia lalai dengan tugasnya untuk\nmemakmurkan bumi (Hud, 11:61).<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Seharusnya kita perlu memikirkan apakah yang akan berlaku selepas ini?\nKetika berlakunya keadaan \u201cAnthropause\u201d, ia seolah-olah memberi harapan baharu\nkepada alam sekitar yang lebih baik. Dengan itu, keadaan \u201cAnthropause\u201d yang\nmembawa begitu banyak manfaat kepada alam ini seharusnya dikekalkan. Dalam\nkeadaan ini, sewajarnya kegiatan manusia diperlahankan, hala tuju pembangunan\nsesebuah negara disemak dan disusun semula manakala pembangunan ekonomi juga\nperlu distrukturkan semula. Matlamatnya ialah untuk memperoleh satu pembangunan\nyang mengambil kira kelestarian, menunjukkan rasa hormat kepada alam,\nkesaksamaan dan penglibatan semua pihak.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Namun, ini sukar atau tidak mungkin berlaku kerana mengekalkan keadaan\n\u201cAnthropause\u201d bermakna manusia perlu memperlahankan setiap kegiatannya,\nterutama kegiatan ekonomi. Dalam bahasa mudah, kita seolah-olah meminta\nmasyarakat manusia untuk menghentikan kegilaan terhadap kemewahan hidup,\nmengurangkan perjalanan dan pergerakan, makan pada kadar yang perlu sahaja atau\ntidak lagi kemaruk membeli barangan demi barangan. Malangnya, ini tidak mungkin\nberlaku. Manusia tidak mungkin memperlahankan kegiatannya apatah lagi\nmenjinakkan hawa nafsunya kerana manusia ialah makhluk ekonomi yang sentiasa\ningin maksimumkan utiliti atau kepuasan dirinya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Oleh itu, mutu alam sekitar yang semakin baik ketika aktiviti manusia\n\u201cberhenti seketika\u201d sebenarnya hanya bersifat sementara. Walaupun ia baik,\nnamun ia tidak boleh dikekalkan kerana ketika ini, ramai di antara kita\nsebenarnya tidak sabar-sabar untuk kembali kepada keadaan asal atau keadaan\nsebelum serangan Covid-19. Namun, ingatlah bahawa ketika kita tergesa-gesa\ningin kembali kepada keadaan asal, tanpa sedikit pun mahu membuat perubahan,\nmaka bersedialah untuk membayar \u201charga\u201d yang sangat mahal akibat daripada melayan\nnafsu serta bersikap lalai dan tamak. Mengekalkan \u201cstatus quo\u201d kehidupan kini sebenarnya\nakan mengundang pandemik demi pandemik. Maka, tanyakan pada diri, adakah kita\nbersedia berhadapan dengan serangan pelbagai pandemik pada masa akan datang?<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Melihatkan kepada situasi semasa, kita sebenarnya amat tertekan. Tekanan\ndatang dari pelbagai sudut, sama ada mental, fizikal, sosial mahupun ekonomi.\nKenyataannya, kita belum tentu mampu bertahan. Oleh itu, berubahlah. Semak\nsemula kehidupan masing-masing. Lakukan perubahan walaupun ia satu perubahan\nyang kecil seperti meningkatkan kebersihan diri dan persekitaran serta membuang\nsampah di tempat sepatutnya. Bagi Muslim, berubah menjadi lebih baik merupakan\nsatu tuntutan. Berazamlah untuk istiqamah dalam perubahan walaupun perubahan\nitu satu perubahan yang kecil. Ingatlah pesan Rasulullah SAW bahawa amalan yang\npaling dicintai oleh Allah SWT ialah amalan yang berterusan walaupun jumlahnya\nsedikit (HR. Bukhari)<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Pandemik Covid-19 telah membawa dunia dalam keadaan \u201cAnthropause\u201d. Ketika itu, seluruh alam mendapat manfaatnya. Namun, adakah keadaan itu dapat dikekalkan? Adakah manusia sedia berubah untuk mengekalkan kesejahteraan alam ini? \u201cAnthropause\u201d merupakan satu istilah yang diperkenalkan oleh &#8230;<\/p>\n","protected":false},"author":17,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_analytify_skip_tracking":false,"_wpzoom_pinterest_image_url":"","_wpzoom_pinterest_hidden_image":"0","_wpzoom_pinterest_description":"","footnotes":""},"categories":[141],"tags":[],"class_list":["post-28478","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-berita-harian","category-141","description-off"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/28478","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/17"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=28478"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/28478\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=28478"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=28478"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=28478"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}