{"id":28602,"date":"2021-02-12T10:07:36","date_gmt":"2021-02-12T02:07:36","guid":{"rendered":"http:\/\/www.ikim.gov.my\/new-wp\/?p=28602"},"modified":"2021-02-12T10:07:36","modified_gmt":"2021-02-12T02:07:36","slug":"wajib-meminta-maaf-dan-memulangkan-hak","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wajib-meminta-maaf-dan-memulangkan-hak\/","title":{"rendered":"Wajib Meminta Maaf dan Memulangkan Hak"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"wp-block-paragraph\">Setiap manusia tidak akan terlepas\ndaripada melakukan dosa dan kesilapan, dan sebaik-baik manusia bukanlah yang\ntidak pernah berdosa tetapi sentiasa menginsafi kesilapan diri dan bertaubat.\nMenurut Imam al-Nawawi dalam kitabnya <em>Riyad\nal-Salihin<\/em>, wajib bagi seseorang yang berdosa kepada Allah SWT bertaubat,\niaitu meninggalkan dosa yang pernah dilakukan, bersungguh-sungguh menyesali\nkesalahannya dan berazam untuk tidak lagi mengulanginya. Bertaubat ke atas dosa\nterhadap manusia, walau bagaimanapun, adalah lebih sukar. Seseorang yang\nberdosa kepada orang lain bukan sahaja wajib bertaubat kepada Allah SWT tetapi\njuga wajib memohon kemaafan orang yang dizaliminya dan memulangkan haknya. Sekiranya\nkesalahan yang dilakukan itu melibatkan hak seseorang seperti hartanya diambil\ntanpa izinnya maka bukan sekadar permohonan maaf sahaja yang wajib dilakukan\ntetapi hendaklah dikembalikan haknya yang hilang, ataupun digantikan dengan\nnilai yang sama, ataupun diminta halalkan. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp; Diriwayatkan\nbahawa Rasulullah SAW dalam keadaan gering sebelum Baginda wafat telah mengumpulkan\npara sahabatnya lalu Baginda bersabda: \u201cSesungguhnya aku akan pergi menemui\nAllah SWT, dan sebelum aku pergi aku ingin menyelesaikan segala urusan dengan\nmanusia. Maka aku ingin bertanya kepada kalian semua; Adakah aku ada berhutang\nkepada kalian? Aku ingin menyelesaikan hutang tersebut, kerana aku tidak mahu\nbertemu dengan Allah SWT dalam keadaan berhutang dengan manusia.\u201d&nbsp; Semua yang hadir terdiam, sehinggakan\nRasulullah SAW mengulangi pertanyaannya itu sebanyak tiga kali. Tiba-tiba muncul\nUkashah mendakwa pernah terkena sebatan cemeti Baginda, dalam Perang Uhud.\nMenurut Ukashah, ketika Baginda mahu memukul kudanya cemeti Baginda, telah\nterkena dada Ukashah yang berada di belakang kuda Baginda. Selesai mendengar\npenjelasan Ukashah, Rasulullah SAW bersabda: \u201cSesungguhnya itu adalah hutang\nwahai Ukashah. Kalau dahulu aku memukulmu maka hari ini aku akan menerima hal\nyang sama.\u201d Para sahabat yang lain amat terkejut dan marah kepada Ukashah serta\nmeminta untuk menggantikan tempat Baginda yang sedang sakit itu untuk menerima\nsebatan balas.Dipendekkan cerita, semua permintaan mereka ditolak oleh\nRasulullah SAW yang menegaskan bahawa itu ialah urusan antara Baginda&nbsp; dengan Ukashah. Dan dipendekkan cerita lagi,\nbukanlah niat Ukashah untuk menuntut \u201chutang\u201d dari Rasulullah SAW kerana yang\ndia lakukan akhirnya bukanlah menyebat kembali Rasulullah SAW tetapi memeluk\ntubuh Baginda yang mulia itu sebagai tanda kecintaannya kepada Baginda SAW.<\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp; Kisah\nini bukan sahaja menyentuh hati sesiapa sahaja yang membacanya tetapi\nmemberikan pengajaran yang amat besar, iaitu dosa sesama manusia tidak akan\nterampun sekiranya tidak dimaafkan oleh tuan punya badan. Demikianlah bagaimana\nBaginda SAW menunjukkan kepada kita contoh tauladan yang tiada bandingannya\nbagi menunjukkan peri pentingnya menyelesaikan hutang piutang sesama manusia\nsebelum kita kembali menemui Allah SWT. