{"id":28600,"date":"2021-02-12T10:03:40","date_gmt":"2021-02-12T02:03:40","guid":{"rendered":"http:\/\/www.ikim.gov.my\/new-wp\/?p=28600"},"modified":"2021-02-12T10:03:40","modified_gmt":"2021-02-12T02:03:40","slug":"malaysia-perlu-manfaatkan-golongan-pemikir-untuk-penyelesaian-jangka-masa-panjang","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/malaysia-perlu-manfaatkan-golongan-pemikir-untuk-penyelesaian-jangka-masa-panjang\/","title":{"rendered":"Malaysia Perlu Manfaatkan Golongan Pemikir untuk Penyelesaian Jangka Masa Panjang"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Penyair Muslim abad ke-13, Sa&#8217;di Shirazi,\npernah menyebut:<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">\u201cBani Adam, satu sama lainnya anggota  <br \/>Dari satu hakikat, ia dicipta.   <br \/>Tatkala satu musibah menimpa salah satunya   <br \/>Anggota yang lain tiada menentu jadinya.   <br \/>Jika kau tiada bersimpati dengan penderitaan orang lain,  <br \/>Kau tidak layak disebut Bani Adam.\u201d <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Krisis dunia yang sedang dilalui hari\nini yang saling berhubung-kait (<em>systemic<\/em>)\nmenunjukkan betapa rapuh sistem kehidupan pada masa kini. Ia telah memaksa\nramai daripada pelbagai bidang untuk meneliti kembali persoalan-persoalan besar\nmengenai keadaan peradaban masa kini dan hala tuju masa depannya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Walaupun munasabah untuk\nkerajaan-kerajaan hari ini menumpukan kepada soal pemulihan ekonomi dan mengatasi\nwabak yang sedang melanda, adalah membimbangkan sekiranya para penggubal dasar dan\npemimpin pelbagai bidang umumnya tidak mengendahkan keperluan generasi masa\nakan datang serta soal hala tuju peradaban kita yang bersifat jangka masa\npanjang.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Seperti yang pernah disebut oleh pemikir\nbesar tamadun China, Kung Fu-Tse (Confucius): \u201cSekiranya seseorang itu tidak\nmengendah tentang perkara pada masa depan, dia akan merasai kesengsaraan dengan\nlebih dekat. (\u201c<em>If a man takes no thought\nabout what is distant, he will find sorrow near at hand<\/em>\u201d).<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Di Barat sendiri terdapat usaha-usaha\nyang tidak membataskan soal berfikiran jauh dalam kerangka Matlamat Pembangunan\nLestari 2030 (<em>Sustainable Development Goals 2030<\/em>) yang dikemukakan oleh\nPertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), seperti <em>Future of Humanity Institute<\/em> di Universiti Oxford, <em>Centre for the Study of Existential Risk<\/em>\ndi Universiti Cambridge, <em>Future of Life\nInstitute<\/em>, <em>Foresight Institute<\/em>, <em>Foundational Questions Institute<\/em>, dan\nlain-lain yang mengkaji persoalan-persoalan besar yang sedang atau akan\ndihadapi oleh peradaban manusia.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Kemungkinan besar jutaan US dollar telah\npun dilaburkan oleh pihak-pihak tertentu untuk memajukan pandangan hidup dengan\nsuatu agenda peradaban yang meminggirkan soal ketertiban alam, soal keluhuran\nbudi, soal kesejahteraan rohani mahupun soal Pencipta Sekalian Alam dalam\nperkiraan mereka.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Tentu sekali perkiraan entiti-entiti\nseperti ini tidak mengendahkan bahawa agama Islam serta golongan terpelajar\ndalam kalangan mereka yang berilmu dan arif mempunyai cara pandangnya yang\ntersendiri dari sudut soal hakikat alam (<em>cosmology<\/em>),\nhakikat insan (<em>psychology<\/em>), hakikat ilmu (<em>epistemology<\/em>) dan\nhakikat kewujudan (<em>ontology<\/em>). <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Perkara yang membimbangkan ialah penulis\nmendapati tidak ada negara-negara Islam yang melabur dan menumpukan tenaga\nkepada senario jangka masa panjang ini. Adakah kita akan mengikut sepenuhnya\nkehendak dan cara berfikir Bill Gates, Elon Musk, Klaus Schwab atau Yuval\nHarari bila diberi peluang oleh kerana kekayaan dan pengaruh mereka di dunia?<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Turut membimbangkan ialah dunia Islam\nseperti tidak memberi perhatian kepada pemikir-pemikir besar yang masih hidup dalam\nkalangan mereka mahupun pemikir-pemikir muda dalam kalangan kaum Muslimin yang\nberupaya untuk sama-sama mengatasi persoalan-persoalan besar ini. Tiada dana\ndiperuntukkan untuk tujuan ini dan hampir kesemua diperuntukkan ke arah sains\ngunaan (<em>applied sciences<\/em>). <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Perkara yang menjejaskan lagi keadaan, negara-negara\nMuslim sering mengharapkan pedoman golongan pakar-runding (<em>consultants<\/em>) dari Barat untuk menentukan hala tuju pendidikan dan\nnegara mereka. Terdapat satu negara Arab yang kaya contohnya menjemput <em>Rand Corporation<\/em> untuk membawa\npembaharuan kepada sistem pendidikan mereka.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Umat Islam harus sedar bahawa\npakar-runding Barat ini sering kali berfikir dalam corak penduaan yang\nbertentangan (<em>dualistic<\/em>) oleh kerana\nproses sekularisasi pemikiran yang berlaku berkurun lamanya dalam peradaban\nBarat. Inilah sebabnya mengapa isu-isu seperti pencemaran alam sekitar, tekanan\nperasaan, atau kezaliman dilihat sebagai isu-isu yang berasingan; sedangkan\ndalam pandangan hidup Islam ia saling berkait antara satu sama lain.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Inilah sebab mengapa matlamat-matlamat \u201cPembangunan\nLestari PBB,\u201d misalnya, dilihat sebagai matlamat-matlamat yang terpisah untuk\ndicapai secara berasingan atau terpisah-pisah oleh kementerian, kumpulan, atau\npihak berkepentingan yang berbeza-beza. Manakala dalam peradaban Islam\ncontohnya, pembangunan dilihat dari sudut pandang yang lebih integrasi atau holistik\ndi mana hakikat zahir dan batin dilihat sebagai saling berkaitan. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Allahyarham Prof. Diraja Ungku Aziz pernah\nmenyebut dalam artikelnya &#8220;Peranan Universiti di Asia pada Abad\nke-21&#8221; (1990), &#8220;Pada hakikatnya, pelbagai masalah dunia moden tidak dapat\ndilihat hanya dari sudut bidang-bidang sedia ada di universiti. Banyak masalah yang rumit perlu dikaji melalui\npendekatan rentas disiplin.\u201d (&#8220;<em>In reality, the problems of the modern\nworld have not conveniently fitted themselves into the pigeonholes of\nuniversity departments. Many problems involving complexity need to be studied\nfrom a cross-disciplinary approach&#8221;<\/em>).<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Pada pengetahuan penulis, Tan Sri\nProfesor Dr Syed Muhammad Naquib al-Attas juga merupakan antara tokoh pemikir\nIslam yang telah lama berusaha mengatasi permasalahan ini melalui\nkarya-karyanya yang telah dizahirkan dalam institusi-institusi yang\ndipimpinnya.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Hakikatnya, ahli politik, penggubal\ndasar dan pemimpin dalam pelbagai sektor tidak dapat mempertimbangkan hal-hal\nseperti ini, apalagi persoalan yang bersifat peradaban dan jangka masa panjang,\nyang sering tidak disentuh oleh perunding dasar (<em>policy consultants<\/em>) mahupun penggubal dasar sendiri.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Oleh itu, ia menjadi suatu tanggungjawab\ngolongan penggubal dasar dan pemimpin pelbagai sektor untuk menjalinkan\nhubungan yang lebih akrab dengan golongan pemikir yang mempunyai pengetahuan\nyang mendalam mengenai soal peradaban atau ketamadunan serta yang jujur kepada\ndiri.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Apa yang dapat ditawarkan oleh golongan\npemikir kepada urusan yang lebih amali atau praktikal adalah pendekatan dan\npenyelesaian pemikiran yang lebih integrasi terhadap masalah dan krisis\nsistemik yang melanda dunia hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Oleh itu, adalah suatu tindakan yang\nstrategik lagi bijaksana sekiranya pelbagai pihak daripada sektor awam dan\nswasta sama-sama berganding bahu demi memberi ruang kepada golongan pemikir\nuntuk benar-benar berperanan&nbsp; dalam hala tuju\nperadaban kita.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Penulis juga berpendapat adalah suatu\ntuntutan moral bagi pemerintah untuk melabur sewajarnya dalam menyokong projek\npenyelidikan dan pendidikan mereka, termasuk melatih generasi pemikir masa\ndepan dalam pelbagai bidang dan sektor. Kegagalan berbuat demikian boleh\ndianggap sebagai suatu kezaliman terhadap diri dan anak cucu kita. Wallahu\u2019alam.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Penyair Muslim abad ke-13, Sa\u2019di Shirazi, pernah menyebut: \u201cBani Adam, satu sama lainnya anggota Dari satu hakikat, ia dicipta. Tatkala satu musibah menimpa salah satunya Anggota yang lain tiada menentu jadinya. Jika &#8230;<\/p>\n","protected":false},"author":37,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_analytify_skip_tracking":false,"_wpzoom_pinterest_image_url":"","_wpzoom_pinterest_hidden_image":"0","_wpzoom_pinterest_description":"","footnotes":""},"categories":[147],"tags":[],"class_list":["post-28600","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-utusan-malaysia","category-147","description-off"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/28600","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/37"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=28600"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/28600\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=28600"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=28600"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=28600"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}