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp; Dalam\nkisah Ukashah tersebut, \u201chak\u201d yang dituntut merupakan kesakitan yang\nditanggungnya akibat terkena cemeti Baginda SAW, dan hak itu telah diiktiraf\ndan dijamin oleh Baginda. Justeru, Baginda meminta diambilkan cemeti supaya\nUkashah dapat memukul Baginda dengan cemeti itu. Baginda ingin mengajarkan\nkepada umat Baginda bahawa kesakitan dipukul cemeti itu di dunia ini hanyalah\nsedikit dibandingkan azab yang akan diterima di Akhirat oleh seseorang yang\nmenzalimi orang lain dan menafikan hak mereka di dunia ini. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp; Dalam\nsoal hak, hadis tersebut menunjukkan bahawa di sisi Allah SWT setiap manusia\nadalah dijamin haknya. Walaupun Ukashah merupakan manusia biasa akan tetapi\nhaknya etap diiktiraf dan dihormati oleh Rasulullah SAW yang merupakan Kekasih\nAllah dan semulia-mulia ciptaan-Nya. Sebagai pemilik hak yang sah Ukashah\nberhak menuntutnya dikembalikan ataupun memaafkan, dan tiada siapa yang berhak\nmengubah keputusan dan pilihannya. <\/p>\n\n\n\n<p class=\"wp-block-paragraph\">&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp;&nbsp; Hadis\nini &nbsp;merupakan&nbsp; peringatan khusus kepada golongan yang\nberkuasa dan berjawatan agar tidak lupa hak orang lain, khususnya orang bawahan\nyang berada di bawah seliaan dan tanggungjawabnya. Sering kali penindasan dan\nkezaliman dilakukan atas nama prosedur dan peraturan, akan tetapi keadilan\ntidak boleh disempitkan maknanyanya semata-mata kepada prosedur dan peraturan,\nsedangkan dengan jawatan dan kuasa yang ada pada seseorang prosedur dan\nperaturan itu boleh digunakan untuk menzalimi dan menafikan hak orang lain. Kuasa\ndan jawatan yang sedikit dan sementara itu, walau bagaimanapun, tidak akan\nberupaya melindunginya dari kemurkaan Allah SWT di Hari Pembalasan. Pada hari\nitu setiap yang dizalimi haknya akan menuntut kembali haknya di hadapan Allah\nTuhan Yang Maha Adil lagi Maha Mengetahui. Bagi mereka yang terlanjur menzalimi\norang lain adalah \u201clebih mudah\u201d untuk menyelesaikannya semasa hidup di dunia, yang\nboleh dibandingkan dengan \u201cpenyelesaian di luar mahkamah\u201d. Akan tetapi, bertaubat\ndan memohon keampunan atas kesalahan pada hakikatnya bukanlah perkara yang\nmudah dan senang untuk dilakukan. Selain keyakinan terhadap Hari Akhirat dan\nkebenaran janji-janji Allah SWT, seseorang itu hendaklah mempunyai sifat ikhlas\ndan rendah diri. Pangkat dan kekuasaan, walau bagaimanapun, sering kali menjadi\nseseorang itu bongkak dan sombong, dan itulah sifat yang menghalangnya daripada\nbertaubat dan memperbaiki diri. <\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Setiap manusia tidak akan terlepas daripada melakukan dosa dan kesilapan, dan sebaik-baik manusia bukanlah yang tidak pernah berdosa tetapi sentiasa menginsafi kesilapan diri dan bertaubat. Menurut Imam al-Nawawi dalam kitabnya Riyad al-Salihin, wajib bagi seseorang yang berdosa &#8230;<\/p>\n","protected":false},"author":9,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_analytify_skip_tracking":false,"_wpzoom_pinterest_image_url":"","_wpzoom_pinterest_hidden_image":"0","_wpzoom_pinterest_description":"","footnotes":""},"categories":[141],"tags":[],"class_list":["post-28602","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-berita-harian","category-141","description-off"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/28602","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/users\/9"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=28602"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/28602\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=28602"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=28602"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.ikim.gov.my\/en\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=28602"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}